Tuesday, July 28, 2009

Hasil Kursus Ini Hari...

Seperti yang kalian sedia maklum, hari ini aku menghadiri kursus Asas Membina Blog yang dianjurkan oleh PPD Pasir Gudang.

Ilmu baru??? Ohhhh... ada juga beberapa ilmu baru yang aku dapat. Diantaranya ilmu membuat header blog. Kahkahkahhhhh... korang semua lagik terer kannnn.. tapi mak baru belajo macammana nak buat header blog nih guna Adobe Photoshop... pun masih tak master lagik. Perlu digodeh-godeh sendirik. Apa yang penting kerjasama mak dah berjaya mendownload software adobe nih dalam lappy mak. Yer... sebelum nih asik tak boleh je nak mendownload.

Lagi??? Owhhhh... ada tips berblogging... yang akan aku sharingkan nanti. Lain-lain... tak ada apa sangat.. banyaknya yang memang aku dah sedia maklum.. :D Bukanlah nak kata haku nih terer sangat berblog nih, tapi aku kan dikelilingi kalian.. rakan-rakan blogging yang penuh dengan info dan so sweeeetttt sebab sudi berkongsi ilmu blog nih dengan aku..kan..kan...kannnn... ;)
Dan seperti yang diduga rasionalnya PPD menganjurkan kursus ini ialah PPD nak setiap sekolah di daerah Pasir Gudang nih mempunyai laman web atau blog rasmi sendiri. Jadi nampaknya memang yang pergi kursus nih kena laaa set-up satu blog untuk sekolah masing-masing. Jadi aku dah pun membina (membina???) satu blog rasmi untuk sekolahku yang terchenta. Errr... kalian silalah mengadakan lawatan rasmi atau lawatan sambil belajar ke SINI. Cuma diingatkan aku tak reveal Blog aku yang ini kat sana yer. Ini blog private gue.. kang nak maki hamun dalam blog nih tak boleh pulak kannnn... :P

Juga diingatkan, mungkin blog itu agak boring sikitlah (seboring haku nak menulis.. keras-kejung jer bahasa aku nyahhhh ooooiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.......). Almaklumlah... blog rasmi kan. Gaya penulisan aku sungguh tak boleh handle... stress hotak aku mikir apa lagik nak aku repekkan di situ. Jadi kalo kalian nak membaca karya-keras-kejung haku, bolehlah melawat ke sana... :P
Sila jangan kutuk hokehhhh.. segala kutukan tidak akan dilayan... kuikuikuiiiii... Mungkin aku memerlukan masa dan ruang untuk menulis secara rasmi dan serius...

Jadi esok wajiblah aku mengadap GB dan menunjukkan BlogSekolah aku nih. Semoga GB sukalah hendaknya. Dan aku rasa dengan ini, menjadi tugas tambahan haku lah untuk menghapdate blog tersebut... :P

Eh.. kalo korang ada idea cemana nak handle atau decorate blog rasmi, share ngan aku yer. Mak takde idea ler... TQ lalingggg....

6 comments:

~ Ibu ZAAZ ~ said...

sk convent 1 bukit nanas dah follow ur school blog...lets tukar2 buah fikiran atau sebrg jenis buah-buahan..ha ha

Sayang.Ibu said...

wahhh kak.. ye ke... thanks kak..nanti kite follow pulak yer

ar.nie said...

Kiter dah wat lawatan rasmi. Wahh, sungguh 'skema' ayatmu Intan. Ekeke. Tapi, standard laa untuk web rasmi (kot).

Jgn tersilap sign-in udah laa, habis kantoi your personal blog nanti. :P

Sayang.Ibu said...

arnie...mati kutu dibuatnya nak create ayat..huhuuu

Mama Adib said...

ha ha ha sungguh kaku cikgu.

Macam ku baca hari ini dalam sejarah

~ As ~ said...

jgn smpai update cerita ainin ngan aina dlm blog skolah tu pl...kah kah kah...