Thursday, December 31, 2009

Alhamdulillah...


.. syukur, mak dan ayah saya telah selamat tiba tengahari semalam. Gembira betul hati kami adik-beradik bila melihat wajah-wajah kesayangan kami itu. Terharu melihat mereka pulang di dalam keadaan yang selamat dan sihat. Terima kasih ya Allah kerana masih lagi memberian kami peluang bersama-sama. Lain betul tengok wajah mak dan ayah saya. Nampak jernih dan suci. Hikmah bagi mereka yang menunaikan Haji agaknya.

Malam semalam, kami mengadakan kenduri kesyukuran sempena kepulangan mak dan ayah. Saya dan adik kedua saya yang menerajui majlis, dari soal katering, menjemput orang dan sebagainya. Hubby pun tak ada, maka kami memang ketiadaan tenaga lelaki. Nasib baik ada Cik Zura kawan adik saya yang bertungkus-lumus membantu jugak. Penatttttt wehhhhhh... tapi terasa puas sangat hati kerana kenduri berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah. Sekarang tinggal bab nak mengemas semula. Adik saya Cik Lia ambil MC, tapi saya terpaksa ke sekolah. Balik nanti baru sambung mengemas.

Apapun seronok sungguh sebab mak dan ayah saya sudah balik. Bolehlah bergolek-golek dengan mak semula.... hahhahahaaaa... :P



4 comments:

Fid said...

selamat pulang mak cik dan pak cik

intan menangis rindu mak ayah dia tau makcik jenuh nak pujuk...saya tipuuu

IntanSham said...

kahkahkahhhh.... kalo ko dekat sini, aku dah ajak lepak2 isap sisha kat umah mak aku.... => aku tipu jugak... maksud aku lepak2 minum air zam2 sambil makan kacang dan jajans dari mekah.. boleh feeling2 gi mekah jugak... :)

Ella said...

wah dah balikeh..
alhamdulilah dah selamat mak ayah ko menunaikan haji.

MIl aku kata nti2 lah dorg dtg melawat, mak ayah ko penat lg..

IntanSham said...

tulah, aku ingat MIL ko lupe kenduri aritu... nnt bila senang datang laa.. :)