Friday, October 22, 2010

Tadika Oh Tadika....

Dilemma ibu-bapa zaman millenium ini bila anak-anak semakin membesar. Dilemma sungguh bila toleh ke kanan, anak si polan dah pandai membaca, toleh ke kiri anak si polan dah pandai menulis. Sungguh maju ke depan pendidikan anak-anak zaman sekarang ni. Seawal usia 3 malah ada yang 2 tahun lagi dah pandai mengenal huruf malahan ada yang dah boleh membaca juga!!! Kagum... kagum...

Hebat.... sedangkan saya dan mungkin juga anda mula kenal huruf di usia 5 atau 6 tahun. Mula membaca ketika persekolahan rasmi bermula iaitu di usia 7 tahun. Tapi, kerana zaman telah berubah.. maka kemajuan dalam pendidikan anak-anak juga berubah seadanya. Ibu-bapa sekarang berlumba-lumba mendedahkan anak masing-masing dengan pendidikan seawal yang mungkin. Stresskah kanak-kanak??? Kerana saya percaya, pendidikan anak-anak bukan bermula seawal usia 3 tahun, malahan ketika di dalam rahim si ibu lagi, maka saya juga percaya sifat anak yang bagaikan sponge - able to absorb everything. Stress atau tidak bergantung kepada penekanan kita terhadap kemajuan anak-anak itu. Jika kita menekan anak-anak untuk belajar 'kamu mesti dapat nombor 1! kamu mesti pandai membaca! kamu mesti pandai itu, pandai ini...' maka stresslah mereka. Tetapi jika kita menjadikan pendidikan awal itu sebagai learning-for-fun, maka tiadalah istilah stress itu untuk mereka. Terpulang kepada bagaimana kita mahu pendidikan awal itu berlangsung.

Usia bilakah yang paling sesuai untuk memulakan pendidikan secara formal? Atau lebih mudah, bila nak hantar anak pi tadika? Juga bagi saya ikut sukahati ibu-bapa. Anak, adalah milik Sdn. Bhd. Anak saya adalah anak saya, anak anda adalah anak anda. Sukahati saya nak hantar anak ke tadika di usia bila pun dan sukahati anda juga lah nak hantar anak ke tadika di usia bila pun. Adil kan? Tak usahlah mencebik bila dengar anak cik kak tu umur 6 tahun baru nak pi tadika. Usah jugalah meluat bila tau anak cik kak tu pulak umur 3 tahun dah kena pi tadika. Tiada paksaan... malah, tak hantar tadika pun tak apa... yang penting kena pastikan anak boleh membaca bila masuk sekolah rendah supaya tak keciciran. Kalau mampu home-school lagiiiiiii lah bagus wehhhh... Anak pandai hasil didikan ibu-bapa sendiri, haruslah berbangga!!! Saya yang cikgu ni pun tak mampu melakukannya... :)

Dah habis dilemma nak masukkan anak tadika ketika umur berapa, dilemma pulak tadika mana yang menjadi pilihan? Huhuhuuhuuu..... Ada yang menetapkan, 'anak I mesti masuk tadika kaler kuning, merah, ijo, biru...' :P
Ada pulak yang kata, 'anak I mana ada kellasssssssssss masuk tadika bantuan gomen atau yang pakai tudung/kopiah bagai... kesian budak-budak'
Apa-apa sajalah... Yang ni pun sama.. macam saya kata sukahati u olls lah.. Sdn Bhd. Pilihan di tangan masing-masing. Saya tak mau komen pilihan orang lain. Saya mau kongsikan pilihan saya sendiri untuk anak saya yang bijak lagi hebat itu (wajib selitkan ayat-ayat puji anak sendirik... muahahahaaaa).. :P

Saya memilih Tadika Addin, tadika Islamik yang tak glemer mana pun kat tempat saya. Anak saya mula bersekolah tadika pada awal tahun ini, di saat usianya baru 3 tahun 2 bulan, tak cukup 4 tahun pun.. sebab dia lahir bulan 11. Mak saya pun komen cepat sangat masukkan sekolah. Memang cepat. Sebab utama ketika itu, saya cuma fikirkan kebajikan mak saya. Ada dua orang budak kecik kat umah mak saya iaitu anak-anak saya, saya bimbang akan menghuru-harakan kehidupan mak saya. Elehhh.. kalo pikir kebajikan mak ko, apsal ko tak anto anak-anak ko ke taska jeee... ekkk???? Kalo saya hantar anak-anak ke taska, mak ayah saya akan kecik hati.. Ok, tak payah elaborate statement ini. Jadi takpelah, mak ayah saya nak jaga anak-anak saya, ok.. maka saya pun daftar lah Aina sekolah tahun ni. Jadi mak jaga dia kejap je, pukul 10.30 dah ke sekolah, pukul 2 saya balik, ambil Ainin dan kemudian Aina di sekolah. Saya pilih tadika Islamik pun ramai yang pelik, apa kes nak masukkan anak ke tadika tu sedangkan banyak lagi tadika yang glamour lagi hebat pembelajarannya yang boleh saya pilih. Kenapa? Kenapa pulak saya nak anak saya belajar di tadika yang glamour tu? Saya bukan nak suruh dia blajo stress-stress. Saya cuma nak dia happy-happy ke sekolah. Jumpa kawan-kawan, belajarlah apa yang patut, hafaz doa, hafaz surah, belajar membaca, menulis, seadanya... mengikut kemampuannya sebagai kanak-kanak yang berusia 3 tahum 2 bulan. Harapan saya tidak menggunung tinggi.

Dan ketika ini, menjelang usianya 3 tahun 11 bulan... apa perkembangan pembelajarannya?


  • Aina dah boleh menulis tanpa garisan putus-putus...




  • Tulis nama sendiri dah pass dahhh... :)



  • Ok... tak tau lah korang boleh bukak video dan audio ni ke tak.. Tapi ini ialah video dan audio Aina menghafaz surah-surah. Antara surah yang boleh dihafaz Aina setakat ini... Al-Fatihah, Al-Asr, Al-Ikhlas dan An-Nas, juga sedang dalam proses menghafaz Al-Falaq.





  • Aina sudah lancar beberapa doa ringkas, doa sebelum-selepas makan (semestinya), doa belajar, doa untuk ibu-bapa dan doa menaiki kenderaan.
  • Aina sudah tahu tertib solat, juga tahu jumlah rakaat setiap solat.
  • Aina sudah mengerti tentang aurat.
  • Aina sudah tahu tentang dosa, pahala, syurga dan neraka.
  • Aina sudah tahu nama hari dan bulan (termasuk bulan Islam mengikut turutan)
  • Aina sudah lancar membaca. Buku Bacalah Anakku ada 8 siri dan Aina sudah masuk buku ke-7... (Siapa kata Tadika Islamik tak mampu mengajar anak-anak membaca?)
Itulah setakat yang terlintas di pemikiran saya. Alhamdulillah... syukur sangat-sangat. Apalah yang saya harapkan dari seorang kanak-kanak seusianya? Apa yang dijangkau oleh Aina pun bagi saya sudah lebih dari apa yang boleh saya fikirkan. Mungkin ada kanak-kanak lain yang lebih hebat darinya.. saya tahu, tapi untuk saya itu sudah cukup hebat buat anak saya. Saya tidak hairan dia boleh membaca dengan lancar, tetapi sejuk hati dan perut saya mendengar dia menghafaz surah-surah ringkas dan juga doa-doa. Baru surah ringkas, agaknya bagaimana perasaan ibu yang mempunyai anak seorang tahfiz ye? Subhanallah....

Bukanlah saya nak meninggi diri, menunjuk-nunjuk kehebatan anak saya, tidak.. itu bukan niat saya. Cuma saya nak membuat kesimpulan di sini, bahawa di mana pun anda hantar anak anda bersekolah atau pada usia berapa pun anak anda memulakan pembelajarannya.. bukanlah persoalan utama. Percaya pada kemampuan dan kebolehan anak kita. Sentiasalah berdamping dan membimbing anak kita. InsyaAllah... anak umpama kain putih, kita yang mencorakkannya. Anak yang bijak di mana pun dia berada pasti akan menyerlah jua.

Dalam dunia yang tanpa sempadan ini, asas Iman perlu dipupuk dalam jiwa anak-anak. Tak guna jika anak hebat membaca, mengira, boleh speaking omputih sampai kita pun tak paham, tapi suruh baca doa makan pun tak tau, suruh baca Al-Fatihah pun tergagap-gagap. Saya merasa berdosa jika gagal menerapkan kehidupan Islamik dalam diri anak-anak saya. Anak adalah amanah Allah, mampukah saya menunaikan amanah ini dengan baik jika saya hanya sibuk menyuruh anak membaca, menulis, mengira dan menghafaz phonic? Mampukah saya membiarkan anak saya berjalan di atas garis yang lurus dalam dunia yang mencabar ini jika keimanan dalam dirinya adalah senipis kulit bawang? Semoga saya berjaya membentuk amanah Allah ini menjadi insan solehah...

Anda bagaimana? Tepuk dada, tanya iman... :)

Renung-renungkan... dan selamat mendidik..


14 comments:

Unknown said...

banyak yang aina dah achieve. tahniah!

mak baru cadang2 nak hantar proposal kat laki mak untuk masukkan anak teruna mak ke tadika.

Anonymous said...

cikgu.... berapakah kos tadikanya ye?

-marisa-

Rizziela said...

Saya pun bercadang untuk hantar anak saya sekolah. Tapi tak tau nak hantar pada usia berapa.

Sekarang ni anak saya baru berumur 1 thn 7 bulan.....mungkin 2 thn or 3 thn baru hantar kot..bagi dia bercampur dengan kawan-kawan sebaya dia

knv said...

selamat sekolahkan anak anak.. :D

rintzpalil said...

Intan,
Panjang betul tulisan Intan. Penat nak baca weh! Tapi habis juga baca.

Min Aina Ila Aina said...

saya berhajat nak masukkan anak ke tadika yg sama dgn saya dulu.hehe. PASTI.tp tunggulah plg awal pun 4 tahun, sebab kat pengasuh sekarang pun dia ada ramai kawan, jadi dia dah pandai bergaul.

knv said...

ya allah apsal panjang bebenau luahan rasa ko nih? naik mental nak habiskan baca nih ahhahahah!

joking aside,
actually akak setuju. sebenarnya keputusan yang kita buat untuk anak2 ni, tak perlu lah kita nak justify kat sesiapa pun yang tidak berkenaan. kepentingan manusia kan lain-lain.

apa2pun, manusia ni memang lah gitu. kita selalu rasa kita aje yang betul sampai pelik tengok apsal orang lain tak ikut cara kita. itu lah yang paling mental sebenarnya.

:D

IntanSham said...

thanks ZZ... oh nak hantar anak teruna dah yer? ok.. selamat memilih.. :)

marisa, kosnya boleh laaa... bulanan RM 100 (food included), utk bayaran semester RM500++

rizziela..pilihan di tangan anda... :)

azrinna, sesekali datang mood nak menulis..hahhhh... amikkkk... panjang NM lak... :P

Min.. mana2 pun ok jer... :)

kak non.. tu yg baca 2 kali tu ekkk.. hahahahaaa
mmg panjang kak, luahan hati lah jugakkk... bukan apa, pening baca mcm2 pendapat org yg berbeza2 ttg persekolahan anak2 nih. Lps tu, komplen apsal org lain x sama cara dgn kita. Jadi, saya comes out dgn satu conclusion... mcm yg saya luahkan dlm n3 pjg lebo tu.. heheheheeee... peaceeee no warrrr

Nanak said...

congrats aina =)

IntanSham said...

thank u auntie nanak.. :)

catatan i am nieta said...

bagus n3 nie intan..meyedarkan kpd yg terlupa.. Nampaknya alesya sama dgn aina..laahir bln 11 n gi tadika umo 3 thn 2 bln, dia pun gi islamic tadika n Alhamdulillah so far puas hati..

IntanSham said...

puterikiut.. ye btol, saya pun kdg2 tersasar bila tengok perkembangan anak2 org. tp perlu percaya, lain anak lain kebolehannya.. dan mesti yakin pd kebolehan anak sendri.. sama lah saya pun puas hati dgn tadika islamik ni

adzmin said...

Puan,

Terimakasih banyak2 atas ulasan di atas.. sangat mantap dan bagus!!!memang setiap ibu bapa akan atau telah hadapi benda yang sama... umur bila nak antar, tadika yang mane? yang glemer ke x glemer??
Ulasan Puan membantu serba sedikit untuk saya putuskan tadika mana yang saya nak hantar anak sukung saya.. Yang penting early exposure to the fun learning method tu yang penting...
dan yup.. tepat sekali.. Anak kita adalah anak kita.. sdn bhd kita... :)

Sekian,
Abu Adam

Unknown said...

tadika addin cawangan mana?