Monday, August 17, 2009

Sumbang-Mahram Lagi...

Dalam huru-hara masyarakat kita menghadapi virus H1N1, ada satu lagi virus yang rupanya masih menular di kalangan kita tanpa disedari.

Sudah dua minggu perkara ini menjadi topik hangat dalam diam di sekolah aku. Pening kepala GB aku nak menanganinya. Pening jugak kepala cikgu-cikgu mengenangkan nasib malang yang menimpa salah seorang murid di sekolah aku.

Kali ini murid Tahun 4, menjadi mangsa rogol dua orang abang kandungnya yang masing-masing berusia baru 13 dan 14 tahun!!!! Kalian bayangkan!!!! Murid Tahun 4 itu memang ku ajar sejak dari Tahun 1 lagi... Sedih sangat bila tahu kejadian ini berlaku ke atasnya.

Rupa-rupanya mangsa telah dijadikan pemuas nafsu abang-abang keparatnya itu sejak setahun yang lalu. Ibunya memang tidak bekerja, tetapi bila si ayah kerja malam, si ibu ikut ayah ke tempat kerja. Sanggup ikut montot laki tak paham sebab hape, tapi anak-anak dibiarkan di rumah sebab ingat anak dah besar tak payah nak jaga. Bila ditanya pada mangsa apa yang berlaku kepadanya. Dia kata abang dia rogol dia. Bila ditanya, mana awak tau 'rogol'? Dia kata, macam yang mak dengan ayah buat malam-malam. Bila ditanya, macammana tau apa yang mak ayah buat? Dia kata, mak ayah buat tak tutup pintu.

Patutlah anak muridku yang sorang ni selalu ponteng sekolah. Bila ditanya rupanya dia kata, kalo bangun pagi abang-abang dah ada kat sebelah, badan dia mesti sakit-sakit. Kasihan sangat kan... sedih aku dengo pengakuan dia.

Mak ayah mangsa nih dah tau perilaku durjana anak-anak jantan mereka pada si adik. Dan dibelasah anak-anak itu. Kami pihak sekolah pun dah buat laporan polis. Mangsa sudah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Tetapi... sayangnya.... kes ini tak kemana. Hari ini kami dapat tahu, mak ayah mangsa telah menarik balik laporan polis dan tak mahu kes ini dipanjangkan. Tak tau lah kenapa. Mungkin kerana yang nak didakwa itu pun anak sendiri. Persoalannya... aku tak taulah apa yang akan berlaku kepada masa depan anak murid aku itu. Sungguh sedih aku mengenangkannya...

Kawan-kawan... kita jagalah anak-anak kita sebaik-baiknya. Anak lelaki dan perempuan, meski adik-beradik harus sentiasa diperhatikan. Memang besar sungguh tanggungjawab nak menjaga anak nih. Bukan hanya takutkan orang di luar rumah, di dalam rumah pun belum tentu keselamatannya... Nauzubillahhhh............. :(


11 comments:

i.heart.health.beauty.happiness said...

nauzubillah..jauhlah anak2 kita dr benda2 yg elok ni kan..seram dan sedih bacanye..tu lah mak ayah patut tunjukkan contoh yg baik pada anak2..tak payah pergi cyber cafe nak tgk benda2 blues..tgk free je kat rumah..hmm itu lah sebabnya islam ada beri garis panduan mcmana hubungan suami isteri berlangsung..jauh dari pandangan orang apatah lg anak2 yg baru nak mengenal dunia..wallahualam.

Mommy Harith Hannah said...

Ya Allah!!! Astaghfirullahal'azim... Mengucap panjang aku baca nie Intan oiii... Duhhh!

Aku tak tau nak komen aper lah... speechless! kesiannya adek 10 thn tue...

~ As ~ said...

Nak nangis aku baca cerita ni.. :-(
lagi² part dia buat pengakuan rogol tu... T_T

MS said...

Nauzubillah..........

parent depa pun satu, awat anak2 leh ternampak time diaorg bersama

ya Allah nak taip komen pun ku rasa ngeri

Saudah Salleh said...

Astaghfirullah...dunia dah betul-betul tua..sedih baca ur entry..

Odah ada terbaca (if silap tolong betulkan) kalau masa kita bersama dgn suami tak baca doa jauhkan syaitan dari kami dan rezeki yg Engkau kurniakan, anak yg terhasil akan jadi tak berapa elok.. dan terbukti bila anak tau apa mak ayah depa buat, mereka tak ikut garis panduan Islam yg indah..

IntanSham said...

mamahafiy.. itulah, susah sangat ke agaknya nak tutup dan kunci pintu. main redah je. tak segan ke laki-bini bila anak2 nmpk. huh..keji sungguh

arnie..sangat sedih. ku asik terbyg2 je muka sedih budak tu.. kesian sgt

MA... ntah.. budus btol parents tu..aku nih geram nyahhhh

Cik Odah.. mmg kena baca doa sebelum bersama supaya anak2 yg terhasil terpelihara dari syaitonnirojim... ini, nak tutup pintu pun x smpt, nak baca doa lagilah...:(

Nieza Ishak said...

ya allah .. sedihnya ...
budak umur 4tahun apa yang dia tahu ... nauzubiilah ...

nieza tak tahu nak kata apa .. tp sedih sgt2 ... minta2 keluarga dijauhkan dr benda2 macam tue .. amin

Nanak said...

OMG..manusia setan ok..

knv said...

ya allah! ini memang total kehancuran institusi kekeluargaan! silalah panjangkan kepada kementerian2 yang patut.

sabau ajelah. apakah reflectionnya pada mak bapak bila dapat anak2 jahil macam abang2 budak tu?

mak bapak yang jahil, atau anak2 yang jahil? saya rasa kita patut hukum makbapak sebenarnya. ni dah namanya kes dera!

this is so scary man!

:(

Unknown said...

Ya Allah. Terkejut aku baca entri ni. Apa nak jadi ni. Budak umur baru 13 & 14 tahun dah sakan rogol adik sendiri.

Ya Allah, jauhkanlah benda2 begini dari family kami semua.

IntanSham said...

nieza, not 4 yrs old.. 10 yrs old - murid tahun 4... btol smoga kita semua dijauhkan dari perkara2 sedemikian..

nanak...mmg setan...

kak non.. mmg serius perkara nih. nampak mcm kepincangan institusi kekeluargaan dah makin berleluasa. mungkin agaknya suatu masa nanti, akan ada pulak keluarga yg sama2 menonton cd-blue..nauzubillah!!!

ZZ.. ko bygkan budak tu dirogol secara bergilir2 oleh remaja berusia 13 & 14 tahun!!!.. mmg setan...huhuhuuu