Wednesday, December 9, 2009

Bercelaru...

Buat yang mengerti....

Fahamilah....

.

.


Fikiran bercelaru...

Minda gagal berfikir dengan tenang...

Emosi...

Kehidupan memang penuh dugaan...

Kadangkala yang tersirat tidak sama dengan yang tersurat...

Kadangkala niat di hati tak sama dengan yang terlafaz di bibir...

Kalau tiada dugaan bukanlah hidup namanya...

Tapi bila dugaan datang ketika sedang keseorangan, makin parah jadinya...

Sesungguhnya aku tidak keseorangan...

DIA ada menemani aku...

Ya Allah...

Kurniakanlah aku ketabahan menghadapi apapun dugaan...

Semoga akal bukan hati yang menguasai tutur bicaraku...

Semoga keruh yang hadir tidak berpanjangan...

Berteman bukannya mudah...

Tak berteman juga payah...

Sesungguhnya aku bukanlah manusia yang sempurna...

Sesungguhnya aku bukanlah Malaikat atau Nabi yang tinggi kesabarannya...

Maafkanlah kekhilafanku yang ada...

Semoga ketenangan dan kebahagiaan menjadi milikmu jua...

Kerana aku sentiasa mendoakan yang terbaik menjadi peneman hidupmu...

Kerana aku tak mahu menambah duka yang sedia ada...

Kerana aku juga tak mahu kehilangan keindahan yang ada antara kita...

Semoga kejernihan akan kembali mewarnai danau hati kita...



Wassalam...



Nukilan ;

3 comments:

By Ticer Liza Yacob said...

hidup memang penuh dengan dugaan. dan dugaan itu datang sekadar untuk menguji keimanan, juga untuk menghapus dosa. beruntung lah mereka yang berjaya mengharungi dugaan2 yang mendatang.

fikirkan yang positif. ambil masa untuk redakan keadaan. moga selesai segala yang kusut.

m-i-o said...

babe, wassup-wassup?

*berderau2 mak baca taw! tp ku tak berani mbuat spekulasi.

IntanSham said...

ibu zaaz.. terima kasih atas nasihat. InsyaAllah.. time will heal.. ;)

zufa.. biarlah rahsia.. wahhhh... x apalah, everything ok ok sajer now