Ini tapak semaian saya yang baru. Hubby telah membuatkan tempat untuk bercucuk-tanam. Yerr... dia buat sendiri kawasan berbatu-bata itu untuk kami tanam tumbuh-tumbuhan. Gigih dia menyiapkannya..tapi memang lamaaa.. ada laaa dalam sebulan baru siap... itupun setelah saya bising melihatkan halaman rumah yang semak dengan pasir-tanah-batubata. Tapi saya sangat suka. Hubby bersemangat membuatnya mungkin sebagai tanda sokongan moral terhadap hobi baru bininya ini.. :P
Dan saya bercadang untuk memenuhkan kawasan itu dengan sayur-sayuran kesukaan saya... :D
Dan saya bercadang untuk memenuhkan kawasan itu dengan sayur-sayuran kesukaan saya... :D
Saya baru mencuba-cuba hendak menanam bendi dan terung..
Nampak pokok yang sudah besar sikit tu? Itu pokok terung. Dan ada kecil-kecil tu pokok bendi. Ada lima batang pokok bendi yang baru nak idup. Kalo berhasil, wahhhhh... mau jemu-jelak saya makan bendi hari-hari... kahkahkahhhhh........ :D
Terima kasih untuk mak saya yang memberikan benih pokok-pokok ini...
Yang ini pokok terung pipit. Kalian tau ke apa terung pipit? Buahnya kecik-kecik bulat warna kuning dan berbulu halus. Sangat sedap kalo ditumbuk bersama sambal belacan. Nanti kalo dah berbuah, saya akan tunjuk. Saya rasa tak lama lagi nak berbuah tu...
Yang ini, mak mertua saya yang semaikan.. :D
Pokok lada saya sudah mula berbunga LAGI... :D
Sangat sedih sebab yang sebatang ni saja yang hidup. Lagi dua batang mati sewaktu proses mengalihkannya dari pasu ke tapak semaian ini.. :(
Sekarang inilah wajah laman kecil saya. Agak gondol, kerana rumput-rumput sudah mati akibat ditimbus pasir dan tanah sewaktu projek membina tapak semaian itu...
3 comments:
wahhhh kuas juga tapak semaian...menarik tu...kami punya seciput saja...:)
Nyah rajin ko husband n wife plus besar tanah untuk bercucuk tanam...bakal umah aku tu nyah..amatlah sekangkang keranya..atau ngan kata lain macam takde tanah pon..kekeke...
CT...blh laaa nak tanam-tanam sket...
mimi... nasib laaa ada sikit tu nyahhhh...hehe
Post a Comment