Saturday, August 29, 2009

Resepi Sup Ikan *Untuk Cik Iszan*...

Resepi Sup Ikan nih special requested by Cik Iszan.

Adapun, dulu-dulu ku buat sup ikan ni pakai sup bunjut ajer, tapi Mr Hubby tak minat rasa guna sup bunjut tu, jadi dia request ku pakai rempah tumis biasa ajer...

Bahan-bahan..

Ikan - ikan merah, ikan parang atau apa-apa ikan yang bersesuaian
Rempah tumis - kayu manis, bunga lawang dan kawan-kawannya
Lada putih/sulah dikisar - guna sesudu kecil
1 biji Bawang besar dan 3 biji bawang putih - ditumbuk/blend
Sedikit halia - dititik
Bawang merah dan bawang putih - dihiris untuk buat bawang goreng
Sebiji tomato - belah 4
Air - ikut banyak mana nak buat kuah
Garam secukup masin
Daun sadri dan daun bawang untuk hiasan

Cara-caranya:

- Panaskan minyak, goreng bawang-bawang yang dihiris tadi, setelah garing angkat dan ketepikan. Minyak menggoreng tadi, kalo banyak sangat, keluarkan sikit.. agak-agak untuk menumis - jangan banyak sangat minyak.. sup berminyak tak syiokkk...
- Tumis kayu manis, bunga lawang & kawan-kawannya hingga naik bau.
- Tumis bawang-bawang yang dah ditumbuk/blend tadi, halia titik bersama serbuk lada putih, hingga naik bau juga.
- Masukkan air untuk buat kuah.
- Bila air dah mendidih, masukkan ikan.
- Masukkan garam setelah ikan masak.
- Bila semua dah settle, baru masukkan tomato.
- Biarkan seketika, tutup api.
- Ketika menghidang, taburkan bawang goreng dan daun sadri tadi.
* sup ikan memang nak kena ada bawang goreng dan daun sadri, baru naik rasa dia.



- Sekian -

9 comments:

MS said...

walaupun hang tuju untuk cik Iszan

ku spt biasa laa C&P

IntanSham said...

hehheeee..sila..sila.... :)

Nanak said...

kami kalau mkn, mesti ada sup..tp buat masa ni i tak lalu la mkn ikan..tatau napa..

IntanSham said...

nanak..biasa tu,baru preg kan? mmg laa gitu..

i.s.z.a.n said...

ohh mekasih nyahhh. udah ku bookmark entry ni. nanti aku cuba ;)

IntanSham said...

sama2 kasih...:)

Mommy Harith Hannah said...

Intan, pengakuan ikhlas nie. Daku juga mengamalkan resepi mu ini utk buat sup ikan. Tapi, bukan sbb baca entri ini, tapi, entri sebelum nie, yg ader citer pasal bubur utk Ainin ker aper tue. Sejak tue, mmg masak sup ikan dah tak guna sup bunjut.

Dan, honestly, mmg sedap lah resepi mu ini. Thanks bebeh!!! ;)

Mommy Harith Hannah said...

Lupa lak... pastu, setiap kali masak sup ikan, sure teringat kat cikgu Intan. Hehehe. :D

IntanSham said...

arnie..huhuhu..mak terharu nih..ahaksss...:)