Thursday, June 11, 2009

Aina & Potty Train Lagi...

Sambungan dari EntrikuYangIni. Dah seminggu lebih aku mem'potty train' Aina. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dan aku sendiri tak sangka semudah ini. Sepanjang potty-train hanya dua kali saja dia terbabas, macam yang aku citer dalam entri di atas tu. Lepas aku mengamuk for the second 'accident', hah.. no more terbabas lagik... :D

Dia pun dah pandai rasa macam mana nak terkencing. Everytime bila 'rasa' itu datang, berebut dia bagitau aku. Dan aku dah ajar sekali untuk dia uruskan diri dalam toilet..
daripada buka sluor-buang air-cebok-lap-pakai sluor. Kira dah perfect lah. Aina memang budak bijak. Cakap pun dah macam-macam pandai.. mesti laaa senang je nak latih untuk yang satu ini. Jadi adegan aku mengusung mop tak lah lama sangat berlangsung.

Malam atau bila dia tido, aku still pakaikan diaper. Tapi dah dua tiga hari nih aku tengok bila bangun, diaper dia masih kering macam dia tak kencing langsung masa tido. Bila dia bangun dia berebut nak p toilet.. taknak kencing dalam diaper. Tapi aku still tak berani untuk tak pakaikan dia diaper lagik. Buatnya kang terbabas... satu keje aku meroyan nak basuh tilam... :P

Tapiiii... Aina masih belum mahu poo dalam toilet. Dia tau bila nak poo, tapi still mintak diaper.. tak nak p toilet. Takpe lah... satu-satu lah kan.. Dia dah pandai pee kat toilet pun dah syukur.. hehehee........ :P

4 comments:

mamaDhea said...

syabas aina & maknye!! :D

beb, dhea pon tak pandai sgt lagi poo kat toilet.. klu nak poo, lintang pukang dia lari keluar & cangkung kat longkang luar (tp dlm kaw. rumah aku laa).. ahahaha..

klu mlm je laa poo kat toilet.. itupon aku kena tunggu kat depan pintu, tp pintu haruslah ditutup.. kahkahkah! lama woo nak settle urusan poo, klu kat toilet..

IntanSham said...

ko tau aritu dia poo..skali dia nangis sbb tengok mende tu terjelpok jatuh tetiba...kahkahkahhhh.. dia takut beb.. sejak tu,nak poo mmg mintak diapers..;p

hahahaa..ko gasak jadik mak guard lak dpn pintu bilik air ek nyahhh..

Mummy Dasy said...

slow2 Daneen dulu pun camtu gak bile time poo tu angkat letak atas bowl terpekik2 cam kena dera tp la ni dah expert totally no diapers kecuali klu gi jalan2 jek

IntanSham said...

ooo..sort of kena paksa gak ekkk