Monday, December 7, 2009

Hati Seorang Ibu..

`Hati seorang ibu adalah sangat rapuh. Rapuh, fragile - seumpama 'nice to see nice to hold, once broken considered sold' atau kalau boleh ditafsirkan 'kalau pecah, lu pikirlah tanggunglah sendirik!!!'

Ohhh... sebenarnya saya bukanlah mau mengadu-domba tentang ibu saya. Semestinya tiada kisah berjauh hati antara ibu dan saya sekarang ini, ibu saya kan sedang beribadah nun jauh di mata. Namun saya masih bersetuju bahawa hati ibu saya juga adalah fragile.

Kenapa ye??? Kadangkala sebagai anak, kita telah berusaha melakukan yang terbaik supaya tidak mengguris hati seorang ibu. Apapun jua keputusan yang ingin dibuat, jika melibatkan ibu, biasanya dilakukan seumpama 'menarik rambut dari tepung, rambut tak putus dan tepung tak berserak'. Sulit, penuh berhati-hati. Namun kadangkala dalam kehidupan sehari-hari tanpa sedar kita mengguris hati seorang ibu. Oh ohhhh... payah benarkah menjadi seorang anak yang baik??? Dan sukarkah menjadi seorang ibu yang memahami??? Apatah lagi, apabila kita... telah berkahwin. Menjadi seorang isteri atau seorang suami. Pastinya keadaan lebih sulit lagi. Dalam sesetengah situasi, bagaimana ingin menjaga hati pasangan di samping tidak mengguris hati si ibu??? Susah kannnn?? Keinginan sendiri adakala terpaksa diletakkan jauh dari keutamaan dek kerana memikirkan keinginan orang lain, ibu dan mungkin pasangan sendiri.

Ibu... ibu... engkaulah ratu hatiku... Ibu memang ratu hati. Kalau kita ada suami, pastinya suami kita tak boleh menjadi 'ratu' hati, melainkan menjadi 'raja' di hati... Tapi kalau suami??? Ibu ratu hati... isteri??? Jadi ratu kah jua?? Bolehkah ada dua ratu dalam satu kerajaan hati??? Macammana pula kalau suami yang ada dua, tiga, empat isteri... dah berapa banyak pulak 'ratu' hati... oh ohhhh... lagilah pening jadik suami. Tapi bukan nak cerita soal suami di sini. Soal ibu.. :D

Kadang-kadang kita susah nak faham mengapa agaknya seorang ibu begitu sensitif, begitu rapuh hatinya. Mengapa bila si anak sudah berpasangan, kadangkala ibu lebih cenderung berjauh hati dengan si anak. Apakah kerana apabila anak telah berpasangan, si ibu merasakan kasih-sayang si anak sudah berkurangan untuknya? Tidakkah ibu sedar bahawa kasih-sayang anak tak pernah berkurang untuk ibunya, seumpama air sungai yang mengalir. Oh oh... tolak tepilah anak-anak yang memang nyata mengabaikan ibu dan melebihkan pasangan kannnn... Berpasangan adalah fitrah kehidupan bila anak meningkat dewasa. Kalau anak tidak berpasangan bila tiba masanya pun ibu akan risau tak menentu kann...

Baru-baru ini saya mendengar keluhan hati seorang ibu. Ibu siapa biarlah rahsia, yang mungkin tahu simpanlah sahaja... (bunyi macam pantun dua kerat pulak)... :)

Seorang ibu yang meluahkan rasa hati apabila si anak yang telah berkeluarga mengambil keputusan ingin berpindah, dari tinggal dengannya kini ingin hidup sendiri atas sebab karier si isteri. Setelah sekian lama, dari baru kahwin hingga beranak satu tinggal bersama si ibu yang keseorangan. Kini akhirnya si anak mengambil kata putus ingin hidup sendiri. Keputusan sudah dibuat, tak perlu dibincangkan kerana si anak pun tahu jika dibincangkan pastinya si ibu tidak bersetuju. Mendengar keluhan si ibu, hati saya menjadi sayu. Memang sedih mengenangkan luahan hati si ibu yang bakal kesunyian. Membayangkan kalaulah kita suatu masa nanti, sudah tinggal seorang, pastinya merasa sunyi. Kasihan memang kasihan. Tetapi memikirkan pula dari pihak si anak (dan menantu), saya pun tak pernah terfikir mahu tinggal bersama mertua. Realiti kehidupan. Sukar untuk membayangkan diri hidup bersama mertua, kalau tinggal bersama ibu sendiri pun sesudah kahwin, saya rasa ermmmm... perlu berfikir berkali-kali, apatah lagi ibu mertua. Bak kata orang 'jauh bau wangi, dekat bau tahi'. Saya memahami rontaan hati seorang isteri yang harus tinggal bersama mertua. Apatah lagi jika mertua adalah bukan tipikal mertua moden. Ya mungkin tidak semua.. mungkin ada yang senang sebumbung dengan mertua, tidak saya nafikan. Apabila saya mendengar luahan hati si ibu, apalah daya saya. Saya hanya mampu mendengar, dan memujuk hati si ibu. Tidak mungkin saya menabur minyak ke atas bara. Tak pasal bara akan menjadi api yang marak pulak nantinya. Bermula dari si anak meluahkan keinginan hati untuk berpindah, si ibu sudah mula menjadi makin sensitif. Berjauh hati. Tidak lagi mahu berbual mesra dengan si menantu seperti dahulu. Lebih banyak menyendiri dan berdiam diri. Kini, saya perhatikan apapun tindakan si anak dan isteri mengundang sendu di hati si ibu. Oh ohhhh... saya harap keadaan itu tidak berlanjutan. Semoga si ibu redha dengan keinginan si anak. Anak-menantu zaman sekarang bukan macam zaman dahulu. Anak menantu zaman sekarang ada keinginan sendiri yang tak mungkin boleh dibendung dan dihalang-halang.

Itulah... hati seorang ibu, serapuh kristal. Saya mengharapkan suatu masa nanti bila masa itu tiba, semoga Allah memberikan saya hati yang waja. Semoga saya redha selalu terhadap anak-anak dan menantu. Semoga saya menjadi mertua yang moden dan memahami. Masa saya jadi mertua agaknya mesti saya dah jadi Pegawai di Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah atau paling tidak pun mesti dah jadik Guru Besar Cemerlang yang dah nak pencen masa tu kan.... *mode berangan*...hahahhahaaa..

Err.. kalau saya dah pencen pun masa tu, mesti saya tengah senang hati makan duit pencen dan bersenang-lenang dengan duit KWSP suami saya yang banyak itu (abang... duit KWSP you, you serah kat ai... duit pencen ai kita buat makan sama-sama okehhhh???? Baik bijak kan ai....?). Jadi masa tu mesti saya kurang masa memikirkan tentang anak-menantu. Saya juga rasa masa tu, saya mesti dah pi Haji, buat Umrah pun dah banyak kali. Ermmm... saya rasa saya nak ajak suami saya round the world lah, melancong sana-sini. Masa tu anak-anak kan dah ada hidup sendiri, ibu dan abah bolehlah honeymoon semula. *mode berangan lagi*...

Tapi yang pasti... saya berdoa agar masa tua saya tidak dihabiskan sendirian. Biarlah saya dan suami menutup mata bersama-sama. Saya tidak mahu dia pergi dahulu sebelum saya dan saya pun tak mau pergi dahulu sebelumnya sebab dia nanti jadi duda pencen yang kaya-raya, nanti dia kawen lagi... u susah-senang dengan ai masa muda-muda, u asik tinggalkan ai dengan anak-anak je sebab kerja, pastu bila dah pencen, u dah banyak duit, ai mati u kawen lain...ai tak rela youuuuu!!! Biarlah kami sehidup semati. Biarlah juga saya menjadi mak mertua yang tidak fragile... Aminnnnn.................. :)


** Saya sayang mak dan mak mertua saya. Saya sayang mak saya sebab dia telah melahir kan dan membesarkan saya dengan kesempurnaan. Saya sayang mak mertua saya sebab dia telah melahirkan dan mendidik anaknya dengan begitu sempurna hingga kini anaknya itu telah menjadi suami yang terhebat dan terbaik untuk saya... Terima kasih untuk kedua-dua mak saya... :)


** Eh eh, hari ni kan entri saya ni banyak btol peribahasa, tiba-tiba saya terasa macam satu tangan sedang memegang mikrofon dan satu tangan bergerak ke atas, ke bawah... :P



4 comments:

m-i-o said...

ai baca entry ni, ai terasa perasaan ai dipermainkan taw! sekejap mode sedih. sekejap mode lawak. ahhh...ai jadi rojak buah la gamaknya :P

menurut pendapatan sy,
ya betul hati ibu mmg fragile, termasuklah ibu kucing. ada mak kucing tu kan - mula2 dia makan semangkuk dgn anak dia. pastu anak dia over plak smpi mak dia tpaksa ketepi, tgk je anak kucing melahap. pastu, mak dia hangin la kan - mak dia lak take over nk conquer makanan tu.

kahkahkah! eh, relevan ke? ni kisah benar taw :P

IntanSham said...

owhhh... ai tidak bermaksud mempermainkan perasaan you darling.. muahahhahaaa... adapun, perasaan ai pun agak 'rojak' lately nih. kadangkala happy, kadangkala emo.. maafkanlah keterlanjuran tangan ai yang menaip ikut sukahati itu.. :P
eh, kesian laa mak kucing tu.. hampeh btol anak dia... tapi nnt pesan kat tuan punya kucing tu lain kali bg laa dua mangkuk, satu utk anak, satu utk mak.. kalo berebut gak ko hempuk je kucing2 tu.. kahkahkahhh

MS said...

ai pun dah jadi rojak perasan ops perasaan

kejap termenung n fikir panjang tapi part akihr terus ai gelak berdekah dekah

IntanSham said...

ahahahhhhaaa... rojak kan sedappp nyahhhh.. ;)