Thursday, August 20, 2009

Kenapa Suami Tidak Menghargai Isteri??? *UPDATED*

Agaknya pernah terdetik di hati kita, kenapa lah si dia nih macam tak menghargai diri kita sebagai isteri. Tetapi sebelum itu, apakah definisi penghargaan yang kita inginkan dari si dia? Sepatah kata Puan Suzana Ghazali, seorang Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, yang saya petik dari SINI, apakah penghargaan yang kita inginkan itu berupa hadiah, kad ucapan dan jambangan bunga darinya setiap kali hari istimewa?
Penghargaan suami terhadap isteri bagi saya bukanlah terhad kepada pemberian berbentuk material sahaja. Penghargaan suami terhadap isteri bagi saya lebih kepada perlakuan, tutur-kata dan kesediaan si dia berkongsi tanggungjawab bersama. Maksud di sini, saya merasa dihargai oleh suami saya apabila dia sentiasa berkelakuan baik terhadap saya, bertutur tanpa menyakiti perasaan saya dan yang lebih utama kesediaannya membantu saya melakukan kerja-kerja rumah bersama seperti tolong saya sidai baju atau menguruskan anak-anak. Saya benar-benar rasa dihargai bila suami saya sentiasa melakukan perkara-perkara yang saya nyatakan tersebut. Tetapi jika suami saya tidak melupai hari-hari istimewa dalam hidup saya, itu merupakan suatu bonus buat saya. Suami saya bukanlah seorang yang romantik sangat pun, jadi saya harus menerimalah ketidak-romantikannya itu. Namun bagi saya sikap tidak romantik itu tidak dapat menandingi segala kebaikannya yang lain. Jadi... haruslah saya terima dengan minda yang terbuka kan?... :D
Berbalik kepada persoalan di atas, saya memang suka membaca majalah Mingguan Wanita. Juga ruangan Di Celah-Celah Bedah Kehidupan di dalam akhbar Pancaindera setiap hujung minggu. Dari pembacaan saya, terdapat banyak kisah-kisah sedih nasib isteri yang tidak dihargai suami. Bagaimana pengorbanan yang telah diberikan oleh seorang isteri, tidak kiralah bukan hanya tenaga malahan wang ringgit, namun sayangnya bagai tiada apa di mata suami. Sudahlah ucapan terima kasih langsung tak pernah diucapkan, perlakuan terhadap isteri pun semuanya menyakitkan hati. Langsung tidak mengambil berat kebajikan isteri. Saya sangat emosi bila membaca kisah-kisah sebegini. Sangat kasihan...

Tetapi apabila membaca EntriPuanSuzana ini, saya kembali muhasabah diri. Isteri mahu dihargai suami. Namun apakah kita sebagai isteri, menghargai suami??? Sebagaimana isteri mahu dihargai suami, pastinya suami juga mahu dihargai isteri. Muhasabah diri...

- Saya mahu suami saya sentiasa berkelakuan baik terhadap saya. Apakah saya berkelakuan baik terhadap suami?

- Saya mahu suami bertutur-kata tanpa menyakiti perasaan saya. Apakah tutur kata saya juga tidak menyakiti perasaannya?

- Saya mahu suami saya bersedia membantu saya dalam urusan kerja rumah. Apakah saya bersedia membantunya bila dia memerlukan saya?

Mungkin ada sedikit kekurangan saya di mana-mana... namun apabila saya telah muhasabah diri, maka saya berjanji akan memperbaiki kekurangan saya itu insyaAllah.

Jadi kalian, cuba fikir-fikirkan.. apakah kalian dihargai pasangan? Dan apakah kalian menghargai pasangan. Ianya seperti ungkapan.. "What you give, you get back"

Renung-renungkan dan selamat beramal.... *wink*

**UPDATE..
Komen dari Cik Rossa @ Umi Sufira kita yang berbunyi begini,

"kalau bini dah layan baik giler sampai semua kerja rumah siap, masak, layanan baik tapi laki tetap tak menghargai siap marah2 camne tu?"

ada tambahan ... "Tapi bukan mak lah..laki mak mantop nyah..ah ah ah..:P " Penting menulis sekali tambahan itu, kalo tak nanti ada yang salah paham.. tak pasal-pasal En Yort dipandang serong... :P

Berbalik kepada komen tersebut, membuatkan saya terfikir balik. Ya.. saya tidak menyentuh pula persoalan 'buat baik dibalas jahat' ini. Bagaimana ya.. jika si isteri sudah memberikan yang terbaik, tetapi suami tetap tidak menghargai malahan marah-marah lagi. Atau mungkin sebaliknya, si suami sudah menjadi suami mithali, tetapi si isteri tidak menghargai. Jika saya begini, pastilah berendam air mata, terluka dan terus dilukai. Dan resmi menjadi perempuan, bukan mudah untuk mengakhiri sebuah perkahwinan walaubagaimana teruk pun pasangan atau walaubagaimana siksa pun tetap juga dihadapi.

Jadi bagaimana nak menghadapi keadaan sedemikian? Sabar...dan terus bersabar?? Sampai bila? Suruh orang bersabar memang mudah, tapi cuba jika diri sendiri yang menghadapi? Tetapi.. memang SABAR itulah yang paling perlu ada dalam diri. Yelah, si dia sudah kita pilih menjadi pasangan. Buruk-baik sikapnya bila sudah menjadi suami, harus kita telan memandangkan kita yang memilihnya. Selain dari sabar, mungkin boleh cuba mengajak suami berbincang, meluahkan isi hati dengan kata-kata yang paling lembut dan berhemah (bukan emosi). Dalam 365 hari setahun, takkanlah tak ada satu hari pun si suami bersikap baik terhadap isteri kan? Jadi ketika moodnya sedang baik itulah cuba masuk jarum. Pujuk hati suami, yang mana pastinya hanya isteri sahaja yang tahu kelemahan sang suami kan. Takkanlah dalam lima enam ayat-ayat cinta, tak satu pun yang terkesan di hatinya? Tetapi jika hati suami memang sekeras batu.. berdoalah... hanya dengan izin dariNya sahajalah,hati suami boleh berubah. Boleh juga bisik-bisikkan ayat-ayat Quran yang dikatakan mampu melembutkan hati suami.

Sebagai perkongsian bersama, aku sertakan ini...

Bacalah Surah Yusuf Ayat 4 yang berbunyi:

"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"

Bermaksud:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39:

"Wa-alqayka 'alayka mahabbatan minnii walitushna'a'laa 'ainii"

Bermaksud:
"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku."(Qs.thaahaa:39)

Caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami,bacalah kedua ayat ini.Untuk dapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya, tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat,bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

Semoga Allah memberikan jalan untuk kita dalam memenangi hati pasangan... insyaAllah....

Sekian


10 comments:

i.s.z.a.n said...

wahh ko, tazkirah di hari khamis (malam jumaat) nampak. harus hargai suami malam ni kahkahkahhh

lariiiiiiiiiiiiiiiiiii

IntanSham said...

cis ko... tersedak aku baca komen ko nyahhhh... hah.. ko jgn lupa 'hargai' mr slurpee ini malam...kahkahkahhh

Zuraimah Ismail said...

wah intan...entry menarik ini.... i likeeee....terima kasih for this entry...sesekali ia mengingatkan kita juga

i.s.z.a.n said...

aku period!

pecuttttttttttttt

MS said...

yaa Puan Intan

sila lah beramal malam ni haha

~Umi.Sufira~ said...

Beb, kalau bini dah layan baik giler sampai semua kerja rumah siap, masak, layanan baik tapi laki tetap tak menghargai siap marah2 camne tu?

Tapi bukan mak lah..laki mak mantop nyah..ah ah ah..:P

IntanSham said...

CT..ia mengingatkan saya juga yg kadang2 selalu terlupa...:) sharing is caring kannn

iszan (nak kena kejo minah ni nihhh).. alangkah ruginya ko di ambang nak puasa nih.. pssttt...nih malam jumaat last sblm puasa tawww...kahkahkahhhh....;p

MA...kahkahkahhh..ko pon sama laa ngan si iszan tu.. psssttt..ko tammo join beramal ker?? :P

mimi...jawapan utk komen ko mak siap buat update lagik hokehhh...hahahhaaa

mamaDhea said...

aku mmg selalu baca surah yusuf tu tiap kali lepas solat.. tp surah yg satu lagi tu tak pernah pulak.. boleh ler hapal pasni.. :D

Mommy2H said...

Puan Intan saya mintak izin yer paste kat blog utk rekod diri dan rakan2 lain...
terima kasih kerana berkongsi ilmu

IntanSham said...

sha...aku pun baru tau ttg surah yg satu lg dari ustazah kt skolah aku

mommy2H... silalah...sharing is caring...;)