Monday, August 24, 2009

Perjalanan BF Di Hari Ketiga Puasa...

Wahhh...Panjang amat tajuk entri... sebab saya penat nak pikir tajuk yang pendek dan simple... :P

Sudah 3 hari berpuasa nampaknya. Macammana perjalanan BF mommies sekalian? Ada baguskah? Atau ada penyusutan di mana-mana?

Cuti sekolah telah bermula. Namun sepanjang tiga hari ini, saya tetap meneruskan aktiviti mengepam di waktu pagi di samping memenuhi permintaan Ainin yang memang WAJIB lah mengempeng kalo boleh 24 jam bila saya ada depan mata dia... :P

Jadi 3 hari berturut-turut ini, hasil pumping sebelah saya dapatlah 5oz.. Alhamdulillah. Pumping sebelah, sebab sebelah lagi ada orang yang bergayut. Kalo nak wat double pumping masa dia ada... kirim salam ajerlah!!! :P

Namun berjaya memenuhkan satu botol 5oz sudah membuatkan saya sangat bersyukur. Masih ada lagi rezeki di bulan puasa ini untuk Ainin Sofiya. Semoga rezeki ini terus berpanjangan sepanjang bulan puasa ini... Amin...

Apa yang saya makan dan minum untuk me'maintain'kan production?
- Makan kurma banyak-banyak
- Minum air banyak-banyak
- Minum air tin sengkuang cina season
- Minum segelas Horlicks 3 in 1 cereal drink masa bersahur
(hari tu dapat 4 pack free dari Horlicks masa derang datang buat promosi kat skolah. Jadi buat minum masa sahur, nampaknya berkesan untuk maintain susu di samping memberikan tenaga di bulan puasa nih.. kena beli nih!!!)
-
Kekalkan pemakanan seimbang - ikan, daging, sayur (kalau boleh makan sayur-sayur yang boleh merangsang susu seperti bendi, jantung pisang, lobak putih)

- Kekalkan pengambilan milk-booster seperti alfalfa dan fenugreek.

Hari ini saya bercadang nak buat kurma-milkshake. Dah beli kurma sekotak khusus untuk buat kurma-milkshake nih.

Anda bagaimana? Ada sebarang tips lain yang boleh me'maintain'kan susu di bulan puasa ini? Kongsikanlah... :D




1 comment:

azrinna said...

intan, mcmana nak wat kurma shake cara Intan?