Friday, June 18, 2010

Phuket Day 3

Aktiviti 1 : Sight-seeing & Snorkelling

Hari ketiga di Phuket adalah hari membuat aktiviti renang. Kami amik pakej pusing 5 pulau. Memang best, cuma satu je tak puas hati... aktiviti snorkelling cuma satu tempat je. Yang lain hanya sight-seeing dan satu tempat lagi boleh mandi. Dulu masa pi Tioman, banyak tempat dapat snorkelling.

Jauh meninggalkan jeti...



Dalam feri... ramai betul yang naik feri ni...



Possing dalam feri dulu...


Luar feri pulak...



Possing dengan darling ai pulak...


Aina & Ainin yang excited naik feri...



Tengok pemandangan belakang tu yang cantik sungguh...


Indah....


Lagi pemandangan yang indah...




Aktiviti 2 : Mandi-manda @ Phi Phi Island


Lepas sight-seeing dan snorkelling, kami dibawa ke Phi Phi Island. Kat sini diorang bagi makan sekali then boleh swimming.

Jeti menuju ke Phi Phi Island...


Makan-makan.. Walopun macam-macam makanan ado,
kami tetap jadik kambeng makan sayur jeghhh.
Dua pinggan tembikai kami sental... perut lapo...
nasib laaa bawak jajan..... huhuhuuuuu


Bercanda di pasiran pantai...
Kita berdua memadu asmaraaa haaaa...
:P


Budak dua orang nih berani sakan kat tepi pantai je... hahahahaa


Air laut kat sini biru btolll...




Aktiviti 3 : Dinner @ Kusuma Seafood

Malam tu agak penat jugak. Tapi takkan nak tido cepat pulak kannn.. esok malam dah ler nak balik. So lepas mandi-manda, solat jamak Asar dan Zuhur, kami terus keluar. Kalo lama-lama duk bilik kang, bukan takat anak-anak, ngan mak-pak sekali boleh lena.

Kami memang decide nak makan pastu pi urut badan malam tu. Makan malam kami kat Kusuma Seafood nih. Ni kedai orang Melayu-Thai. Pekerja kedai tu memang cakap Melayu dengan kitorang. So tersangat rasa bahagianya bila dapat makan tanpa was-was lagi. Makan malam semalamnya pun hubby tapau kat sini, memang sedappp gilorsss dan harga pun berpatutan. Meh tengok apa yang kami sental malam tu. Sila standby tisu buat lap air liur kot meleleh kang... :P

Recommended : Kusuma Seafood


Bespren mengalahkan mak diorang... hahahhaaaa
asik bergambo laga-laga pipi jer... :P


Abah & Abi...
pun nak bergambo laga-laga pipi gak... :))


Bunga larangan... muahhahahaaaa


Okey, sedia untuk mengelap air liur???

Hidangan utama...
Lobster...


Lauk-pauk lain, ada udang beso, ikan bakar,
tomyam (wajib ada) & sup sayur.
Kenyang gilor... sampai tak abes, terpaksa tapau bawak balik.


Okey, makan kat sini memang puas hati. Masakannya sedap dan harga pun okey. Makan malam kami tu sebab ada lobster agaks mahal jugak laaa.. Tapi puas hati dapat isi perut sampai kembung. Sebab siang dah hilang banyak tenaga, kami makan malam tu macam orang tak jumpa makanan setahun.. lapo giler... hahahahaaa... :P


Activity 4 : Body Massage @ Kinnaree Spa


Kalo ke Thailand tak urut badan adalah rugi sebab urut badan kat Spa di sana memang murah dan best. Jadi malam tu, lepas makan kami pun ke Kinnaree Spa untuk urut badan. Mula-mula ingat saya dengan Mimi je nak berurut. Sekali cik abang tu pun sibuk nak urut gak. So kami amik couple massage. Laki mak tak rela diurut bersendirian... hahahhahaaa.... Bagus jugak, kalo tak kang mak jeles tak pasal-pasal pulok kannn... :P

Saya dan hubby amik Thai Massage, harga sorang 200 Baht (RM 20) je untuk whole body selama sejam. Mimi dan hubby dia amik Oil Massage 250 Baht (RM 25). Kata Mimi Oil Massage lagi best... menyesal pulak tak amik Oil Massage. Tapi Thai Massage pun sedapppp.. nak terlena kena urut. Kami urut secara bergilir. Mula-mula saya dan hubby urut, diorang jaga anak-anak. Then diorang urut, kitorang lak jaga anak-anak.

Kinnaree Spa...
Recommended here, sebab urutannya best,
tukang urut pun tak laa muda sangat.
Kat tempat lain, tukang urut dia muda semacam je..
macam bagi 'servis' lebeyyy jer...



Other services...


Sempat sembang dengan awek Russian sementara tunggu diorang berurut...


Okey tamat Day 3 @ Phuket...

To be continued...



6 comments:

Nieza Ishak said...

Nyah,

bikin haku meleleh ayaq liur, kena masuk diary tahunan ni .. Phukettt trip pulak ....adeiii .. simpan duit dr sekarang.

nyah, nanti ko buat review cost yang ala2 jerk la ..agak2 tahu gak budget. hihihi

~Umi.Sufira~ said...

Hahaha...gambar che abe laga pipi tuh mahal nyah....:)

Sally said...

tetiba rasa nak pergi trip phuket lak....weh buatla budget berapa..saya pun nak menabung sama ni..
psst: tah bila lak nak pergi ni:p

IntanSham said...

nieza, kak sally... nanti last skali ku review psl roughly cost ke sana yer.

mimi... tu ler pasal... laga-laga pipi lagik youuu... hahahhaaaa

knv said...

dahsatnya tengok lobster tu wehhh!!!

IntanSham said...

sampai x abes kitorg mkn lobster tu kak...