Thursday, December 31, 2009

2010...

Esok bermula tahun baru Masihi. Ramai juga yang sudah menulis azam tahun baru. Saya??? Nampaknya masih belum menyenaraikan apakah yang hendak dicapai untuk tahun yang baru. Membaca blog M-I-O, saya terkesima. Beliau menyatakan hanya mahu memasang satu azam sahaja. Bila difikirkan, memang ada benarnya. Saya memasang pelbagai azam 2009, namun macam satu pun tak tercapai. Mungkin lebih baik satu azam sahaja, yang mungkin boleh diperkembangkan dengan lebih baik. Apapun saya sudah punyai kunci kata untuk azam tahun baru. Kunci katanya ialah..........

KUALITI

Semoga saya dapat mengembangkan kunci kata tersebut kepada Diri, Keluarga dan Kerjaya.

Esok, bermulanya tahun baru, maka bermulalah usaha saya untuk mencapai kata kunci saya yang satu ini. Bersama-samalah kita mencapai azam, dan semoga tahun 2010 memberikan kehidupan yang lebih bermakna untuk kita semua. Yang pasti, yang sudah berlalu usah dikenang... :D

Selamat tahun baru 2010 kalian... :)



Alhamdulillah...


.. syukur, mak dan ayah saya telah selamat tiba tengahari semalam. Gembira betul hati kami adik-beradik bila melihat wajah-wajah kesayangan kami itu. Terharu melihat mereka pulang di dalam keadaan yang selamat dan sihat. Terima kasih ya Allah kerana masih lagi memberian kami peluang bersama-sama. Lain betul tengok wajah mak dan ayah saya. Nampak jernih dan suci. Hikmah bagi mereka yang menunaikan Haji agaknya.

Malam semalam, kami mengadakan kenduri kesyukuran sempena kepulangan mak dan ayah. Saya dan adik kedua saya yang menerajui majlis, dari soal katering, menjemput orang dan sebagainya. Hubby pun tak ada, maka kami memang ketiadaan tenaga lelaki. Nasib baik ada Cik Zura kawan adik saya yang bertungkus-lumus membantu jugak. Penatttttt wehhhhhh... tapi terasa puas sangat hati kerana kenduri berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah. Sekarang tinggal bab nak mengemas semula. Adik saya Cik Lia ambil MC, tapi saya terpaksa ke sekolah. Balik nanti baru sambung mengemas.

Apapun seronok sungguh sebab mak dan ayah saya sudah balik. Bolehlah bergolek-golek dengan mak semula.... hahhahahaaaa... :P



Tuesday, December 29, 2009

Lamunan Terhenti... :P

Saya rasa nak gelak terguling-guling hari ni. Apa pasal???? Kerana baru sekejap tadi saya telah ditegur oleh seorang bapak budak yang pernah menyenggol jiwa remaja saya suatu ketika dulu. Yelah.. zaman sekolah gediks-gediks remaja hingus meleleh dahulu...
Bapak budak itu hari nih, membuat pengesahan pendaftaran anaknya ke Tahun 1 di sekolah saya. Secara kebetulan saya tengah berborak dengan kawan saya di depan pejabat sekolah ketika itu. Saya dah nampak dia, tetapi sengaja buat-buat poyo tak perasan... hahahahhahaaaa... Tapi, tiba-tiba dia menegur saya,
"Cikgu, beli buku kat bawah ye?" Sengaja buat-buat tanya saya, walhal saya dengar cik kerani tadi dah bagitau kat dia. Saya buat muka selamba terpaksa menjawab, "Ye... beli buku kat kedai buku di bawah ye Encik,"

Maka sahlah dia akan menyekolahkan anaknya di sekolah saya. Sekitar bulan Julai dulu, saya ada perasan dia datang ke sekolah untuk mendaftar anaknya. Masa tu saya tau dia dah nampak saya, sebab dia tunggu saya dekat depan kantin sekolah. Tapi masa tu, saya tengah mengamuk dengan anak-anak murid saya yang ponteng kelas tambahan, dekat dataran perhimpunan.. so saya langsung tak amik port dia duk tengok saya membebel macam mak lampir masa tu... :P

Hari ini dia menegur saya, secara berhemah sebab kat belakang dia ada isteri dia dan anak-anak seramai 3 orang.. Lagipun saya kan cikgu.. bukan awek kawan sekolah dia lagik.. hahhahahaaa... Nampaknya dia dah berubah betul.. dah langsung tak kiut macam masa sekolah dulu.. Saya pun dah tak sekiut dulu kan.. cuma makin matang dan gojes jer... wakakakkakaaaa... :D

Hmmm... Sabtu ini ada majlis perjumpaan ibu-bapa Tahun 1 dengan guru-guru dan saya akan jadi pengacara majlis. Saya ada sedikit perasaan segan laaa pulak... huhuhuuuuu... :P
Inilah akibatnya kalau bekerja di kampung halaman sendiri. Balik-balik jumpa boipren-boipren kawan-kawan lama.

Apapun saya tak akan menyanyikan lagu Lamunan Terhenti.. kahkahkahhhhh.... Cumanya saya terasa lawak kerana bila melihat dia, saya teringat zaman-hingus-meleleh saya......... Zaman main baling-baling surat dekat tingkap kelas... atau selit surat dalam buku teks. Juga teringat encik posmen yang jadi tukang hantar pesanan. Apa khabar agaknya encik posmen itu sekarang? Wehhh.. lawak sungguh beb bila mengingat zaman sekolah @ zaman remaja baru nak naik dulu. Kalian ada pernah terserempak dengan pakwe zaman sekolah dulu??? Tapi pesanan untuk Cik Fid, soalan ini adalah tidak relevan untuk anda, sebab saya tahu pakwe zaman sekolah anda duduk serumah dengan anda sekarang...Hehehheee... :P


Monday, December 28, 2009

Back To School

Hari ini saya mula bekerja semula. Sekolah buka minggu hadapan, tetapi cikgu-cikgi di sekolah saya haruslah bertugas semula pada minggu ini. Best.. saya sukak.. sebab sudah boring duduk umah makan-tido-perabih duit sahaja. Bila mula bekerja balik, masa akan berlalu lebih cepat pastinya... hehehhehee

Ok.. selamat kembali ke sekolah kepada cikgu-cikgi sekalian... :D

Wednesday, December 23, 2009

Lega Dan Rindu...

Alhamdulillah, saya telah selamat pergi dan balik ke/dari kampung hubby. Perjalanan jauh tetap juga terasa horror, sebab masuk highway PLUS, Ainin dah mula cakap.. "Nak T***K" dan diikuti dengan menangis... Saya tak nampak sebarang kawasan R&R ketika itu, maka berenti tepi jalan, ambil dia dan nenenkan sampai tertido, then letak balik dalam baby-sit baru teruskan perjalanan balik. Namun saya tetap merempit di highway.. harap-harap tak ada speed-trap, kalo tidak wahai suamiku sayang.. silalah bayar kerana isterimu ini nak pergi melawat ibumu... maka hargailah pengorbanan dia menempuh perjalanan yang jauh ini... :P
Saya rasa kepulangan saya adalah berbaloi kerana saya dapat lihat wajah happy mak mertua saya bila melihat saya tiba-tiba tercongok depan dia. Yer, kepulangan saya adalah SURPRISE!!! Saya tidak memberitahu kerana hati risau takut tak berjaya menggigihkan diri menempuh perjalanan bersama anak-anak. Mak mertua saya adalah excited, dan saya tahu dia menghargai kegigihan saya pulang bersama anak-anak. Tiga hari bersama mak mertua adalah seronok, terasa macam kami berkongsi kesunyian yang sama.. wahhhh... ayat memang tak bley blahhh.. Semalam saya berat hati nak balik, tapi terpaksa juga.. mengenangkan janji pada adik saya. Saya telah berusaha memujuk mak mertua saya supaya ikut saya balik, tapi.. alasan tipikal orang tua adalah susah nak tinggalkan rumah, risaukan ayam, dan macam-macam lagi. Lagipun mak mertua saya kata dia baru beberapa hari balik ke rumah, takkan nak tinggalkan lagi. Maka pulanglah saya bersama anak-anak sahaja semalam. Perjalanan balik masih juga horror, keluar dari highway, dekat Kempas.. Ainin sudah mula menangis, tapi saya malas nak berenti. Maka kami bertemankan 'nyanyian' Ainin sehingga sampai rumah. Saya balik ke Seri Alam sebab dah rindu pada blog dan email hubby.. ahahhahaaa

Okeh.. sekarang saya mahu masuk ke mood jiwang.. sila berhenti membaca jika tak kuasa nak layan mood jiwang saya.. Jika mahu baca juga, sila jangan muntah... :P

Sudah sebulan kiranya suami saya ke Qatar. Maknanya ada lagi dua bulan untuk dilalui. Sejak berjauhan, tidak ada satu saat pun yang berlalu tanpa saya merinduinya. Walaupun saya kelihatan riang gembira menghabiskan masa cuti saya dengan anak-anak biarpun tiada suami di sisi, it's tough babe!!! Mula-mula saya bertekad tak mau cerita pasal kesengsaraan jiwa saya di blog ini, but I can't help it!!! Saya mau terjahkan ke mana lagi perasaan saya ini??? Tadi suami saya telefon, ini kali kedua dia dapat menelefon saya. Ya.. adalah susah untuk bertelefon di sana. Maka saya sangat melonjak happy dapat bercakap dengan dia walaupun berebut dengan Aina.. hahahaa... Kami sering berhubung melalui email sahaja. Tapi saya suka dapat email dari dia, sebab macam dapat surat cinta dari si dia. Dan sesekali, kalau bernasib baik, dapat berchatting dekat FB... :D

Okeh.. enuff merapu... conclusionnya di sini adalah, saya rindu sama si dia.. full stop... :)


Program Bersama Anak-anak Lagi...

Hari Ahad yang lalu, saya telah membawa Aina dan Ainin swimming di Daiman Sports Club. Tiap kali bila lihat saya bercuti, Aina mesti ajak mandi kolam. Jadi memandangkan cuti sekolah pun dah nak berakhir, maka saya pun bawak jugak lah Aina swimming.

Mula-mula merancang nak ke Star Hill, tapi anak-anak bangun agak lambat, malas pulak nak pergi jauh-jauh. Lagipun lepas swimming, nak teman adik p Cavenzi carik set sofa untuk rumah baru dia.

Aina memang seronok sangat lah bila dapat main air kat kolam tu. Pulak tu macam tak ramai sangat orang yang main kat kolam budak-budak. Tapi si Ainin, tiba-tiba dah jadik penakut air. Penat je belikan dia swimming suit, tapi dia langsung tak nak masuk air. Bukan kata tak nak masuk air je, p dekat-dekat kolam pun taknak.. huhhhuhuuuu... Agaknya sebab air sejuk sangat kot. Kalo kat rumah biasa mandi shower air suam. Sudahnya si kakak ajelah yang berendam sorang.

Best jugak lah kat sini. Murah pun murah.. sorang budak besar Aina dan Ainin cuma RM 5 aje. Nanti nak gitau kat hubby lah. Boleh jugak ke sini kalo bosan-bosan. Tak jauh sangat dengan rumah.

Aina seronok berendam.
Kolam kosong sebab baru lepas ujan, ramai yang dah naik...


Okeh.. itu lah saja program terkini bersama anak-anak. Minggu depan dah start ke sekolah, tak dapat lah nak berjalan-jalan lagi. Minggu depan jugak mak-ayah ku balik... yahooooooo... ;)


Tuesday, December 22, 2009

Bila Tidak Dipanggil Ibu...

Bahang persekolahan sesi 2010 kian terasa. Bukan hanya untuk murid-murid malahan untuk cikgu-cikgi juga. Nampaknya bahang persekolahan kali ini juga telah menjangkiti anak perempuan sulung saya, Aina Suraya. Bukan sahaja sebab dia asik tanya saya bila nak sekolah, atau sebab asik bukak tutup beg sekolah dia yang sudah complete dengan segala bagai stationary itu... tetapi anak saya sekarang sudah semakin suka menjawab soalan saya dengan jawapan ini....

"Baik, CIKGU,"
"Terima kasih, CIKGU,"
"Faham, CIKGU,"

Dia senang hati memanggil saya dengan panggilan CIKGU.. hokehhhhhh.... aduyaiiii... Bila saya tanya "kenapa panggil ibu, cikgu???"
Aina kata, "ibu kan cikgu Intan???...." kahkahkahhhhh....... :P
"Yelahhhhh... ibu memang cikgu Intan, tapi Aina jangan panggil cikgu kat rumah, kat rumah panggil lah ibu.. ni kan ibu Aina.. kalau kat sekolah, boleh laa panggil Cikgu..."
"Ok cikgu, eh ibu... kat rumah panggil ibu, kat sekolah panggil cikgu.."

Tapi sekejap saja... Nanti bila mood sekolah dia datang balik, cikgu lagi dipanggilnya saya...
Aina..Aina... Jangan sampai ibu bertukar betul- betul jadik Cikgu Intan kat rumah, menyesal Aina nanti tawww....ketawa syaitonnn


Monday, December 21, 2009

Back For Good...

Ahahhh.. tajuk tak bleh blahhhh.... :P

Sebenarnya saya nak beritau, saya nak balik ke kampung hubby sekejap lagi. Nak melawat mak mertua saya yang tinggal seorang sekarang. Semalam dia baru call saya, beritahu dia dah balik dari Perak. Hampir dua minggu dia kat sana. Saya rasa tak sedap hati pulak kalo tak pergi melawat dia. Mentang-mentang suami saya tak ada, takkan saya langsung tak nak menjenguk dia kannnn???

Jadi sebentar nanti, saya akan pergi lunch dengan anak-anak kat Mc Donalds lagi lepas tu terus balik ke Pontian. Saya berdoa Ainin tak mengamuk duduk dalam car seat lama-lama. Belum pernah lagi drive jauh-jauh bersendirian dengan anak-anak sahaja. Hopefully they will be good.

Saya tak akan lama di kampung.. maybe sampai lusa sahaja. Sebab adik bongsu saya nak balik ke Pasir Gudang sempena cuti Krismas. Ada few things nak uruskan dengan dia, so kena balik jugaklah. Nanti saya nak pujuk-pujuk mak mertua saya supaya ikut saya balik. Sebenarnya... walaupun rasa keras kejung duduk dengan mak mertua, saya tetap tak sampai hati nak biar dia duduk sorang-sorang kat kampung tu. Dia dah laa selalu pitam-pitam sebab darah tingginya... Dia pulak tak pernah lagi tinggal sorang-sorang, so macam kesiannn sangat... Babe.. loneliness will kill you... Agree??? Lagi pulak orang tua, kan suka pikir macam-macam. Harap-harap mak mertua saya nak ikut saya balik lah. Saya memang bukan menantu yang baikkk sangatttt.. tetapi saya tetap tak mau jadik menantu yang hantu... get what i mean??? *wink*

Ok kalian, walopun I'm not around, saya telah membuat scheduled entri untuk tatapan kalian di masa kebosanan.. hehehheee... tak nak lah meninggalkan blog sunyi sepi pulak macam lama sangat nak blahhhh... :P


Come On.. Let's Twist Again..

Gara-gara tertawan dengan testimoni Ini berkenaan tudung Twist Ariani, maka aku pun membuat kunjungan ke Ariani lagi pada hari Jumaat yang lalu. Rasa macam tak sampai seminggu aku dah mengulang balik ke Ariani nihhh.. aritu, cadang nak carik selai printed.. berakhir dengan selai printed dan berhelai-helai plain. Takleh tahan tengok Lycra plain jadik harga RM38 sahaja... mana nak dapat kalo hari biasa??? Ariani memang tengah buat sale gilor-gilor sekarang nih. Masa tu tak terpandangkan tudung twist nih. Tapi bila CikIszan dah buat tayangan tudung twistnya, maka mak pun seperti biasa mulalah menggediks nak try jugak.. :P
Maka............... inilah akhirnya yang berlaku...............
Model perasan tudung Ariani yang terbaru


Kebetulan twist plain baru sampai, memang hajat di hati nak carik selai lagi plain yang matching dengan baju kurung baru aku. Then kebetulan jugak, ada satu twist plain yang matching.. sukak laa mak kannnn... Tapi, pembelian lagi dua twist printed tu memang haku tak tau pesal.. kahkahkahhh... walhal mak tak bape suka sangat nak beli printed, pasal baju-baju kurung mak memang mostly bercorak.. so lagi prefer tudung plain. Tetapi, bila adik SA yang memang rajin entertain aku bila aku ke Ariani keluarkan printed yang dua helai tu, aku pakai.. trus nak rembat jugakkk... huhhhh... :P

Pendapat mak?? Ai loikeeeeee... sukak sangat ini tudung. Memang jatuh chenta lahhhhh. Btol kata Iszan , memang senang sangat nak pakai. Aku pun kalo Munaw, agak susah nak adjust pusing-pusing.. kadang-kadang nampak tak kemas. Maybe sebab tak expert. Tapi Twist Ariani nih memang best, twist sikit jer dah cun terletak. Kebetulan masa sale nih agak murah laa.. yang printed tu RM80, yang plain RM62. Memang patut beli time sale je lah kalo tak seratus lebih gak harga dia.

Sale nih sampai end of December nih. Sape yang rasa-rasa berkenan tu, pergi lah cepat sementara stok masih ada... :P


Tentang Dia...

Yeehaaaaaaa... sekian lama tidak ditag, maka saya amatlah teruja apabila Cik MIO berbesar hati mahu mengetag saya. Apatah lagi di saat-saat saya 'solo' sementara ini, memang amat touching sungguhlah rasanya menjawab tag ini... Thanks babe, this tag really make my day.. :)
Its all About Him, nama tagnya....

Maka setelah memerah otak mengimbas kembali kenangan silam, maka inilah jawapan saya ke atas tag ini.... Layannnzzz.....


1. First time you met him - when and where?
Errmmm... Around June (tak ingat exactly the date) @ Mc Donald Pasir Gudang, selepas lebih kurang sebulan berhubung melalui telefon & emails.. :P
Actually we all nih sort of blind-date lahhhh... hahahaaaa
.
2. Love at first sight?
Not for me (and him too I guess...) hahahahaaa.........
.
3. Who is he when the first time you met him?
The most perfect man among the list to be nominated as 'calon suami'... muahahahhaaa....
.
4. How long does it takes for him to ask you out for a date?
(I would like to refer the 'date' here is the 'date for real' lah.. as a couple)
Ermmm... after 6 month acting as 'teman tapi mesra' - actually masa nih mak dah curious nih bila laaa mamat nih nak ajak mak dating seriously nih... wakakakkakaaa.... :P

5. First place dating?
Berbuka puasa @ Restoren Mee Bandung Scientex... wakakakakaaa.... Balik dari situ, kat dalam kereta si dia proposed sincerely nak serious dengan ai... yahooooooo.... :D
(seems like I still can recalled how he asked... wahahhahaaa)
.
6. How he proposed?
Masa tu ai tengah pasang mask kat muka, sambil letak timun kat mata, tiba-tiba si dia SMS..
"Jom kawen"
Ai terus excited, terus cuci mask, siap-siap pi umah dia.. bila si dia bukak pintu, ai pun tayang massage handphone ai kat si dia, "NAK SANGATTTTTTT!!!!!)
Tiba-tiba mak si dia datang cakap, "Kalau dapat menantu, berbaloi-baloi"
Wakakakkakakaaaaaaaaaa............... Iklan C*ELCOM sekejap

The real story was... Balik dari 'dating' dalam kereta jugak (I think he love to 'ask' while driving lahhh...kahkahkahhh),
Masa tu dalam bulan Syawal, dia tanya... "sudi tak you jadi isteri i.."
Mak nak melompat je rasa, sambil nak jawab "sudi, sudi, sudiiii"... tapi kontrol ayu lah kannn...
Saya tanya dia, "Eh you ajak i kawen ni sebab ayah i sound you suruh masuk meminang ke hape??"

Yer... masa dia beraya kat umah saya untuk pertama kalinya diperkenalkan kepada orang tua saya, ayah saya telah directly sound dia "Pakcik tak suka korang dating lama-lama nih, kalo suka terus masuk meminang".. wakakakakaa... hambik ko!!!!!!!!!!!

Tapi dia jawab, "Taklah... i memang tak nak berkawan lama-lama nih, i memang nak carik isteri, you fikirlah dulu, tak yah jawap dulu okey..."
Wehhh... si dia suruh saya pikir pulak.. saya dah tak sabar nak cakap YES I DO nih, tapi... seperti biasa saya kontrol ayu.. maka saya kata "okey".. ahahahhahaaa....
.
7. Special date with him?
Saat si dia melafazkan akad nikah - 19 Ogos 2005
.
8. Changes that he asked you to do?
Nothing so far, seems like I am so perfect to him ... wahhhhhhh.... :P
.
9. What is about him that you love so much?
All about HIM...
.
10. What is about him that you wish he would change?
Err... smoking habit.. but never tell him..
.
11. You lose your mind and crack your head when he?
Errmmmmmm... nothing he did make me lose my mind or crack my head so far...

.
12. You will smile through your eyes for the whole day when he....?
Sent the love-letters through emails when he is not by my side... ahahahaaa...
.
13. Complete below sentences"My love towards my husband is as big as...?
The Jupiter - The biggest planet in the Solar System... :)
"my love for you is uncountable darling.. love you..."


Phewwwwwwwww.... Tamat sudah menjawab tag, maka saya pun mahu lah memanjangkan tag ini kepada....................

Sesiapa yang rasa ketandusan idea nak update blog, jangan lupa bagitau saya yang kalian buat okehhh.. mak nak kepoci jugakkkkk... ahahahahaa

Thursday, December 17, 2009

Sehari Bersama Aina & Ainin....

It was such a long day.... :P

Semalam saya telah membawa anak-anak saya ke Tebrau City untuk menonton The Princess & The Frog. Tengok dalam internet, waktu show sepatutnya either 12.10 pm or 2.20 pm, tapi rupanya dah diubah ke 1.45 pm / 4.00 pm. Saya sampai di sana lebih kurang pukul 12pm, bajet nak tengok show kul 2.20 pm... tapi since dah tukar waktu show, saya naklah yang pukul 1.45pm, tapi dah full... huhuhuuuuu... Maka, no other choices... terpaksalah jugak amik yang pukul 4 tu. Nak kensel.. ermmm... rasa macam malas pulak, since dah ada kat situ.

So okeh... jam baru pukul 12.30.. nak tunggu ke pukul 4.. hadoiiii laaaaa........... sebab tu saya cakap 'it was such a longggggggggggggg day...' hehehheheeee....

Maka saya jalan-jalan lah masuk Jusco, memang niat nak carik swimming suit untuk Ainin, sebab cadang weekend nak bawak anak-anak pergi swimming pool @ somewhere. Okeh dah dapat very the fancy swimming suit untuk adik, maka perut pun sudah laparrrrr... nasib baik anak-anak saya dah bagi makan dulu kat rumah. So here we go... makan-makan @ SR...

Tau tak.. lately nih, saya kemaruk makan ini di SR....

Very The Yummehhh Sarawak's Laksa...


Gosh... Love it sooooooooooo muchhhh!!!! Sambil buat entri nih pun saya boleh terasa-rasa keenakan Sarawak's Laksa nih. Mula makan ini masa outing dengan Mama Ealyie suatu ketika dulu... :)
Start from that, saya dah jatuh hati sama ini dish. Errrmmmm... saya tak tau lah tekak orang lain. Sebab this dish memang sangat penuh aroma herbs (if I can say so..), bau lada hitam lah... Macam bau rempah ubat periuk orang bersalin (?) pun ada gak.. kekekkekekee.... Whatever, tapi saya sangat sukakan rasanya. Nak-nak bila dah campur dengan itu sambal... wehhhhh... meleleh air liur makkkkk.... nyamnyammmmm....
Untuk anak-anak, saya amikkan fries dan ice-cream.. :)

Melepak agak lama, menghabiskan masa di SR. Sempat possing amik gambo.. ahahhahaa...

Presenting my lil angel... Ainin Sofiya and my new tudung printed Ariani :)


Adik mengamuk bila kakak nak join the picture... ahhahaaaa...


Then, lepas makan-makan.. baru pukul 2.30.. still banyak masa lagi. Round punya round, terjebak kat dalam HOJB. Ada potongan 50% untuk semua items. Wowwww.. Selama nih, jeling-jeling aje, tak kuasa nak beli.. Tapi semalam sempat rembat satu Lord Of The ring, after less about RM 168. Ada kenan satu lagik, tapi sangat mahal.. after less pun RM500 lebey, gilorrrr... tapi memang cunnnnnn... Sangat sukak walaupun pembelian yang tak diduga memang ko selalu begitu... ahahhahahaaa.... :P
Di zaman emas segram sampai RM145, tak payah lah beli emas, beli aksesori macam nih lagi bagus... Errr.. tapi kalo orang tersayang yang belikan, mak tak kisah... kekekkekeeee....

Then, sebab Ainin dah ala-ala nak tantrum sebab penat agaknya, we oll p lepak kat dalam Baby Room menyusukan Ainin sampai dia tertido.

Nak dekat pukul 4, p letak stroller dalam kereta dan masukkan Ainin yang tak sedar-sedar dalam sling. Lepas tu masuk wayang bersama Ainin yang masih tido dan Aina.

Dalam wayang, semuanya berjalan lancarrrrr.... ahahahaaaa.. Aina yang excited, baru je start cerita dah sibuk tanya "mana princess???"

Ceritanya best dan lawak okehhhhh... tak rugilah p tengok, actually agak berbeza dengan kisah Princess & Frog yang dalam buku tu.. tapi best lah.. saya sukak. Yang belum tengok, bolehlah pergi tengok dengan anak-anak.

So conclusionnya, we all having a great time together yesterday!!! Alhamdulillah tak ada sesiapa yang tantrum... Ibu senang, anak-anak pun girang...

- The End -



Wednesday, December 16, 2009

Masa Yang Berlalu...

Sebab tak ada kerja, duk tengok-tengok gambo yang berlambak dalam lappy nih.

Terpegun, terpaku... kerana tak menyedari masa yang telah berlalu begitu cepat sekali.

Kenapa saya cakap macam tu??? Tengok nih...........

Aina Suraya versi baby...



Aina Suraya versi tak berapa baby... :)



Aina Suraya kini...



Dah makin besar anak sulung saya ini. Tiga tahun yang berlalu, bagaikan tak terasa.

What I miss the most???? Tengok gambar-gambar Aina semasa baby, saya rindu sangat saat-saat menyusukan dia. Rindu sangat nak peluk dia lama-lama macam saat itu. But.. I have nothing to regret... setahun lapan bulan menyusukan Aina akan jadi momen terindah untuk dikenang.

Kenapa saya beremosi berkisah tentang Aina hari ini??? Saya kasihankan Aina. I've lied to her...
Kan hari tu masa saya pergi beli DVD, Aina mintak belikan cerita The Princess & The Frog. Tapi gambar tak cantik lagi, maka saya tak mau beli. Tapi Aina sudah mau meraung dekat situ bila saya kata tak ada. Maka saya telah tipu-tipu, belikan cerita ala-ala ada princess, cerita Beauty & The Beast, saya kata itu cerita The Princess & The Frog. Dan Aina percaya.. Balik rumah, dia asik kata Beauty itulah Princess dan The Beast itulah Frog. Bila saya kata itu Beast, dia kata taklahhhh... itu frog lah ibu, kan ni cerita Princess & Frog.

Saya rasa bersalah sebab bohong dia. Tadi saya cakap kat Aina, nanti ibu bawak Aina pergi tengok cerita The Princess & The Frog kat wayang yer...
Tau apa dia cakap??? Dengan muka innocent nya dia jawab,
Tak payahlah ibu, kan kita dah beli cerita tu.. buat apa nak pergi wayang lagi
Alahaiiiii... kesian anak saya, dia percaya sungguh saya dah beli cerita tu. Hmmmm... Saya rasa saya nak bawak dia pergi tengok wayang hari ini. Ada show pukul 12.10 dan 2.20 pm @ TGV Tebrau City, salah satunyalah. Yer.. saya, Aina dan Ainin sahaja. Kami bertiga. Saya harap adik akan jadi good girl. Kalau tidak, half-way sajalah kami menonton nanti..
Akan saya update macammana nanti.

Moral of the story : Never lied to your child... :(


Tuesday, December 15, 2009

Ladies Nite @ Danga Bay...

Ladies nite lah sangatttt... hehehheee.... Seronok jugak, dah sekian lama tak berpeluang melepak di malam hari. Lagilah bila dah ada anak kecik, haruslah lebih terbatas masa nak melepak malam-malam. Kalo melepak dengan cik abang, lain suasananya. Tapi melepak dengan adik-adik saya, ehhhh... mak tiba-tiba perasan macam anak dara lagik... apakahhhh???????? :P

Jumaat malam Sabtu yang lepas, disebabkan kemalasan melanda mak tak dara dan anak-anak dara untuk memasak, maka kami - saya, cik Lia, cik Zura serta anak-anak dara saya telah sama-sama bersetuju meredah pekat malam, menerjah Danga Bay. Tekak terliur nak merasa Laksa Tomyam dan Pulut Mangga yang dikatakan adik-adik saya sangat sedap. Layan gambar dulu lah...

Bangkok Tomyam... Tempat kami melepak malam itu.
Best sangat sebab open air, pastu ada group akustik nyanyi.

errrr... walaupun C*ina yang menyanyi tu, layannnn jek laaaaa... :P
Mak tetiba tangkap jiwang bila dia nyanyi lagu 'More Than Words'.. auwww...
Kat sini ada pelbagai hidangan Thai.. sedap dan murah...


Pulut Mangga... not bad lah, banyak gilors mangga dan pulutnya, harga RM6 sahaja.
Tetapi kalau nak compare dengan yang dekat Lerk Thai yang saya cerita hari tu,
haruslah yang sepiring RM14 itu lebih sedap lagik, tapi tak sebanyak yang ini.
Kalo memang kepingin pulut mangga yang murah , ini pun dah okehhh.. :)



Errr.. nampak tak cun??? Tapi yang ini memang saya akui sangat sedapppp... Licin semangkuk mak balun... :P



Sebenarnya ada satu lagi hidangan yang kami makan, kerabu mangga... tapi pesal ntah tak amik lak gambonya.. mungkin sebab perut dah lapo, snap sikit-sikit jer lepas tu nak mencekik pulakk..

Eh.. memang lately nih asik menayang makanan Thai saja, errr... secara kebetulan yer, bukan pasal dah kemaruk sangat dengan Thai nih yer Cik Mimi... kahkahkahhhhhh.... :P

Bila sudah makan, perut pun kenyang, mood nak possing pulak mari... Dengan anak daraku yang boleh tahan dah kul 10 time tu pun tahan lagik mata, melayan ibu dia berpossing. Korang layanlah gambo ibu & anak nih... Macam dah lama tak menempek muka sendiri kat blog, saya rasa muka saya semakin tembamlah kannn???... ahahahahhaaaa.....

Peace no war.... :P



Anak dara saya yang sorang lagik, on the way lagik dah ke lalaland.
Sampai di Danga Bay, letak dalam stroller pun dia tak sedor.
Walaupun ada orang nyanyi-nyanyi bising cam hape pun,
dia lagik lena diulit Intan tido... :P


Motif menempek gambo yang ini adalah...
bukti buruk lantaks kami malam itu,
tapi possing tetap nak kontrol ayu.... wakakakaka..




Cukup-cukuplah menempek gambo saya, nanti kalian muntah darah pulak tengok mak orang bergambo tak sudah-sudah... hahahahaaa... Hadoi laaa... mentang-mentang mak ayah ko takde, laki ko takde, kemain lagik ko yer cik kak??? :D

Untuk yang berada di sekitar JB, bolehlah kalo nak lepak-lepak kat Bangkok Tomyam @ Danga Bay nih.. Bila hubby saya balik nanti, pun saya nak ajak dia lepak kat sini jugaklah sekali-sekala. Hai.. macam-macam rancangan nak buat bila hubby balik... Harus penat laki mak melayan mak sok.... layankan je laaa yanggg.. sapa suruh tinggal ai lama-lama :P


Monday, December 14, 2009

Merindu...

Abah...

Mana abah pegi?? Kenapa dah lama tak nampak abah?? Kenapa abah dah lama tak dukung adik, tak peluk adik, tak cium adik macam selalu??? Adik selalu sebut abah, abah, abah... tapi ibu kata, abah tak ada, abah p opcorrr... kakak pun selalu cakap kat adik, abah tak ada, abah p opcor... Ermmm.. opcor tu aper?? Ntahhh.. adik pun tak tauu.. tapi, sebab abah pegi opcor tu agaknya abah dah lama tak balik.

Adik tak pandai cakap macam kakak. Kakak boleh cakap kat ibu, dia nak abah, dia rindu abah. Kakak boleh cakap ngan abah bila abah tepon.. tapi adik tak pandai cakap macam kakak lagik.

Tapikan abah, aritu adik ada jumpa gambar abah dengan ibu... sekarang adik memang selalu main dengan gambar tu. Bila adik ingat abah, adik amik gambar tu.. adik duduk sorang-sorang macam nih... dapat pegang-pegang gambar abah macam ni, sambil panggil-panggil abah pun jadilah kannnnn....







Salam sayang dari ;
- adik yang rindu abah -



Alahaiiiii....

Bangun pagi yang tak berapa nak pagi sangat kepala saya masih pening. Dari malam tadi sudah pening kepala. Saya memang pelik, bila bendera merah jarang-jarang sakit perut, tapi mudah sakit kepala... kenapa ntahhhh... :(

Malam tadi saya melayan dua cerita DVD.. sampai pukul 3 pagi... agaknya itu pun menyumbang kepada sakit kepala ini. Malam tadi saya layan cerita Ghost Of Girlfriends Past dan He's Just Not That Into You. Kedua-duanya bestttttt.. dalam pada kepala fenin pun, saya habiskan juga. Semalam saya borong lagi 6 cerita. Konon-konon nak carik citer Couples Retreat dengan The Princess & The Frog untuk si anak dara. Tapi tokey DVD haram tempat saya beli tu kata tu gambar tak cun lagik. Yelah cerita baru maaaa...
Semalam saya jumpa satu lagi tempat DVD murah, gambo cun... 7 DVD = RM20, selalu 6 DVD RM20... Ada empat cerita yang saya tak tengok lagik... Love Happens, All About Steve, The Lake House dan Beauty & The Beast. Terpaksa beli citer Beauty & The Beast sebab dah janji nak beli cerita The Princess & The Frog dengan Aina, bila saya kata tak ada, dia sudah nak meraung kat situ, maka saya beli je laaa cerita yang ada ala-ala Princess jugak untuk dia... muahahahhaaaa.... Nak bawak Aina & Ainin tengok wayang, saya rasa tak berani lagik.. karang dia orang meraung dalam wayang, tak pasal mak kena baling ngan kasut... ekekekekeee....

Saya sebenarnya ada banyak entri bergambar yang saya nak sharing.. tapi kem salam lah nak upload gambo dengan broadband cap siput C*elcom nihhhh... I miss my home... I miss my S*treamyx actually!!! Nanti lah, saya merancang nak balik rumah jugak minggu nih...
Saya nak sharing cerita budak-kecik-rindu-abah-dia, resepi fuccini-with-chicken & Mayonis, Ladies Nite @ Danga Bay, Laksa Tomyam Sedap @ Danga Bay... hahhhh... banyak kannnn... Nanti lah yer...

Kawan-kawan, saya nak minta maaf kalau saya tak meninggalkan jejak di blog kalian. Sebab bila saya dah taip-taip komen, internet budus nih tak nak uploadkan komen saya, sangat sakit hati. Nak bukak blog kawan-kawan pun lombab nak mampos macam hape... sakit sungguh hatiku...

Ok.. kepala saya masih ada saki-baki pening, tadi saya dah telan paracetamol, saya nak tido kejap lah sambil layan DVD lagi satu... Adios me amore... till then... :D



Friday, December 11, 2009

Bila Nak Habis???

Entah bilalah saya nak habis baca semua buku nih. Sebenarnya buku yang paling bawah tu ada sikiiiiiiiiitttttttttttt lagi nak habis, tapi mood saya tak mari nak abihkan baca buku tu. Sebab tiba-tiba saya sudah membeli buku yang ke-4 (sila kira no 1 dari bawah). Tapi belum sempat pun saya memulakan pembacaan buku yang ke-4 itu, saya telah membeli buku yang ke-5 dan terus teruja untuk membacanya.

Adapun buku ke-2 dan ke-3 adalah hasil pembelian saya ketika berulang-alik ke kedai buku untuk mencari buku ke-4 (I am the biggest fan of Ramlee Awang Murshid) yang waktu itu belum sampai ke pasaran Johor. Jauh okeh mak jumpa buku ke-4 nih, sampai kat MPH City Square JB yang sekian lama sudah tidak ku jejaki itu.


Saya dengar khabar Puan Norhayati Berahim pun akan keluar dengan novel terbaru dalam bulan ini. Tajuknya Ranting Cinta Plato. Sudah pasti, saya akan menyibuk-nyibuk untuk beli jugak.

Tapi tulah dia... Masalahnya bila lah nak habis membaca kesemua novel ini??? Sekarang nih, saya gagahkan diri untuk tidak menyinggah kedai buku bila berjalan-jalan. Kalau saya singgah, nescaya saya akan membeli jugak novel. Sekarang anak dara saya si Aina pun sudah menjangkit penyakit saya. Kalau masuk kedai buku dengan dia, memang confirm dia nak beli buku jugak. Kalau dulu dia tak kisah buku apapun yang saya belikan. Sekarang dia ada tema buku yang dia mahu, buku "Princess". Bukan buku sahaja, apapun sekarang temanya adalah 'Princess'. Nanti saya akan buat entri Aina bersama koleksi Princess yang dia ada.

Menyebut tentang novel ke-5 yang saya beli iaitu novel ini...



Saya memang bukanlah peminat tegar novel Bahasa Inggeris. Novel Bahasa Inggeris saya boleh dikira dengan jari. Saya hanya akan beli, kalo betul-betul tertawan dengan ceritanya. Dan novel My Sister's Keeper by Jodi Picoult ini, telah menawan hati saya setelah menonton DVD nya. Inilah cerita yang membuat saya menangis. Orang kata, kalau baca novel lebih sedap berbanding menonton ceritanya. Saya setuju itu, sebab macam cerita Ayat-Ayat Cinta dan P.S I Love You yang telah saya tonton, ceritanya kurang menyengat berbanding membaca novelnya.

Tetapi kisah My Sister's Keeper yang telah saya tontoni, bagi saya sangat best... Jadi saya rasa novelnya pastilah super-duper best lagik (suppose to be lah??). Saya baru sangat mula membaca kisah ini. Siapa yang pernah membacanya??? Macammana??? Best ke tak????

Saya harap dapat habis baca cerita ini secepat mungkin, then saya nak continue novel no 1 yang tak habis-habis tu, then boleh laaa baca buku abang R.A.M pulak... Dan seterusnya buku no 2 dan 3 pulak. Hmmmm... banyak betul aktiviti saya untuk menghabiskan masa cuti saya yang masih panjang lagi nih......... :P
Saya harap sebelum cuti saya berakhir, saya dapat khatamkan kesemua novel-novel ini... :)


Thursday, December 10, 2009

Tidur Lena...

Semalam saya telah melaksanakan impian haloba saya. Yer... saya telah mendapatkan kasut idaman qalbu yang saya soksek soksek sekian lama. Nak beli sepasang kasut pun kecoh kan.. tapi sebab kasut ini membuat saya gerammmmmm gilorsss. Sebenarnya saya masih lagi gerammmmm pada kasut ini. Nasib baiklah I really heart you, kalo tak for sure I curse you wahai kasut!!! Kenapa???

Kan saya kata, saya pakai kasut size 6 kannn?? Yer... itulah saiz yang paling ideal untuk kaki saya yang cumil ini. Tak pernahnya saya pakai kasut kurang dari saiz 6, kalau terlebih pernah jugak bergantung pada jenis kasut yang saya beli. Tapi terkurang dari saiz itu, sumpah memang tak pernah lagik. Jadi semalam, sesudah membuat urusan di pejabat pos, maka saya dengan kembang kempis poket idung, melangkah masuk ke kedai Scholl untuk yang entah ke berapa kalinya sekali lagi, menapak penuh yakin ke arah kasut idaman, mencapai kasut warna cream itu lalu mengunjukkan kepada SA yang bertugas.
"Saiz 6 ada?" Soal saya.
SA itu pun mengambil kasut tersebut, cek dalam komputernya, dan memberikan saya jawapan kasih paling terindah abad ini... "ADA" lalu mengambil kasut tersebut dari stornya.
Saya kemudiannya dengan penuh teruja, mencuba kasut-cream-idaman-saiz-6 itu. Cuba, dan cuba jalan sikit... E'ehhhhh.... Kok longgar????? Apakahhhhhhhh???????? Ya... Longgar tuan-tuan dan puan-puan!!!!! Kaki saya sepatutnya ketika jam 4.15 pm itu sudah mengembang, tetapi mengapa kasut bersaiz 6 yang saya sarungkan ke kaki itu terasa longgar dan bila saya berjalan, kaki saya terbabas dari kasut????? Tak apa, ai mintak saiz 5 pulak, tengok macammana. Kasut saiz 5 bertukar tangan, saya cuba. Tersarung elok di kaki, cuba jalan.. yer... ok dengan saya, walaupun betul-betul muat ajer.. tapi kasut kan akan mengembang bila lama-lama pakai. Dan SA itu pun menasihatkan saya supaya mengambil saiz 5 daripada saiz 6.

Saya pandang SA itu, saya tanya, "yang kaler hitam ada saiz 5?"
Dan jawapannya.................."ADA"............................. uwaaaaaaaaaaaaa!!!! Sungguh tertekan saya di situ. Tetapi entah mengapa, saya merajuk dengan si hitam, saya ambil juga si cream. Si hitam telah mempermain-mainkan perasaan saya sekian lama... U tak mau ai, ai pun tak mau u wahai si hitam..... emo tak pasal-pasal

The point is, kalaulah saya tau yang saiz 6 itu longgar dengan saya, tidaklah saya macam hape ke hulu ke hilir mencari kasut itu yang bersaiz 6. Saya dah cuba yang saiz 5 sebelum ini, tapi ilusi saya mengatakan KETAT, dan saya begitu yakin bahawa saiz 6 adalah paling ideal tetapi rupanya keyakinan saya tersasar jauh. Kasut ohhh kasut... ko memang menyeksa jiwaku... Siaplah ko kasut, akan ku lenjan ko sampai ko terseksa... muahahhahahaaa...*grin face*

Istimewa untuk Cik Puan Zufa, saya tempekkan gambar blur sebelah kaki saya bersama kasut idaman bersaiz 5.... :P

*tiba-tiba mood naik sekolah sudah mari...*

Ok enuff kisah si kasut idaman, sesudah membuat pembelian saya mencari tempat untuk makan pulak. Mula-mula terasa nak makan nasi ayam aje kat kedai The Chicken Rice Shop tu, tapi tiba-tiba terhenti pulak kat kedai sebelahnya, kedai makanan Thai yang baru bukak, gara-gara ternampak gambar pulut mangga kat depan kedai tu.

Maka kami anak-beranak pun singgahlah makan di situ sahaja.

Saya telah order lemon grass fried chicken, tom yam bersantan (nama hapentah) dan semestinya pulut mangga.



Wehhhhh.... sedap beb!!! Saja je nak try tomyam bersantan tu sebab selalu asik makan tomyam plain biasa kan. Memang sedappp sangat masakannya tu. Ayam tu pun sedap. Pulut mangga tu lagilahhhh.... sebenarnya rasa tak cukup sepiring, ahakssss... Perut saya pun memang lapo, dapat makanan best, huhhh... puas hati u ollssssssss...

Sape yang kat area JB, boleh lah try makan kat restoren nih. Namanya.....



Itulah sahaja kisah saya jalan-jalan carik pasal hari nih. Kasut dah dapat, perut pun dah kenyang, semestinya saya dapat tidur lena malam ini macamlah hari-hari ko tak tido lena... :D

Sekian...


Wednesday, December 9, 2009

Saya tesangatlah...

... penatnya sekarang ini...

Baru siap servis umah yang sekian lama tidak berkemas sejak Hubby pergi Qatar. Mood mau kemas umah tidak mari bila si dia tiada atau lebih tepat lagik mak MALAS beno nak kemas umah time laki takde... wakakkakakaaa.....

Tapi setelah berlepakan di rumah ini beberapa hari, maka sungguhlah sakit mata memandang umah yang semak tak berkemas. Benci tawwww duk dalam umah yang serabut. Maka hari ini, mood mengemas udah mari.. kerana tadi dapat email ayat-ayat cinta dari si dia. Terus teruja mak nak kemas umah sambil tersenyum lebar sampai telinga... Macam orang mabuk cinta kekdahnya haku nih bila hubby jauh di mata... :P
That's the power of love - boleh menyembuhkan penyakit MALAS sekelip mata... magis sungguh rasanya... ahaahhhh... :D

Lepas sakan mengemas, habis kemas.. perut lapo laaa pulak. Tadi masak bubur untuk anak-anak je, untuk diri sendiri makan roti jer. Jadi kejap lagi saya nak keluar ke JJ Tebrau. Kenapa ke sana??? Saya mau pos trial pack, makan dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

membuat rembatan kasut idaman

Ya.. saya akan membeli juga kasut itu warna cream. Harap-harap Scholl tidak mempermainkan perasaan saya dengan mengatakan size 6 tak ada juga untuk kasut warna cream itu pula... :P

Nasib baik kat JJ Tebrau ada pejabat pos, jadi satu tempat je lah saya terjah. Tak perlu drop by ke tempat lain...

Ok kalian, saya mau bersiap-siap... See u olls later... mmuuuaaahhhhhhhhhhhh... :D



Yang Menggugat Ketenangan Hidupku.... Sobsobbb...

AMARANNN!!!
ADAPUN ENTRI YANG INI ADALAH TIADA KENA MENGENA DENGAN ENTRI SEBELUM INI. TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN.. ALHAMDULILLAH SAYA SUDAH SEMAKIN DAPAT BERFIKIR DENGAN RASIONAL....

--------------------------------------------------------------------------------------------------


Inilah dia...

Yang menggugat ketenangan hidupku...

Yang mengganggu lena tidurku...

Yang meresahkan pemikiranku....

.


.



.



.



.


.


Gambar adalah agak blur sebab pakai henpon sajer....




Inilah dia kasut Scholl yang menjadi igauan saya.
No siri kasut adalah LD 1057 (mampos no siri pun ko leh tau nyahhhh???)
Harga adalah RM 188
Kasut adalah sangat selesa tahap hotel 5 bintang...
Saya mahu jadikan ini kasut kerja saya.

Sebenarnya saya mahu yang kaler hitam.
Sudah di booking, tapi macam takde harapan, sebab kata SA tu diorang dah lama repeat order tapi masih tak dihantar...

Eh tapikan... tiba-tiba kawan saya Kak Sue kata kaler cream tu pun cun..
Hmmmm....
Kalo cekelat tu mmg ada size 6 aritu..
Haruskah ku rembat yang kaler cream itu????

Kalian rasa yang mana cun????
Hitam @ Cream?????

Huhhhhh... bile lah ko nak insap Intan wehhhhhhhh????? :P
Macam nilah jadiknya kalo laki takde, asik nak buat terapi minda jer..
konon nak ilangkan stress, tapi itu cumalah alasan semata....
Toksah lah ko nak salahkan laki ko yang tinggalkan ko nyahhhhh!!!!!!!


Bercelaru...

Buat yang mengerti....

Fahamilah....

.

.


Fikiran bercelaru...

Minda gagal berfikir dengan tenang...

Emosi...

Kehidupan memang penuh dugaan...

Kadangkala yang tersirat tidak sama dengan yang tersurat...

Kadangkala niat di hati tak sama dengan yang terlafaz di bibir...

Kalau tiada dugaan bukanlah hidup namanya...

Tapi bila dugaan datang ketika sedang keseorangan, makin parah jadinya...

Sesungguhnya aku tidak keseorangan...

DIA ada menemani aku...

Ya Allah...

Kurniakanlah aku ketabahan menghadapi apapun dugaan...

Semoga akal bukan hati yang menguasai tutur bicaraku...

Semoga keruh yang hadir tidak berpanjangan...

Berteman bukannya mudah...

Tak berteman juga payah...

Sesungguhnya aku bukanlah manusia yang sempurna...

Sesungguhnya aku bukanlah Malaikat atau Nabi yang tinggi kesabarannya...

Maafkanlah kekhilafanku yang ada...

Semoga ketenangan dan kebahagiaan menjadi milikmu jua...

Kerana aku sentiasa mendoakan yang terbaik menjadi peneman hidupmu...

Kerana aku tak mahu menambah duka yang sedia ada...

Kerana aku juga tak mahu kehilangan keindahan yang ada antara kita...

Semoga kejernihan akan kembali mewarnai danau hati kita...



Wassalam...



Nukilan ;

Tuesday, December 8, 2009

Selesai Sudah Langkah Pertama...

Demi merealisasikan impian saya dan hubby tersayang untuk ke sini.....


Maka saya telah memulakan langkah pertama, iaitu membuat ini...


Alhamdulillah, tepat jam 10.45 pagi tadi, semuanya settle. Setelah tertonggok di Pejabat Imegresen kat Pekan Rabu, JB since pukul 6.30 pagi untuk berebut mengambil nombor giliran, akhirnya siap sudah passport untuk kami tiga beranak. Angka giliran saya tadi adalah 2005, atau dalam lain perkataan orang kelima ketika itu.

Tapi serius horror okehhhh.. Memang mak tabik hormat dengan ketabahan diri sendirik. Kalian bayangkan lah saya dengan dua orang anak kecik, beratur actually lebih kepada berebut untuk mengambil nombor giliran. Orang tak pedulik pun saya yang terhegeh-hegeh dengan anak kecik nak amik nombor. Yelah masing-masing pun nak cepat kan. Tapi memang lah.. kalo tak dikenangkan saya nak menunggu hubby balik lambat lagi, dan bila hubby dah balik nanti saya pulak dah sekolah balik kompem susah nak cuti, maka saya gagahkan jugak diri untuk menyelesaikan urusan ini. Oh oh... memang bukan mudah, serius.. saya penat sangat. Cuma nasib saya baik, sebab kedua-dua anak dara saya ini sangat memberikan kerjasama. Nasib baik mereka tak mengamuk-ngamuk. Kalau ada pun si kecik tu merengek manjer mintak nenen.. ahakss.. bagi nenen, okeh jer balik.. Aina pun behave sesangat. Tapi orang-orang keliling memang memandang saya penuh kagum... Korang bayang je lah... mak orang dengan anak kecik sorang dalam sling, sorang kat tangan.. dengan fail dokumen lagik.. Orang lain mostly datang dengan suami kan.. mak sengsorang... huahuahuaaa... Sampai ada mamat India tu, siap interbiu saya tanya, cemana saya handle sorang-sorang nak buat passport nih dengan bawak anak-anak lagik... Saya jawab, macam ni lahhhh... hahahhahaaa... :P

Tapi apapun, saya puji perkhidmatan Imegresen di sini. Sebab memang agak cepat jugak lah. Dengan sepuluh kaunter yang dibuka serentak. Dengan para pegawai Imegresen yang entertain saya dengan begitu baik dan murah senyuman. Okehhhh.. mak puas hati dengan perkhidmatan kerajaan yang ini. Saya hand-in dokumen lebih kurang pukul 8.50 pagi, pukul 10.45 pagi passport kami sudah siap.. dalam dua jam menunggu.. ok sangat lah tu... :D

Memang sangat ramai orang yang nak buat passport setiap hari, menurut kata Pegawai Imegresen tersebut. Sebab passport sekarang pun dah murah sangat, RM 100 untuk 2 tahun. Lagipun sekarang musim cuti sekolah, memang orang banyak nak settlekan pembikinan passport sekarang nih.

Okeh saya senaraikan check-list apa yang perlu ada untuk membuat passport anak-anak:
- Gambar dua keping
- 1 Salinan fotokopi surat beranak bersama salinan asal
- 1 Salinan fotokopi kad pengenalan ibu @ bapa bersama salinan asal
- Tuan punya badan (untuk anak berusia 2 tahun ke atas memerlukan cap jari)
- RM 100 untuk bayaran selama 2 tahun
**Untuk passport diri sendiri sama seperti di atas kecuali tak perlu surat beranak okehhh..

Apapun, saya dan anak-anak sudah ada passport. Hubby balik nanti, nak ajak dia rasmikan passport lahhh... nak pergi ke Zoo Singapore ker... ahahhahaaaa....

Oklah saya sangat penat sekarang ini... Saya mau merehatkan diri dan otak saya yang sudah tepu sekarang ini... Adiozzzzzz...

Ini dua orang budak kecik yang baik budi.. ahahahhaaa





Monday, December 7, 2009

Ibu Dan Anak Sama Eksaited... :D




Bila tiba masa nak menghantar anak ke sekolah, memang bukan anak ajer yang eksaited, ibu pun dua kali lima juga.

Saya akui, saya sudah mula merasai keterujaan perasaan untuk menghantar anak ke sekolah.. walaupun baru sekolah tadika.

Seawal cuti persekolahan bermula, saya sudah membuat check-list barang-barang untuk persediaan anak ke sekolah. Walaupun terpaksa membeli-belah bersendirian tanpa hubby di sisi, tetapi tetaplah tak merasa kesunyian kerana ada duit hubby anak-anak menemani... wakakkakaaa...

Check-list di bawah adalah untuk apa yang telah saya sediakan untuk Aina ke sekolah :
- uniform tadika
- beg sekolah (tak payah beli lain, tadika dah beri sekali)
- buku-buku kerja (start sekolah baru dapat)
- stationary (pensel, pembaris, pemadam, gunting gam, pengorek, colour pencil, etc..etc..)
- kasut sekolah
- stokin
- botol air
- jam (?) : as requested by Aina... :D

ermmm.. apa lagi??? tu je lah setakat ini yang dah disediakan. Yuran pendaftaran tadika pun awal-awal Hubby dah settlekan.

Tadi saya sempat ke Mydin, borong stationary untuk Aina. Semua saya bantai beli sedozen. Kat Mydin murah sikit kannn... (saya kan cheapskate kadang-kadang...) :P
Tapi murah-murah pun, mak rembat cap Stabilo jer hokehhhhh... Antara banyak-banyak brand, saya rasa Stabilo yang paling best.. ahakssss... Saya dan stationary memang tak dapat dipisahkan, yelah.. saya pun bekerja di sekolah kannnn. Sambil-sambil beli stationary Aina, saya sempat jugak borong stationary untuk diri sendiri... hahahahhaaaa... Bila naik skolah esok, bukan anak murid jer sakan nak berpensel baru, pen baru.. cikgu pun sama naik... :P
Tapi memang best lah shopping stationary kat Mydin.. semua ada... harga berpatutan, lebih murah dari kedai stationary biasa.

Ok lahhh.. layan picture permata hati saya yang melaram dengan uniform sekolah dia. Tiap-tiap hari kalo boleh nak pakai uniform ngan beg skolah dia.. aduyaiiiiiiiiiii.... :)

Aina Suraya sayang.. semoga rajin ke sekolah dan pandai belajar yer...