Wednesday, August 5, 2009

Pergilah Belajar Berenang...

"Pergilah belajar berenang,"
Demikian kata Si Suami kepada isterinya yang semakin mantoppp pada suatu hari. Dan si isteri pula berkali-kali mengatakan dia takut air. Namun telah beberapa kali si suami mengajukan ayat yang sama cuma kadangkala ditukar kepada ayat tanya,
"Bila you nak pergi belajar berenang ni??,"
Dan ditambah di hujung ayat, "Pergilah... nanti abang sponsor..."
Wowwww... mendengar perkataan 'sponsor' di situ, si isteri mula angkat-angkat kening. Sesuatu yang di'sponsor' tidak kiralah apa jua, adalah sesuatu yang sangat indah... :P
Tapi bila si isteri mendengar ayat galakan dari si suami yang seterusnya...
"You tengok Dr Marina tu dah kurus tau, sebab join kelas renang"
Piangggggg............. Adakah si suami sedang cuba memberitahu si isteri bahawa dia sudah semakin mantopppp di situ??? Adapun perkataan mantopppp adalah sama erti dengan G.E.M.U.K yang mana ada sedikit perasaan rendah diri atau tertekan atau tak sanggup jika menggunakan perkataan yang bermula dari hurup G itu.

Namun menurut si suami alasannya mahukan si isteri belajar berenang adalah kerana sungguh kasihan melihat si isteri hanya mampu celup-celup badan dalam swimming pool kanak-kanak sambil menemani anak apabila pergi bercuti relevenkah?? Macamlah pergi bercuti setiap minggu. Sedangkan si suami seronok menghabiskan masanya pusing tujuh lapan lap kat swimming pool dewasa. Sebenarnya si suami tidak tahu, si isteri sengaja bagi can pada si suami, kerana kalo kedua-duanya sibuk nak lomba berenang, siapa pulak nak menjaga anak-anak kan?? Lainlah kalo si suami sudah bersedia nak carikan pembantu untuk isterinya yang tersayang itu... :P

Merenung diri sendiri di dalam cermin, si isteri perasan ada lebihan lemak-lemak yang berkumpul di sana-sini. Di saat rakan-rakan seblogging sedang sakan menguruskan badan dengan pergi ke gim, pusat menguruskan badan, berjogging dan ada pula yang senang berkorset, mungkin si isteri patut memandang serius permintaan dari si suami yang bermurah hati hendak meng'sponsori' kelas renang tersebut. Jangan pandang serong niat baik si suami. Walopun si suami tidaklah begitu kurus, namun berjalan di sisi isteri yang langsing lagi rupawan pastilah membanggakan hatinya... Kan yanggg???

Baiklahhhhh... (Tarik napas panjang-panjang).. walopun si isteri adalah seorang yang takut air, si isteri akan menyahut jua seruan si suami.

Persoalannya sekarang belajar berenang akan lebih murah jika berkumpulan. Dan si isteri sedang berkira-kira siapakah yang akan menjadi teman sekumpulan kelak. Ada sesiapa yang mahu join?? Oh ya.. tak lama lagi bulan puasa, kemudian raya laa pulak.. jadik lebih sesuai melakukan aktiviti belajar renang itu selepas raya kekdahnya. Mungkin juga semasa puasa nanti si isteri dapat mengurangkan atau menambah??? isipadu lemak di dalam badan. Apapun si isteri telah berjanji untuk pergi belajar berenang sebelum tahun 2009 ini berakhir.

Jadi si isteri hendak pergi belajar berenang. Wahai suami, silalah pastikan offer itu tiada tarikh luput kerana si isteri memang hendak pergi belajar berenang cuma belum dapat mencari masa yang sesuai untuk aktiviti tersebut.

Sekian, terima kasih.


12 comments:

::Umi Sufira:: said...

Mak suka berenang nyah!!Untungnya kalau laki mak nak bagi offer macam tuh..aiseh!

Sayang.Ibu said...

kahkahkahhhh... ko dah pandai berenang nyahhh.. pastu rajin plak berjogging. aku nih dah laa x pandai berenang malas pulak nak berjogging. yang sukanya MAKAN jer... :P

knv said...

oh ini pun salah satu impian akak!

Sayang.Ibu said...

akakkk.. meh laa kita belajar berenang bersama-sama... ;)

m-i-o said...

eh ada jugak geng mak kat sini penakut air. hahaha! terasa lebih lega sekarang :P

apakata sementara ni blaja skil asas dengan mr hubby tu aje? uii lomentik ooo...mulakan dgn teknik pengapungan dulu ;)

tp mak laki bini tidak tahu berenang, namun bercita2 nak anak wakil renang sampai olimpik. kahkahkah!

Sayang.Ibu said...

mio.. mak tammo laaa blajo ngan laki mak, takut lemas di lautan sepi nanti..kahkahkahhhhhh... wehhh... sungguh murni cita2 ko suami-isteri itu.. aku ucapkan semoga berjaya...;)

Nanak said...

kalau nak berenang hari2 boleh saja..swimming pool adalah dekat..tapi i pun tak pandai berenang...kesian.

~ Ibu ZAAZ ~ said...

ohh...laki hakak tak penah suh pegi blajar berenang. pasal dia tu sangat takut dengan air yang dalam especially laut. hakak ade juga perasaan nak belajar tapi perasaan malas dan malu lebih menguasai diri. tambahan lagi bila laki hakak ada menyebut....

"gemuk pun ayah tetap sayang ibu"

wa ka ka. frasa itu lah yang mengalahkan semangat hakak apabila mahu berdiet. maka...dietku akan lebut berkubur.

sekian.

Sayang.Ibu said...

nanak.. jom lah belajar berenang..ahahhaaa...

ibuzaaz.. kalo sebut pasal diet, mmg kompem ke parit lah diet itu...:P

~ Lady ell ~ said...

siapakah gerangannya yg dimaksudkan didalam cerita ini yek :D

Sayang.Ibu said...

lady ell.. cubalah teka..;)

lailasani said...

untung tu encik suami sponsor..
pegi laa.. pegi laa.. best tau... hehehehe...
ms nk belajar tu... mesti hilangkan perasaan takut tu dulu... pastu mesti konfiden punye... sy pun baru reti berenang semasa umur 27thn... hehehehe..