Semalam saya dikejutkan dengan satu berita yang memilukan. Jiran mak saya, muda lagi... baru berusia 20 tahun, kehilangan suaminya dalam kemalangan maut motor-lori di lebuhraya Pasir Gudang. Saya tersentap, pilu di hati... kerana mengenangkan 3 orang anak mereka. Yang paling kecil baru berusia 2 bulan. Meskipun, dia bukanlah berbangsa Melayu, tetapi saya sangat merasa simpati yang teramat sangat. Mengenangkan bagaimanalah dia hendak meneruskan kehidupan bersama anak-anaknya, apatah lagi dia sendiri tidak bekerja. Kesian sangat kan? Saya terfikir, untuk memulakan kehidupan baru, memang dia perlu kuatkan diri. Hendak bekerja dengan sekolah pun yang tak habis, saya rasa memang bukan satu perkara yang mudah. Nak bekerja pun, anak-anak yang masih kecil tu macammana? Perlu ada yang menjaga. Siapa yang nak menjaga? Mak dia pun masih bekerja. Nak hantar pada orang pun bukanlah percuma. Sungguh... berat dugaan untuknya.
Hendak mati tak perlu tunggu tua. Orang muda pun bila-bila masa boleh dijemput pergi. Orang yang ditinggalkan perlu meneruskan kehidupan. Persoalannya hidup bukanlah mudah untuk diteruskan bersendirian tanpa kekuatan diri dan keimanan yang teguh.
Sesungguhnya tragedi yang menimpanya membuatkan saya insaf.... Semoga dia kuat untuk menempuh dugaan itu....