Friday, December 11, 2009

Bila Nak Habis???

Entah bilalah saya nak habis baca semua buku nih. Sebenarnya buku yang paling bawah tu ada sikiiiiiiiiitttttttttttt lagi nak habis, tapi mood saya tak mari nak abihkan baca buku tu. Sebab tiba-tiba saya sudah membeli buku yang ke-4 (sila kira no 1 dari bawah). Tapi belum sempat pun saya memulakan pembacaan buku yang ke-4 itu, saya telah membeli buku yang ke-5 dan terus teruja untuk membacanya.

Adapun buku ke-2 dan ke-3 adalah hasil pembelian saya ketika berulang-alik ke kedai buku untuk mencari buku ke-4 (I am the biggest fan of Ramlee Awang Murshid) yang waktu itu belum sampai ke pasaran Johor. Jauh okeh mak jumpa buku ke-4 nih, sampai kat MPH City Square JB yang sekian lama sudah tidak ku jejaki itu.


Saya dengar khabar Puan Norhayati Berahim pun akan keluar dengan novel terbaru dalam bulan ini. Tajuknya Ranting Cinta Plato. Sudah pasti, saya akan menyibuk-nyibuk untuk beli jugak.

Tapi tulah dia... Masalahnya bila lah nak habis membaca kesemua novel ini??? Sekarang nih, saya gagahkan diri untuk tidak menyinggah kedai buku bila berjalan-jalan. Kalau saya singgah, nescaya saya akan membeli jugak novel. Sekarang anak dara saya si Aina pun sudah menjangkit penyakit saya. Kalau masuk kedai buku dengan dia, memang confirm dia nak beli buku jugak. Kalau dulu dia tak kisah buku apapun yang saya belikan. Sekarang dia ada tema buku yang dia mahu, buku "Princess". Bukan buku sahaja, apapun sekarang temanya adalah 'Princess'. Nanti saya akan buat entri Aina bersama koleksi Princess yang dia ada.

Menyebut tentang novel ke-5 yang saya beli iaitu novel ini...



Saya memang bukanlah peminat tegar novel Bahasa Inggeris. Novel Bahasa Inggeris saya boleh dikira dengan jari. Saya hanya akan beli, kalo betul-betul tertawan dengan ceritanya. Dan novel My Sister's Keeper by Jodi Picoult ini, telah menawan hati saya setelah menonton DVD nya. Inilah cerita yang membuat saya menangis. Orang kata, kalau baca novel lebih sedap berbanding menonton ceritanya. Saya setuju itu, sebab macam cerita Ayat-Ayat Cinta dan P.S I Love You yang telah saya tonton, ceritanya kurang menyengat berbanding membaca novelnya.

Tetapi kisah My Sister's Keeper yang telah saya tontoni, bagi saya sangat best... Jadi saya rasa novelnya pastilah super-duper best lagik (suppose to be lah??). Saya baru sangat mula membaca kisah ini. Siapa yang pernah membacanya??? Macammana??? Best ke tak????

Saya harap dapat habis baca cerita ini secepat mungkin, then saya nak continue novel no 1 yang tak habis-habis tu, then boleh laaa baca buku abang R.A.M pulak... Dan seterusnya buku no 2 dan 3 pulak. Hmmmm... banyak betul aktiviti saya untuk menghabiskan masa cuti saya yang masih panjang lagi nih......... :P
Saya harap sebelum cuti saya berakhir, saya dapat khatamkan kesemua novel-novel ini... :)


11 comments:

CY4.0 said...

kebetulan plak mak ada scheduled entry pasal buku2 ptg karang. Ngee.

IntanSham said...

akan ku tungguuuuu... ;)

Ms Lola said...

my sister's keeper tu, mmg best citer dia. tp awal2 buku tu lahaiiiiiiiiii lo,mah den nak ngingatkannya. slow gila.

but based on your review on the film, mcm ada lain sket lah dgn citer dlm buku (saya pun dah ingat2 lupa).

saya baca buku pun boleh menangis.

IntanSham said...

ML... novel & film mmg ada lain sket kannn... tulah, agak slow gak starting nih, tu yg baca x sampai spuloh page da tertido.. hahahahhaaa..

tp mmg tangkap leleh lah ini cerita

Crazee Choc's said...

hmm.... kena baca gak nih!

LiAnA said...

adoii ku sendiri pun berderet novel tak berbaca.. kdg ada peluang mood pulak takder nk baca.. kdg tgh syok baca ada pulak tukang ngacau ;p.. sudahnya jd hiasan kat rak huhu

Fid said...

baca baca bacaaaaa...

IntanSham said...

marisa.. baca jgn x baca.. nak baca yg mana??? :P

btollah liana.. me pun lately nih mood nak baca merudum pulak.. hehehe

fid...macam potong potong potonggg jer bunyiknya tu...hahahaa

iena hamdi said...

hahah doa buat suamiku tu akak br ajer hbs baca mlm tadi.. ada 4 biji gak lagi nak baca ni...

m-i-o said...

ai see, my sister's keeper tu filem adaptasi novel la ekk. wokeh! akan ku carik gak. sebab biasanya filem based on novel memang best. walaupun kepada reader tak sebest novel. tapi bagi ai lagi best dari filem lain. ehh. apakah ai bercakap berbelit ni? :P

IntanSham said...

mio.. xpe..xpe.. mak paham apa yg cuba ko sampaikan.. kekekeee