Thursday, August 6, 2009

Assignment Dari M-I-O...

Mak telah di tag oleh M-I-O yang telah menambah kontroversi nama mak... Ahahhahaaaa... Ku rasa M-I-O ini mesti peminat fanatik setia 'Intan Sarafina', kerana itulah dia menambah Sarafina di belakang namaku agar nama itu seperti sentiasa dekat dengannya... :P
Apapun.. thank you beb kerana telah memberi mak assignment ini. Walopun dalam keadaan agak blur-blur, idung tersumbat dan kepala cenoneng akibat menelan pil selsema, mak usahakan jua untuk menyiapkan assignment ini, bak kata pepatah.. "orang memberi, kita merasa"
So.... here it goes....

Nyatakan 5 fakta atau auta menarik tentang pemberi award ini
1. Siapakah atau apakah M-I-O a.k.a My Internal Outlet ini???
Menurut yang tertulis di header blog beliau, blog M-I-O merupakan suatu blog peribadi di mana dia menyatakan suara dalamannya - segala kata-kata yang tidak terluah dan segala perasaan yang dia simpan untuk dirinya. Blognya juga merupakan suatu hentian soul apakah makna soul??? baginya. Itulah dia 'My Internal Outlet' gigih ahkak transalate tawwww

2. M-I-O telah berjaya menyentap hati nuraniku dengan EntrinyaYangIni. Berkenaan dengan kesibukan seorang ibu. Entrinya ini telah berjaya mengingatkan aku tentang baucer facial yang tiada tarikh luput, yang telah lama tersimpan di dalam beg duitku. Biarpun facial menurut MIO hanya mengambil masa sejam-dua, aku tetap tidak berjaya meluangkan masa untuknya. Namun beliau telah memberi kesedaran agar aku pergi melunaskan baucer itu... insyaAllah... :D

3. M-I-O memang famous dengan entri-entri yang sarat dengan nasihat, motivasi dan pandangan yang bernas. Maka tidak hairanlah jika siri-siri entri beliau mendapat gelaran Bersama Cik Seri Siantan. Aku memang selalu ternanti-nantikan entri terkini dari beliau.

4. M-I-O telah memberiku inspirasi di dalam berblogging di mana, aku seringkali memperolehi idea untuk menyusun bait-bait perkataan dengan begitu sempurna dan indah sekali dari blognya. Aku sangat meminati gaya penulisan beliau yang begitu bersahaja namun berkesan di hati.

5. M-I-O mengaku beliau merupakan seorang yang introvert, namun aku tidak dapat memahami mengapakah beliau beranggapan sedemikian. Kerana aku merasakan walopun tidak pernah bersua muka, aku seperti dapat merasai keramah-tamahan beliau. Mungkin kami patut minum petang bersama di suatu masa yang aku tidak tahu bila... :P

6. M-I-O juga... owhhhh... tidak.. maafkan aku sebab terlebey sudahhh.. hanya 5 fakta sahaja yang diperlukan, jadi aku perlu berhenti setakat ini atau nanti tag ini akan berubah daripada 5,5,5,5 menjadi 5555 fakta tentang pemberi tag @ M-I-O. Penulis sila jangan hoverrrrrr....

Tugasan seterusnya adalah sesi pecahkan kepala hotak untuk memikirkan tentang....

5 fakta diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

1. Aku adalah anak sulung dari empat beradik, yang mana cuma mempunyai seorang adik lelaki.

2. Aku merupakan satu-satunya penyumbang generasi seterusnya setakat ini di dalam keluarga Pak Ramli Dan Mak Cik Odah, di mana ketika ini hanya aku sahaja yang telah berkahwin.

3. Nama adik aku yang bongsu sangat unik iaitu Berlian Marliana. Menurut emakku, nama ini dipilih kerana sewaktu hamilkannya, emakku mengalami masalah diabetes yang serius hingga memaksanya mengambil insulin setiap hari dan terpaksa duduk kat wad setiap bulan sepanjang tempoh hamil untuk memonitor paras gula di dalam darahnya. Yaa.. aku ingat lagi kisah sedih, di saat aku sedang mengambil UPSR, emakku di wad. Jadi balik periksa aku sangat sunyi sebab tak ada siapa yang bertanya, "macammana peksa, boleh jawab tak??" Sangat sedih okehhhh. Menurut emakku, dia menangis dalam wad ketika itu dan tak henti-henti berdoa agar aku dapat jawab. Dan berkat doa emak yang tak henti itu, aku berjaya mendapat 4A... terima kasih emak!!!Mendapatkan adikku ini menurut emakku seperti nak mendapatkan Berlian susahnya, maka dari situlah datangnya idea nama itu.

4. Aku merupakan seorang yang agak out-spoken sebenarnya. Mungkin kerana aku dipengaruhi oleh persekitaran kerjaku di mana semua guru yang rapat denganku adalah sebegitu. Mungkin aku patut mengurangkan ke'laser'an aku agar orang-orang tidak salah anggap tentang diriku.

5. Aku suka bercakap, maka kerjaya sebagai cikgu ini adalah memang sesuai dengan aku. Aku juga sangat sukakan perasaan di mana apabila aku berdiri di hadapan, terdapat seramai paling kurang 30 orang memberikan tumpuan dan perhatian penuh dengan senyap. Tentulah ini tidak mungkin mampu aku lakukan di hadapan orang dewasa, tetapi di hadapan kanak-kanak pun memberi kepuasan pada aku kerana terasa seperti 'idola' gittewwww... keji kan??? :P

Okehhh... Full Stop

Seterusnya adalah pembentangan berkenaan 5 hobi diri sendiri pulak...

1. Hobi aku yang paling UTAMA sekarang ini seperti CikFid juga, di mana aku pun mengalami sindrom makan-blog-tido-blog. Sangat kronik okeh. Sehingga suami aku terpaksa menukar streamyx kami kepada package unlimited sebagai tanda sokongan terhadap isterinya yang giker-berblog sekarang ini

2. Aku suka membaca novel. Dulu, aku akan beli novel hasil penulisan siapapun jua kerana ketika itu sindrom makan-novel-tido-novel melanda aku, namun sejak ada hobi nombor 1 di atas, sekarang aku hanya membeli novel dari tulisan Norhayati Berahim, Ramli M.S Awang Murshid dan Lily Haslina Nasir yang aku minati.

3. Aku suka shopping juga, yang mana ini kulakukan sebagai terapi minda yang sungguh tidak berhemah sebenarnya. Namun hobi ini cuma kulakukan bila poketku mantoppp lah. Bila tidak mantopppp, aku lebih senang duk dendiam kat umah tanpa perlu memikirkan masalah kewangan yang mungkin melanda jika aku terus terjah bershopping.

4. Aku suka masak juga walopun kadang-kadang malas memasak. Namun entah kenapa aku ada satu perasaan bersalah jika aku selalu sangat tidak dapat memasak untuk suamiku,perasan jadik isteri solehah kononnya, walopun suamiku tidak kisah aku masak atau tidak. Sebab setiap petang, suamiku akan telefon dan bertanya dengan ceria, "ibu masak apa hari ni??" Jadi alangkah sedihnya jika aku terpaksa mengatakan yang aku tidak masak. Mesti dia hampa nak merasa air tangan isterinya hari itu, walopun tidak dinyatakannya. Maka dengan itu sedaya upaya aku akan memasak juga, kecuali jika M aku terlalu besar atau aku tidak sihat.

5. Aku tak tau apa lagi hobi aku.. itu sahajalah hobi yang aku ada sebab sebenarnya majoriti hidup aku sudah kuisi dengan hobi yang nombor 1 itu diikuti dengan nombor-nombor berikutnya. Itu sahaja...

Aku perlu mengetag 5 orang lain, tetapi aku tidak dapat memikirkan siapakah 5 orang itu kerana aku tak sabar nak publish post ini dan tido sahaja. Ubat flu sudah menguasai aku. Harap maaf.

Sekian, terima kasih...


2 comments:

Nanak said...

uniknya nama adik awak :)

m-i-o said...

hi nyahhhh :P
mak datang nk bagi markah ni. tolak 4 markah sebab u antar lepas waktu pejabat. tambah 2 markah utk inisiatif dan daya usaha, wpun tidak sehat tetappp menyiapkan assignment. 8/10. hahaha!

fuh berlian! mungkin jugak sebab nama u intan - dia berlian. yg lg 2 org nama apa? mesti nama2 batu permata gak nih :P

i pun rasa u garang. dan gagah perkasa. hahaha! akan tetapi sentimental tangkap leleh. apakah? ada krisis identiti di situ.

get well soon :)