Friday, July 31, 2009

F.A.K.T.A

FAKTA 1:

- DIA baru dinaikkan pangkat dari guru biasa kepada GPK Kokorikulum.
- DIA dulunya bertugas di sekolah menengah dan bila naik pangkat kena p sekolah rendah.
- DIA sering membandingkan suasana kerja di SM dengan SR yang nyata memang berbeza.. contohnya di SM, makmal Sains ada pembantu makmal, kalo nak buat eksperimen, cikgu tinggal order jer..pembantu sediakan apparatus dan bahan-bahan. Tapi kat SR, no pembantu makmal.. nak buat eksperimen... cikgu sila selongkar sendiri preparekan semua.
- DIA merasakan murid-murid tidak perlu di'stress' kan dengan kelas bimbingan yang banyak sebab murid perlu relaks agar tak stress. Murid SM aku tak pastilah macammana, mungkin ok sebab murid besar pandai mengurus masa. Tapi murid di SR (ini diperhatikan di kalangan murid-murid sekolah akulah..skolah lain aku x tau) sangat memerlukan bimbingan guru sebab kalo kat rumah memang kejenya tengok TV dan main saja. Murid kecil masih tidak pandai menguruskan masa.
- DIA beranggapan kelas-kelas tambahan yang kitorang buat itu sebagai KERJA G.I.L.A sebab asik belajar, belajar dan belajar...

FAKTA 2:

- GB kitorang nih tak rigid keputusannya. Bila under-pressure.. dia akan ikut keputusan mengikut persekitaran ketika itu. Sebab tulah boleh tiba-tiba kensel je program yang dah dia sendiri TANDATANGANI
- Beliau jugak bukan seorang yang ko-akademik. Sepanjang cikgu-cikgu bertungkus-lumus separuh m*ampos membimbing budak, dia macam tak endah aje. Sebab tu dia boleh simply kensel kelas. Lagipun dia pun tak tau result terkini masa peksa percubaan aritu. Sebab tu lah kelmarin masa meeting AJK PIBG, dia boleh cakap kat wakil parents, budak-budak kitorang masa percubaan 25 orang dapat 4A 1B, kalo pushkan budak-budak nih mesti boleh dapat 30 orang 5A. Hakikatnya 4 orang aje yang dapat 4A 1B.. mana kitorang nak korek lagik 21 orang tu??? mana?? mana???? celah kangkang ker????????????
- Memang GB nih baik ngan aku, sayang aku.. tapi when it comes to this situation, I feel like nak c*arutkan dia jer... I am soooooooooooooo pissed off!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

FAKTA 3...

- Murid-murid aku nih hampir semuanya memang bergantung harap dengan program-program belajar bersama guru yang kami buat. Sebab dekat umah, tak ada siapa nak bimbing. Mentaliti parents pun, sort of.. "Ko nak belajar,belajar.. taknak belajar pun tak apa, boleh tengok tv atau main"
- Parents sangat menyokong kelas bimbingan yang kami buat sebab derang pun sedar ketidakmampuan derang nak membimbing anak-anak di rumah. Jadi pada guru-guru lah harapan derang untuk membimbing anak-anak derang sampai peperiksaan. Jadi korang dapat rasa tak betapa jatuhnya airmuka kitorang yang berkobar-kobar nak buat kelas nih, bila terpaksa bagitau yang kelas tambahan dibatalkan.
- Tadi sempat berjumpa dengan anak-anak murid. Sangat kesian.. jatuh lagi airmata aku dan kawan-kawan. Sebab masing-masing frust kelas kena kensel.. Ada yang bagi cadangan...
cikgu, kalo GB tak bagi, kita buat kelas senyap-senyap lah cikgu...
alaaa... cikgu... kitorang kalo tak belajo kat skolah, kat umah memang tak belajo lah cikgu, nanti tengok tv jer..
Kesian kan anak-anak murid aku yang masih lagi harapkan bimbingan cikgu???
- Kami tak boleh nak buat kelas tanpa pengetahuan pentadbir. Sebab kalo kantoi akan jadik satu lagi isu besar.. Membelakangkan pihak pentadbiran yang hampeh tu...
- Kami dah nekad.. tahun depan tak INGIN mengajar tahun 6 lagi. Biarlah orang lain yang bimbing kelas peperiksaan. Kami nak menjalankan aktiviti Kokorikulum dengan jayanya... Biar orang lain pulak yang stress pegang kelas peperiksaan.

Korang... sebab tulah kan ramai cikgu yang stress... bukan stress dengan anak murid atau parents jer.. orang-orang atasan pun memberi tekanan... Sangat kasihan kan..

Korang.. aku nih kan macam membuka pekung di dada. Mungkin ada kalangan kawan-kawan yang sealiran dengan aku nih, rasa tak patut bercerita keburukan pentadbir kat blog nih. Tapi aku nih tak tau nak luahkan kat mana rasa sakit hati, sedih, marah dan kecewa nih. Kalo tak luah, aku takut jadi G.I.L.A pulak nanti... :(



10 comments:

knv said...

wow! sungguh konflik yea! kesian kat budak2 tu. buat senyap2 tak buleh ke?

knv said...

wow! sungguh konflik yea! kesian kat budak2 tu. buat senyap2 tak buleh ke?

IntanSham said...

kak.. x bolehhh..kang kalo derang tau, kitorang dicop kurang ajor lak.. membelakangkan pentadbir... kitorang nih kan mentimun.. apa laa sgt...

knv said...

buat kat rumah cikgu la kekdahnya. itu pun kena marah jugak?

macam2 politik sekolah ni yea?

m-i-o said...

aku dah agak dah. mesti ada something wrong dengan GPK ko-ko ni. tp sebenarnya GPK ko-ko tu kuasa dia celah gigi je.

oleh itu, dlm hal ini GB ko adalah orang yg bersalah. bila kepala sekolah tak tegas, memang akan ada orang bawahan yg take advantage terhadap kelemahan kepimpinan macam ni. dan the opportunist itu ialah GPK ko-ko.

cadangan aku ialah, ko mintak kerjasama mak-bapak untuk bagi surat permintaan supaya buat kelas tambahan. sebabnya, GB ko tu memang lalang! bagi dia pressure sikit. suara mak-bapak lagi ramai dan kuat berbanding suara GPK ko-ko yang hampeh itu.

papehal ko dan cikgu-cekgi darjah 6 bertindak dari belakang tabir je. sebab aku rasa nak lawan terang2an sekarang ni mungkin dah tak berkesan lagi krn korang dah di overshadow dek GPK ko-ko yang g-pang itu.

IntanSham said...

MIO.. ko nak tau tak bukan cuma GPK Koko tu yg take advantage. Yer laaa... mcm dlm grup cikgu2 thn 6 nih pun ada gak sorang dua cikgu yg x koser nak pulun habis2an untuk anak2 murid. cikgu bi kitorang tu pon menangguk di air keroh... patut dia stand ngan kitorg, tp dia pun sama2 bersetuju ngan cikgu koko tuh... dan skang blh laa dia melompat2 bila xde kelas extra lagik

Mummy Dasy said...

lorrr cam gitu..
tp mmg betul budak SR ni xpndi urus masa x cakap org lain adik sendiri darjah 5 homework cikgu bagi tp bile tanya xde bile dah madang xde me check beg sekolah tgk berlambak pastu cikgu cam x amik port dia buat keje sekolah mungkin cikgu Koko tu mcm tu kot...ni jenis x amik peduli... klu kite dulu mampuih ah tiap2 ari kena stayback nak2 bile nak UPSR

syikin said...

kelas tambahan ni mmg perlu tambah2 utk bdak2 yg kat umah x blaja...

saya tahun ni x kena kelas periksa, baru transfer kat sek c1n4 ni, dia org guna masa PJ, sivik utk buat latih tubi, jd xde kelas tambahan, tp budak c1n4 ni ada tuisyen kat luar.

kat sek lama kami mmg buat kelas tambahan, sbb budak2 jenis yg tak brapa nak blaja kat umah, tahun lps saya ngajar bdak pmr & spm, mmg tertekan sbb kita rasa ada tanggungjawab yg besar...

saya suka bg budak2 soalan percubaan peringkat negeri utk stp negeri yg kawan2 saya ada, cth dr negri terengganu, kelate, kedah, wilayah etc, its really help!

IntanSham said...

wahhh shikin mengajar kt skolah c1n4 ker skang nih??? ok x???

syikin said...

ok apa? depa ni kasar la, rasa mcm nak sambung blaja lps tu reposting balik hahaha

p/s: saya dulu posting johor ngaja bdak melayu, transfer srawak sbb suami posting sana maka ngajar bdak iban, bila balik sni dpt sek c1n4