Saturday, May 1, 2010

Selamat Ulang Tahun ke 55 Mak!!!

Hari ini Hari Buruh. Setiap tahun pun sama. Tapi setiap tahun jugak kami sekeluarga lebih mengenang tarikh 1 Mei ini sebagai hari ulangtahun untuk insan yang paling kami sayang iaitu MAK.

Hari ni ulangtahun mak saya yang ke-55. Tapi mak saya tak de di sisi saya sekarang. Mak, ayah dan adik kedua saya balik kampung kejap kat Muo. Jadi pagi ni tak dapat cium pipi mak macam selalu sambil wish Happy Birthday.

Mak saya adalah seorang yang teramat istimewa dalam hidup saya. Mak yang melahirkan saya ke dunia ini, mak yang menjaga dan membesarkan saya, mak yang memberi didikan kepada saya dan mak yang mengajar saya erti hidup juga tak henti-henti memberi nasihat kepada saya meskipun kini saya sudah dewasa dan bergelar ibu. Di mata mak, saya tetap anaknya yang masih kecil dan sentiasa perlukan teguran.

Mak adalah insan paling tabah bagi saya. Mak tabah dalam menghadapi dugaan hidup dan juga dugaan dari Allah. Dalam usia mak ini, Allah menduga mak dengan mengambil nikmat pendengaran mak. Ye... mak saya sudah tidak boleh mendengar lagi!!! Bukan baru sebenarnya, dah hampir lima tahun. Tapi sebelum ini, sebelah telinga mak masih ok, tapi perlu menggunakan alat pendengaran bagi mengimbangi telinga sebelah lagi yang dah langsung tak dengar. Bermula dari fungus yang tumbuh dalam telinga menyebabkan gegendang telinga mak berlubang. Sebelah telinga telah dibedah dan ditampal menyebabkan tak boleh dengar langsung. Tapi sejak mak balik dari menunaikan fardhu Haji tahun lepas, telinga mak yang sebelah lagi pulak mula berair. Mungkin sebab masa kat Mekah mak guna alat pendengaran tu 24 jam. Jadi fungus mula menjangkit, mak pulak ada kencing manis. Jadi sebelah telinga mak kini sedang dirawat. Telinga mak mesti berhenti berair, baru boleh pasang alat pendengaran semula. Jadi sekarang nih mak memang tak boleh mendengar. Saya nak cuba rawatan cara lain tapi mak menolak, sebab mak nak concentrate pada satu-satu kaedah rawatan dulu. Lagipun mak ada sakit kencing manis, dia takut nak campur-aduk ubat.

Bila mak tak boleh dengar, nak bercakap dengan mak adalah susah. Saya sedih melihat mak. Dunianya kini sunyi sepi. Saya tahu mak tension. Anak-anak dah susah nak bercakap dengan mak. Saya lebih lagi. Saya biasa berulit dengan emak, bercerita tentang apa saja dengan mak. Tido baring dengan mak sambil cerita itu-ini, tapi kini tak lagi. Susah nak bercakap dengan mak apatah lagi nak meluahkan isi hati pada mak. Mak sunyi, saya juga sunyi, tak ada tempat nak berbual. Sedih sangat....

Ok.. saya tak boleh nak menulis lagi, Selamat Ulangtahun Mak!!!!!!! Intan sayang mak melebihi segala-galanya dalam dunia ini. Terima kasih mak kerana memberi segala kasih-sayang yang tak mungkin Intan dapat dari sesiapapun di dunia ini.....

Ya Allah.. Engkau sembuhkanlah penyakit ibuku, Engkau pulangkanlah semula nikmat yang telah Engkau tarik darinya. Jika tidak, Engkau berikanlah ibuku dan kami ketabahan untuk menghadapi dugaanMu ini... Amin....

Mak, nanti mak balik, kita makan cup-cakes yer... Intan dah order untuk mak...




*gambar ihsan google image*




12 comments:

DNNA said...

Salam Intan,

Sampaikan salam penuh hormat aku kat Hajah Saudah ye :) Heppy besday auntie ...

Semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati Allah sentiasa, amiin amiin ya rabbal 'alamiin ...

Jgn lupa sampaikan jugak salam sayang aku kat bapak angkat aku Haji Ramli ittew ... hehehehe

P/s - Bak sini baldi size m kaler biru satu - cupcakes tu sungguh mengancam jiwa raga aku ni ... kikiki ...

Crazee Choc's said...

anniversary saya sama dgn your mom!

TopsyTurvyMum said...

Selamat hari lahir Puan Hajjah Saudah..muahss!!<-ko kena sampaikan ni jugak hahaha...moga sentiasa dilimpahi rahmat Allah :)

Intan..ko nampak gambo pe kat n3 aku tadi weii...TTD pedajal aku letak gambo nasi sejuk..huwaaaa!!

kasihibu said...

selamat hari lahir buat emak ..
semoga beliau tabah dan sembuh hendaknya..

teringgat ayong kata
ibu ayong sayang kaki ibu, sbb bawah kaki ibu ada syurga...

IntanSham said...

dian.. akan ku sampaikan nanti.. thank u yer... wehhh, tu bukan cup cakes sebenar. cup cakes sebenar, nanti ku tayang besok... ahaksss

Marisa, happy anniversary yer... hehehe

TTM, nnt aku sampaikan yer.. TQ.. wehhh.. muakakkakaaa... no wonder laaa aku konpius apakah kaitan gambo dgn tajuk pulut kuning tu, tp sbb menghormati besday mak jah, ku pendamkan aje.. kahkahkahhhh... ko ckp kat MR TTD aku nak gimme five dgn dia..kahkahkahhhhhhhhhhhhhhhh

SSi.. terima kasih atas doa.. btollah kan, bila kite dah ada anak.. terasa lebih kuatnya perasaan sayang kita pada ibu...

TopsyTurvyMum said...

patut takde yg kata...

sedaappnyerrr!!!...

kahkahkahkah!! profile aku dia tuko gambo teko ayah pin..sabo jer laa..

tgh celebrate b'day mak ko kat kfc ke??

IntanSham said...

muahahaa.. laki ko xde keje ke sabotaj ko? kang ko meroyan x nak masak kang, perut dia gak yg sengsara.. kahkahkahhh

tak pi celebrate lg.. mak ayah aku blk kg kat muo... besok diorang blk cni baru ler aku jamu ngan cup cakes.. hahahaa

TopsyTurvyMum said...

wahh..org muo belah mana? ayah aku asal Bakri...dekat je ngan Tanjung Mas/Emas..tempat wajib pergi kalau balik muo..

IntanSham said...

wahahhaaa... tg emas tu, tpt permainan aku kecik2 dulu.. ahakss.. mak aku kat tanjung gading, dekat2 ngan kesang.. ayah aku org tangkak. tp kitorang semua mmg dah bermastautin kat pasir gudang sejak ayah aku baru kawen lagik. kat muo tinggal sedara mara aje. biasa kitorg blk ramai2 time raya. mak ayah aku je la yg biasa blk selalu tengok kebun dia kat sana... ;)

mak encik | SZ said...

salam kenal sayang ibu!
selamat ulangtahun kepada makcik.."muda" lg makcik ni ye...anak sulong kot SI ni...
psst: sy pun org muo :)

knv said...

oh amat menyentuh hati. :(

your mom is blessed with you, sis.

semoga allah permudahkan dunia dan akhiratnya.

amin.

IntanSham said...

sz.. yer saya anak sulung, u muo katner?

KNV.. thank u kak...