Tuesday, December 22, 2009

Bila Tidak Dipanggil Ibu...

Bahang persekolahan sesi 2010 kian terasa. Bukan hanya untuk murid-murid malahan untuk cikgu-cikgi juga. Nampaknya bahang persekolahan kali ini juga telah menjangkiti anak perempuan sulung saya, Aina Suraya. Bukan sahaja sebab dia asik tanya saya bila nak sekolah, atau sebab asik bukak tutup beg sekolah dia yang sudah complete dengan segala bagai stationary itu... tetapi anak saya sekarang sudah semakin suka menjawab soalan saya dengan jawapan ini....

"Baik, CIKGU,"
"Terima kasih, CIKGU,"
"Faham, CIKGU,"

Dia senang hati memanggil saya dengan panggilan CIKGU.. hokehhhhhh.... aduyaiiii... Bila saya tanya "kenapa panggil ibu, cikgu???"
Aina kata, "ibu kan cikgu Intan???...." kahkahkahhhhh....... :P
"Yelahhhhh... ibu memang cikgu Intan, tapi Aina jangan panggil cikgu kat rumah, kat rumah panggil lah ibu.. ni kan ibu Aina.. kalau kat sekolah, boleh laa panggil Cikgu..."
"Ok cikgu, eh ibu... kat rumah panggil ibu, kat sekolah panggil cikgu.."

Tapi sekejap saja... Nanti bila mood sekolah dia datang balik, cikgu lagi dipanggilnya saya...
Aina..Aina... Jangan sampai ibu bertukar betul- betul jadik Cikgu Intan kat rumah, menyesal Aina nanti tawww....ketawa syaitonnn


5 comments:

mamaDhea said...

kehkehkeh!

ada sorang lagi anak murid ko yg eksaited nak panggey CIKGU.. sapa lagi klu bukan DHEA, CIKGU! :P

Marisa said...

alahai.. so cute la Aina...

izzahazfar said...

hehhehe..gelak saya baca kak

lailasani said...

hahahahahhahaha
lawak laa cikgu..

Sayang.Ibu said...

sha.. dhea ko x anto skolah ke next year??

marisa.. cute mmg cute.. tp kdg2 tensen gak mak kena panggil cikgu kat rumah...lagi2 time cuti skolah nih..hahahaha

zah... lawak kannnn

laila.. mmg lawakkk..;)