Thursday, February 18, 2010

Seram Dan Gediks...

Aktiviti biasa apabila hubby tak ade ialah movie-marathon. Bukan pi tengok kat wayang, tapi kat umah ajer... tu pun kat lappy sebab kat umah mak, DVD player dalam bilik dia... :P
Jadi cerita yang menjadi pilihan saya, yang pertama adalah cerita ini... yang saya tak sempat nak pi tengok dengan hubby. Cerita nih ada kat wayang lagik rasanya..... Genre Serammmmm....

*
*

Case 39...



Fuhhhhhhhhhh.... memang seram.... Mengisahkan seorang family social worker yang berusaha menyelamatkan sorang budak perempuan yang dikatakan didera keluarganya. Budak tu dapat diselamatkan dan budak tu minta untuk dijaga oleh perempuan tu. Akhirnya perempuan tu dapat jaga budak tu dan bermulalah kisah seram dalam kehidupan dia. Rupanya budak ni adalah seorang demon.. Giler ahhh citer nih, saya manjang tutup muka ngan bantal masa tengok... kahkahkahhhh... Bagi peminat-peminat cerita seram, boleh laaaa tengok citer nih. Saper pernah tengok citer Drag Me To Hell cerita pasal demon gak, tapi tu demon kat orang tua. Yang ni kat budak-budak...

Movie yang kedua, adalah movie menggediks... ahhahahaaaaa.....

*
*
*
*
*
*

Pisau Cukur...

Dah lama tak tengok cerita Melayu menggediks nih. Kalo dengan hubby kompem dia tak layannnnzzz... hahahhahaaa....

Untuk yang tak suka tengok cerita-cerita gediks, toksah laa tengok.. kang muntah darah lak tengok si Maya Karin ngan Fazura tu... :P

Ceritanya mengisahkan anak-anak tak berapa nak dara yang mencari calon suami dari golongan Dato' atau Tan Sri... pokoknya nak carik laki tua poket tebal lah. Fazura dah dapat sorang Dato', dan tolong si Maya Karin carik suami kaya-raya. Maka misi mencari suami kaya tu dilakukan di atas kapal semasa percutian diorang.... Ada satu kejadian yang tak disangka-sangka berlaku di atas kapal tu....

Saya suka cerita nih.. sebab lawak... hahahhaaaa... Ditambah dengan kehadiran Aaron Aziz yang menggetarkan jiwa... auwwwww... apsal mak lak yang gediks nihhh???. Fazura memang sesuai betul bawak watak macam nih. Saya suka Fazura walaupun dia gediks... wakakkakaaa... Bagi saya Fazura sangat comel dan sweet. Saya suka dia masa dia berlakon cerita Gol & Gincu lagi. Tapi yang paling best dalam cerita nih adalah Aaron Aziz.... wahhhh...gediksss lagik..kahkahkahh

Jadiiiii... kesimpulannya.......................

*

*

*

*

*

*

*

*

Pisau cukur anda cap apa???? lari topik :P



8 comments:

izzahazfar said...

saya dah tengok pisau cukur...hehehe..sib baik suami ikut jugak kemahuan bini dia ni...hehehe

yanadzul said...

best nya jalan cerita..nak tengok gak la..keke

IntanSham said...

Zah... malas nak tengok citer melayu ngan cik abg, nanti bising je dia jadik tukang komen.. hahahaaa

Yanadzul.. Mmg best, dedua pun best.. sila pi tengok..hehehee

cc said...

g tgk kt wayang hr tu, dpt shaver seketui...promosi keadahnya ho3. sy pon nk menggedik sama neh, Aaron Aziz tuh mmg yummy laaaaaaa hikssss~

cite case 39 tuh beshh aaa? pinjam ;p

~Umi.Sufira~ said...

Fazura memang manis...ada satu cerekarama dia berlakon jadi baik tuh walaupon macam tak sesuai tapi manis betul muka dia dalam crita tuh...:)BTW, aku belum tgk lagi kedua2 movie tersebut:P

IntanSham said...

CC... ahkak yg mak org nih pun menggedix tengok si aaron tu.. wakakakkaaa... wooo.. siap dapat shaver tu!!! bagus toll promote. case39 seram gilors.. nak pinjam?? blehhh... cemana nak bg nih?? hahahaa....

Mimi... a'aa aku pun ada tengok cerekarama tu. mcm x sesuai tp ok lah. lg satu ada satu cerita bersiri dulu yg tayang kul 6.30pm kat TV3 pun dia berlakon jadik baik dan sopan.. ko ada tengok? tengok laa nyah citer tu.. dedua beshhh

m-i-o said...

hahaha! nanti aku nak tengok la pisau cukur. macam seswai dengan jiwa ragaku. of course, utk tontonan solo sahaja. kalau tontonan duet kita kena tengok versi die hard yg tembak2 pongpang pongpang :P

IntanSham said...

hahhahaaa...btol nyahhh... silap haribulan, gado2 manje lak dpn TV... :P