Saturday, November 13, 2010

Happy 4th Birthday My Sweetie Pie!!!

It's the day!!! Cepat betul lah. Rasa macam baru tahun lepas buat entri birthday untuk Aina, hari ini sekali lagi.

Aina Suraya, anak ibu dan abah yang tersayang. Selamat hari lahir sayang. Ibu doakan Aina akan menjadi anak yang solehah, bijak dan taat kepada Allah. Ibu sayang Aina.. terlalu sayang. Meskipun ibu tau ibu bukanlah ibu yang terbaik, tapi ibu sentiasa mencuba untuk memberikan yang terbaik untuk Aina. Harapan ibu agar Aina berjaya di dunia dan akhirat.

Terlalu cepat Aina membesar. Tengok gambar terkini Aina ni, saya rasa macam tak puas menjaga Aina. Semakin Aina membesar, tidak-dapat-tidak saya tahu saya harus bersedia untuk menerima kenyataan bahawa dia akan semakin menjauh. Tidak lagi bergantung penuh kepada saya. Kenyataan... Cuma saya harap saya dapat menikmati momen pembesaran Aina dengan tenang dan gembira. Membesarlah anakku.... Walau suatu masa nanti mungkin Aina tidak lagi bergantung penuh kepada ibu, ibu nak Aina tahu.. ibu akan selalu ada untuk Aina, tidak kira di masa senang atau sulitmu. Ibu sayang kamu... doa ibu sentiasa mengiringi kamu di mana jua kamu berada.....

Ni gambar Aina semalam,

mencuba full costume untuk pertandingan pakaian beragam berkonsep Satu Malaysia anjuran tadikanya sempena hari anugerah.... Jenuh saya putar JB nak carik baju yang sesuai. Kebaya cheongsam, boleh laa kan dengan konsepnya. Cantik tak?
See... how 'matured' she looks...
:)



Handbag pun mak carik ala-ala chinese... :P
Suka giler ko bila pakai baju nih, kuat berangan macik nihhhh... hahahaaaa


Gaya gadis solehah... Aminnnnnn.... :)


Untuk yang nak baca kronologi kelahiran Aina yang penuh ngeri, boleh baca kat EntriLama nih...

Selamat berhujung minggu u ollsssss.... :)



4 comments:

TopsyTurvyMum said...

Selamat Hari Lahir Aina!
Semoga sihat selalu dan jadi anak yg solehah penyejuk hati ibu dan bapa..Amin!

beb..tak adil ler ko ambik chinese ngan Malay jer...at least bagi la kasut bling2 ala deepavali..baru ler 1 Malaysia hehehe

Anonymous said...

happy 4th birthday!!

mamaDhea said...

hepi birthday aina..

amboi, pandai bergaya ea.. siapp posing2 ngan henbeg lagik.. boleh laa pow mama minta coach..

*wink wink*

Unknown said...

anak dara hang kalu berposing memang gempak nyahh...