Saturday, February 27, 2010

Seksis....

Presenting my sexiest pic............
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Am I???
Muncung bley sangkut hanger... :P






I love you very strong Aina...
Please lah don't make my blood go upstairs everyday!!!! :P


Thursday, February 25, 2010

KUTU???? OMG....

Akitiviti sosial di luar silibus bagi guru-guru di sekolah saya adalah memang banyak. Dan saya adalah sentiasa dipaksa berkewajipan menyertai apapun jua aktiviti yang dibuat.

Salah satu aktiviti wajib, adalah ini..............
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Main KUTU...

Yer... main kutu atau undi adalah acara paling famous di kalangan kami. Macam-macam jenis kutu ada. Biar saya senaraikan kutu-kutu glemer yang telah didaftarkan sepanjang 2010 ini...

1. Kutu duit - sebulan RM 100

2. Kutu Vantage - sebulan RM 35

3. Kutu Handphone yang ada bacaan satu Al-Quran - sebulan RM 80

4. Kutu tong beras Tupperware - sebulan RM 20

Paling glemer kutu duit lah. Ada beberapa kumpulan kutu duit nih. Ada yang join sampai dua, tiga kumpulan. Tapi saya join satu jer. Tak kuasa banyak-banyak. Karang duitnya bukan dibuat simpan, dibuat enjoyyyy jer lebeyyyy. Kebanyakan diorang main kutu duit untuk buat bayo duit road-tax. Atau ada yang suka nak cop giliran time nak raya, atau nak naik sekolah untuk buat belanja anak nak sekolah. Tujuan saya????? buat meroyan lahhhh, hape lagik Entah... takde tujuan khusus lagi setakat ini. Hahahhaaaa...... :P

Kalau kutu Vantage pulak, ada dua kumpulan setakat ini. Harga satu set adalah RM 350, tak kisah lah nak set makan ke, set minum ke, set balang kuih raya ke.. Saya punya set makan. Dah dapat jugak. Rasa macam ada tayang sikit hari dulu. Set saya nih duduknya dalam almari hiasan, dan sekali-sekali digunakan bila ada VVIP datang atau dalam ertikata lain, tetamu terrrrrristimewa. Sape yang rasa-rasa datang umah saya, saya hidang guna pinggan saya tu, memang istimewa lahhhh tu... muahahhahaaaa..... Tu pun, kalo saya rajin masak lahhh.. kalo malas, nan ado lah jawapannya, sila jangan kecik ati... :D

Haaa... Kutu handphone yang ada bacaan ayat-ayat suci sebuah Al-Quran nih, memang istimewa. Kutu nih baru aje ditubuhkan hasil ajakan GPK Kokorikulum saya dengan memaksa saya menjadi MAK KUTU tersohor tak pasal-pasal... wakakkakaaaa.... Handphone nih harganya RM 400. Sebulan akan ada dua orang yang dapat. Giliran saya bulan depan.. yeayyyyyy.... Apakah motif beli handphone nih?? Sebab handphone saya asik mampos ajer tak pasal-pasal. Kata Cik Puan Zufa, handphone Sony Ericsson memang berkonsep energy saving. Tapi, apa kes nak energy saving, dah tentu handphone adalah benda paling penting dalam kehidupan. Nak-nak bagi saya yang suami jauh di mata dekat di hati nih. Kalo time dia call, handphone saya tengah off... kan ke sedeyyyy tuuuuu... Haishhhh... geram tawww saya. Maka saya memang nak carik handphone lain. Kebetulan grup kutu ini ditubuhkan pada bulan ini, maka saya pun join. Motif lain adalah pandang ke timur hadapan, nanti kalau saya preggy lagi, bolehlah saya kasik baby dalam perut saya dengo bacaan ayat-ayat suci Al-Quran 24 jam bila-bila masa sahaja... :)

Dan terakhir sekali kutu tong beras Tupperware. Hahhhh.... kutu yang nih memang tak tercapai dek akalku. Biasa, kitorang buat kutu untuk beli barang-barang Tupperware. Tapi kali nih all the Cik Kiahs, nak beli Tong Beras Cap Tupperware. Seperti biasa, walopun tak tercapai dek akalku, nama saya tetap tersenarai... hahahhahaaaa.... Laki saya geleng kepala bila saya bagitau yang saya main kutu tong beras. Jangan risau abang, duit-duit kutu semuanya saya tak mintak duit abang... :P

Dan tujuan saya buat entri merapu pasal kutu nih adalah, untuk menayang TONG BERAS TUPPERWARE saya... hakhakhakkkkk. Saya baru dapat hari nihhh... Memang syiokkkkk... Tapi nampaknya, tong beras nih terpaksa KIV dulu penggunaannya pasal dapur saya sedang bercuti.

Dengan menggunakan tong beras Tupperware ini, sudah pastilah nasi yang saya masak akan bertambah sedapppppp. Maka kalo cuma lauk goreng telur pun, terasa sangat sedap makan nasik... :P

Tengok kotak dulu...



Presenting my new kitchen gadget....

Tong Beras Tupperware...

Sekarang saya tengah termenung pikir, kat manalah saya nak letak tong beras nih. Takkan nak simpan dalam kabinet.. tak glemerrrr youuuu!!!!! Apakahhhhhhh???? :P Saya kena re-organize susunan barang atas kabinet dapo nampaknya bagi meletakkan tong beras mahal nak mampos Tupperware nih... :D

Dan akhir sekali, saya tempekkan wajah-wajah suci guru-guru SK Pasir Gudang 2, yang mostly menjadi ahli-ahli KUTU.....

Cuba teka, mana Cikgu Intan??? :P





Latihan Membina Ayat...

Arahan : Lihat gambar dan bina ayat yang bersesuaian dengan gambar.
*
*

*
*
*
1. Ini adik saya.
*
*
*
*
*
2. Kami berdua sangat comel dan manja macam ibu kami.
*
*
*
*

*

3. Kami suka bergurau-senda bersama-sama.

*

*

*

*

*

4. Bila saya baik hati, saya peluk adik saya dengan penuh kasih-sayang.

*
*
*
*
*
5. Bila hati saya geram, saya peluk adik saya secara terlampau seperti gambar ini.

*

*

*

*



6. Adik saya sudah lari sebab malas melayan saya. :P


Sekian, latihan membina ayat dari kelas Cikgu Intan.
Terima kasih... :D




Wednesday, February 24, 2010

Karangan Susu Sedap...

*
Ini susu sedap saya. Susu sedap saya tersangatlah sedap. Susu sedap ini adalah hasil dari ibu saya yang sedap. Saya minum susu sedap setiap hari. Tiap-tiap hari, bila ibu saya pergi sekolah dia akan bekalkan saya dengan susu sedap ini. Susu sedap saya sangat lemak berkrim disukai ramai. Susu sedap saya kaya-raya dengan segala zat dan nutrisi yang tiada bandingan. Ibu saya sentiasa pastikan susu sedap saya penuh dengan khasiat. Sebab itulah ibu saya bersusah-payah makan makanan yang berzat dan juga ambil macam-macam vitamin dari Shaklee. Semuanya untuk susu sedap sayalah!!! :)
*
Saya sudah minum susu sedap ini selama satu tahun tujuh bulan. Ibu saya kata saya ada lagi lima bulan untuk minum susu sedap. Tapi saya buat-buat tak dengar, sebab saya rasa saya nak minum susu sedap ini sampai saya besar macam ibu ke titisan terakhir. Sebab itu bila ibu saya tanya saya nak adik tak, saya jawab "nanak", sebab saya tau siapa yang jadi adik, dia yang dapat susu sedap ibu... :P
*
Susu sedap ini sangat enak diminum dari botol susu first year saya. Kalau dapat minum terus dari ibu saya, owhhhhh... saya sangat speechless, kesedapannya lebih menusuk qalbu. Bila ibu saya bagi saya minum susu sedap, ibu saya akan peluk saya dan belai-belai saya. Saya rasa sungguh heaven di situ. Saya terasa bonding saya dan ibu teramat kuat sekali sama macam masa saya tinggal dalam perut ibu dulu.
*
Saya sungguh bangga dapat minum susu sedap dari ibu saya. Walaupun ramai orang yang cakap saya 'tak malu' asik minum susu sedap ibu, tapi ada aku kesahhh??? saya tak kisah pun. Saya rasa diorang semua jeles pasal saya dapat minum susu sedap, tapi diorang tak dapat minum susu sedap.. betul tak??? Lagipun saya minum susu sedap ibu saya, bukan saya mintak susu sedap diorang semua atau dari ibu orang lain. Saya bangga sebab ibu saya tau apa yang terbaik untuk saya. Ibu saya memang bijak macam saya... Eh... ke saya yang bijak macam ibu saya??? Ape-ape aje lah Cik Yan janji saya dan ibu saya bijak... :D
Saya rasa siapa yang dapat minum susu sedap dari ibu dia semuanya bijak... kankankannnn....
*
Sekarang ni, bukan tok mak saya aje yang pandai sediakan susu sedap untuk saya minum, tok ayah saya pun sudah expert. Tok ayah saya sekarang sudah take over penyediaan susu sedap untuk saya minum sebab tok mak saya sibuk masak dan bergossip bercucuk-tanam. Abah saya pun expert macam tok ayah saya jugak. Bila abah saya ada dan dia kena jaga saya, dia pandai sediakan susu sedap untuk saya. Seronok betul bila dah ramai yang pandai sediakan susu sedap saya. Ibu saya pun senang hati bila nak tinggalkan saya pergi meroyan kerja. Abah saya pula senang hati sebab selamat poket dia tak payah beli susu tin yang tak sedap tu untuk saya.
*
Tapi saya kesiankan kakak saya. Dia terpaksa minum susu tin tak sedap sebab saya. Saya akan kenang jasa kakak saya. Dia berkorban untuk saya. Ibu saya kata, dulu masa saya belum keluar dari syurga, kakak saya pun minum susu sedap ibu saya. Tapi bila saya dah keluar, kakak saya tak mau lagi minum susu sedap ibu saya, dia bagi saya aje yang minum. Baik betul kakak saya. Sebab tu lah saya tak kisah kalau kakak saya buli-buli saya. Apa sangatlah kena buli dengan kakak saya yang comel tu, berbanding dengan pengorbanan yang kakak saya buat untuk saya?? Lagipun kakak saya buli-buli manjer je... Jadi saya kenalah tahannnn... Saya sayang kakak saya.
*
Saya rasa sampai sini dulu lah karangan susu sedap saya. Tadi ibu saya suruh buat tidak lebih dari 100 patah perkataan sahaja, tetapi saya sudah merapu berjaya buat beratus-ratus patah perkataan. Ibu saya kata motif dia suruh saya buat karangan ini sebab, ibu saya dah lama tak cerita pasal penyusuan susu sedap dan satu motif lagi ialah sebab ibu saya sibuk jugak nak update blog dia setiap hari walopun idea sudah kering-kontang.
*
Di sini saya nak mengucapkan terima kasih kepada ibu saya yang sentiasa buka brestoren dia 24 jam, 7 hari seminggu... Ibu memang best!!! Saya juga nak menyeru kepada semua ibu-ibu di dunia supaya memberikan susu sedap @ susu ibu kepada anak-anak mereka. Majulah susu ibu untuk anak-anak!!!
Sekian, terima kasih... :D
Hasil nukilan;
Ainin Sofiya Bte Shamsul.


Tuesday, February 23, 2010

A For Aina...

Bila Acu balik, anak-anak adalah sangat happy sebab bertambah lagi bilangan orang yang akan melayan diorang.
*
Tapi... bila anak duk senyapppppppppp ajer, sila-sila lah jengah apa projeknya....
*
Contohnya ini..................................
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Hasil kerja-tangan Aina pada handphone pouch Acu..
A for Aina... :P


See.. abih kontot celak Acu jadik pensel tulis Aina... :D


Tempat kejadian... :P

*
Kata Acu, patut laaaa Aina tekunnnnn ajer duk kat tempat kejadian tu. Bila Acu tanya, Aina watpe.. Lek jer Aina kata.. takde apa-apa... Rupa-rupanya, dia sudah menconteng arang pouch Acu, pakai celak Acu lak tu... Bila kegiatan haram telah dikesan, dengan muka innocent nya Aina kata... "tengok Acu, Aina dah pandai tulis huruf A"... muahahhahaaaa.... :D

Takpe lah Acu... redha jek laaa... See, Aina dah pandai tulis kan Acu kannnn??? Acu bangga tak???? :P




Monday, February 22, 2010

Dating Bersama Adnan...

Kan hari Jumaat lepas saya ada tulis yang saya ada temujanji dengan Adnan kannn??? Ramai pun yang dah dapat agak siapa si Adnan nih... Memang tepatlah dugaan kalian, Adnan Sempit..
Okeh... tayang dulu, gambar pelakon utama Adnan Sempit... :P
*
Yang dalam poster tu lah pelakonnya...
bukan yang comel depan poster tu... :P


Adapun, hari Jumaat yang lepas, saya telah menemankan KakSue dan anak-anak menonton cerita Adnan Sempit nih kat wayang JJ Tebrau. Kak Sue nih wife kepada bespren hubby saya. Dia pun cikgu jugak, mengajar di Sungai Kapal. Jadi kami berlima pun menontonlah Adnan Sempit tu Jumaat lepas. Cerita dah lama, tak ramai orang pun yang tengok. Tapi memang lawak tak hengat... Kami nak pecah perut gelak... hahahhaaaa. Ok laaaa cerita tu kalo nak tengok. Sempoi jer jalan cerita dia.. :D
*
Tempek sket muka saya dan Kak Sue...


Lepas tengok wayang, Kak Sue ajak teman dia pi City Square pulak, nak beli kasut Scholl idaman Kak Sue. Kat JJ Tebrau, takde saiz ler kekdahnye.. tu yang kena merempit ke City Square pulak. Hai Scholl... Scholl.. nape laaa ko slalu tak de saiz??? :P

Kak Sue sebok menerai kasut, ai sebok mengumpulkn bahan bukti amik gambo..

hahhahaaa... :P

*
Anak-anak kesayangan...

Aiman, Aina & Diba...

Supermodel kesayangan saya...

Anak-anak dah tahap boring, mak-mak lama beno dalam kedai... :P


E'ehhhh kenapa Ainin tiada dalam itu gambar??? Ermmm.. sebab, saya tak bawak Ainin hari tu. Tinggalkan ngan emak saya.... :P

Nasib lah memang ada saiz kasut yang Kak Sue nak tu. Puas hati Kak Sue dapat jugak kasut dia.. hahahaaa... Lepas dah dapat kasut idaman, acara memenuhkan perut sambil bergosip pulak laaa kan.
*
Memang agak penat hari tu. Pukul 7 baru selesai acara berjimba-ria. Namun saya senang hati, sebab Kak Sue belanja makanan sedap hari tu... Thank u Kak Sue... :D

Makanan dan minuman adalah tajaan Kak Sue... :)

Sekianlah kisah dating saya hari Jumaat yang lalu.... :)




Friday, February 19, 2010

Sambal Lempoyang

Siapa pernah makan sambal lempoyang, sila angkat tangan!!!!

Apa tu lempoyang???? Tak pernah dengar mahupun tengok lempoyang tu??? Lempoyang nih adik-beradik halia jugak lah. Pokoknya macam lebih kurang pokok lengkuas...

Pokok Lempoyang...



Isi lempoyang... macam halia kan???


**pictures credit to google image

Lempoyang ni sedap dibuat sambal. Ini sebenarnya makanan orang bersalin. Tapi saya, mak dan ayah sangat suka makan sambal lempoyang nih...
*
Sambal lempoyang lawan ulam kacang panjang, petai dan lada hijau.. yummehhh!!!
*
*
Macammana buat sambal lempoyang??? Tumbuk isi lempoyang dengan lada merah, bawang merah dan ikan bilis. Masa saya dalam pantang, memang ini wajib ada dalam menu berpantang saya selama 44 hari. Kalo masa bersalin, menu wajib ialah sambal lempoyang, ikan masak asam atau ikan bakar, sayur-mayur, buah... cukup. Kadang-kadang mak guna halia muda ganti lempoyang. Kebaikan lempoyang nih ialah untuk buang angin dalam badan. Memang bagus laa untuk orang lepas bersalin.
*
Apa rasa sambal lempoyang nih??? Rasanya pahit-pahit sedaplah gitu. Makan dengan nasik panas-panas... fuhhhh.... meleleh air liur. Ayah saya yang tak pernah pantang bersalin pun memang suka sambal lempoyang nih. Sanggup pi korekkan isi lempoyang nih suruh mak saya buat sambal.
*
Semalam mak saya masak sempoi giler. Sambal lempoyang, ikan kapak asam rebus, goreng ikan belanak dan ulam-ulam kacang panjang, petai dan lada hijau. Tapi u ollsss... siang malam mak makan bertambah.. apakahhhh??? :P
Eh kalo mak masak memang sedapppp je kannn... nape ekkkk??? sebab ko kalo duk umah mak ko memang femalasyyyy labuuuuu!!! hahahhahaaaaa..... Gambo sambal lempoyang dengan ulam tu gambo malam tadi. Masa makan tengahari, mak saya buat semangkuk sambal tu.. tapi bile malam dah tinggal ciput banyak tu. Saya taip entri nih malam tadi, baru lepas makan... tapi bila saya tengok gambo sambal tu rasa nak bukak tudung saji lagik, nasib baik laaaa dah abih licin sambal tu.. wakakkakaaaa... :P
*
Hmmmm.. nak suh mak buat lagik laaaa... Tapiiii... tengahari nanti saya takde, saya ada dating janji dengan Encik Adnan... huhuhuuuu... Siapa Encik Adnan????? Nanti ahhhh.. saya buat entri khusus tentang Encik Adnan nih... :D
*
Eh.. kalian pernah makan tak sambal lempoyang nihhh?? Ke tak suka??? Memang saya tau ramai yang tak suka.. tapi saya memang suka... ahahhahaaa..... :D


Thursday, February 18, 2010

Seram Dan Gediks...

Aktiviti biasa apabila hubby tak ade ialah movie-marathon. Bukan pi tengok kat wayang, tapi kat umah ajer... tu pun kat lappy sebab kat umah mak, DVD player dalam bilik dia... :P
Jadi cerita yang menjadi pilihan saya, yang pertama adalah cerita ini... yang saya tak sempat nak pi tengok dengan hubby. Cerita nih ada kat wayang lagik rasanya..... Genre Serammmmm....

*
*

Case 39...



Fuhhhhhhhhhh.... memang seram.... Mengisahkan seorang family social worker yang berusaha menyelamatkan sorang budak perempuan yang dikatakan didera keluarganya. Budak tu dapat diselamatkan dan budak tu minta untuk dijaga oleh perempuan tu. Akhirnya perempuan tu dapat jaga budak tu dan bermulalah kisah seram dalam kehidupan dia. Rupanya budak ni adalah seorang demon.. Giler ahhh citer nih, saya manjang tutup muka ngan bantal masa tengok... kahkahkahhhh... Bagi peminat-peminat cerita seram, boleh laaaa tengok citer nih. Saper pernah tengok citer Drag Me To Hell cerita pasal demon gak, tapi tu demon kat orang tua. Yang ni kat budak-budak...

Movie yang kedua, adalah movie menggediks... ahhahahaaaaa.....

*
*
*
*
*
*

Pisau Cukur...

Dah lama tak tengok cerita Melayu menggediks nih. Kalo dengan hubby kompem dia tak layannnnzzz... hahahhahaaa....

Untuk yang tak suka tengok cerita-cerita gediks, toksah laa tengok.. kang muntah darah lak tengok si Maya Karin ngan Fazura tu... :P

Ceritanya mengisahkan anak-anak tak berapa nak dara yang mencari calon suami dari golongan Dato' atau Tan Sri... pokoknya nak carik laki tua poket tebal lah. Fazura dah dapat sorang Dato', dan tolong si Maya Karin carik suami kaya-raya. Maka misi mencari suami kaya tu dilakukan di atas kapal semasa percutian diorang.... Ada satu kejadian yang tak disangka-sangka berlaku di atas kapal tu....

Saya suka cerita nih.. sebab lawak... hahahhaaaa... Ditambah dengan kehadiran Aaron Aziz yang menggetarkan jiwa... auwwwww... apsal mak lak yang gediks nihhh???. Fazura memang sesuai betul bawak watak macam nih. Saya suka Fazura walaupun dia gediks... wakakkakaaa... Bagi saya Fazura sangat comel dan sweet. Saya suka dia masa dia berlakon cerita Gol & Gincu lagi. Tapi yang paling best dalam cerita nih adalah Aaron Aziz.... wahhhh...gediksss lagik..kahkahkahh

Jadiiiii... kesimpulannya.......................

*

*

*

*

*

*

*

*

Pisau cukur anda cap apa???? lari topik :P



Wednesday, February 17, 2010

Kulit Oh Kulit...

Masa hujung minggu lalu, saya sempat berjalan-jalan ke JJ Bukit Indah. Terlanjur ada kat sana, singgah la ke kedai ini....


Mulanya rasa nak survey ajer. Tapi memang beli jugak lah akhirnya...

Memang saya sedang mencari produk facial dan skin care yang baru, sebab sejak makin tua lately nih, kulit saya dah bertukar dari oily kepada dry. Dulu memang kulit saya nih berminyak. Kalau bermekap, kejap jer dah berkilat-kilat muka. Tapi sekarang nih, kulit saya senang kering pulak. Suka sangat menggelupas sana-sini. Selama nih saya gunakan produk Body Shop range Whitening, tapi bila tengok masalah saya tak dapat nak diatasi, mula laaa menggedik nak carik brand lain pulak.

Jadi, saya pun surveylah range for dry skin dari Skin Food nih. Rupanya, di Skin Food dia tak jual satu set terus. Macam untuk dry skin, SA suggest facial wash dari range Black Sugar. Tapi untuk skin care yang lain macam - toner, mosturizer cream, serum & sun block dari range Agave Cactus. Agave Cactus range nih macam new comer kat Skin Food nih, tapi dikatakan sesuai untuk kulit yang dari jenis kering dan sensitif. Sebab nih produk baru, biasa lah kan SA dia for sure nak promote produk baru punye. Saya tanya selain dari jenis ni, mana lagi yang sesuai untuk dry skin, tapi dia cakap yang ni lah paling sesuai. Eh.. betul ke u olls?? Saper yang biasa dengan Skin Food nih, untuk dry skin takde yang jenis lain ker???

Saya ambil jugalah mosturizer cream dia. Actually ada dua jenis cream nih, satu Light dan satu lagi Hydrating. Hydrating ni lebih concentrated lah, sesuai pakai waktu malam. Untuk siang pakai sikitttttttt ajer. Saya ambil yang Hydrating.

Dah beberapa hari guna cream nih, saya suka!!! Sebab memang melembapkan kulit. Kulit saya dah tak rasa tegang-macam-pakai-topeng-muka lagik. Rasa lembuttttt jer muka macam kulit baby.. wahhhh tak agak-agak... :P
Tapi memang betul. Bahagian kulit muka saya yang menggelupas kering hari tu pun nampak dah bertambah baik... serius suka giler. Menariknya cream nih, walaupun dia melembapkan muka, takde lah jadik berminyak kulit muka nak-nak bila pakai mekap. Cream nih cepat je serap dalam kulit bila kita sapu.. dan kulit kekal lembap sepanjang hari. Memang ai heart this cream very much!!! :D
*
CUMA... tang harga dia memang tak berapa nak heart sangat. Rasa mahal jugak lah cream nih, bukan cream nih jer.. range Agave Cactus nih memang agak mahal... Sebab produk baru ke hape ntah?? Tercekik ahkak tengok reganya nyahhhhh!!!! Cream ni saja RM 119. Nasib baiklah cream ni memang best, dan saya rasa tahan lamalah sebab pakai sikit aje kan. Untuk toner, serum pun sama RM 100++. Saya belum beli toner lagi, sebab toner BS saya ada separuh botol lagik, sayang pulak kannnn. Tapi tulah, ada tak lain range selain dari Agave Cactus nih ,untuk kulit kering ekkkk???
*
Untuk facial wash pulak, dari range Brown Black Sugar. Saya tak beli pencuci muka, sebab pencuci muka BS masih banyak lagi. Kena habiskan dulu.. kang ke bakul sampah jer jadiknya. Tapi saya sudah angkat ini tak pasal-pasal Black Sugar Deep Cleansing Cream untuk remove the dense make-up. Sebelum nak cuci muka, hilangkan mekap dulu. Selalu pakai wet-tissue jer, tapi saja nih nak try cleansing cream pulak. Yang range Black Sugar nih harga ai heart jugak, sebab dalam RM 50++ jer. Cleansing cream nih pun RM 55. Bila pakai, pun saya suka sebab mekap memang tanggal betul. Bila lap dengan tisu atau kapas, rasa smooth jer muka.. besttttt.. mak sukak.. cuma mak nak kena rajin jer lah guna nih untuk tanggal mekap. Biasa mak malas guna cleanser, pakai wipes jer.. :P
*
Yang nih kompem sok facial wash saya dah habis, saya akan pi beli.. sebab saya cheap skate harganya lagik murah dari BS yang saya guna... :P

Tapi, saya sudah mula jatuh hati dengan produk Skin Food nih. Lagipun bekas dia cun laaa... comel aje... :) Masa beli tu dapat banyak gak free gift - memang mak sukak!!! Saya dapat Black Sugar Jelly Foam, Agave Cactus toner, serum dan sun block. Saya suka juga produk nih sebab bau dia best.. sweet gitu.. :D

Itulah cerita saya tentang Skin Food yang saya dah rembat nih. Untuk menghilangkan curious saya tentang cactus nih, saya tempek sekali gambo Agave Cactus nih.. Beso gilak pokok dia..... hahahhaaaa.. :P



Tuesday, February 16, 2010

Last Minute Punyer Plan...

Sebenarnye hari nih memang tak ada apa-apa plan pun. Bajet nak duk umah makan tido lepak-lepak jer. Mak ayah aku pun dah siap-siap mengemas kebun sekangkang kera kat belakang umah, tengah lepak-lepak kat pondok. Tetibe mak ajak piknik... Dan tetibe ajer semua orang kata okeh walhal dah pukul 10.30 pagi. Mak kata mak nak masak nasik ngan asam pedas ikan parang dulu... karang senang, bawak bekal. Hokehhh.. mak masak, saya dengan ayah pi Tesco beli jajan dan ayam untuk di goreng di tempat kejadian.
*
Maka gedebak gedebuk, pukul 12pm baru kitorang gerak. Sebelum tu sempat saya calling-calling adik saya yang sedang bercuti kat KL untuk join piknik-terjah kitorang nih.... Dan setelah dipaksa, maka adik saya tu pun paksa-rela jugak join dari KL.. memang sewel.. wakkakakaaa...
*
Mulanya kami merancang nak ke Tanjung Encik Leman, tapi bila dah sampai kat Desaru tu.. tak jumpa pulak signboard Tanjung Leman Encik Leman dah bawak lari hagaknye.. hahahhaaaa... maka Puan Kapitan pun mengubah haluan ke Tanjung Balau. Janji laut, ade haku kesah kat mana??? :P.
Lebih kurang pukul 2 kami sampai kat Tanjung Balau. Siap-siapkan tempat, ayah prepare dapo untuk goreng-menggoreng. Terus saya goreng ahyam dan kentang.
*
Layan gambo dulu....
*
Langit biru...

Saujana mata memandang...


Mak tersayang.. ada macam muka saya tak?? :P

Dapo instant kami...


Ahyam goreng...

Pak aji & Mak aji...


Budak-budak yang comel bersama acu yang tak berapa nak comel

Lepas makan, memang tak bley handle tengok laut yang terbentang luas. Dah lama rasa tak berendam dalam laut. Cuaca pun sedang elok jer, tak panas sangat.. agak redup jugak. Kami tak menyempat nak tunggu Auntie Ngah dan Cik Zura, maka... saya, anak-anak dan Acu pun terjah laut.

Ibu dan anak-anak yang sama comel possing dulu...

Konon-konon malas nak tuko seluar, nak main-main tepi pantai jer.. dapat rendam-rendam kaki pun jadik ler. Tapi hampehhhh... Anak-anak bile tengok laut, mana dapat ditahan dari nak main air btol-btol. Maka saya terpaksa jugaklah tuko seluar lain, nasib bawak spare.
*
Lawaknye Aina, dalam pada teruja tengok laut yang luas tu, sempat tanya..
"Ni macammana nak mandi ni???" wakakakkaaaaa.... Hadoiii nakkkk.. mentang-mentang laa selalu asik acara terjun kolam jer, jumpe laut dah tak reti nak mandi ekkkkk??? :P
Main sama-sama ye adik...
Adik yang selama ni takut air pun,
kemain lagik berendam.. taknak ibu pegang dia.. :P



Gambo-gambo berendam masa Auntie Ngah dan Cik Zura datang join, tak sempat diambil.. pasal, semua orang nak main air.. tak de sape nak layan kamera.
*
Bile dapat berendam bersama adik beradik, saya-Lia-Yan... yang tak ada cuma adik lelaki sajer, tiba-tiba saya rasa syahdu. Teringat kenangan silam kami masa kecik-kecik. Acara piknik adalah acara percutian yang selalu ayah dan mak buat untuk kami sekeluarga. Memang kami selalu sangat piknik. Bukan tido chalet pun, mana lah ada bajet nak sewa chalet bagai. Tapi ayah dan mak tetap nak bawa anak-anak bercuti macam orang lain jugak. Jadik mak akan masak-masak.. dan kami akan pergi berpiknik di tepi laut bila cuti sekolah. Pagi sampai, petang balik. Happy sangat masa tu. I really miss the old times together. Mak dengan ayah memang suka sangat bawak kami mandi laut. Oh ohhh.. kenangan silam yang sungguh touching!!! Sekarang nih, memang susah nak berkumpul jalan-jalan macam nih. Masing-masing dengan kesibukan masing-masing. Lagi pulak mak dengan masalah kesihatan dia. Jadi bila hari ini kami berkesempatan untuk bersama-sama lagi berpiknik, saya terasa macam sesuatu yang indah. Saya lihat mak dan ayah pun happy sangat. Seronok sangat dapat main tolak-tolak dan kejar-kejar adik-beradik. Lebih seronok bila saya dan Yan dapat buli rendam kepala Angah dalam laut.. kahkahkahhhhh.. Sungguh anak-anak pun nganga tengok ibu diorang yang tiba-tiba lagik hover dari diorang.. :P
Saya pun, mentang-mentang laki takde depan mata, adalah tak segan-silu berperangai macam budak-budak.. muahahahhaaaa....
*
Whatever it is... we were having a GREAT time together as a FAMILY today... Sekarang nih baru rasa penat.. tapi tetap nak mengupdate jugak...
*
Kalian... masa lalu apakah yang paling kalian rindukan??? Cuba kenang-kenangkan... :)