Monday, May 25, 2009

Tiada Tajuk...

Aku ni dari pagi tadi, melompat-lompat blog orang jek kejenya. Aku nak update blog sendirik tapi, dengan kepala yang masih weng-weng, idung yang masih tersumbat, asik tekap tisu kat idung jek, dengan suara yang ala-ala orang baru melalak...uhuhuhuuuuu... yer aku masih tak sihat... jadik kepala hotak pun agak-agak lombap nak pikir nak tulis haper....

Jumaat, Sabtu dan Ahad lepas kemuncak ketidaksihatan aku. Hari Jumaat, balik dari skolah.. masa drive pun aku dah ala-ala blank jer... nak nyampaikan ke rumah pun huhuhu.. dah siksa. Sampai umah, aku bawak Aina & Ainin baring. Siap-siap buatkan Aina susu, dan sumbatkan mulut si Ainin dengan nenen.. dan aku pun 'pengsan'. Pukul 7, hubby balik dah siap tapaukan burger untuk aku sebab tau aku tak larat nak bangun. Dua kali telan ubat selsema, esok pagi rasa kuat sikit dah.

Tengahari Sabtu tu, aku gagahkan diri p Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Stadium Perbadanan Pasir Gudang. Terpaksa gak p sebab nama dah dihantar mewakili sekolah. Kalo tak p, nak kena carik ganti. Last minute mana ada org nak ganti. Jadi dalam keadaan sebu tu, p gak laaaa.

Balik tu, badan seram sejuk balik, kepala pun macam nak pecah. Maka berselimutlah aku lagi. Rancang nak balik kampung hubby pun tak jadik.

Esoknya baru aku ke klinik. Amik ubat skali untuk Aina dan Ainin yang lom baik batuk tu. Balik umah, pengsan lagik lepas makan ubat. Hubby yang gagah siap buatkan bubur yang sedap untuk lunch.. tengkiu darlingggg... Nasib baik hubby sorang yang tak sakit. Kalo dia pun sama sakit... sapa pulak nak masak...

Itulah kisah aku yang tiada tajuk sepanjang tiga hari yang lalu....


2 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Intan, get well soon... Patutlah senyap aje....

IntanSham said...

thanks mimi... tulah..nak berblogging pun xde mood...;p