Wednesday, June 2, 2010

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah

Saya sedang menghabiskan membaca buku "365 Tip Sihat Gaya Rasulullah" karya Dr Mohamad Ali Toha. Beliau merupakan seorang doktor yang amat kagum dan berminat mengkaji kaedah perubatan Rasulullah (S.A.W), kerana menurut sejarah, Rasulullah (S.A.W) hanya sakit dua kali sahaja sepanjang hayatnya, salah satunya adalah sakit yang membawa kematiannya.

Kagum kan??? Kalo kita, tak terhitung berapa kali kita sakit... tak kira lah sakit ringan mahupun kronik. Melihat pada gaya hidup sekarang, memang sangat menakutkan jika kita jatuh sakit, terutama yang kronik. Takut yang utama ialah bagaimana kita nak menangani kos perubatan yang nyata melambung-lambung sekarang nih. Mengubati penyakit tanpa kewangan yang kukuh adalah semacam mustahil je sekarang ni kan? Sebab tu lah, kebanyakan kita berlumba-lumba membeli plan insuran untuk kesihatan. Bayangkan kalau mereka yang tidak berkemampuan, terpaksa redha dengan ketentuan sahaja.

Membaca buku ini membuat saya kagum, sebab sesungguhnya Rasulullah (S.A.W) bukan hanya menjaga kesihatan jasmani malahan kesihatan rohani. Jika difikirkan memang saling berkait rapat kesihatan jasmani dan rohani ini, tanpa kita sedari.

Dengan itu, insyaAllah saya akan berkongsi satu tip setiap hari dengan korang semua. Semoga kita semua mendapat manfaat bersama. Dan sekurang-kurangnya, di samping membaca rapikan saya dalam blog nih, dapat jugak korang manfaat sedikit sebanyak kan? Mengapa hanya satu tip sehari??? Sebab dengan itu setiap hari kita akan ada satu tip untuk direnung, dinilai dan diamalkan. Kalo saya bagi banyak-banyak, berapa banyakkah akan terkesan dalam minda kita, betul tak??? Hehehehheeeee......

Ok... sekian dulu mukadimah dari tuan punya blog untuk hari ini...Oh ya, hari ni saya akan menghabiskan sikit lagi pembacaan saya. Esok saya akan berkongsi tip yang pertama.... :)

Renung-renungkan dan selamat beramal... :)



3 comments:

TopsyTurvyMum said...

Thanks Intan..

betul apa ko cakap tu..

aku jugak merapik hari2 tak habis2 hahaha..

aku ni kalau bagi tip takut je ada yg sentapp..

knv said...

bring it on, bebeh! :P

IntanSham said...

TTM... bila aku bg tips, aku pun sentap sendirik nyahhh...hahahhaaa.... sekadar ingat mengingati disamping merapu x sudah2 kannn... :P

kak non...tq, at least ada gak mende berfaedah di antara byk yg 'lagha' dalam blog saya nih.. heheheee