Pada hari Sabtu dan Ahad lepas, aku bekerja. Yer... minggu lepas aku telah bekerja selama 7 hari... owhhhh... sangat meletihkan. Tapi.. demi anak-anak murid, ku gagahkan jua... Kelas tambahan untuk murid tahun 6 secara ekspress rakyat dah dimulakan. Kesimpulannya, umah aku pun macam dilanggar garuda, dek kerana main kemas mana yang nampak jer. Tak dapek laaa nak servis umah btol-btol. Aku tak sabo nak tunggu weekend nih, supaya aku boleh sambung pejam mata lepas subuh sampai laaaa bila aku bukak mata balik, owhhhh.. sudah terang rupanya.... huahuahuaaaa...
Aku baru jer menghabiskan program melipat baju yang menambun bagai gunung. Sedor diri nak melipat baju sebab bila bukak drawer, tengok stok-stok dalaman sudah makin susut. Dan tak sanggup laa pulak kan nak tengok cik abang membongkar kain-baju dalam bakul untuk carik stok. Nampak beno bini pemalas. Isyyy.. I bukan pemalas tawww.. I tak sempat jer... busy ngalahkan Pegawai PPD
Sebenarnya mataku kelat-kelat, tapi gagahkan diri nak update blog pulak. Pastu ingat nak tanda kertas sket. Lusa pemantauan PEKA. Hahhhh.. cepatlah sket kekdahnya... aku tak sabo nak lepaskan pemantauan nih. Dah nak muntah ijo ngadap fail-fail PEKA nih. Selagi tak dipantau, selagi tu tak senang hati nak berblog.
Ahad lepas, sedang dalam kelas, si dia call. Tiba-tiba ajak mak p tengok wayang citer transformers. Haruslah aku meloncatkegedikans. Sebab dah lama gilors tak tengok wayang nih. Eh lama ke.. errr last tengok masa birthday aku. Hahhh lama laaa.. dah dua bulan tuuuu. Tapi aku remind si dia, kalo nak tengok kena laaa hangkut anak-anak dara skali. Takkan nak letak umah mak aku, dah laaa aku keje sampai hari Ahad.. tak patut laaa kan. Hahhhh... terkujat aku bila laki aku kata okehhhhh.. Selama nih, dia memang tammo bawak anak-anak skali tengok wayang, nak-nak si adik sebab dia kata wayang bising... tak sesuai untuk si adik. Tiba-tiba kali nih dia tak kisah pulak. Bagus.. bagusss....
Jadi menonton laa kami empat beranak, bersama-sama dengan family kawan si dia. Aku cuak jugak, takut si Ainin meragam. Dah laaa kitorang duduk kat 3rd lane okehhhh... aku rasa macam nak terkeluar robot-robot tu dari skrin. Masuk-masuk wayang, aku terus umpan adik ngan nenen. Dia bila dapat nenen.. lantak korang lah.. nak perang ker haper... memang nyaman dan tenang sungguh dia dalam pelukan aku bersama nenen tersayang. Tido dia sepanjang citer tu.. hahahahaaa... bagus, bagussss adikkkk... pasni boleh laaa ibu ajak abah slalu tengok wayang. Aina langsung laaa takde meragam. Dia suka betul.. tapi separuh jalan.. tido... nasib baik laaa ibu ngan abah derang tak bantai tido jugak... :P
Kesimpulannya memang laa best kan citer nih. Kalo tak, takkan sampai ramai gilors orang beratur nak tengok citer nih. Owhhh.. aku stop dulu, mata makin berat. Kang aku ke mana, kertas soklan ke mana, blog ke mana... caucincau... ku nak menanda kertas.... huaaarrgghhh
Ahad lepas, sedang dalam kelas, si dia call. Tiba-tiba ajak mak p tengok wayang citer transformers. Haruslah aku meloncat
Jadi menonton laa kami empat beranak, bersama-sama dengan family kawan si dia. Aku cuak jugak, takut si Ainin meragam. Dah laaa kitorang duduk kat 3rd lane okehhhh... aku rasa macam nak terkeluar robot-robot tu dari skrin. Masuk-masuk wayang, aku terus umpan adik ngan nenen. Dia bila dapat nenen.. lantak korang lah.. nak perang ker haper... memang nyaman dan tenang sungguh dia dalam pelukan aku bersama nenen tersayang. Tido dia sepanjang citer tu.. hahahahaaa... bagus, bagussss adikkkk... pasni boleh laaa ibu ajak abah slalu tengok wayang. Aina langsung laaa takde meragam. Dia suka betul.. tapi separuh jalan.. tido... nasib baik laaa ibu ngan abah derang tak bantai tido jugak... :P
Kesimpulannya memang laa best kan citer nih. Kalo tak, takkan sampai ramai gilors orang beratur nak tengok citer nih. Owhhh.. aku stop dulu, mata makin berat. Kang aku ke mana, kertas soklan ke mana, blog ke mana... caucincau... ku nak menanda kertas.... huaaarrgghhh
1 comment:
Akupun nak gi tengok jugok!!!oleh kerana ko bawak ainin pun OK akupon nak try bawak sufia tgk wayang ler..;P
Post a Comment