Aku terpanggil untuk menyentuh tentang didikan anak-anak ini berdasarkan pemerhatian sehari-hariku di sekolah. Memerhatikan tingkah-laku, percakapan mahupun peradaban anak-anak yang ada di depan mataku ini. Membayangkan pula cara didikan anak-anak itu di rumah.
Majoriti anak-anak di sekolahku adalah murid Melayu. Diikuti dengan murid India dan warganegara asing samada dari Filipina atau Indonesia. Agak menyentuh hati, apabila dinilai peradaban murid Melayu semakin kurang. Murid Melayu lebih kurang ajar berbanding dengan murid bangsa lain. Pernah di hadapan mataku, seorang murid tahun 5 telah menengking ibunya di dalam telefon awam kerana si ibu terlupa memberinya duit belanja. Pernah juga ada ibu yang menangis mengadu kepada guru perihal anaknya yang langsung tak mahu mendengar kata dan suka melawan. Murid bangsa asing lebih pandai menghormati guru berbanding murid Melayu sedangkan sering diwar-warkan, orang Melayu penuh dengan adab-sopan.
Kadangkala terfikir, bagaimanakah cara didikan anak-anak itu di rumah? Adakah mereka terlalu dimanjakan? Atau tak pernah dijentik mahupun dimarahi walau sekali. Apakah kerana kasih dan sayang yang begitu menebal terhadap anak, membuatkan anak-anak tidak ditegur kesilapannya? Aku akui, membesarkan anak-anak memang bukan perkara yang mudah. Sedari anak-anak masih kecil, hingga nanti meningkat remaja, segala tingkah-lakunya perlu diperhatikan dan diberi teguran mana yang salah.
Zaman dahulu, orang kata membesarkan anak perempuan adalah seperti menjaga lembu sekandang. Tapi zaman sekarang itu sudah tidak boleh digunapakai lagi. Membesarkan anak-anak lelaki dan perempuan sama sahaja cabaran dan dugaannya. Melihat situasi sekarang, kecut perut memikirkan bagaimana keadaannya apabila anak-anak meningkat remaja kelak.
Dalam pada sibuk menerapkan ilmu pendidikan dan pembelajaran kepada anak-anak, jangan pula dilupakan menerapkan didikan dalaman dan juga ilmu agama. Amalan hormat-menghormati juga perlu ditekankan.
Anak-anak aku masih kecil, namun jika berbuat kesilapan memang tetap ku marahi sesungguhnya. Namun memarahi anak-anak bukanlah membabi-buta. Bila dia menangis, memang aku biarkan saja. Dah habis menangis, baru kuterangkan kenapa dia kena marah supaya dia tahu kesilapannya dan tidak akan mengulanginya lagi. Satu lagi, budaya meminta maaf juga kuterapkan. Buat salah, wajib minta maaf. Bila dia minta maaf, aku akan bertanya kenapa minta maaf, apa kesalahannya.. dan dia akan memberitahu apa salah yang telah dia lakukan. Maknanya dia tahu apa perbuatannya yang salah dan menimbulkan kemarahanku. Begitulah seadanya...
Anda bagaimana? Bagaimana bentuk didikan yang diterapkan kepada anak-anak? Kongsi-kongsikanlah... Semoga boleh menjadi panduan sesama kita...

4 comments:
Daku mmg ajar Hakim utk sebut, "Abg minta maaf ibu" sambil salam, setiap kali dia buat kesalahan. Tapi, risau jugak yer, bila dia dah masuk sekolah nnt, dah bercampur gaul dgn pelbagai lapisan (background budak2 lain).
Hanya mampu berdoa...
tengking mak sbb tak bagi belanja???
perghhh..hebat dowh!
arnie...tu yg riso kan..didikan kite rasa dah cukup baik, tp bila bercampur, jadik tak elok pulak. nanti nak kena pantau kawan2 anak pulak kannn...
MN.. yer... kalo ikutkan hati, nak je ku lempang itu budak. Ayatdia..
"BODOH LAA MAMA NIH..LAIN KALI INGAT LAHHHH..." sambil hempas telefon
bayangkannnn.....
kena banyak sabar kan.. selain budaya minta maaf ni kan.. terapkan juga budaya kiss to each other sama ada nak keluar umah ke... nak tido ke.. selalu la kiss anak2 n say i love u...
Post a Comment