Tuesday, August 4, 2009

Ujian H1N1...

Oleh kerana suhu demam Aina yang tidak berkurangan dari pagi sampai petang walopun dah dimasukkan ubat lalu assh*ole pagi semalam kat klinik dan dah diberi ubat demam lanjutan dari ubat montots itu, juga di atas nasihat rakan semeroyanan yang sedang berpantang , maka aku sangat susah hati dan meroger Mr Hubby untuk bawa Aina ke hospital kerajaan a.k.a Hospital Sultan Ismail (HSI).

Maka selepas Maghrib, bergegaslah kami tiga beranak ke sana. Sementara adik telah dipos ke rumah Tok Mak. Sesampai kat sana, Aina diambil bacaan suhunya.. 39.3 okehhh... Setelah disoal-siasat oleh pegawai bertugas, aku diberi borang untuk mendaftar. Bila aku melangkah masuk ke ruangan kecemasan itu, mak ooooooooiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.............. lautan manusia memenuhi ruangan. Dah macam kat Jom Heboh dahhhh aku tengok punye laaaa ramai orang, yang rata-ratanya memang demam. Pukul berapa mau siap ini macam. Separuh hati dah rasa macam nak balik je nih. Tapi mengenangkan Aina yang dah seminggu lebih demam, kutahankan jugak.

Daftar... dan menunggu lebih kurang 2 jam, baru dipanggil masuk ke Bilik 1 untuk diambil darah. Aduyaiiiiiiii... kesian anak aku... meraung ler dia sambil membebel
"Dah.. dah... dahhhh... adoiiiii... Dah laaaaaaaaa...........," kat misi tu, sampai misi tu pun gelak dengo dia bebel... :P Lepas tu memang sesi memujuk pun berlangsung laaaa. Dengan jarum masuk air kat tangan kecil Aina, duk laaa menunggu keputusan ujian darah pulak.

Memang sakit beb tongkeng (eja?) mak duk memangku Aina dari mula sampai. Tersengguk-sengguk aku menahan penat dan ngantuks. At one time memang sampai dah tertido okehhhh... Aina lagi kesian lah, dengan badan yang panas, tuala basah memang semata atas kepala dia, duduk berpangku sambil peluk aku. Dengan abah dia tammo okehhhh... hadoiiiii.. sabo jek laaa nak oooiiiiii... dah ler ko tuh tak berapa nak ringan.

Tengok nih.. berpangku ginilah kekdahnya orang demam nih...


Pukul 12 a.m baru kami dipanggil untuk jumpa Doktor. Dari pukul 9 lebih amik darah, 3 jam menunggu keputusan pulak. Masih dikira ok laaa tu.. sebab aku dapat tau, yang datang waktu siang, sampai 6 jam menunggu result.. aduyaiiiiii

Dan keputusannya.. Alhamdulillah.. Aina Negatif H1N1. Cuma demam panas sahaja. Dinasihatkan supaya sentiasa memeriksa suhu badannya dan basahkan kepala dia. Tak apalah menunggu lama pun, sekurang-kurangnya aku tau anakku tak kena virus selsema b.a.b.i itu. Alhamdulillah.... syukur sangat-sangat....

Aku tak pernah lagik kena jaga anak-anak aku demam sampai macam nih sekali. Selalu kalo demam pun, taklah melepek aje. Biasa suhu badan pun cepat je turun, sehari dua dah ok. Memang pengalaman baru lah untuk aku menghadapi anak sakit teruk macam nih. Baru demam okehhhh... Tapi memang merisaukan hati aku. Mr Hubby aku tengok rilek jer.. tak macam aku yang panik tak tentu arah. Hati ibu agaknya memang macam tu. Apapun.. semoga anak-anak aku dan hubby juga cepat-cepat sihat. Dan semoga aku pun sihat ler hendaknya...

18 comments:

Ms Lola said...

Alhamdulillah

~Umi.Sufira~ said...

alhamdulillah takde pape...

MN said...

alhamdulillah...

hajarus said...

Alhamdulillah....

Ella said...

BABE..
dah demam seminggu hang ada bg antibiotik kuat sikit tak?.

Danny kalau amik antibiotk "Zithromax" for 3 days je tu, alhamdulilah cepat sikit baik..

kalau ko belum bg apa2 antibiotik, cuba g faizal tanya antibiotik tu..

Fid said...

anak aku plak demam ni
aku cuti ari ni esok lusa suruh daddy dia cuti

Mommy Harith Hannah said...

Alhamdulillah. Get well soon Aina!

Si Hakim pulak tengah muntah bersiri nie. Risau mak! :(

IntanSham said...

ML, US, MN, Hajar.. thanks bebe.. mmg syukur sgt bukan virus itu...

Ella.. aku x prasan pulak antibiotik apa yg faizal bagi. mmg kalo demam, jumpa dia ajer laa.. nanti aku cek blk nih..

fid.. sama2 lah kita menjaga org sakit... semoga akif cepat sembuh nyahhh...

arnie...
tq. alamak..hakim muntah2 pulak.. monitor btol2 beb.. mcm2 penyakit skang nih.. riso btol

Norita Shaklee said...

Anak akak baru baik demam...demam panas pulak tu. Hari pertama akak dah mandikan diorang dengan air suam kuku walau tengah malam lepas tu urut dengan minyak kelapa muda. Alhamdulillah surut tapi sambil tu monitor sebab takut datang balik. Kami pulak dah biasa jika anak demam kami napkan dengan Basic H Shaklee, alhamdulillah memang cepat kebah. Bukan apa akak memang try avoid diorang dari demam lebih 3 hari otherwise memang doc bagi antibiotik. Tu yang tak nak tuuuu...

Unknown said...

syukur tak apa-apa. hopefully cepatlah aina sihat. take care ya!

~ As ~ said...

syukur tak de ape2...
org lelaki mmg mcm tu kan?? rilek je kita yg sawan...

cysev3n said...

tak sesia la kau bertunggu tangga kat spital nyah.. alhamdulillah..

IntanSham said...

Mmg musim dmm skang kan kak N.. risau btolll

ZZ.. thank you auntie zety --> aina kata..;)

As.. mmg laa kan.. geram kadang2 tengok tawww

CY... btollah.. tak sesia menunggu nyah, walopun nak hangen mak dibuatnya

MS said...

cepat sihat yea aina

sian kat ibu

iena hamdi said...

alamdulillah.. moga cepat sembuh

IntanSham said...

MA.. sian ibu kan MA kannn... ;)

Kak iena.. tq..;)

mamaDhea said...

Beb,
aku anak beranak pon baru baik drp demam.. mula2 si hadif, then dhea.. last wiken aku plak flat terus..

dhea pon dpt antibiotik zithromax, minum 3hari je.. sekali sehari.. mmg kuat antibiotik tu.. cepat sket laa sembuhnya..

hadif pulak dpt antibiotik augmentin, minum 2kali sehari selama seminggu.. ok laa, tp baby mmg akan cirit birit sket laa.. as long tak melampau tu paed ckp normal..

anak2 aku demam aritu mmg panas giler, 39+ jugak laa suhu badan diorang ni.. mmg kepala sentiasa bertowel lembab.. dgn tampal cool fever lagik.. tp, aku tak terfikir langsung nak bwk dioranag check H1N1 since paed pon takde mention pasal tu.. cuma kena monitor suhu badan diorang laa..

aku adelah pegi HSA utk check H1N1 tu.. tp alhamdulillah, takde pape.. demam biasa jek.. dpt surat mc lagi ko.. tak penah2nyer aku dpt mc drp spital.. ekekeke..

IntanSham said...

Huhuhuuu... ko anak branak pun sakit rupanya.. patut ler senyapppp jek.. skang da baik x? aina nih masih panas gak bdn dia. tapi tak tinggi sgt. maybe aku nk kena mintak antibiotik tulah.. tengok dah brp hari x kebah2 tu...