Wednesday, August 5, 2009

Dunia Breastfeeding Saya...

Dah lama saya nak berkisah tentang breastfeeding dan saya. Tetapi seringkali buntu menyusun ayat. Namun sempena Minggu Penyusuan Sedunia yang berlangsung dari 1hb-7hb Ogos ini, maka saya cuba juga untuk mengisahkan tentang Dunia Breastfeeding Saya. Diingatkan, saya bukanlah penulis yang baik... have to admit that... :P Mungkin kisah ini mampu membuat ada sangap... ahahahhaaaa...

Dunia breastfeeding saya bermula sejak pertama kali saya dikurniakan cahayamata. Memang sejak dulu, keinginan saya menyusukan anak amat tinggi. Saya gembira apabila dapat menjawab pertanyaan orang bahawa anak saya masih breastfeed lagi. Walaupun kisah penyusuan saya dan Aina Suraya penuh dengan kekurangan yang tidak ingin saya kenangkan, kerana kurangnya ilmu dan gadget juga , saya tetap bersyukur kerana dapat memberinya khasiat susu ibu selama setahun. Jodoh susu ibu dan Aina hanya dapat bertahan sehingga setahun lapan bulan, iaitu sehingga Ainin Sofiya lahir. Dengan adanya Ainin Sofiya, saya sedaya upaya melengkapkan diri dengan ilmu penyusuan dan peralatan penyusuan juga. Juga saya berazam untuk mengelakkan diri dari sebarang perkara yang boleh mengganggu proses penyusuan ini seperti mengandung lagik sehinggalah cukup tempoh dua tahun yang saya sasarkan... insyaAllah. Dan Alhamdulillah, sehingga kini, hampir setahun sebulan Ainin hanya menikmati susu ibu di samping makanan pejal yang ibu masak rutinnya.

Saya bertuah kerana susu saya banyak??? Ohhhh.... tidak sama sekali. Saya bukanlah orang yang sebertuah itu. Saya merasakan susu saya sebenarnya tidaklah sebanyak mana. Hanya, kerana kegigihan saya untuk produce susu sahaja yang membuatkan susu masih bertahan hingga ke peringkat ini. Kenapa saya kata begitu? Kerana... sewaktu dalam pantang lagi, saya bukanlah orangnya yang mengalami 'bengkak-susu' hingga susu menitis-nitis tanpa kawalan. B*reast saya terasa membengkak juga, apabila tiba masa penyusuan tetapi tidaklah sampai overflow.. :D Namun keinginan saya menyusukan amat kuat, dan memaksa diri saya untuk gigih mengepam, memberi direct-feeding dan mengepam lagi, agar susu saya tetap terhasil. Saya percaya supply itu bergantung kepada demand. Makin banyak susu dipam atau diberi kepada bayi, maka makin banyaklah ianya terhasil. Sejak dari dalam pantang lagi, saya memastikan makanan yang saya ambil berkhasiat dan bercirikan makanan yang boleh merangsang pengeluaran susu. Saya percaya, semua orang boleh menyusukan anaknya, dengan syarat perlu memiliki keazaman serta komitmen yang tinggi, disiplin dan usaha yang berterusan.

Menyusukan anak bagi ibu yang bekerja bukanlah sesuatu yang mudah, namun bukanlah mustahil. Kekangan dan kesibukan bekerja memang kadangkala menjadi penghalang. Namun setiap orang berhak membuat pilihan. Menyusukan atau tidak, pilihan masing-masing. Jika sudah berusaha segigih-gigihnya namun tiada rezeki untuk meneruskan penyusuan, apa boleh buat. Namun jika tidak berusaha langsung, tetapi mengharapkan susu keluar mencurah-curah bagai air paip bocor bukanlah tindakan yang bijak. Jika tidak berusaha, susu akan cepat kering. Sebab sekali lagi diingatkan, supply itu bergantung kepada demand.

Apakah usaha yang saya maksudkan di sini???
- Mengepam bila berjauhan dengan anak
- Kerapkan penyusuan bila bersama anak
- Mengambil makanan berkhasiat yang seimbang
- Mengambil sebarang supplement yang boleh merangsang pengeluaran susu (jika perlu)
- Mengeluarkan bajet untuk membeli pam yang terbaik agar dapat membantu saya mengepam dengan cepat

Saya sangat teruja bila melihat ramai kawan-kawan bloggerz yang gigih menyusukan anak biarpun waktu bekerja mereka adalah sangat sibuk, 8 pagi hinggalah ke 5 petang. Jika mereka ini mampu menyusukan anak mereka, kenapa tidak saya? Waktu bekerja saya sebagai guru lebih fleksibel. Masa mengajar saya juga telah dikurangkan, jadi apakah saya punya alasan untuk sengaja tidak menyusukan?? Tidak bukan...?

Bercerita tentang makanan yang mampu merangsang susu.
Apakah makanan yang berkesan untuk merangsang pengeluaran susu bagi saya???
- Bendi
- Lobak putih
- Jantung pisang
- Oats
- Susu
- Pegaga
- Sayur-sayuran hijau

Saya juga pernah mengalami zaman kemeruduman susu. Semua itu berlaku apabila kemalasan melanda diri, dan saya sering culas mengepam. Hasilnya... boommmmm!!!!!!!!! Susu merudum dengan begitu drastik skali. Itu membuatkan saya menggigil kecuakan. Padan dengan muka saya. Maka saya mula menggelatat mencari apakah penawar yang dapat menambah semula susu saya. Saya tidak rela penyusuan saya terhenti separuh jalan. Maka saya mula gigih mengepam semula di samping direct feeding. Dan saya telah mengambil supplement untuk boost-up susu iaitu....

Kapsul Fenugreek GNC

Memang sangat berkesan untuk menambah dan seterusnya mengekalkan pengeluaran susu saya. Sudah berbotol-botol fenugreek ini saya telan... :D

Tiba satu tahap, saya merasakan tubuh saya sudah immuned dengan fenugreek ini. Maka baru-baru ini, saya menghentikan pengambilan fenugreek dan bertukar kepada Alfalfa Shaklee, bagi merangsang production susu saya. Terima kasih kepada kak Norita yang memperkenalkan supplement ini kepada saya. Ini juga salah satu supplement yang berkesan untuk menambah susu bagi saya.


Itulah di antara kisah yang terlintas di pemikiran saya tentang Dunia Breastfeeding Saya ketika ini. Ibu-ibu yang lain pastinya memiliki kisah dan panduan tersendiri tentang breastfeeding ini kan...?

Saya ingin mengucapkan Happy World Breastfeeding Week kepada semua yang menyusukan. Majulah susu untuk anak-anak kita... hehehheeee...
Tahniah kepada yang menyusukan anaknya. Dan kepada yang masih ragu-ragu, percayalah hanya susu ibu yang terbaik untuk anak. Semua orang boleh menyusukan. Buatlah pilihan dengan bijak...

Sekian

11 comments:

Unknown said...

Aku takleh makan selalu benda2 yang boleh tambah susu ni, mcm fenugreek ke air longan ke. Kesan dia adalah dalam dua-tiga hari je. Pastu terus bodyku immune. Drop balik.

So kesimpulannya bila rasa2 nak merudum barulah amalkan balik. Ni cara aku la.

Crazee Choc's said...

happy breastfeeding!

IntanSham said...

ZZ.. sama lah aku pun, tapi merudum blk tu tak laa sampai dua tiga hari merudum blk.. aku tuko supplement tu sbb rasa dia dah immune laa tu. Sok kalo immune ngan alfalfa, tuko blk fenugreek. gitulah jer kekdahnya.. heheheee

Marisa.. happy breastfeeding too... ;)

~Umi.Sufira~ said...

Wah entry bagus yang panjang berjela...aku pun dah lama tak buat entry pasal breastfeeding nih!Happy breastfeeding Week!:)

Fid said...

happy breastfeeding!

azrinna said...

happy breasfeeding!

~ As ~ said...

blog korang la yg buat aku selalu bersemangat utk teruskan BF...
Happy Breastfeeding!! (mmg happy pun)

IntanSham said...

mmi..tu lah nyah,semangat aku wat n3 pjg berjela sempena WBW nih

fid.. happy to you too.. :)

azrinna.. same same..;)

As.. caiiyyoooo caiiyyyoooo untuk kita semua..;)

~ Lady ell ~ said...

hebat cerita u ni intan..boleh di buku kan..:)
ell pu syukur semua ank2 ell dpt menyusu sekurang2 nya 2thn.dn mmg diakui mknnn2 tu boleh menambah penghasilan susu.

btw bahasa u ni hebat tul...cikgu lh katakan...

IntanSham said...

ell.. hebat ker?? eheheee...biasa2 aje.. sesekali menulis ... tq..:)

Unknown said...

dh lama gak dok peram pahit manis citer bf ni... nti nk citer jugak laa... maybe citer kita ade persamaan... banyk kisah pahit yg terpaksa dilalui utk sampai ke tahap... tahap anak baru setahun... belum boleh dibanggakan..:P