Monday, March 29, 2010

Anakku Tercedera...

Adooiiiiii... kesian anakku. Sebenarnya saya membuat entri nih dengan perasaan yang tak menentu hala.

Hari Jumaat lepas, saya ambil Aina di tadika pukul 2.30 macam biasa. Tapi entah kenapa agak lambat cikgu dia keluarkan budak-budak tu. Biasanya pukul 2.30 semua budak dah keluar. Tapi hari tu, tidak. Saya tunggu aje lah dalam kereta macam selalu. Biasanya nanti cikgunya yang akan hantar Aina ke kereta. Then saya tengok, cikgu bawak Aina seorang aje keluar. Agak pelik lah, sebab selalu semua budak keluar sekali bila dah waktu balik.

Masa cikgu dia masukkan Aina dalam kereta, terkejut giler saya. Anak saya cedera!!! Huhuhuu...


Tengok muka Aina tu. Kesan cakaran jelas pada 3 tempat yang berbeza di mukanya. Satu darinya sangat dalam hokehhhh. Berdarah di semua tempat. Tersentap saya tengok muka anak saya yang comel tu.

Cikgu dia tersekat-sekat suara meminta maaf dari saya.
"Saya minta maaf puan... Aina kena cakar dengan kawan kelas dia. Saya tak sempat nak halang dia. Minta maaf puan..."
"Aina kacau kawan dia ke?" Itu soalan pertama saya. Mana lah tau kalo dia yang mulakan dulu kannnn...
"Takk.. Aina tengah buat kerja, tiba-tiba budak tu datang tempat Aina, nak amik barang Aina dan cakar muka dia. Budak tu memang nakal sikit, Puan,"
"Siapa?" Soal saya lagi.
"Adam Zakwan...." kata cikgu tu. Owhhhh... si Adam Zakwan nih??!!! Selama ni asik dengo Aina mengadu budak tu buat kawan-kawan dia yang lain, tapi hari ni Aina pula yang terkena.
Saya belek muka Aina. Cikgu tu pula tak henti memohon maaf dari saya, mengakui kecuaiannya mengawal budak. Okeh... saya tarik napas, cuba berfikir serasional mungkin. Ya.. saya ada rasa marah juga. Tapi saya fikirkan semula, suasana dalam kelas, kawalan murid yang nakal, okeyyy... saya rasa boleh memahami situasi itu. Menyalahkan guru tersebut mungkin adalah jalan paling mudah, tapi saya juga kena ingat tingkah-laku kanak-kanak adalah di luar kawalan kita. Saya tak mahu menuding jari pada mana-mana pihak. Anak saya tak cedera teruk pun. Tak perlu membesar-besarkan perkara, walaupun kesan calar itu mungkin berbekas di mukanya. Saya rasa cikgu itu bertuah sebab ibu Aina juga seorang guru.

"Lain kali kena perhati btol-btol Adam tu, cikgu... letak dia dekat cikgu selalu. Nasib baik tak apa-apa.. kalo cedera kawan-kawan dia macammana?" tegas saya.

"Yelah puan, salah saya... saya minta maaf,"

Cakaran pada muka Aina tu saya rasa akan berbekas. Saya kena tenyeh Vit E kot kat muka dia tu. Saya mengadu pada hubby semalam. Hubby kata kalo dia yang amik Aina, dia pun tak tau nak react macammana. Silap-silap kena marah cikgu tu.

Persoalannya patut ke saya marah? Betul ke tindakan saya untuk tak marah cikgu tu? Ke saya ni lembut hati beno boleh terima je maaf cikgu tu? Kalo kalian, apa yang kalian buat?



14 comments:

sisdee said...

kalau i pun tak tau nk buat camne...dalam kelas kan ramai kan..emmmmm...

lagipun benda dah jadi dan syukur kan tak teruk sgt..unless klu lebam2 ke cucuk mata ke kan...tp mmg kena le hati2 kat budak ADAM tu..ish nama bes tp perangai...kurang kasih syg gaknya muahahaha suke ati aku jek :p

DNNA said...

Nyah, ko memang baik nyah ... Sgt2 diplomatik .. Betul, memang takleh nak salahkan cikgu 100% ...

Tapi nyah, mak rasa cikgu tu patut bawak kuar si adam zakwan tu jumpa ko sekali. suruh dia mintak maaf kat aina. Biar dia belajar bertanggungjawab atas segala perbuatan dia.

Dan, seharusnya parents si adam zakwan tu diberitahu perihal insiden ini ...

*Ini cakap2 seorang ibu yang datang angin kus2 bila baca citer ko and tgk kecederaan di muka aina - fikiran jadi kurang rasional. Astaghfirullah!!*

IntanSham said...

sisdee.. tu lah, harap2 lps nih cikgu dia lebih kawal laa si adam tu...

Dian, aku rasa cikgu dia ngadu gak kat parents adam tu, psl aina kata guru besar dia siap amik gambo aina. aina kata gak si adam tu pun kena pukul ngan cikgu dia... mmg kalo nk ikutkan hangin nyah tengok muka anak jadik mcm tu. yelah anak kite kemain kite jaga lagik, tp syukur gak laa takde yg serius.. kesian anak aku nyahhhh..

Nieza Ishak said...

esh esh esh ...
kalo gitu haku pun marah nyah ...

cysev3n said...

nak marah pun benda dah jadik.. tp mak sokong la kata2 mu kat cikgu tu.. adam tu suppose dok dekat2 dengan cikgu.. senang nak monitor..

salzahari said...

tindakan Intan betul laa tu...kdg2 kita kena jgk cuba memahami keadaan cikgu tu dan kalau proven mmg budak tu nakal seantaro dunia! hehehe.. kalau marah pun,x guna.emm,lagipun cikgu tu ada rasa dia bertanggungjwb jgk, kira ok laah! kalau dpt cikgu yg kerek, mesti kita pun jadi hangin.

Rine said...

yes..saya agree cikgu tu beruntung sbb ibu aina jugak cikgu yg tentunya lebih memahami..
tapi di sudut hati, saya rasa in a way cikgu tu bersalah jugak sbb dia mmg tahu budak Adam tu nakal so dia kena put extra effort monitor that boy...i guess Aina was not the 1st victim kut....ermm kalau i memang marah ok.... biasalah as ibu i mmg protective sikit :)

Mummy DaSy said...

ish mmg cam akan berbekas tu.. klu me pun rasa mau marah coz cikgu cam x beri perhatian... tp betul gak tu suggest Adam dok dekat ngan cikgu jd leh beri perhatian kat dia ckitkan...

cc said...

kesiannya anak dara akak. angkara adam zakwan rupanya ;p

xpe akak, luka boleh hilang...anakmu ttp cunnnssss :D

IntanSham said...

nieza...marah ye?? me marah juga, tp kontrol..hehehee

CY..tu lah, benda dah jadik kan. hopefully cikgu tu amik iktibar lah hendaknya..

Sal, kalo cikgu kerek, mak pun tuko jadik cikgu kerek jugak lah..;)

Rine... kalolps nih jadik lagi, haruslah ku marah kaw-kaw punye.. sbb cikgu tu x amik iktibar

CC... cun kerrr??? ahahhaaa... tengkiu..tengkiu.. :P

knv said...

wahh kalo kat sini tu harus ada pihak yang kena saman. teruk gak tengok gambar tu.

boleh aje nak buat report polis. bukan nak aniaya sesiapa. cuma nak pihak sekolah dan parents si budak tu tau yang benda camni bukan buleh buat main2. nak2 memang dah lama ada komplen pasal budak tu kan? kalau datang angin dia cucuk mata orang ngan pen ke kang? sungguh haru.

btw, berapa umur budak tu?

IntanSham said...

ahkak... hubby pun bising jugak sebenarnya, tu yg rasa cam btol ke x btol ku x marah aritu.. budak tu umo 3 thn, tp dia dimasukkan dlm kelas 4 thn (kelas aina) sbb x ramai budak umo 3 thn kat situ

knv said...

akak rasa boleh enquire dari cikgu kelas, takpun tanya ur daughter dah berapa kali budak tu buat macam tu. kalau first time maybe boleh dimaafkan. tapi kalau dah kerap harus kena 'ugut' sikit sekolah tu. takut je later ada yang cedera parah :D

IntanSham said...

actually kak, mmg sblm nih bila aina blk skolah ada je aduan psl that boy. tp x pernah lg dia yg kena usik. tapi hari tu.. mmg dia pulak yg jadik mangsa. tulah.. ingat time bayo yuran esok nak bersemuka gak ngan cikgu kelas dia..