Tuesday, July 21, 2009

Mak-Mak Zaman Dolu???...

Semalam kisahnya, aku bawak Ainin ke klinik untuk injection MMR nya. Berat Ainin selepas lahir naik mendadak. Dan aku perasan selepas 7 bulan, beratnya tak lah naik banyak sangat. Semalam timbang 9kg sahaja. Dr komplen berat Ainin tak naik banyak. Dia tanya Ainin makan apa? Aku beritau lah apa yang aku bagi makan. Ainin memang kuat makan. Then dia tanya aku pulak, susu macam mana? minum susu apa? Aku gitau Ainin masih breastfeeding.
Tau apa kata Dr tu???
"Haa... ni lah masalahnya kalo breastfeeding, kadang-kadang tak mencukupi. Saya rasa awak kena tambah susu lain. Cuba awak bagi peadiasure, nanti saya bagi sample ok..."
Huhhh.. apakah??? Aku kompius. Aku tak rasa perlu pun. Aku cakap ngan Dr tu, skang Ainin memang lasak, makan dia tak ada masalah. Menyusu pun sama, kuat jugak. Cuma mungkin sebab dia dah makin banyak aktiviti, jadik berat dia tak naik banyak. Dia pun sihat je, tak de sakit-sakit.. Jadi should be ok kot...
Terangguk-angguk kpale Dr tu.
"Emmm... ye jugak kan.. tengok nih badan dia pun ketul-ketul lagi. Tapi, awak cuba laaa bagi jugak pediasure..."
Aduyaiiii Dr nih, nak jugak suh aku bagi susu tambahan kat anak aku. Terkilan btol aku sebab susahnya nak carik Dr yang fully-support BF.

Sekali Dr tu, buka baju dan seluar Ainin untuk tengok keadaan kulit anak aku. Sekali dia nampak aku pakaikan Ainin CD. Dia pelik. Dia tanya aku, pakai apa ni?
Aku cakap lah ni cloth diaper, aku memang tak pakaikan dispo diaper. Dr tu tanya, aku tak kerja ke? Aku kata kerja... mengajar.
"Abih macammana brastfeed anak?"
Hishhh Dr nih, aku rasa tiap kali aku jumpa dia, dia tanya benda yang sama. Tapi tak pe laaa... mana dia nak ingat kan, patient dia kan ramai. Lagi skali aku terangkan aku mengepam laaa bagai.
"Habis tu, ni pakaikan lampin semua... boleh pulak awak uruskan??? "
"Errr... ok je Dr, mula-mula memang laa macam susah..tapi lama-lama ok je..."
"Awak nih... macam mak-mak zaman dulu lah... menyusukan anak, pakai lampin. Orang sekarang semua nak senang, awak pulak sanggup back to nature," sengih-sengih kambing Dr tu bercakap ngan aku.
"Selagi terdaya Dr..." aku balas sengih-sengih kambing jugak.
"Orang yang tak bekerja pun, belum tentu sanggup buat macam ni tau. Kebanyakannya pakai dispo diaper je.. pastu bagi susu botol, senang. Tapi baguslah kannn.. ibu sanggup buat apa saja untuk anak kan... Anak nanti sanggup ke tak buat apa saja untuk kita??," kata Dr tu kat aku.
"Terpulang pada masing-masing Dr. Ibu memang sanggup buat apa saja untuk anak. Macam mak-mak kita gak dulu. Bila kita dah jadi ibu baru kita tau..."

Jadi mommies yang sedaya-upaya mencuba memberi susu ibu kat anak dan ditambah pula dengan mem'fully-CD' kan anak, kita nih dah macam mak-mak zaman dulu.. mengikut pandangan Dr itu, dan mungkin pandangan orang lain yang tak macam kita juga.. :P

Orang akan nampak apa yang kita buat nih macam tak praktikal, tak sesuai dengan status kita sebagai ibu-bekerja-yang-sibuk, tapi kita melakukannya dengan kerelaan hati demi untuk anak dan kita merasakannya juga sebagai tanggungjawab sebagai seorang IBU, MAMA, UMMI, EMAK atau MOMMY. Setuju kannn??? .... :)


23 comments:

Ms Lola said...

Mcm ni lah... Tanggungjawab kita ialah menjadikan anak kita tu org yg berguna.

Sepatutnya, kalau mak bapak ikhlas nak membesarkan anak, tak bolehlah nak harapkan yg anak akan buat benda yg sama kat mak bapak.

Wallahualam.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
FAM said...

setuju! eh...hye ;)

Unknown said...

9kg tu kira ok lah. minimum weight untuk budak umur setahun (bak kata paed imran & irma). takde apa yg nak dirisaukan.

yang penting anak sihat dan happy. tak gitu?

IntanSham said...

ML..btol lahhhh... cara that person ckp, seolah2 mcm seolah2 mengharap anak2 bila dah beso mesti buat yg sama spt pengorbanan mak-bapak pada dia.

mommy dania..tq..ahaksss...

ZZ.. btol btol btolll... yg penting anak sihat & happy kan...;)

Nieza Ishak said...

SETUJUUUUUUU ...

doc tue dah tawen belum??
hikhikhik.

Dia tak tahu naluri seorang ibu Mithali cam kita hukhukhk

IntanSham said...

nieza..dah tawen dahhh..in fact dah berumur pun,anak da beso2... tu yg tak paham tu...

~ As ~ said...

itu naluri keibuan...tak kena paksa pun tp tetap nak yg terbaik utk anak...itu pasti!!!...aku emo (mata berkaca)

IntanSham said...

as.. aku pun jadik emo blk klinik smm tawwww....

MS said...

setuju cikgu..............

Sp|dEy said...

no sé qué cosa de este comentario .. hahaha....phm x?

IntanSham said...

MA...setuju?? baguss..;)

spidey..elehhh...ingat aku dok pehe ker???..;p

cysev3n said...

dia dapat komisen ke jual pediasure tu? ngeee.. mak ada setin ni ha.. bagi arif zaman2 dia takmo makan.. tp dia kata tak sedap.. apakah?

Sp|dEy said...

Je sais que vous ne comprenez pas...hahahaha....

~ Lady ell ~ said...

apehal plak doc tu cakap cenggitu.doc tu laki ke pompuan...ish! dia tk blajar abis kot...

By Ticer Liza Yacob said...

klakar la doktor tu. mengong ke ape? akak tabik spring kat korang yang sanggup buat semua2 tuh dalam zaman yang serba mencabar nih. korang bukannya macam mak2 zaman dolu sebab mak2 zaman dolu tak ramai yang keje. kejenya hanya di rumah. mak mak zaman sekarang, walaupun tak keje, masih juga lain dari yang dulu...lainnn...lainnnn...

memang ade dr yang bila kita jumpa, kita akan rasa....dia ni tak patut jadik dr. atau kita akan kata...macam mana la dia ni boleh jad dr...kan? kan? ha ha ha ha

~Umi.Sufira~ said...
This comment has been removed by the author.
~Umi.Sufira~ said...

hihi....ada gak doktor camtuh!

IntanSham said...

CY..agaknya dia dpt komisen kot. tp kan, smlm bile belek2 sample yg dia bg,rupanya gainplus ler bukan pediasure..misi dia slh bg kot...xpe gainplus ok gak, leh masuk dlm tin susu aina...;p

ell...dr tu pompuan...tu yg x phm tuuuu...

ibu zaaz...hahahaaaa... terpikir gak, mcm tu aritu...;)

mimi..ada je nyahhhh....tp kan dr nih bukan dr kt spital yg aku bersalinkan ainin...paed yg kat situ pro-bf...;)

azrinna said...

Apa yang Intan alami sama macam saya. Suruh bg susu tambahan cz susu ibu tak cukup. Tapi aku boo layan okeh! Ayah saya kata, buat apa nak bagi susu tepung, ni bg susu ibu pun dah cukup bijak!

iena hamdi said...

sengalnyer Doktor....

dia jeles kot senbenarnyer tuh...

m-i-o said...

haha. never ending issue! mak dah tebal telinga nyah. hua hua hua.

anyway, nk kongsi satu benda. iaitu anak2 yg breastfeed memang slim melim. itu yg mak baca lah.

IntanSham said...

azrinna..tu laa kan, pesal ek dr x support bf?? sbb dia pun x bf anak kottt

kak iena..rasa btoll laa dia jeles

mio... kalo lah aku blh bf lagik, aku nak bf...nnt blh slim mlim... kkekekekkeee...apakahhh aku nih??