Tuesday, October 26, 2010

Berita Tergempar!!!

Seri Alam - Satu kejadian berunsurkan jenayah juvana telah berlaku di sebuah kawasan perumahan di Seri Alam, lewat petang semalam. Dua mangsa telah dikenalpasti. Mangsa pertama yang dikenali sebagai telefon mainan dan mangsa kedua dikenali sebagai listip atau nama glamournya Cik Mek @ MAC.

Menurut saksi kejadian, mangsa pertama telah dinodai dengan kejam jayanya oleh suspek dengan menggunakan mangsa kedua. Suspek yang amat kreatif telah menggantikan crayon miliknya dengan mangsa kedua. Ketika kejadian berlaku, didapati mangsa kedua telah diculik dari penempatan asalnya dengan menggunakan barang kes berupa sebuah kerusi berwarna putih. Suspek kemudiannya telah menodai mangsa pertama dengan menggunakan mangsa kedua tanpa belas-kasihan. Kejadian dipercayai berlaku akibat dari perasaan minat suspek yang amat mendalam terhadap mangsa kedua. Sewaktu ditemui, suspek dalam keadaan panik dan terus membuat pengakuan bersalah.

Suspek kini dalam tahanan reman dan telah dijatuhkan hukuman pengasingan di dalam bilik selama 15 tahun minit di samping sesi kaunseling tanpa henti yang berterusan dari kaunselor yang meroyan akibat perbuatan suspek. Suspek dipercayai telah membuat pengakuan sumpah untuk tidak mengulangi perbuatannya dan menyesal di atas tindakannya yang terlampau itu.


Sumber dari tidak BERNAMA.



Mangsa 1...



Mangsa 2 yang parah dalam kejadian... :(



Tempat kejadian merangkap tempat asal Mangsa 2...



Bahan bukti kes...



Suspek UTAMA selepas diinterogasi dan dijatuhkan hukuman...






nota kaki : baru je dapat listip free, listip yang lama dinodai dengan kijamnya. Nasib baiklah listip tu memang bukan favourite acik dan dah lama tak pakai. Kalo listip baru yang free tu ataupun listip favourite acik, haruslah suspek dikenakan hukuman lebih terlampau lagik... huhuhuuuuuuu... Benci btol bila terpaksa meroyan dengan suspek!!! :(


9 comments:

Unknown said...

listip aku pun baru2 ni patah dikerjain anak dara ku itu. haih kalau dah namanya gegirl kan...

Min Aina Ila Aina said...

Huhu..suspen, ingatkan lipstik yang tayang semalam. hehe. Belikan dia lip balm la kak, biar dia melaram. Biasalah like mother like daughter la kan.

~ As ~ said...

suspek : ni apasal ni kena tangkap gambar lepas di hukum, bukan ke tangkap gambar dl baru hukum...ekekeke

Ealyie said...

akakakakakaka..
ptot le sound aku awal2 smlm ehh.. Takut perjanjian syaiton kita terbatal gamaknyaaa..:p

Ko tgk jela aku mkn ciskek sorang2 nanti...:p

catatan i am nieta said...

aduhai... Kalau mcm ni mesti dlm dilema ek..sayang anak sayang lipstik huhu..sib baik bkn fave punye kan

[leily.laily] said...

ekekekek..
ololo, siannyer suspekkk..
dh nangis dh..
tlg tarik balik la repot tu, kesian plok tengok.. hihihihii

Fid said...

kakkakakakakakaak
aku gelakkan je laaaa

TopsyTurvyMum said...

sungguh suspens aku baca berita ko nyahhh!!

ada budak2 kecik ni mmg la ada kejadian camni..
aku pun..nama je anak jantan...habis dikerjakan si Amjah set chanel aku. Nasib yg tu org bagi ekeke..idak ler aku marah sangat:P

IntanSham said...

ZZ... mmg skrg nih tak blh terlepas pandang alat2 solek kan.. :P

min.. kalo listip aritu @ yg favourite harus lebey meroyan.. hahahaaa.... lip balm diorang da ada beb, tp listip ku ttp jadik pojaan jugak.. :P

As... masa kena tangkap, yg amik gambo tgh naik antu, cemana nak amik gambo?? hahahaaa

ely... ko nak gomok sorangkah?? wakakakaaaa

puterikiut.. mmg laaa... tp ttp jugak kena marah..:)

Leily... suspek dah diikat jamin dahhh... hahahaaaa

fid.. mmg nak kasik ko gelak punnn... ahahhaaaa

TTM..hadoiii... chanel nyahhh??? kalo aku PENGSAN.. LOL