Monday, May 25, 2009

Salah Siapa??

Kelas tambahan secara PERCUMA diwajibkan untuk semua murid tahun 6 pada setiap hari Sabtu. Semua guru yang terlibat meluangkan masa tak kira walau Sabtu minggu ke berapa sekalipun untuk datang ke sekolah. Tapi aku pelik... Apabila anak tak menghadiri kelas tambahan, ibu-bapa boleh bersekongkol dengan anak. Sanggup tulis surat kepada guru, beri alasan.. Antara alasan yang popular.. yang boleh ku hafal...
- anak saya sakit (gastrik, pening kepala, muntah-muntah)
- balik kampung melawat atuk/nenek
- tiada transport

Kalau anak sakit, silalah bawa ke klinik dan dapatkan MC. Tapi yang peliknya, tak bawa anak ke klinik pun. Malah bila ditanya, 'tak pergi klinik ke?', murid jawab 'tidak'. Maknanya sakit tak lah teruk mana pun, atau mungkin tak sakit langsung. Jadi alasan sakit dengan hanya surat dari ibu-bapa, aku koyakkan kat depan muka budak itu sendiri. Sorry, sakit.. sila beri saya MC. Surat, walaupun dari ibu-bapa awak, saya tak terima.

Aku sakit hati okeh.. bukan pada murid yang memang malas itu sahaja, malah pada ibu-bapa yang turut 'merestui' kemalasan anak-anak mereka. Kenapa ye?? Kalau anak excellent, superb tak memerlukan bimbingan kelas tambahan percuma ini, tak apalah. Ini, dah tau anak amat lemah, namun tak bertegas. Murid malas, okeh... memanglah murid malas, tapi jadi ibu-bapa.. bolehkah hanya menutup mata melihat kemalasan itu???

Kemudian alasan balik kampung melawat atuk/nenek - kalau sekali alasan tu tak apa, tapi dah selalu sangat. Kalau ibu-bapa asik nak balik kampung saja, baliklah.. tapi anak yang hendak menghadapi peperiksaan itu biarlah datang ke sekolah dan belajar. Anak pun bukanlah kecik sangat sampai tak boleh nak ditinggalkan di rumah. Sudah 12 tahun, dah pandai order makan kat kedai pun, kalau takut anak lapar. Jadi tak perlu nak risau..

Alasan tiada transport. Okeh... sekali dua boleh laaa terima alasan tiada transport tu. Tapi kalau sampai dah berbulan asik takde transport.. apa kes? Tak ada usahakah ibu-bapa untuk mengadakan transport buat anak datang ke sekolah menuntut ilmu?

Dan hari ini, lebih menaikkan temperature cikgu, murid berani.. bagi MC yang di'liquid'kan tarikh, tuko sendiri tarikh. Owhhh.. apakah ko pikir cikgu-cikgu ko nih bodoh??? Ko tak tau ker, segala taktik keji ko tu semua ada di hujung jari jemari cikgu-cikgu ko nih??? Murid-murid anggap cikgu nih jelmaan insan suci yang tak tau langsung taktik kotor lagik keji. Murid-murid tak tau, sebelum jadik cikgu, cikgu nih pun jadik murid jugak. Taktik keji macam tu semua dalam poket cikgu ko okeh... jadik tak payah berangan nak MENIPU macam tu. Memang lagi berdas-das lah ko kena!!!!

Wahai ibu-bapa... silalah buka mata dan pemikiran. Janganlah di'mua'kan anak-anak terlampau sangat. Biar anak-anak berhempas-pulas belajar selagi ada peluang. Tak teringinkah kita melihat anak-anak berjaya?

Jadi... bila difikirkan, anak-anak malas belajar, sebenarnya salah siapa??? Anak-anak sendirikah?? atau ibu-bapa yang tidak bermotivasikah???

Aku harap kita semua tidak tergolong dalam kumpulan 'ibu-bapa' yang sedemikian rupa... insyaAllah.. sama-samalah kita saling ingat-mengingati...


13 comments:

Rizza said...

salah ibu bapa.

~Umi.Sufira~ said...

Beb, ini entry berat nih...kes pun berat..hmmm..baik pi attend je kelas percuma tu kan dari susah2 nak ajar sendiri kat umah...

knv said...

memang penyakit.

kesian kat budak2 yang ada makpak macam ni.

memang ada.

agaknya ramai.

memang sadis!

Fid said...

ish ish ish
FREE depa tak nak..suruh la bayar FREE tak ada class kot
hahahhahaahaha

mak bapa jenis apakah itu
kalau nak bagi alasan pun bagilah yang lebih relevan
contoh:anak saya takleh pi kelas tambahan sebab dia kena tolong saya kutip getah sekerap!
(nyah mak dulu kutip getah sekerap tapi mak TAK pernah ponteng class...hatta cikgu yang ponteng!mak memang komited!)

IntanSham said...

ye btolll kak rizza!!!

mimi..ajar sendiri kat umahhh??? hmmm...toksah harap laaa...

KNV..Mmg btoll..ramai yg mcm tu, nak carik yg btol2 take care tersangatlah susah..

fid..mungkin sbb FREE, depa tak hargai kot.. tak sedar yg berbayar tu belum tentu bagus,kdg2 lebih kpd mencari keuntungan. huhuhuuuu... ku respek ngan hang yg komited, kalo anak murid aku mcm hang, lagi laaa aku nak bimbing btol2!!!

mamaDhea said...

ingatkan opismate aku je terer liquid2 mc ni.. budak kecik 12thn pon dah reti? sadisss..

m-i-o said...

wow, mak ingat nak pindah johor la. kasik anak mak belajar kat sekolah cikgu intan :P

tiap2 minggu ada kelas pun takpe. err...mak budak nk join kelas sekali buleh? :P

IntanSham said...

yer sha... x sangka kannn...

mio.. sila..sila... owhh mak budak kalo nak join kelas, ada kelas poco-poco anjuran PIBG setiap ahad malam kat skolah...hehehheee

Fid said...

poco poco tu menate gapo???

IntanSham said...

pocopoco tu fid, mcm senamrobik laaa, guna lagu indon ala-ala dangdut...isk glamer tuhhh..hang x tau ekkk?? meh turun jb, aku ajar hang goyang2 sambil bersenam...;p

m-i-o said...

ah ah ah. tau, tau!

poco-poco tu layan best woo. bukan saja anggota badan yang bersenam, anggota mulut dan pipi jugak turut bersenam sebab menggelakkan orang lain berpoco-poco - dengan syarat kita duduk belakang2 la.

kalo kita kat depan, alamatnya kita pulak yg jadik objek utk digelakkan. kahkahkah!

IntanSham said...

btolll laaa nyahhhh
tapi aku kan cikgu hoverrrr...slalu kalo poco=poco nak imterprem kat dpn jek...kahkahkahhhh

hyper mommy said...

hai cikgu intan.... salam perkenalan...