Semalam petang aku menghabiskan masa menonton citer Hindustan, U Me Aur Hum. Dah lama tak layan citer syahdu tangkap leleh macam nih. Dah lama jugak tak menatap wajah peberet mak, si Kajol nih. Kali nih bergadingan dengan husbandnya.
Citer dia memang sedih lah..tipikal hindustani movie kan. Tapi kisahnya memang membuat aku tersentuh. Kisah seorang isteri yang tiba-tiba menghidap Alzheimer. Tiba-tiba si isteri mula terlupa tentang dirinya. Sedihnya masa tu dia preggy. Doktor nasihatkan supaya gugurkan kandungan sebab membahayakan keduanya namun suami-isteri itu masih bertahan. Ada sedikit part yang ala-ala Beautiful Minds, di mana si isteri letak anak dalam bath tub, penuhkan air dan kemudian terlupa. Selamba tinggalkan anak dia sampai lemas. Nasib baik suaminya balik, kalo tak mati baby tu. Yang menyentuh hati macammana si suami yang merupakan Doktor Sakit Jiwa, yang selama ni menasihatkan orang lain menghantar pesakit ke rumah sakit jiwa, tetapi bila dia menghadapinya, macammana susahnya dia nak buat keputusan untuk menjaga orang yang paling dia sayang itu atau hantar saja ke rumah sakit jiwa.
Kisah ini membuatkan aku tertanya-tanya..agaknya bila ketika kalo kita diuji dengan penyakit yang berat macam ni atau yang lebih berat lagi... Nauzbillah... apakah mampu pasangan kita bertahan menjaga kita? Atau jika sebaliknya, bertahankah pula kita menjaga pasangan kita? Akan tabah dan sabarkah kita? Kalau dah tua, lainlah cerita kan..hukum alam memang perlu dilalui. Ini kalau kita di usia muda? Dengan nak membesarkan anak-anak lagi.. Besar dugaannya kan....?
Aku ada melihat kes-kes sebegini... kisah kawan sendiri. Yang seorang ini... isterinya disahkan menghidapi kanser payudara. Belum ke tahap kena buang, tapi perlu menjalani kemoterapi beberapa kali. Dan si isteri ku lihat sudah sangat lemah. Tubuh yang segar-bugar dan sihat dah jadi kurus-kering. Anak-anak sedang membesar. Si suami begitu gigih menguruskan rumahtangga, menjaga si isteri penuh ketabahan dan anak-anak. Tak pernah ku dengar dia mengeluh walaupun di dalam hati Tuhan saja yang tahu. Riaknya pun tidak berubah, masih seperti dulu. Kalau orang tak kenal, pasti tak tau pun dia sedang ada masalah yang besar begitu.
Kemudian satu kes lagi si suami yang sakit. Sakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang bersatu. Seminggu, 3 kali kena cuci buah pinggang. Keluar masuk hospital itu dah menjadi perkara biasa. Si suami sampaikan nak memandu pun tak boleh. Si isteri pula tidak bekerja. Mujurlah ketika senang, mereka beringat. Dengan kewangan yang ada bolehlah menyambung hidup. Si isteri gigih menguruskan anak-anak yang masih bersekolah, rumahtangga dan si suami.
Gigihkan??? Aku membayangkan kalau aku ysng sakit, macammana pilu hati aku melihat suami mengambil-alih tempatku dalam rumahtangga. Sedang aku lemah tak berdaya. Sudahlah tak mampu untuk memberi layanan untukny. Melihat pula dia menjagaku. Kemudian, merenung pula wajah-wajah mulus anak-anakku. Sungguh kasihan... ibu sudah tak mampu menjaga mereka lagi. Apalah dayaku ketika itu nanti???
Sesungguhnya aku merasakan itulah puncak segala kesabaran. Suami dan isteri hubungannya bukan setakat di atas kertas atau hubungan jasmani. sahaja Suami-isteri, bila sudah memeterai perjanjian hidup bersama, maka segala susah dan senang harus ditempuhi bersama. Ujian akan datang pada bila-bila masa. Perlu bersedia mental dan fizikal. Semoga saat-saat jerih dan perih itu, kita tidak melaluinya bersendirian. Semoga kita akan setia menemani dan ditemani. Semoga kasih-sayang yang kita jalin bersama pasangan akan tetap berbunga walaupun musim kemarau tiba. Mungkin ketika itulah kita dapat merasai makna perkongsian sebuah kehidupan yang sebenar. Wahai isteri... wahai suami... tabahlah dikau menghadapi musim kemarau yang entah bila datangnya....
Sekadar ingatan untuk diri sendiri, juga kawan-kawan yang sudi berkongsi rasa. Owhhh... kenapa sebak pulak aku rasa?.... :(

4 comments:
Hmmm....mintak jauhlah dari semua kesusahan itu dari kita kan....tapi tulah semua pun ketentuan Allah...tepuk dada tanyalah diri sama ada kita mampu ke nak menghadapi semua tuh..biasanya perempuan kalau laki yang sakit masih mampu bertahan..tapi taktaulah kan kalau sebaliknya..rare case suami betul2 bertahan..silap hb tak lama bini sakit dah sibuk nak cari bini baru...uhuk..sadis!
mmg tak mudah nak jaga org sakit...aku dah rasa...tp bukan suami sendiri...
sebelum kahwin aku dah tnnya suami aku sanggup ke tak jaga aku klau aku sakit... huhuhuhu...
sedih la entry hindustan ni...:p
Alamakkkk... husband Kajol tu lah yg paling mak tak kenan. Err, husband yg sama lg kan?
yer mimi... aku pun harap mcm tu... mmg kan biasa isteri blh jage suami..tp suami???
as...ko jage saper???
ML..lawak laaa u nih, yer masih hasben yg sama. hasben dia tu bile senyum mcm xde gigi kan...;p
Post a Comment