Friday, July 31, 2009

S.T.R.E.S.S...

Aku tak suka STRESS...

Bila aku STRESS...

- aku jadik over-sensitive.. pantang ada salah sikit, aku nak naik hangin. Orang guro pun aku dah terasa hati tak pasal-pasal.
- aku asik nak mengamuk dengan laki aku. Malam tadi laki aku balik lambat, aku tak pasal-pasal hangin satu badan, macam lah sebelum nih dia tak balik lambat. Tak pasal-pasal aku bad mood. Tak pasal-pasal tambah dosa aku sebab berkasar dengan laki aku.. Hubby... I'm so sorry... huhuhuuuuuuu.....
- aku berubah jadi BAD MOM, really hate this!!!!!!!!!!! aku asik nak mengamuk ngan anak-anak aku jugak. Malam tadi Aina kena marah dengan aku sebab mengada-ngada. Memang lah dia macam tu, sebab dia tak sihat.. dah 5 hari dia berak-berak.. badan pun lemah jer..so dia nak merengek je ngan aku. Sebab aku bengang ngan laki aku yang balik lambat, aku marah dia. Ainin pun kena.. sebab asik nak bergantung dengan aku.. memang selalu pun dia macam tu...biasa laa bila dengan aku memang dia nak duk celah aku jer, bukan tak biasa macam tu.. tapi dia pun kena bambu ngan aku. Apa dia paham?? Dia melalak.. aku jugak kena pujuk... Terukkan aku??? Maafkan ibu yer kaliannn.. ahhhh... sedihhhh tawwwwwwww bila tengok muka anak-anak yang kena marah tak pasal-pasal.... meleleh air mata aku...
- aku jadik ratu-airmata. Keje asik nak meleleh jer. Aku tak suka menangis, sebab aku nampak lemah bila menangis...
- aku jadik takde mood nak buat keje. Lagi-lagi sebab melibatkan skolah, aku jadik menyampah nak ngadap muka hampeh-hampeh kat skolah tu...
- susu aku jadik kurang. Memang kalo stress kan jadik macam tu. Jadi part yang nih memang buat aku bertambah-tambah sakit hati sekarang.......

Aku tau aku tak patut jadi macam perkara-perkara di atas tu.. but I can't help it... Apa aku nak buat nihhhhh?????? Uwaaaaaaaaaaaaa.............

Jadi memang kesimpulannya aku benci STRESS. Memang CELAKA lagi ASS-HOLE lah orang yang membuat aku stress ni!!!!!!!!!!!!!!!!!

*Sori aku maki-hamun. Sebab aku tak boleh nak maki-hamun depan orang-orang itu.. jadi nasib korang lah kena baca maki-hamun aku kat cni. I'm so sorry guyzzzz...

* Eh korang.. korang mesti pelikkan??? Apsal laaa budus aku nih, patut takyah wat extra class, suka kannn..takyah laa weekend pun nak p skolah. Nih aku..jadik emo pulak. Kenapa ekkk?? Kenapa??? Kalo korang jadik cikgu, mesti korang dapat rasa perasaannya bila anak-anak murid nak amik peksa. Ok..sort of..macam korang jadik mak, bila anak nak peksa..apa perasaannya?? Ini lebih lagik okehhh.. sebab yang nak amik peksa nih, anak didik aku... jadik memang OVER perasaan aku nih. Korang paham ke? Ke tak paham?????????

F.A.K.T.A

FAKTA 1:

- DIA baru dinaikkan pangkat dari guru biasa kepada GPK Kokorikulum.
- DIA dulunya bertugas di sekolah menengah dan bila naik pangkat kena p sekolah rendah.
- DIA sering membandingkan suasana kerja di SM dengan SR yang nyata memang berbeza.. contohnya di SM, makmal Sains ada pembantu makmal, kalo nak buat eksperimen, cikgu tinggal order jer..pembantu sediakan apparatus dan bahan-bahan. Tapi kat SR, no pembantu makmal.. nak buat eksperimen... cikgu sila selongkar sendiri preparekan semua.
- DIA merasakan murid-murid tidak perlu di'stress' kan dengan kelas bimbingan yang banyak sebab murid perlu relaks agar tak stress. Murid SM aku tak pastilah macammana, mungkin ok sebab murid besar pandai mengurus masa. Tapi murid di SR (ini diperhatikan di kalangan murid-murid sekolah akulah..skolah lain aku x tau) sangat memerlukan bimbingan guru sebab kalo kat rumah memang kejenya tengok TV dan main saja. Murid kecil masih tidak pandai menguruskan masa.
- DIA beranggapan kelas-kelas tambahan yang kitorang buat itu sebagai KERJA G.I.L.A sebab asik belajar, belajar dan belajar...

FAKTA 2:

- GB kitorang nih tak rigid keputusannya. Bila under-pressure.. dia akan ikut keputusan mengikut persekitaran ketika itu. Sebab tulah boleh tiba-tiba kensel je program yang dah dia sendiri TANDATANGANI
- Beliau jugak bukan seorang yang ko-akademik. Sepanjang cikgu-cikgu bertungkus-lumus separuh m*ampos membimbing budak, dia macam tak endah aje. Sebab tu dia boleh simply kensel kelas. Lagipun dia pun tak tau result terkini masa peksa percubaan aritu. Sebab tu lah kelmarin masa meeting AJK PIBG, dia boleh cakap kat wakil parents, budak-budak kitorang masa percubaan 25 orang dapat 4A 1B, kalo pushkan budak-budak nih mesti boleh dapat 30 orang 5A. Hakikatnya 4 orang aje yang dapat 4A 1B.. mana kitorang nak korek lagik 21 orang tu??? mana?? mana???? celah kangkang ker????????????
- Memang GB nih baik ngan aku, sayang aku.. tapi when it comes to this situation, I feel like nak c*arutkan dia jer... I am soooooooooooooo pissed off!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

FAKTA 3...

- Murid-murid aku nih hampir semuanya memang bergantung harap dengan program-program belajar bersama guru yang kami buat. Sebab dekat umah, tak ada siapa nak bimbing. Mentaliti parents pun, sort of.. "Ko nak belajar,belajar.. taknak belajar pun tak apa, boleh tengok tv atau main"
- Parents sangat menyokong kelas bimbingan yang kami buat sebab derang pun sedar ketidakmampuan derang nak membimbing anak-anak di rumah. Jadi pada guru-guru lah harapan derang untuk membimbing anak-anak derang sampai peperiksaan. Jadi korang dapat rasa tak betapa jatuhnya airmuka kitorang yang berkobar-kobar nak buat kelas nih, bila terpaksa bagitau yang kelas tambahan dibatalkan.
- Tadi sempat berjumpa dengan anak-anak murid. Sangat kesian.. jatuh lagi airmata aku dan kawan-kawan. Sebab masing-masing frust kelas kena kensel.. Ada yang bagi cadangan...
cikgu, kalo GB tak bagi, kita buat kelas senyap-senyap lah cikgu...
alaaa... cikgu... kitorang kalo tak belajo kat skolah, kat umah memang tak belajo lah cikgu, nanti tengok tv jer..
Kesian kan anak-anak murid aku yang masih lagi harapkan bimbingan cikgu???
- Kami tak boleh nak buat kelas tanpa pengetahuan pentadbir. Sebab kalo kantoi akan jadik satu lagi isu besar.. Membelakangkan pihak pentadbiran yang hampeh tu...
- Kami dah nekad.. tahun depan tak INGIN mengajar tahun 6 lagi. Biarlah orang lain yang bimbing kelas peperiksaan. Kami nak menjalankan aktiviti Kokorikulum dengan jayanya... Biar orang lain pulak yang stress pegang kelas peperiksaan.

Korang... sebab tulah kan ramai cikgu yang stress... bukan stress dengan anak murid atau parents jer.. orang-orang atasan pun memberi tekanan... Sangat kasihan kan..

Korang.. aku nih kan macam membuka pekung di dada. Mungkin ada kalangan kawan-kawan yang sealiran dengan aku nih, rasa tak patut bercerita keburukan pentadbir kat blog nih. Tapi aku nih tak tau nak luahkan kat mana rasa sakit hati, sedih, marah dan kecewa nih. Kalo tak luah, aku takut jadi G.I.L.A pulak nanti... :(



Bila Tidak Seiringan...

**AMARAN!!! Ini entri penuh emosi dan panjang berjela. Read at your own risk!!!

Minggu ini minggu penuh emosi bagi aku dan guru-guru yang mengajar Tahun 6. Sedih, hampa, kecewa, dan 1001 satu perasaan yang sukar nak digambarkan.

Seperti yang pernah aku kisahkan di sini, sekolah aku sekarang sedang berusaha all-out untuk persediaan murid-murid mengambil UPSR. Kami sepakat buat kelas tambahan Sabtu dan Ahad. Dan seperti yang dipersetujui sebelumnya juga, guru-guru yang terlibat dengan kelas tambahan ini dikecualikan dari kegiatan Kokurikulum yang diadakan pada setiap hari Sabtu minggu kedua dan keempat. Bukan ramai pun yang terlibat, hanya 8 orang sahaja guru-guru yang dilibatkan dalam kelas tambahan.

Entah kat mana silapnya, Sabtu lepas aktiviti Koko dijalankan. Dan macam biasalah, cikgu-cikgu yang ada kelas tambahan tak melibatkan diri dalam Koko tu. Tiba-tiba entah kenapa GPK Koko tu nak emosi pulak. Dia persoalkan apsal pulak cikgu-cikgu tahun 6 nih taknak melibatkan diri dalam Koko. Apa kes?? Sedangkan benda nih sejak azali lagi dah dipersetujui bersama. Kita minta pelepasan Kokorikulum sebab, fikirlah kan.. cikgu-cikgu nih sampai hari Ahad lagik nak bertugas. Tu tak kira kelas tambahan hari-hari biasa. Jadi mintalah jasa baik pihak pentadbiran mengecualikan cikgu-cikgu yang dah berhempas-pulas nih kan.

Yang aku bengang sekali siap bawak p meeting, siap pertikaikan. Siap cakap, kita nih buat keje biarlah ikhlas, Lillahitaala. APAKAHHHHH KEJADAHHHHHHH??????????
Ikhlas cemana lagik yang dia maksudkan??? Tak cukup ikhlaskah kami mengajar tanpa kira waktu. Hari minggu yang patut kami bersama keluarga pun kami korbankan? Tu tak kira dengan kelas malam dan kelas tambahan hari biasa yang kami buat lagik. Kenapa? Apakah bila kami tak join kokorikulum, maka kami nih TAK IKHLAS dalam membuat kerja???? Lepas tu boleh pulak beranggapan, guru-guru tahun 6 nih seolah berlagak DIVA, mentang-mentang mengajar tahun 6.. tak mau buat kerja kokorikulum. Korang tau tak, kalo keje-keje melibatkan bimbingan untuk Tahun 6 nih dijajakan kat cikgu-cikgu yang bukan Tahun 6, tak ada sapa yang nak pun. Kalo tak kami nih yang bersungguh-sungguh membimbing murid-murid Tahun 6, takde sapa yang nak buat hokehhhh.. Tapi bila tiba-tiba kami dikata sebegitu.. hancur-luluh hati kami.

Lebih menyebalkan lagi, hari nih.. GB buat keputusan semua kelas tambahan Sabtu dan Ahad dibatalkan. That's it... korang dapat tak rasa apa yang aku rasa??? Betapa sedihnya hati aku dan cikgu-cikgu Tahun 6 ni, bilamana kesungguhan kami membimbing murid-murid ini rupanya tak mendapat sokongan moral dari pihak pentadbiran. Menangis kami semua pagi ni memikirkan pada sapalah kami nak mengadu nasib?? Dan sumpah..aku belum pernah lagi jumpa GB yang nak buat macam GB aku nih. Sekolah lain semua sedang bertungkus-lumus nak mengadap peperiksaan. Tapi dia boleh nak stop usaha gigih guru-guru dan murid-murid.

Dan aku tau ada dalangnya di belakang semua ini. Kerana pulut santan binasa. Inilah dia. Dan inilah dia juga akibat, bila pihak pentadbiran dan kuli-kuli pencacai tidak seiringan.

Aku sangat emo hari nihhhh......................... :(



Thursday, July 30, 2009

Review Gadget Baru ...

Sudah 4 hari aku menggunakan gadget baru seperti yang aku kisahkan Disini
Dan hari ini aku berkobar-kobar lah nak buat review tentang gadget baru ini, sepertimana permintaan teman-teman. Mula-mula mari kita lihat apa yang terdapat dalam gadget baru aku tu...

Ini... Parts yang aku cerai-ceraikan...

Setelah dipasang...


Dan ini handsfree-kit serta tubing...


Ini setelah dipasang pada pam. Aku pasang satu jer sebab satu lagi basuh.. :P
Itu beg yang aku dapat skali..


Diantara yang best tentang pam ni... Yang aku sangat suka...

- Pam ni ada 2-phase expression which is sangat membantu production. Mula-mula pam, dia terus set untuk stimulation phase - pengepaman yang pantas dan lembut untuk mempercepatkan let-down. Bila dah ada let-down, tukar ke expression phase - pengepaman yang lebih perlahan. Betul-betul imitate baby sucking dan tak menyakitkan.
- Button let-down yang sangat memudahkan di mana bila rasa let-down dah mari, just picit je button tu untuk bertukar ke expression-phase. Atau kalo tak pun, ianya akan bertukar secara auto ke expression phase nih selepas 2 minit.
- Vacuum suctionnya yang power, walopun aku pernah guna PISA sekejap aritu, aku rasa takde beza sangat pun vacuum suctionnya. Kalo PISA hingga level 7 tapi FS sehingga level 9!!! Which is memang powerlah. Terpulanglah suka level mana. Tapi yang pastinya pilih level yang tak menyakitkanlah kan.. Aku senang hingga level 7. Aku perhatikan, walo level manapun, hasil pumping tetap sama. Cuma bila level tinggi nih rasa macam puaslah gitu kannn..
- Parts yang senang di basuh. Sebab boleh bukak-bukak, jadi lebih mudah nak bersihkan dan hasilnya pastilah lebih hygiene kan.
- Aku suka membrane dia yang besar, jadi lebih senang basuh dan tak mudah koyak.
- Tubing dia yang canggih, tidak memungkinkan susu untuk masuk dalam tiub. Tengok nih....
terima kasih Aina sebab jadi model pegang tiub... :P


- Pamnya yang comel dan ringan. Sangat mudah diusung ke sana-sini. Pam nih best sangat sebab boleh tengok time, jadik takyah susah-susah tengok jam nak tau berapa lama dah mengepam. Lagi best juga sebab ada rechargeable bateri. Tak payah pakai plug yang mengganggu pergerakan. Bateri dia pun tahan lama taww.. 3 hari baru kena charge balik.
- Ohhhh... pastinya yang lebih best ialah hands-free kitnya lah. Dengan adanya hands-free kit nih maka lebih mudahlah haku nak berblogging-bertelefon-ber itu- ber ini... macam-macam keje boleh buat tawwww. Pastinya lebih rajinlah nak buat double-pumping sebab tak penat tangan nak pegang. Jadi memang FS nih bukan saja sangat bagus untuk mommies yang kerjanya ke sana-sini. Yang kerjanya duduk setempat pun bagus. Sapa ada cubicle leh pam di cubicle saja. Aku tak pam kat meja bilik guru sebab malas nak layan mulut laser yang berlambak tu. Dari sakit telinga baik aku pam je kat port biasa...hahahahhaa
- Tidak lupa cooler bag dan ice-packnya. Orang lain mungkin dah tak heran dengan cooler bag nih. Tapi sebab aku memang takde cooler bag before this. Best bila ada cooler bag nih. Takyah aku tumpang fridge kat bilik guru. Then kalo aku ada urusan lepas skolah pun, senang.. tak perlu balik umah mak anto susu dulu.


Jadi kesimpulan kat sini memang berbaloilah aku beli Medela Freestyle nih. Memang patut pun harga dia mahal. Tapi still murah lagi harga yang aku dapat berbanding harga pasaran. Sangat berbaloi. Kalo dari mula melahirkan lagi dah pakai pam nih, mesti lagi mabeles EBM stok aku agaknya... :D

Nak dapatkan harga RM1699, bolehlah berkunjung ke kedai ajasu KatSini.

Sekian, review yang terlintas di pemikiran aku sekarang ini... :D
Adapun aku masih lagi menjalani fasa penyesuaian dengan pam ini. Setakat ini production masih lagi seperti biasa. Tengoklah seminggu dua nih, manalah tau bertambah kerrr... Pening agaknya B aku nih, kejap pakai Ameda, kejap pakai PISA pinjam, nih pakai FS pulak... :P
Kasik can ia bermesraan ngan FS yang mabeles nih dulu lah yer... ahakssssss........


Wednesday, July 29, 2009

Mocha "Tada!" Versi ML...

Kerana terpengaruh dengan ResepiMocha"Tada!"VersiML , maka malam tadi saya telah membuat ini.....
Mocha "Tada!" Versi ML...

Hmmmmm... sedap di tekak... Dan sekarang saya terasa mau menggodak lagi Mocha "Tada!" ML ini.... tetapi saya gigih menghalang diri sendiri.

Kenapa????? Sebab saya dan Caffein kan sudah lama break-off... Saya tidak mau perhubungan kami kembali terjalin hingga susah nak dilepaskan lagi gara-gara keenakan Mocha"Tada!"VersiML ini.... :P

Thans ML for sharing the recipe... Ahakssssssssssss..............

Pssttt.. saya membuat entri ini dengan tergesa-gesa.. jadik tak sempat nak cuba TutorialCY ini.... Maafkan saya.... :)

Risau!!!!!!!!!!!!!

Virus H1N1 sudah makin menular. Kini telah mula menjengah ke Johor pula. Terkini,
SMKA Johor Bahru di Taman Johor Jaya, SM Teknik Azizah di JB, Politeknik Johor Bahru dan ILP Johor Bahru telah mula dicutikan.

Politeknik dan ILP itu berdekatan sahaja dengan tempat aku. Owhhhh... sangat risau okeh... Risaukan anak-anak lah. Nak bawak jalan-jalan kat shopping complex pun was-was. Aduyaiiiii... semalam Aina demam dan ceret-beret... nasib baik tak berpanjangan. Bila dia demam, hati berdetik H1N1 kah??? Huhuhuuuuuuuu.... Ya Allah.. jauhkanlah penyakit itu dari anak-anakku...

Macammana nak terjah Mega-Sale nihhhhh????????? Mak nak carik baju raya anak-anak dan diri sendirik lagi... Nampaknya kena tinggalkan anak-anak lah untuk membeli-belah, mungkin kena setting masa berdating seperti UmiSufira jugak nihhh... :P



Tuesday, July 28, 2009

Hasil Kursus Ini Hari...

Seperti yang kalian sedia maklum, hari ini aku menghadiri kursus Asas Membina Blog yang dianjurkan oleh PPD Pasir Gudang.

Ilmu baru??? Ohhhh... ada juga beberapa ilmu baru yang aku dapat. Diantaranya ilmu membuat header blog. Kahkahkahhhhh... korang semua lagik terer kannnn.. tapi mak baru belajo macammana nak buat header blog nih guna Adobe Photoshop... pun masih tak master lagik. Perlu digodeh-godeh sendirik. Apa yang penting kerjasama mak dah berjaya mendownload software adobe nih dalam lappy mak. Yer... sebelum nih asik tak boleh je nak mendownload.

Lagi??? Owhhhh... ada tips berblogging... yang akan aku sharingkan nanti. Lain-lain... tak ada apa sangat.. banyaknya yang memang aku dah sedia maklum.. :D Bukanlah nak kata haku nih terer sangat berblog nih, tapi aku kan dikelilingi kalian.. rakan-rakan blogging yang penuh dengan info dan so sweeeetttt sebab sudi berkongsi ilmu blog nih dengan aku..kan..kan...kannnn... ;)
Dan seperti yang diduga rasionalnya PPD menganjurkan kursus ini ialah PPD nak setiap sekolah di daerah Pasir Gudang nih mempunyai laman web atau blog rasmi sendiri. Jadi nampaknya memang yang pergi kursus nih kena laaa set-up satu blog untuk sekolah masing-masing. Jadi aku dah pun membina (membina???) satu blog rasmi untuk sekolahku yang terchenta. Errr... kalian silalah mengadakan lawatan rasmi atau lawatan sambil belajar ke SINI. Cuma diingatkan aku tak reveal Blog aku yang ini kat sana yer. Ini blog private gue.. kang nak maki hamun dalam blog nih tak boleh pulak kannnn... :P

Juga diingatkan, mungkin blog itu agak boring sikitlah (seboring haku nak menulis.. keras-kejung jer bahasa aku nyahhhh ooooiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.......). Almaklumlah... blog rasmi kan. Gaya penulisan aku sungguh tak boleh handle... stress hotak aku mikir apa lagik nak aku repekkan di situ. Jadi kalo kalian nak membaca karya-keras-kejung haku, bolehlah melawat ke sana... :P
Sila jangan kutuk hokehhhh.. segala kutukan tidak akan dilayan... kuikuikuiiiii... Mungkin aku memerlukan masa dan ruang untuk menulis secara rasmi dan serius...

Jadi esok wajiblah aku mengadap GB dan menunjukkan BlogSekolah aku nih. Semoga GB sukalah hendaknya. Dan aku rasa dengan ini, menjadi tugas tambahan haku lah untuk menghapdate blog tersebut... :P

Eh.. kalo korang ada idea cemana nak handle atau decorate blog rasmi, share ngan aku yer. Mak takde idea ler... TQ lalingggg....

Romantik???...


Ahad yang lalu, aku ke T*esco bersama-sama hubby dan anak-anak. Sesudah solat Maghrib di T*esco, kami lepak-lepak dulu sambil makan jagung di tepi playland sebelum memulakan acara shopping.

Di sebelah bangku kami, ada sepasang suami-isteri yang ku agak baru berkahwin kerana kelihatan inai yang masih merah di jari si isteri juga si suami. Tampak manja-manja gitu membuatkan aku tersenyum sorang-sorang lalu mencuit hubby,
"Orang sebelah tu baru kawen..." bisik aku, sambil angkat-angkat kening. Kepoci kannnnn... Hubby pun sengih-sengih paham maksud tersirat aku... kuikuikuiiii. Di antara aku dan hubby ada Aina, manakala Ainin di dalam troli.

Aku masih lagi kepoci, jeling-jeling couple kat sebelah. Mereka berkongsi makan roti-pizza. Sesekali si suami menyuap si isteri... auwwww... romantik youuuu!!!! Yer laaa.. orang baru kawen kannnnn... Macam laaa ko tak pernah wat macam tu... ahaksssss... :P

"Abang.. tak nak pun suap ibu camtu tawwww...." saja aku provoke hubby sambil gelak-gelak.
Hubby pun melayan, cepat-cepat sua sudu jagung kat mulut aku.
"Abang bukan tammo suap.. tengok abang siap belikan you satu tawww...."

Lawak?? Memang lawak masa tu.. tapi kan itu lah kenyataannya. Bila direnung-renungkan.. masihkah kita seromantik dulu? Tak segan-silu menunjukkan keromantikan kita terhadap pasangan tidak kira masa dan di mana jua. Atau mungkin romantik kita dan pasangan hanya terserlah bila kita berduaan sahaja. Sebab malu youuuu nak show-off depan orang. Tapi bila difikir-fikir.. kenapa malu yer? Kan suami/isteri sendiri? Cuba tengok pasangan yang berchenta-tak-hengat tu... selambaaaaaaaaaaaaaaa ajer....
Atau.. mana sempat nak romantik-romantik nih.. anak dah berderet youuuu!!!! Segan kat anak-anak... Baru nak romantik-romantik, anak dah potong line... apa kesss???
Dan beribu-ribu alasan lagi.

Ermmm.. kalo aku dan hubby pun malu-malu miawwww jugak nak beromantik di khalayak ramai.. yer.. mak akui itu... Hubby pun memang bukan jenis yang romantik-jiwang. Mungkin lepas nih kena selalu beromantik-romantik nih. Bukan untuk show-off tapi untuk refresh hubungan kami..

Jadi kalian bagaimana??? Romantikkah kalian dan pasangan??? :D



Monday, July 27, 2009

Kursus Membina Blog... :P

Esok aku diarahkan untuk menyertai satu kursus yang diberi nama...
Kursus Membina BLOG
Tak ada sesiapa pun kat skolah yang tahu kewujudan blog aku nih. Aku dah cakap, aku tammo p... suruh laaa orang lain... Saya tak pandai... :P

Tapi nampaknya pentadbiran tak nampak orang lain lagik, jadik mak redha jek laaaa p kursus tu.. ahahhaaaa...

Ok jugak laaaa kannnn... mendalami lagi pembinaan blog nih... Tapi harap-harap bior laaa ada mende baru yang boleh mak blajo, kalo tak kang... keje mak asik bukak blog orang, update blog sendirik, ym'ing, window-online-sopping... Tak pun kang mak je yang bagi kursus... kahkahkahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......... :D

Bila Cikgu Merajuk...

Naik hangin okehhhh.. Budak-budak tahun 6 yang mak ajar nih memang selalu menaikkan darah cikgu-cikgu dengan perangai yang mencabar kesabaran cikgu.

Hadoiiii... hari nih, haku nak bincang kertas pra-sains 3. Dah pesan suruh masing-masing bawak kertas, pun ada yang terlupa nak bawak. Okehh... sabo lagik. Tapi bila aku dah mula membincangkan soalan, masih ada yang tak fokus, sibuk bertonyeh sana-sini... memang mak hangin...

"Okey... kamu tak mahu bincang? Baik.. kita tak payah bincang. Kamu dah rasa pandai kan? Tak perlu cikgu nak bincang dengan kamu. Jadi tak payah lah saya ada dalam kelas nih. Kamu teruskanlah buat apa yang kamu nak buat.."

Sungguh emo okehhhh.... Terus aku blahhh setelah memang langsung tak boleh blah dengan perangai berlagak diva masing-masing dalam kelas tu.

Sebenarnya, aku bukan nak merajuk sangat pun. Tidak!!! Tapi aku sengaja nak gertak budak-budak kelas tu. Semua cikgu tak boleh tahan dengan perangai diorang. Jadi aku saja gertak macam tu, supaya diorang terasa bersalah mengecikkan hati cikgu. Hambik ko.... memang senyap-sunyi kelas tu bila aku keluar kelas.

Dan adalah wakil-wakil dari kelas derang yang datang memujuk-rayu aku. Tapi... saja mak buat bodo.. Sampai ke sudah mak tak masuk kelas. Dan sampai ke sudah budak-budak itu duk dendiam je dalam kelas.. lebih senyap dari masa cikgu ada dalam kelas!!!!

Saturday, July 25, 2009

Upgrading The Tools...

Akhirnya yang ku tunggu-tunggu telah tiba. Oleh kerana hari ini aku tak bersekolah, maka aku sendiri yang p collect parcel ini kat Poslaju. Ni kerana tak sabo punye pasallah nih... :P


Apa isi kandungan parcel yang sangat ku tunggu-tunggu itu???
*
*


*


*



*




*




*




Tadaaaaa.... Inilah diaaaaa.....


Ya... aku telah membeli satu lagi pam untuk diriku. Setelah menimbang-nimbang, akhirnya aku mengambil keputusan untuk membelinya.

Sangat cepat dapat okehhhh. Aku beli di www.mybreastpumpshop.blogspot.com.
milik Ajasu. Sangat puas hati berurusan dengannya. Aku buat full payment pada 22 Julai, dan hari ini 25 Julai sudah pun dapat. Lagi pula harganya lebih murah dari pasaran. Harga pam, RM1699, dengan kos pos RM1710 (ada diskaun untuk pos).

Lagi best sebab Aja dengan baik hatinya telah memberikan 4 biji botol BPA-free Bumble Bee sebagai hadiah.. ahahhahaaa... thanks Aja.... :)
Aku suggestkan sapa yang nak beli pam medela nih, berurusanlah dengan Aja.
Servisnya berpanjangan. Ada warranty untuk pam selama setahun. Dan jika ada lain-lain masalah boleh berhubung saja dengan Aja.
(pssttt mio... ni adalah salah satu contoh bisneswoman Melayu online yang boleh dipercayai okehhh... ahaksss.... )





Maka aku selepas ini perlulah study manual-manual yang dibekalkan ini... Isnin nih bolehlah mengepam guna pam baru.... YEAYYYYY!!!!!!!!!!!!!!


Oh yaaa... Aku ada masalah dengan pam AMEDA aku kah??? Emmm... tidak sebenarnya... Pam AMEDA aku tidak bermasalah. In fact pam ini banyak berjasa dengan aku selama tempoh penyusuan Ainin yang dah pun berlangsung selama setahun ini.


Habis apsal aku sanggup berhabis duit beli pam yang mahal tu??? Apsal yer?? Oklah, aku beli sebab tertarik dengan kecanggihan pam itu sebenarnya. Dan ianya macam upgrading the tools .. boleh?? ehehheeee.. :P

Apakah pula yang nak aku buat dengan AMEDA aku tu??? Entah yer... ramai yang menasihatkan aku supaya menjualnya sahaja. Aku sayang pam nih. Tapi nak buat pe banyak-banyak pam kan. Kalo aku nak jual.. ada yang berminat ke??? Tinggalkan komen lah ye kalian...

Ok.. sekian sahaja kisah yang mengujakan aku ini hari... :)

Selamat berhujung minggu.............



Memperkenalkan....

Semalam aku melawat Ely dan baby barunya yang masih belum diberi nama. Kedua-duanya dalam keadaan yang sihat.. Alhamdulillah... :D

Ada mak ely dari Kluang yang begitu baik hati telah menghidangkan makan tengahari yang begitu yummyyyy sekali... terima kasih makcik... :)

Baby Ely tido ajer.. sangat comel okehhh.. aku geram btol.. rasa nak gomol jek... hahahhahaaa...

Maka dengan ini aku memperknalkan.. anak teruna baru mama Ealyie, adik kepada abang Iris yang hensem... inilah dia...... adik Faiz.. Faiz ke nyah??? Tak kompem lagik, mandai jek aku.. :P




Comel kannn??? Innocent jer....


Malam semalam Ely dan anak-anak telah berangkat ke Kluang. Ely kata maybe dalam dua minggu dia akan duk kat sana.. Apapun, selamat berpantang dan cepat-cepat berblogging sihat ye nyahhhh

Friday, July 24, 2009

Test Drive..

Aku sedang menge'test-drive' ini.......



....PISA milik Cik Puan Ealyie yang baru sahaja melahirkan baby. Sudah 4 hari ku cuba menggunakannya. Dan makin serasi dengan aku. Ecehhhh... nak kena pulangkan nih, kang kalo serasi sangat.. susah pulak.

Pendapat aku... PISA ini memang MALATOPPPP... memang best sangatlah. Yelah.. harganya pun malatop kan nyahhhhh. Memang ada beza dengan pam yang aku biasa gunakan.

Dan hari ini, inilah dia hasil keserasian aku dan PISA... Hasil EBM untuk sebelah B, 8 oz dalam masa 10 minit... WOWWWW!!!!!! Aku tak buat double-pump ini hari sebab mak lupa bawak extra bottle. Ngepam pun dapat sekejap ajer.. sebab ada kelas tadi...



Hmmmmm... ini PISA ekkk.. kalo pakai FS cemana pulok gayanya??? *mode berangan* :P

Wednesday, July 22, 2009

Bergaya...

Yang mana satu lebih bergaya???

1) Memiliki ini....
Wowwwwwwwww....
2) Atau ini...
Wowwwwwwwoooowwwww...


3) Atau pun ini.....
Wowwww jugakkkkkk....


4) Atau mungkin yang ini....
Lebih woowwwwww lagikkkk....

Apakah kaitan antara memiliki handbag-handbag itu dengan pam-pam itu???
Mungkin soalan saya lebih baik begini...
"Yang mana satu lebih menawan qalbu????"

Untuk pencinta BF seperti saya, pastinya 3 dan 4 menjadi idaman. Tetapi kalo dapat yang 1 dan 2 pun wallllaaaaaaaaaaaaaa juga... sungguh tamak-haloba di situ.. :P

Jadi, anda bagaimana??? Yang mana satu lebih menawan qalbu???

Sesungguhnya saya membuat entri ini dengan nafsu yang bergelora... uhuhuhuuuuukkkksss...


Teruna Pujaan..

Aku mendapat khabar, teman semeroyanan aku telah selamat melahirkan seorang anak teruna bagi menambah koleksi terunanya yang sudah sedia ada... ahaksssss.....

Alhamdulillah semuanya selamat... Jadi aku akan kehilangan seorang teman meroyan sehingga 60 hari.. Owhhh... sungguh lah lama tempoh berpantangmu itu nyahhhh...

Jadi, balik ni aku akan segera memperkemaskan sesuatu yang telah aku janjikan pada ko nyahhhh... Khusus untuk teruna pujaan terbarumu ittew.... :P

Tahniah ely... semoga ko cepat-cepat shat yer bebbbbbb.... :)

Tuesday, July 21, 2009

Mak-Mak Zaman Dolu???...

Semalam kisahnya, aku bawak Ainin ke klinik untuk injection MMR nya. Berat Ainin selepas lahir naik mendadak. Dan aku perasan selepas 7 bulan, beratnya tak lah naik banyak sangat. Semalam timbang 9kg sahaja. Dr komplen berat Ainin tak naik banyak. Dia tanya Ainin makan apa? Aku beritau lah apa yang aku bagi makan. Ainin memang kuat makan. Then dia tanya aku pulak, susu macam mana? minum susu apa? Aku gitau Ainin masih breastfeeding.
Tau apa kata Dr tu???
"Haa... ni lah masalahnya kalo breastfeeding, kadang-kadang tak mencukupi. Saya rasa awak kena tambah susu lain. Cuba awak bagi peadiasure, nanti saya bagi sample ok..."
Huhhh.. apakah??? Aku kompius. Aku tak rasa perlu pun. Aku cakap ngan Dr tu, skang Ainin memang lasak, makan dia tak ada masalah. Menyusu pun sama, kuat jugak. Cuma mungkin sebab dia dah makin banyak aktiviti, jadik berat dia tak naik banyak. Dia pun sihat je, tak de sakit-sakit.. Jadi should be ok kot...
Terangguk-angguk kpale Dr tu.
"Emmm... ye jugak kan.. tengok nih badan dia pun ketul-ketul lagi. Tapi, awak cuba laaa bagi jugak pediasure..."
Aduyaiiii Dr nih, nak jugak suh aku bagi susu tambahan kat anak aku. Terkilan btol aku sebab susahnya nak carik Dr yang fully-support BF.

Sekali Dr tu, buka baju dan seluar Ainin untuk tengok keadaan kulit anak aku. Sekali dia nampak aku pakaikan Ainin CD. Dia pelik. Dia tanya aku, pakai apa ni?
Aku cakap lah ni cloth diaper, aku memang tak pakaikan dispo diaper. Dr tu tanya, aku tak kerja ke? Aku kata kerja... mengajar.
"Abih macammana brastfeed anak?"
Hishhh Dr nih, aku rasa tiap kali aku jumpa dia, dia tanya benda yang sama. Tapi tak pe laaa... mana dia nak ingat kan, patient dia kan ramai. Lagi skali aku terangkan aku mengepam laaa bagai.
"Habis tu, ni pakaikan lampin semua... boleh pulak awak uruskan??? "
"Errr... ok je Dr, mula-mula memang laa macam susah..tapi lama-lama ok je..."
"Awak nih... macam mak-mak zaman dulu lah... menyusukan anak, pakai lampin. Orang sekarang semua nak senang, awak pulak sanggup back to nature," sengih-sengih kambing Dr tu bercakap ngan aku.
"Selagi terdaya Dr..." aku balas sengih-sengih kambing jugak.
"Orang yang tak bekerja pun, belum tentu sanggup buat macam ni tau. Kebanyakannya pakai dispo diaper je.. pastu bagi susu botol, senang. Tapi baguslah kannn.. ibu sanggup buat apa saja untuk anak kan... Anak nanti sanggup ke tak buat apa saja untuk kita??," kata Dr tu kat aku.
"Terpulang pada masing-masing Dr. Ibu memang sanggup buat apa saja untuk anak. Macam mak-mak kita gak dulu. Bila kita dah jadi ibu baru kita tau..."

Jadi mommies yang sedaya-upaya mencuba memberi susu ibu kat anak dan ditambah pula dengan mem'fully-CD' kan anak, kita nih dah macam mak-mak zaman dulu.. mengikut pandangan Dr itu, dan mungkin pandangan orang lain yang tak macam kita juga.. :P

Orang akan nampak apa yang kita buat nih macam tak praktikal, tak sesuai dengan status kita sebagai ibu-bekerja-yang-sibuk, tapi kita melakukannya dengan kerelaan hati demi untuk anak dan kita merasakannya juga sebagai tanggungjawab sebagai seorang IBU, MAMA, UMMI, EMAK atau MOMMY. Setuju kannn??? .... :)


Saturday, July 18, 2009

Kronologi Seorang Ainin Sofiya 2...

...Sambungan dari KronologiSeorangAininSofiya...

18-07-2008... Jumaat

Hari ini, setahun yang lalu...

12 a.m : ... Dr Thokha akhirnya muncul. Dia terus bersedia menyambut kelahiran babyku. Aku yang bertarung dengan kesakitan yang tidak mampu untuk kugambarkan dengan kata-kata. Mr Hubby setia menemani di sisi, tanpa sesaat pun berganjak dari aku. Bukaan jalan sudah 8cm. Dr mengarahkan aku untuk bersedia melahirkan. Proses kelahiran pun bermula. Push..Push dan Push... Namun entah kenapa, entah kenapa aku seakan hilang keupayaan untuk melahirkan. Puas ku teran, namun baby masih di ambang pintu rahim cuma. Dan aku merasakan aku letih. Midwife di sisi sudah mula membantu aku, mengurut perutku dari atas, dan mengarahkan aku untuk terus meneran. Owhhhh... melahirkan kali ini ku rasakan tenagaku tidak segagah sewaktu melahirkan Aina yang songsang. Aku sudah tuakah??? huahuahuaaaa....

Mr Hubby di sisi terus memberi sokongan moral. Dr memeriksa kedudukan baby. Menurutnya, kepala baby senget, jadi menyukarkan untuknya melepasi pintu rahim.

1 a.m : Dr akhirnya mengarahkan midwife menyediakan vacuum apabila melihat aku semakin lemah kerana dikhuatiri baby akan lemas. Vacuum dihidupkan. Dengan bantuan vacuum, aku meneran sekuat tenagaku....Teran dan terus meneran...

1.45 a.m : Akhirnya, setelah sejam lebih aku bertarung dengan maut... lahirlah bayiku. Segala kesakitan yang maha hebat, hilang secara tiba-tiba... Subhanallah... Dr Thokha menyambut kelahiran bayiku dengan lafaz azan. Anakku yang masih merah bersalut darah diletakkan di atas dadaku. Sungguh maha indah perasaan itu, biarpun bukan kali yang pertama. Menitis lagi airmataku mengucup dahi bayi yang mulus dan suci itu. Syukur kepada Ilahi kerana mengurniakan anakku dengan segala kesempurnaan dan kesihatan. Kesakitan yang kurasai bagaikan terbang hilang dari ingatan. Maha suci Allah...
Bayiku diserahkan kepada midwife untuk dibersihkan sebelum diazankan oleh Mr Hubby.
Bayi perempuanku yang lahir dengan berat 3.19kg, diberi nama Ainin Sofiya yang bermaksud mata air yang jernih dan tenang. Semoga anakku akan dikurniakan keindahan seindah nama yang kami pilihkan untuknya... insyaAllah...

Inilah Ainin Sofiya sewaktu baru dilahirkan...

Kepalanya agak panjang kerana kesan vacuum...

Wajah Ainin Sofiya setelah dibersihkan...



Ainin Sofiya kini...


Ainin Sofiya dan ibu...


18-07-2009 , Sabtu...

Hari ini...

Perjalanan hidup seorang Ainin Sofiya berlalu dengan begitu cepat sekali. Diam tak diam, hari ini Ainin Sofiya ku sudah berusia genap setahun.. Alhamdulillah...

Selamat hari lahir sayang... Semoga Ainin Sofiya membesar dengan sihat. Semoga Ainin Sofiya menjadi anak yang solehah, bijak, taat pada Allah dan mendengar kata ibu dan abah. Semoga segala kebaikan mengiringi perjalananmu anakku... Doa ibu dan abah sentiasa untukmu...

Milestone Ainin Sofiya...
- Ainin Sofiya masih lagi menikmati susu ibu, Alhamdulillah. Dengan genapnya usianya setahun, bermakna setahun jualah perjalanan breastfeeding kami. Hari ini dapatlah ibu 1st degree..yeayyyy... dan dengan besar hatinya ibu akan menyambung perjalanan ini hingga ke peringkat Master dan PHD kelak... insyaAllah.. Semoga perjalanan kita dipermudahkanNya.. aminnnnn...
- Ainin Sofiya masih belum boleh berjalan lagi.. heheee... tak pe..tak pe...kakak dulu pun setahun dua bulan baru berjalan. Tak apa adik.. take your own sweet time.. no pressure... :P
Yang dia terer, merangkak laju-laju dan berdiri memapah
- Ainin Sofiya dah boleh mengeluarkan beberapa patah perkataan macam... abah... ibooo (ibu)... nak... nanak (taknak)...tatak (kakak) dan pelbagai lagi perkataan latin...kwang kwang kwangggg....
- Ainin Sofiya dah pandai beri respon.. suruh kiss dia kiss, kalo tak mau dia geleng kepala... Bila nak nenen, singkap tudung ibu atau tepuk-tepuk dada ibu :P ahahhahaaaa.. bijak anak ibu nihhhh... :)
- Kalo dengar bunyik handphone, dia akan jerit-jerit panggil abah, bahhh, bahhhh... nak gitau abah dia tepon bunyik tu... :P
- Ainin Sofiya sangat suka makan. Suaplah apapun, nganga je mulut comel dia tu. Owhhh.. giginya baru ada dua batang kat bawah, dan baru nak tumbuh lagik dua kat atas.. hahahaa.. lambat gak tumbuh gigi. Kakak dulu, 8 bulan dah ada 6 batang gigi. Takpelah dikkk.. lambat sket adik geget ibu nanti kannn... :P
Makanan asasi Ainin Sofiya pastilah disediakan oleh ibu. Nasi lembik dan lauk-lauknya (ikan/daging/ayam campur kentang dan sayur-sayuran) ibu buat sebagai puree. Sangat laju dia makan.
Itu sajalah yang ku teringat... hehehheeee
Okeh... esok, Mak Longnya nak belanja makan, celebrate birthday Ainin Sofiya dan anak Mak Long, abang Afiq a.k.a Apit yang ke-12 tahun. Apit lahir 17 Julai, jadi celebrate sekali ler.
Mak Long request kek Secret Recipe. Jadi, kami beli kek Chocolate Indulgance yang sungguh besar... Nih.. makan sampai muntah yer Mak Long...


Nanti bila Acu balik, kita sambut dengan tok mak, tok ayah, angah dan acik pulak yerrr...
- The End -

Friday, July 17, 2009

Ahaaaa....

Hari ni aku masak paling simple.. pukul 6.30 baru masuk dapo, tak sampai sejam dah siap sume. Masak apa??? Tema.. selera kampung, eceh... pakai tema bagai.. ko hingat nak buat katering ker??

Ada ini...
Jantung pisang celur bersama
sambal belacan buah kemang yang ditumbuk sendirik... :P



Ikan cencaru bakar...



Dan yang paling membuatkan kecur liurku...


Ikan pekasam goreng... wallaaaaaaa....


Sekarang aku menunggu Mr Hubby balik untuk makan bersama. Dan untuk kesekian kalinya, aku akan makan lewat lagik.. errr... tapi.... tadi petang aku tak makan nasik lagi tawww.. Yang pasti, perutku menggigil menahan lapo... aduyaiiiiiii..........

Kronologi Seorang Ainin Sofiya...

17-07-2008... Khamis

Hari ini, Setahun yang lalu...

2pm : Hari ni, kandungan aku cukup 38 minggu. Hari ni jugak aku kena p weekly check-up kat Hospita P*enawar. Masuk je bulan Julai ni, aku memang rasa tak larat btol nak bawak perut. Baby memang dah rasa kat bawah sangat. Kawan-kawan yang seperjuangan dah bersalin minggu lepas, walhal due lagik lambat dari aku... ohhh... sangat psycho okeh membawa perut besar kat skolah nih tanpa rakan-rakan seperjuangan. Hampehnya semua orang nampak aku asik cakap ayat yang sama, "eh, tak branak lagik???" Cettttt.....
Hubby tak dapat nak teman check-up arinih. Pagi-pagi aku sempat cakap kat hubby,
"standby tau, kalo Dr suh branak, orang branak jer..." Beg baju memng dah stand-by dalam bonet.
Masuk je bilik gynae, Dr cakap, "ehhh.. u blom bersalin lagik???" cetttt..apakahhhh??? Mentang-mentang laaa dia outstation 2 minggu, dia bajet aku dah branak laaaa tu.. Tidakkkk...aku memang tunggu ko balik Dr, memang teringin beno branak ngan ko... :P
"Jom saya check, jalan dah bukak tak..."
Aku pun, baring lah menyerah perut macam biasa. Dr check scan baby dulu. Owhhh... baby memang dah engaged.. patut laaa aku rasa macam nak terkuor jer...
Dr check bukaan faraj.. ayoyooooo... sakit nyahhh...
"Jalan dah bukak 2cm nih. U bersalin lah hari ni ok?? Kalo u nak bersalin, masuk wad lah.. I pecahkan mentoban. Kalo duk umah... memang lambat lagi,"
"Hahhhh??? dah kena bersalin ke Dr??" Alamakkkk... apsal aku menggigil macam tak pernah branak nih..
"Bersalin je laaaa... jalan pun dah bukak. Call husband u ok, I prepare u masuk wad,"
"Dr... ni bersalin normal kan??"soal aku. mampos nak bayo kalo kena operation
"Yer... normal laaaa... Saya pun tak suka operation, unless terpaksa,"
"Dr... errr...takut laaaa..." bodo je aku ngaku takut depan dr...ngeee...
"Nak takut apa, anak nombor dua kan ni??" Dr Thokha sengih-sengih kambeng kat aku.. :P

Aku pun call Hubby, "abang, cepat datang.. orang nak branak nih," kataku sambil gelak-gelak.
"Serius ke nih??" hubbyku kompius..
"Yer... dr kata jalan dah bukak.. branak je laaaa...cepat datang,"
"Sakit tak??"
"Tak lagi... cepat tawwww,"
"Ok...ok abang datang skang.." daddy second time to be panik-panik sket.

Aku baru teringat lom makan lagik nih. Aku gtau nurse aku nak p makan dululah, baru admit.

4pm : aku masih kat Mc D, melantak isi perut dulu. Siap makan sundae coklat okehhh... :P
Tiba-tiba nurse call tanya jadik masuk wad tak... hahahaaaa.... Cepat-cepat aku ajak hubby blah.
Sempat singgah umah mak tengok Aina dulu. Kiss Aina... mana laaa tau tak dapat nak kiss Aina lagi... huhuhuuuu....gtau Aina, ibu nak p spital amik baby tauuu...

6pm : Admitted to ward. Terus masuk labour room. Dr check, standby malam nih induce untuk cepatkan bukaan jalan. Makanan sampai, Dr kata makanlah dulu. Lepas makan, nurse masukkan ubat berak. Terus menggelupur ke toilet.
Huhhhh... lama-lama dalam labour room nih, mak kecut perut gakkkk...

9pm : Start induced. Aduyaiiiii... masa nih dah start sakit. Huhuhuhuuuuu... SAKIT!!! SAKITTT!!! SAKITTTTT!!!! Sakit setengah jam sekali. Mak ayah aku boleh melawat lagik aku time tu. Cuak mak aku tengok aku menahan sakit. Adik aku pun datang melawat.. wahhhh ramai tul teman aku dalam labour room. Hubby balik mandi-manda kejap sementara ramai yang temankan aku.

10pm - 11pm : Aku masih lagi menahan sakit, sakit dah datang 15 minit sekali pada jam 11pm tu. Dr tak masuk lagi sebab ada patient kat klinik dia lagi. Moral of the story, lain kali pilih hari yang dr takde klinik...
Jalan dah bukak 7cm. Nurse slowkan volume induce. Aku dah takleh nak pikir apa, hanya menahan kesakitan hinggalahhhhh.....

...To be continued....


Thursday, July 16, 2009

Resepi Kebab Daging Blackpepper Sukahati

Di atas permintaan peminat Umi Sufira, maka kutempekkan jua resepi kebab daging blackpepper yang aku bikin untuk dinner malam tadi.

Bahan-bahan :

Roti pita (boleh dibeli di Tesco, Giant atau yang sewaktu dengannya)
Mayonis
Sedikit minyak masak untuk menumis
Daging cincang RAMLY
1/2 batang carrot dihiris nipis
Bawang besar sebiji - dihiris nipis
Bawang putih 2 ulas - dicincang
Lada hitam yang dikisar - ikut suka tahap kepedasan
3 sudu makan sos tiram
Sedikit air - untuk melembutkan daging
Garam secukup rasa
Gula pasir sesudu

Cara-cara:

- Panaskan minyak
- Tumis bawang putih yang dicincang.
- Setelah naik bau, masukkan bawang besar, tumis hingga agak-agak layu
- Masukkan daging cincang, gaul bersama bawang dan biar hingga air daging kering
- Masukkan lada hitam, sos tiram, garam dan gula
- Masukkan juga air sedikit, untuk melembutkan daging cincang
- Setelah daging agak-agak dah lembut, masukkan carrot
- Bila daging dah masak, carrot dah lembut, tutup api

- Potong dua roti pita yang berbentuk bulat itu.
- Sapukan mayonis ke dalam roti pita
- Masukkan daging black pepper ke dalam roti pita
- Panaskan guna microwave atau atas non-stick pan
- Sedia untuk dibaham... :P


Mudah ajer kan resepi dia... Lagi best sebab boleh letak daging banyak-banyak dalam roti... yummmyyyyyyyyyyyyyyyy......... :D

Wednesday, July 15, 2009

Yang Tertunggak...

...bukanlah bil telefon, bil air mahupun apa jua bil yang ada.
Tetapi ini....

*



*




*



*


*


Kebab daging bersama thousand islands.. :P
Patutnya campur mayonis, tetapi rupanya mayonis udah kehabisan...
Makan malam kami malam ini. Sepatutnya menu ini dibuat semalam,
tetapi lamb chop lebih menggoda tekak.

Owhhhh... bukan itu sahaja.. salad semalam masih ada lagi,
juga ku goreng wedges sebagai peneman kebab dan salad.

Esok akan masak nasik pulak. Ada ikan pekasam dalam fridge yang sudah
melambai-lambai aku. Tekak aku yang sedang makan kebab,
terasa kelemak-masinan ikan pekasam ittew.

E'ehhh.. nape tekak aku nih larung sungguh semenjak dua menjak nih ekkkk....:P

Sekali lagi kawan-kawan.. sila jamu mata.. jemput..jemput...