Tuesday, April 13, 2010

Domperidone Dan Saya...

Masih ingat keluh-kesah dalam entri saya yang INI?

Akhirnya setelah sesak melayan kemeruduman susu yang makin lama makin menjerut jiwa, saya mengambil keputusan untuk mencuba Domperidone. My very the last resort. Setelah menimbang-tara keputusan saya itu, akhirnya saya telah berjumpa dangan doktor dan mendapatkan nasihatnya berkenaan pengambilan Domperidone itu. Alhamdulillah, selain dari beberapa rujukan saya berkenaan dengan Domperidone itu, nasihat kawan-kawan dan juga dengan penerangan dari doktor yang lebih pakar, maka saya rasa bulat hati untuk mencubanya. Mengikut kata doktor yang saya temui itu, Domperidone boleh meningkatkan hormon prolaktin dalam badan. Bila hormon prolaktin meningkat, dipercayai susu badan juga akan bertambah.

Doktor berkenaan telah membekalkan saya dengan 20 biji pil Domperidone. Dan sahabat maya saya CikPuanDNNA yang terbaekkk telah dengan baik hatinya memberikan saya bekalan 30 biji lagi untuk dicuba. Thank you Dian!!! Jasamu ku kenang.. :)

Cara pengambilannya?

Doktor mencadangkan supaya saya mengambil 2-3 biji sehari. Oleh kerana makan 2 biji, dua kali sehari adalah tidak menampakkan kesan yang mabeles, maka saya increasekan dosnya ke 3 biji sehari.

Kesannya???

Okey, this is the best part. saya mula makan minggu lepas, ketika saya masih dalam period, dan hasilnya adalah memberangsangkan!!! Kalo sebelumnya saya letih melayan hasil pumping yang hanya 1-2 oz sekali pam, saya dapat increase sehingga ke 4 oz!!! Dan bila period saya berakhir, sehari dua ini saya boleh dapat 5-6 oz untuk sekali pam (double pumping). Alhamdulillahhhh!!! Bersyukur sangat-sangat. Dapat menghasilkan 5-6 oz dalam saat-saat kemarau seperti saya ini adalah sangat happening hokehhh!!! Memandangkan Ainin pun minum sekadar 4-5 oz ketika saya tiada, jadi saya masih boleh mengumpul stok beku setiap hari. Heaven!!! :D

Ini adalah hasil daripada masuk minggu kedua saya mengambil Domperidone ini. Saya harap, biarlah bertambah atau kalo tak pun maintain begini pun dah syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya, dapatlah saya meneruskan tempoh penyusuan yang tinggal lebih kurang 3 bulan saja lagi nihhh...

Oh.. lupa pulak saya nak mention, saya juga telah mendapat kembali kesan LET DOWN yang telah agak lama tak dirasai. Bila anak menyusu atau bila mengepam, cepat betul rasa let down itu datang. Dan macam biasa, bila ada let down semestinya terasa mencurah-curah lah susu kan. Juga bila lama tak pam, B juga mula terasa engorged.. macam rasa ketika menyusu awal-awal dulu lah... Syiokkk btol lahhh... ahahhaaaa...


Kesan Negatif???

Untuk saya, truly... TIADA. Selama nak masuk dua minggu saya makan pil nih, saya rasa tak ada apa-apa kesan yang pelik-pelik. Owh pada awalnya, memang saya ada rasa letih dan mengantuk, tapi maybe sebab saya lupa nak makan B-Complex. Then bila saya ambil B-Complex bersama-sama rutin vitamin saya yang lain, saya rasa tak ada masalah macam tu lagi. So saya Domperidone nih boleh sehati berdansa lah kiranya.. :P


Sampai Bila???

Sampai bila saya nak bergantung dengan Domperidone ini? Owhhh.. semestinya tidak lama. Saya hanya akan mengambil Domperidone ini sehingga Ainin genap berusia 2 tahun. Saya tidak ingin memanjangkan tempoh pengambilan drug ini. Cukuplah hingga lengkap penyusuan Ainin. Selepas dah complete dua tahun, saya stoplah amik Domperidone nih. Tapi tetap juga nak continue menyusukan Ainin sampailah Ainin dapat adik ke titisan terakhir.. insyaAllah.. :)

Kesimpulannya???

Wahhh, siap nak buat kesimpulan bagai.. hahahaa. Okey, kesimpulannya bagi ibu-ibu yang menghadapi kemeruduman atau kekurangan susu, janganlah terus berdezuppp ambil Domperidone ini. Lebih baik cuba lain-lain dulu macam Alfalfa, Fenugreek, Habbatussawda, Oats, Longan dan macam-macam lagi makanan yang dipercayai mampu meningkatkan pengeluaran susu. Kenapa?? Yelah kan, Domperidone is drug.. jadi lebih baik jangan jadik Drug-Addict.. hahahahaaaa... Macam saya, saya dah cuba kesemua yang saya sebutkan di atas tu dan memang berkesan. Tapi bila dah tiba ujung-ujung nyawa macam saya nih, semua tu dah takde efek lagi untuk saya. Sebab tu saya cuba jugak Domperidone sebab malas nak layan stress bila tengok susu sikit sangat, lagi pulak makin stress makin laaa kurang susu kannn... Domperidone is my last resort. Untuk menyambung nyawa usia BF Journey saya.

Okey, itu sahaja berkenaan Domperidone untuk saya kongsikan. Semoga boleh menjadi rujukan untuk kalian dan juga diri sendiri di masa akan datang...


Sekian, terima kasih...
Majulah susu ibu untuk kesejahteraan anak-anak tercinta... :)


10 comments:

mirah said...

boleh try gak ni.. biarpun khadijah dah genap 2 thn semalam.. hihi.. bestnya kalau dapat letdown semula kan..

DNNA said...

Teruskan usahamu mek !!!

Sikit lagi tu Insya Allah ...
Manalah tau, kot la ada rejeki Ainin nanti utk meneruskan penyusuan ibu beyond 2 tahun, amiin :)

Aku pun nak kena tambahkan frequency pumping weh. Merudum dah ni, aiyopa aiyoma ..

NOR HASMAH said...

Kak Intan bersungguh-bersungguh usahan utk beri ainin yg terbaik..sy harap akak berjaya capai 2thn..xlama lg pun kan lg 3bln...gud luck kak intan.. ;)

Anonymous said...

i pun prefer domperidone drpd maxolon. eventho dia ubat lebih kurang sama, side effect domperidone is much lesser dr maxolon. kalo maxolon tu, i ngantuk & resah. domperidone, takde apa2.

tp kena ingat gak, the meds akan passthru breastmilk gak. so kena perhatikan anak tu ada effect tak? kalo anak ok, ok la..kalo anak tak ok, better dont use. kang naya aje tgk anak kita lalok.

IntanSham said...

wahhh..mirah sudah grad ye... tahniah!!! saya x sabo nak grad jugak nih. Btol, mmg kalo ada rezeki nk jugak sambung lps cukup 2 thn nnt

Dian..tengkiu..tengkiu... aku lega btol bila ada kesan utk aku, sbb aku dah hampir give-up masa susu merudum teruk aritu. ko pun caiiyyyoooo nyahhh

Thanks Asmah... semoga awak pun berjaya jugak teruskan BF journey...;)

mamamiya... ha'ah lupa nak jot down kesan pada anak. tengok setakat nih tak ada apa2 bad effect, so saya rasa ok lah tu... maxalon byk yg kata ada efek, so mmg takut nak try

knv said...

dah lama kutinggalkan zaman2 susuan nih hahahha!

keep up the good work though. ini antara benda2 yang nak kena buat jugak2.

:D

IntanSham said...

apakah kak non akan kembali ke zaman itu?? ahahhahaaa.... ;)

ena said...

sikit bulan je lagi beb!! nanti leh grad, kalung emas.. ehehe

IntanSham said...

tak sabo nak grad nih babe...

Unknown said...

Salam. Nak tnye once stop pil domperidone ni susu akan maintain byk atau drop mcm asalnya?