Tuesday, August 25, 2009

Jiran Oh Jiran...

Saya nih kan bukanlah nak mengumpat di bulan puasa, sekaligus melangsingkan pahala puasa saya dan mungkin anda juga... hehe... tapi sekadar mahu bercerita di ruangan ini. Nak bercerita kat siapa lah lagi kan... Bercerita dengan mengumpat tu lain kan kan kannn... :P

Sepertimana Cik Fid dan Iszan yang pernah meluahkan rasa bengang tak sudah kepada jiran-jirannya, hahhh... saya pun nak jugak bercerita tentang jiran nih.

Jiran-jiran kiri dan kanan saya bukanlah kaum Melayu mahupun C*ina. Tapi yang satu lagi. Tidak timbul soal perkauman di sini. Kita kan 'Satu Malaysia', ibarat kata bos kepada bos saya yang paling besar.... :D

Boleh dikatakan suasana kejiranan di kawasan rumah saya ini adalah suam-suam kuku sahaja. Jiran Melayu saya hanyalah selang sebuah rumah dari rumah saya. Suasana suam-suam kuku ini adalah kerana, kami memang jarang-jarang nak berjumpa apatah lagi mengadakan 'mesyuarat tingkap' mahupun 'sidang pagar'. Kalau jumpa pun sekadar angkat tangan dan senyum-sengih lebih kurang sahaja. Masing-masing sibuk bekerja, walaupun saya taklah sesibuk mana tetapi jiran-jiran saya yang lain memang kerja office-hour, pergi pagi pulangnya hampir malam.

Jiran belah kiri saya adalah seorang suri-rumah sepenuh masa. Ibu kepada empat orang anak. Anak-anaknya sudah besar-besar dan masih belajar. Ingat tak dulu saya pernah cerita pasal jiran saya ini membela ayam? Alahhh... yang saya naik hangin sebab ayam dia masuk rumah saya dan bersenang-lenang parking atas tempat saya jemur kain, dengan baju anak-anak saya. Lepas tu, si ayam itu boleh melepaskan hajat pulak kat situ...

Kalian... ayam-ayamnya sudah membiak dengan jayanya tawww... Saya memang tak berapa nak menegur sangat dengan jiran saya itu. Sebab masih 'bengkek' dengan belaannya itu. Pasal dia bela ayam, lalat sangat banyak di rumah saya. Saya memang tak bukak pintu rumah sebab nanti lalat berebut-rebut masuk dalam rumah. Sangat tension okehhhh. Kasihan anak saya, sebab tak berpeluang main-main depan rumah. Saya lebih kasihan lagi, sebab walau macammana bersihkan rumah pun, lalat tetap ada.. apatah lagi kalo tak bersihkan rumah. Setiap kali lalat banyak, saya memang hangin dengan jiran saya itu. Ayam-ayamnya memang dah tak masuk rumah saya lagi sejak kejadian saya naik hangin itu.

Lagi satu yang saya boring adalah, jiran saya itu suka memekak membebelkan anak-anak dia sekuat-kuat hati. Huhhh... sangat stress okeh, sebab saya terpaksa dengar dia memekik bebelkan anak-anak dia. Setiap hari okehhhhhh.... Entahlah ekkk... kadang-kadang saya rasa, dia bercakap pun memang intonasinya begitu. Sangat suka bercakap sekuat-kuat hati, macamlah ko duduk sorang-sorang tak ada orang kiri-kanan. Kalian dapat bayangkan tak. Walaupun saya tutup pintu dan tingkap, suaranya masih kedengaran.. bayangkan kalo saya tak tutup pintu dan tingkap???

Lagi satu, saya tak paham jiran saya ini. Dia kan, selalu mengatakan sesuatu yang seolah-olah nak menakutkan saya. Contohnya kalo kami satu family tak ada rumah. Esoknya bila jumpa saya, mesti dia kata "kenapa malam tadi rumah awak saya dengar macam ada orang???" Apakah MOTIF???? Saya malas nak layan. Mula-mula saya buat tak tau aje, tapi bila selalu sangat dia cakap macam tu.. saya jadik bosan. Dia tak patutlah nak cakap macam tu kan, dengan keadaan saya yang selalu ditinggalkan suami nih. Tapi saya tak takut... rumah kita.. kita tahulah kan.

Itulah kisah jiran saya yang sangat menyebalkan... Eh banyak lagik sebenarnya, tapi saya dah malas nak tulis.

Sekian kisah saya yang kesian....


5 comments:

~ As ~ said...

mcm mengumpat pun ada gak...ahhaha
tp aku suka " rumah kita...kita taula kan"
wahhh sgt bagus utk motivasikan diriku kala ditinggal suami ... ahakss

::Umi Sufira:: said...

Nyah, macam yang ko crita kat rumah aku harituh ye nyah?kekeke...sabar ajelah nyah..takpun ko sound je sebijik...pandai bela ayam pandailah simpan;P

Zety Zin said...

ohh aku pernah rasa pengalaman berjiran bangsa 'itu'. memang diorang (kebanyakannya) jenis bercakap suara high pitch. kadang2 dengar macam nak gaduh, tapi sebenarnya dia suruh anak dia pi mandi je (aku agak la). hehe. so buat bersabo aje lah.

lailasani said...

ouh.. sy pun pernah berjiran ngan kaum yg satu itu.. sgt memekakkan telinga... sentasaaaaaaaaaaaa membebel kat anak2 dia n pasang lagu dia kuat2... aduyaiii...
sekrg dh pindah... tup2 depan rumah pun kaum itu daaaaaaa.... huhuhu.. tp setakat ni blum dgr ape2 bebelan... maybe sbb kaum yg sedikit educated kot....

Fid said...

aku gelak ja laa
kahkahkahkahkah