... masanya telah tiba. Untuk si dia meninggalkan saya dan anak-anak. Malam ini insyaAllah flightnya ke Doha, Qatar akan berlepas dari ruang udara KLIA. Saya dan anak-anak tidak akan menghantarnya ke KLIA petang ini. Dia akan pergi bersama-sama kawan-kawannya. Pemergiannya kali ini bolwh dikatakan pecah rekod paling lama setakat ini, 3 bulan. Tarikh penerbangan baliknya seperti yang tercatat dalam e-ticket MAS adalah pada 27 Februari 2010. Hubby kata mungkin boleh jadi lebih awal dari tarikh itu... tapi... janganlah berharap...
Semalam kami sempat balik ke kampung hubby. Si dia sempat memborong stok susu dan pampers Aina untuk 3 bulan. Mak mertua saya pula sempat membuat sambal ikan bilis campur kacang dan serunding daging untuk bekalan hubby. Tidaklah saya rasa terkilan kerana tidak sempat membekalkannya sambal ikan bilis sebagaimana yang saya rancangkan, gara-gara tarikh penerbangan yang diketahui secara mendadak iaitu kelmarin.
Saya telah biasa ditinggalkan. Tetapi entah kenapa, perasaan sedih untuk pemergian kali ini bagaikan terbuku di dalam hati. Segalanya bercampur-aduk di dalam pemikiran saya sejak tarikh penerbangan diketahui kelmarin. Saya memikirkan tentang Aina yang tak berapa sihat, batuk-batuk yang agak teruk dan Ainin yang batuk juga. Saya memikirkan tentang pengurusan kehidupan saya tanpa si dia dan pertama kalinya jua tanpa mak dan ayah saya. Saya memikirkan nanti macammana nak handle kenduri menyambut kepulangan mak dan ayah saya dari Mekah. Pemergian si dia kali ini benar-benar mencabar untuk saya. Apapun saya redha, suami saya pergi untuk mencari rezeki. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan dia di sana dan saya di sini. Semoga suami saya berada di bawah lindunganNya dan selamat pergi dan kembali kepada kami. I will missing you dear...

bekal untuk Hubby yang saya tolong packingkan...

10 comments:
takpe 3 bln tu sekejap saje berlalu..
be strong yer :D
Harap ko sabar ye beb! Aku dolu2 pon slalu gak kena tinggal..sedih sangat menharung hidup sensorang....be strong kay!
thanks liana.. yer..harap2 3 bln berlalu dgn cepat hendaknya
mimi... thanks beb.. tulah dlm pada slalu kena tinggal pun, aku nanges lagik tadi masa dia dah pergi... sobsobbbb
alahaiii... siannyaa...
semoga tabah menjaga anak2 dan adik2 sensorang....
nak wat cemana laila.. dah panggilan tugas si dia, nak x nak kena redha je lahhhh...huhuhuuuu
salam intan....
kak su tau intan boleh je tggu samex 3 bulan...
sebab???
Dah lama apa kawan ngan kak su...mesti ada sikit jangkit la keberanian tu kan?
Tak caya??? nanti tanya samex....
Apapun...jangan hirau kata2 orang...
Jaga diri dan anak2 kerana diri kita sendiri...
pss...Pass ni leh la kita jumpa2 kat jusco...muhahahaha...
and.....
Keinginan kita nak pakai LV neverfull.....insyallah tercapai....amin amin
cepat intan...aminkan.....
Sabar yer...
insyaallah apa yg sedang dilalui sekarang membuatakan Intan lebih tabah... semoga allah permudahkan segala urusan... amin...
yer kak sue.. haruslah tabahkan hati..kalo x cemana nak jaga anak2 kannnn... sama2 lah kita menabahkan diri.. harap2 kesedihan blh terubat dgn mencapai impian kita.. cewahhhhh..apakahhhh??? :P
thanks mama mia... salam kenal...
don't be sad nyah! yang penting, keretamu sudah settle utk melangkah lebih jauh. muahaha :P
lagipun cuti sekolah kan? masa akan berlalu dgn cepatnya. syok jugak ek sekali sekala bergerak secara solo :P
mio.. nasib baiklah keretaku udah siap.. mmg panjanglah langkahku bersama anak2 memantau perkembangan shopping kompleks.. ahahahhaaa
Post a Comment