Sebagaimana Arnie, saya juga berkira-kira hendak menghantar permata hati saya yang sulung, Aina Suraya ke Taska @ Playschool tahun hadapan, menjelang usianya 4 tahun. Walaupun, sebagaimana yang Arnie hadapi, ada suara-suara sumbangsih menyatakan terlalu awal untuk menghantar anak ke sekolah pada usia 4 tahun, namun setelah menimbang baik dan buruknya, saya tetap memilih untuk menghantar Aina ke Playschool tahun depan. Aina lahir bulan 11, penghujung tahun, jadi memang usianya memasuki sekolah tidak cukup 4 tahun, tetapi mengenal anak saya yang ini, saya berkeyakinan anak saya boleh membawa diri dengan baik di sekolah.. insyaAllah.
Kenapa Playschool?? Takkan cikgu pun tak boleh nak mengajar anak sendiri?? Bukan masalah TAK BOLEH nak mengajar anak sendiri. Memang saya akui saya boleh mengajar Aina, tetapi saya tak mampu nak beri sepenuh komitmen untuk mengajarnya. Banyak kekangan masa, yang tidak memungkinkan saya untuk buat 100% homeschool untuknya. Setakat ini saya telah berjaya mengajar Aina mengenal abjad dan nombor... Alhamdulillah. Dan Aina sudah mula belajar menulis juga sedikit demi sedikit. Satu lagi sebab yang mendorong saya menghantar Aina ke sekolah ialah saya ingin mengembangkan psikomotornya. Saya mahu Aina belajar menulis, mewarna, melukis, menggunting dan lain-lain dengan lebih teratur. Perkembangan psikomotor untuk kanak-kanak seusia Aina adalah sangat penting. Saya juga mahu Aina bersosial dan belajar melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan supaya dia pandai 'berkawan'. Almaklum di rumah neneknya, dia tak ada kawan pun selain adiknya. Lagipun saya lihat Aina memang menunjukkan minat untuk bersekolah dan belajar. Dah selalu sangat dia minta saya untuk hantar dia ke sekolah... :D
Playschool yang mana menjadi pilihan??? Saya telah menyenarai-pendekkan beberapa buah playschool yang baik di sekitar tempat tinggal saya ini. Di antara yang ada di dalam senarai ialah Tadika Ad*Din, P*intar Bistari, S*mart Reader, E*vershine dan Y*uh Chun. Setelah membuat survey, saya akhirnya memilih Tadika Ad*Din. Tadika ini milik Melayu kita. Silibusnya ada merangkumi Iqra', Fardhu Ain, Bahasa Arab dan Jawi. Kerana inilah saya memilihnya berbanding S*mart Reader, E*vershine dan Y*uh Chun. Saya mahu anak saya paling kurang pun dapat menghafaz doa-doa mudah dan mahir mengaji. Pendidikan dunia dan akhirat haruslah seiring betul tak? :D
Saya tidak sabar hendak mendaftarkan Aina. Saya sedang menunggu hubby meluangkan masa untuk bersama-sama mendaftarkan Aina di situ, mungkin dalam minggu ini atau minggu hadapan, insyaAllah.
Saya tidak kisah dengan 'pendapat takut anak bosan cepat sangat hantar ke sekolah'. InsyaAllah anak saya tidak akan bosan dalam menuntut ilmu. Aina sudah ke sekolah sejak di dalam perut saya lagi... heheheheheee... Sejak di dalam perut lagi dia sudah 'belajar' apa yang ibu dia ajar di sekolah. Sejak dalam perut lagi, dia sudah mendengar saya mengajar ABC, 123 (masa tu saya mengajar tahun 1). InsyaAllah Aina tak akan bosan. Aina dan sekolah sudah sebati. Sejak usianya 3 bulan, saya sudah mengheret dia ke sekolah (bersama-sama hubby) kerana perlu mengajar kelas malam di sekolah. Memang intim betul hubungan Aina dan sekolah... :P
Seperti kata Kak Rizza dalam komennya di blog Arnie, "tiada istilah BOSAN untuk belajar, jangan sesekali kata BOSAN BELAJAR" . Saya sangat bersetuju. Ibu bapa yang memainkan peranan dalam menerapkan kepentingan belajar untuk anak. Kalau ibu bapa dah ada rasa negatif 'takut anak bosan pergi sekolah awal sangat', maka memanglah anak akan bosan. Aktiviti persekolahan dan pembelajaran sepatutnya menjadi suatu aktiviti yang menyeronokkan untuk anak-anak. Kalau anak setiap hari bawak beg pergi dan balik sekolah, balik rumah tak ada sebarang aktiviti susulan dari ibu-bapa, memanglah membosankan. Jadi semestinya walaupun hantar anak ke sekolah, balik rumah perlulah ibu-bapa mengambil tahu apa aktiviti anak-anak di sekolah. Dengar cerita darinya setiap hari, pastinya anak pun seronok sebab ibu bapanya menmgambil tahu tentang aktiviti persekolahannya. Saya akan memastikan anak saya TIDAK BOSAN ke sekolah...
E'ehhh.. saya kan tak sabar pulak nak tengok Aina pergi sekolah.... :P
16 comments:
insyaallah budak2 tak kan bosan.. mcm akak akak hantar sekolah yg berbeza tiap tahun... so kalau umur 4 thn intan hantar sekolah agama, why not masa 5 thn sekolah khas utk read such as smart readers n 6 thn cari yg ada kombinasi kedua dua nyer.. insyaallah tak kan bosan la anak2..
tadika yg ini mmg including reading program kak.. untuk BM & BI.. plus dia ada pendidikan agama, tu yg intan berminat tu. mmg cadang macam tu jugak.. nak hantar ke tadika yg berbeza2...
setuju dgn cikgu Intan... saya juga tak dapat nak peruntukkan masa untuk mengajar anak sendiri... walaupun dalam hati ni teringin sangat nak buat macam tu.... maklum la.... balik pun dah hampir pukul 7 mlm....
macam saya.... saya hantar tadika tempat yang sama dgn nursery.... mementingkan aspek keselamatan.... dan memudahkan saya dan anak saya sendiri....
Intan, boleh saya tau macamana pula dengan harga tadika Ad-din tu?
Insya'allah x bosan coz mule2 mmg ada yg ckp camtu tp ble pk2 balik watpe nak dgr ckp org yg ptg kite sdiri... Alhamdulillah Danish x bosan & macam2 dah dia belajar act. tujuan asal anta untuk dia berkawan tp lama2 tgk dia seronok doa2 semua dah leh hafal. Tp tahun depan 6y anta tadika lain lak, coz nnt naik darjah 1 dia x cari kawan yg sama leh bergaul ngan ramai org.
Marisa.. utk pendaftaran, RM483.. dapat uniform 2 psg, seluar track & tshirt juga buku2. setiap bulan RM100.
Btol kan MD... insyaAllah tak kan bosan, setiap hari aktivitinya berbeza.. bg derang seronok sikit
apasal aku emo baca entry ni??? mgkinkah aku tak sabar nak hntar Azam jg ke sekolah???
Hahahahaa.. mak buyung jgn emo2.. nanti bila azam dah beso sket, ko hantar laa jugak..;)
saya kurang setuju dgn kenyataan 'anak nanti bosan'. saya tidak merasakan begitu walaupun kami masih berhoneymoon lagi :(..
bangsa c*na telah memulakan persekolahan anaknya di usia 3 tahun lagi. dan sistem pra-sekolah kita sudah berkembang. untuk 4 tahun, silibusnya berbeza dgn usia 5 dan 6 tahun. makanya tidak timbul persoalan BOSAN di sini.
syabas kepada semua mommy yg hantar anak awal. ye la kan, perkembangan minda dan akhlak anak-anak amat pesat sehingga usia 6 tahun, pada masa ini mereka amat mudah dibentuk dan diajar.
btol kak saudah..saya pun tak paham pendapat org kata bosan p skolah. sebenarnya pokok pangkal diri sendiri je kan, kalo x p skolah awal pun, kalo dah mmg malas nak p skolah, mulalah kata bosan laa hape..
Intan,
Hahahaha ... Aku suka entry ni!!
Aku pun tgh survey playschool utk Dina. Rupanya Dina ngan Aina sebaya mek. Lahir pun bulan yang sama.
Atas sebab2 seperti yg ko telah huraikan, aku n che abang pun sepakat menghantar dina ke playschool Insya ALlah jan ni... (Penat dah dok dengar Dina cakap nak pergi sekolah hari-hari ... hahahaha)
Kita doa yang terbaik ye untuk anak-anak kita :)
DNNA... sebaya rupanya ye nyahhh.. silap haribulan, tarikh pun sama.. aina 13/11. nampaknya.. bukan aku sorang lah yg berhajat nak hantar anak ke sekolah di usia 4 thn. Aku pun dah x larat nak dengo aina mintak p skolah hari2...hahahhaaa..insyaAllah beb..niat yg baik akan dipermudahkanNya
wah hangat ni...
meh sini nak sampuk sikit...
he he he...anak2 x kan bosan belajar. Proses pembelajaran kan sepanjang hayat.
Apa yang buat mereka bosan?
pelajaran kah?
prosesnya kah?
( macam dr.othman -utm pya dialog) he he he
kanak2 akan bosan jika dirangsang dengan perkara yang sama...
apa maksudnya tu?
" belajo..nak exam!!!!"
emm every every time nak exam mak pak sibuk...dari pada kelas tadika sampai ke spm...
emm...hantar anak g tusyen dari umur 4 tahun???
emm...pk2 kan la...
pembelajaran x sama ngan proses...
oh ohhhh...btol tu kak sue.. sokong sgt2... pembelajaran tu haruslah berterusan, bukan hanya bila exam menjelang. maybe sbb sistem pembelajaran kita lebih exam-oriented, sbb tu mak pak pun menggigil sama bila anak2 nak exam..;p
tusyen utk anak dr usia 4 tahun??? owhhhh... taknak lah.. hantar pergi sekolah sahaja, di rumah ibu & abah boleh bagi 'tusyen' sendiri yg mana cara belajar yg lebih santai & x stress.
ada sedikit cadangan daripada ahli psikologi kanak2...
lebih baik anak2 di peringkat 1-6 tahun dihantar ke kelas yang dapat meningkatkan daya kreatif...untuk mengembangkankan bakatnya...mengenal potensinya...dan memenuhi naluri kanak2nya.
jadi...kesimpulannya..mungkin lebih elok dihantar ke kelas melukis, menari ataupun mizik...itu lebih kepada permaianan dan meningkatkan kekereatifannya.....
agaknya la...fikir2kan la ya...atau google it...
kak sue.. kat JB nih, limitedlah kelas-kelas macam tu kannnn.... intan pernah survey dulu, tapi tak ada yang memuaskan hati programnya..ke intan yg x jumpa ekkk??
Post a Comment