Friday, August 14, 2009

Sampai Bila???

Sampai bila??? Persoalan aku kepada suasana tidak sihat yang makin berlarutan sekarang ini. Dulu, hari Jumaat kunantikan. Hari untuk meroyan. Boleh jalan-jalan memantau perkembangan di shopping complex. Tapi.. hari ini, usahkan nak ke Jusco mahupun Tesco, nak ke pasar pun ragu-ragu.

Malam tadi Aina sudah request pada abahnya, "Abah, nanti kita pergi Jusco DAN Tesco ye?"
Sila perhatikan perkataan DAN di situ.
"Tak boleh laaa Aina, sekarang tak boleh jalan, ada H1N1," jawab aku.
"A'aaa laaa Aina... tak boleh jalan sekarang," jawab abahnya juga
" Alaaa.... mana ada H1N1.. tak ada laaa... tak nampak punnnn..." bantah Aina.
Harharharrr... tak nampak punnnn????
Sebenarnya Aina pun dah perasan yang kami dah lama tak berjalan-jalan.
Aku sebenarnya sudah banyak list barang yang hendak dibeli. Aku punya toner pun sudah kehabisan... aiiiyyooooo... Dan aku jugak nak tengok-tengok personal-fit Medela dekat Moms Care. Tapi.. perasaan takut nak keluar sangat tinggi. Apatah lagi, badan aku pun lom sihat betul.
Aku tak nak terdedah kepada virus yang tak kenal siapa itu.

Ehhh...minggu depan hari Rabu anniversary aku dan hubby tawww... Nak celebrate macammana???? Aduyaiiiii.....

Tapi itulah...persoalannya sampai bila kan??? Ramadhan bakal menjenguk seminggu dua lagi. Tahankah kita dari menjengah Pasar Ramadhan nanti. Solat Terawikh... di rumah sajakah??? Habis Ramadhan, Syawal pula. Musim Raya, biasanya semua orang balik kampung menjengah saudara-mara. Yang di utara-selatan semua pulang ke tempat asal. Habis.. kalau masih lagi H1N1 ini berleluasa, macammana kita nak beraya??? Beraya sajalah.... Serius.. aku takut. Kanak-kanak bawah usia 5 tahun berisiko tinggi yer. Macam Aina dan Ainin tu, manalah boleh nak suruh pakai face-mask. Huhuhuuuuuu... Ada tak ada Hari Raya, balik carik mak-ayah sajalah. Lepas tu, duduk rumah makan ketupat diam-diam. Habis kalo orang datang beraya kat umah??? Macammana??? Ehhhh... aku sungguh kompius... sampai bila nak terus macam ni? Ke aku sorang je yang dilanda kecuakan.. kalian tak cuak ke? Macammana kalian menjalani kehidupan sehari-hari nih? Masih berani berjalan-jalan??? Tak risau macam aku ke? Aku memang panik lah sekarang ini....



10 comments:

~ As ~ said...

aku cuak jg... lama dah tak bawa azam jalan² (cehh padahal ibu dia yg ia nak jalan)...
tp mmg ari² aku risau, nak gi kenduri doa selamat org pun aku x bawa azam

Mommy Harith Hannah said...

Kalau baca paper kelmarin kot, flu nie akan berlangsung lbh krg 2 thn, dan dianggarkan maybe 20K rakyat mesia akan mati. Anggaran tau, berdasarkan info anggaran dari WHO juga. Sebab ini pandemic, macam Spanish Influenza dulu tue.

Huhu, risauuu... :(

azrinna said...

Yup! serius risau. dulu weekend jalan2 okeh bawak baby. nw weekend blik umah Mil aje. raya? itulah masalahnya sekarang. duk diam2 kat umah mmg blh, tapi org yg dtg umah, mcmana?

i.s.z.a.n said...

aku pun cam ko, lagi la jb ni byk kes, babi btol la selsema babi nih.

Zuraimah Ismail said...

hmmm tu la...saya pun mempersoalkan soalan yang sama...takkan nak terperuk kat rumah je...x bergaul dgn org...

kut kite balik kg...mcm mana nak tau org2 kampung yg kite jumpe tu ada contact ke x ngn H1n1 kan...

cuba buat yg terbaik..kalau terpaksa keluar...keluar dan tawakal sahaja...moga diselamatkan semuanya

Nanak said...

huhu..mmg ragu2 nak keluar rumah skng ni..takut sungguh..lagi2 tpt yg ramai org..

Nieza Ishak said...

betul betul betul ..
dah seminggu aku dok pk .. raya nanti cemano ??? dah la nak balik ke Utara seminggu ... adoyaiiiii

Mummy Dasy said...

Betul ah tu... bukan anak2 jek, mak2 ni pun dok risau asik dok kat umah jek... nak keluar pun takut... plak tu kat JB ni dah byk kes ish selisih jauhkanlah

By Ticer Liza Yacob said...

akak jalan2 macam biasa. baru je ke masjid india tengah hari tadi. aktiviti seharian selepas waktu sekolah ialah berjalan2 menghabiskan masa sementara masa yang sesuai nak jemput baby n anak2 yang lain kat taska. kalau tak ke tesko, ke ampang point, atau ke carrefour atau mana2 la yang bekenan nak gi.

tak takut? takut bila ingat. bila tak ingat...tak takut la. most of the time....tak ingat. hu hu hu

IntanSham said...

as..sama lah ngan aku.. walhal aku menggediks2 nak memantau perkembangan jusco nihh....

arnie..tulah yang aku sangat2 risaukan.. takut2 kalo termasuk dlm statistik anggaran... nauzubillahhh

azrinna.. tulah kalo org dtg umah, xkan x nak bukak pintu pulak kannn

iszan..sakit jiwa kannn lama2 terperuk dlm umah nihh..huhuhuuu

CT, itulah...berdoa saja semoga dijauhkan dari penyakit ini

nanak.. tulah..u bayangkan i yg ada anak2 kecik nih...lagi takuttt

nieza... usahkan ko yg nak blk jauh,aku yg kg kt jhr nih pun cuak okehhhh

MD...tu laa psl..aku kt pasir gudang nih pun dah byk dengo kes kematian psl virus b4b1 nihhh

ibu zaaz..x tau laa nape, kite asik teringat jer..tu yg x brani nak berjln2