Thursday, September 10, 2009

Kisah Kuih Raya Saya...

Bile membaca pertanyaan Yu.Es di ruangan komen di blognya, berkenaan saya buat kuih raya atau tidak.. saya hanya tersenyum sahaja. Cuba mengimbas-imbas kembali bilakah kali terakhir saya membuat kuih raya... hmmmm... ketika zaman bersekolah kot, atau masa zaman anak dara dulu.

Sejak berkahwin, saya masih belum pernah lagi membuat kuih raya. Sebab utama adalah kerana ketiadaan oven. Maka memang sejak berkahwin, kami suami-isteri hanya membeli sahaja. Samada saya atau suami akan order kuih-muih biasanya yang dijual oleh kawan-kawan kerja.

Namun tahun ini, saya dan suami telah bersekongkol untuk tidak membeli kuih raya sangat. Kenapa??? Sebab... pengalaman masa lampau, kuih raya kami biasanya tak habis pun. Buang duit begitu sahaja. Kenapa tak habis??? Yang pertama kerana tak ramai pun orang yang datang bertandang. Kedua... kalaupun ramai kawan-kawan yang datang, biasanya saya lebih suka memasak untuk mereka, paling tidak pun mee goreng, jadi kuih raya tidak begitu mendapat sambutan. Kerana itulah di akhirnya, kuih raya pasti tidak habis.

Maka tahun ini, saya tidak lagi gila-gila membeli sampai enam,tujuh jenis kuih raya yang belum tentu sedap. Apa yang saya order ialah...

Popia riben sedap
Kerepek pagoda sedap
Kerepek pisang tanduk sedap
Blueberry cheese tart yang super duper sedappppp!!!
Kek buah kukus nyamnyammmm

Itu sahaja. Lebih kepada kerepek-kerepek yang mana kalo tak dimakan oleh tetamu pun, kami suami-isteri boleh perabihkan tanpa ragu. Empat yang di atas merupakan order wajib setiap tahun. Blueberry cheese tart itu memang betul sedapppp. Saya dah banyak rasa, tetapi yang satu ini yang paling sedap, walaupun harganya RM28 untuk 50 biji... namun puas hati!!! Wahhh... bercerita pasal tart ini, buat air liur saya kecur.. Biasanya kuih nih, saya yang banyak makan...kahkahkahhhhhh. Bukak peti ais je, amik sebijik. Mungkin saya patut keluarkan kuih itu dari senarai untuk dihidang, sebab nanti belum sempat orang datang, kuih tu dah selamat dalam perut saya dulu... :P

Jadi kawan-kawan... sesiapa yang berada sekitar johor ni, jemputlah datang beraya di teratak buruk saya yer... Wahhhh.... awalnya saya menjemput orang datang??? Puasa ada sembilan hari lagi.. Tak apalah, saya jemput saja.. nanti jemput lagi.... :)

Kalian pulak... sudah hitung-hitung kah berapa jumlah kuih raya yang diorder atau dibuat???

P/S.. apsal ntah, tulisan yang di bawah merah itu pun bold jugak.. puas saya betulkan, sama jugakkk.. sukati ko lah labuuuuuuuuuu............ :P

13 comments:

MS said...

kawan kat kelate pun nak g jugak beraya umh hang

cuba bagi duit raya kat my adib ala-ala tiket penerbangan pergi balik kelate-jb sure sampai ;-)

Unknown said...

tahun ni (dan tahun2 lepas :P) adalah kuih tunjuk saje. reason yang sama, takde oven. hehe.

Ella said...
This comment has been removed by the author.
Ella said...

aku punbeli satu dua jenis je babe.
xde sapa nk makan.
beli kerepek2 senang. x habis, kita pun leh makan sambil tgk TV. haha

opss..7 tahun aku kawin, this yr 1st time aku beli Oven.
Semangat nak buat kek katanya.
Kita tgk jelah jadik ke tidak kek raya tu nti..

akan ku make sure dtg umah ko raya nti..hehe

Nanak said...

memandangkan aku di sabah, sudilah kiranya mengirim sebiji dua bluberry cheese tart itu..hehehee

~Umi.Sufira~ said...

aku nak dtg umah ko!!!!kuikui...akupun lemau betullah nyah nak buat kuih tahun ni..isk isk....dah brapa orang seru pun semangat belum mari!isk isk..

IntanSham said...

MA... aku bg tiket kat adib, adib je laaa yg dtg, mama dia dlm pantang kena duk dendiam kan adib kannn...;p

ZZ.. mmg alasan itu sangat kuat utk tidak membuat kuih raya kankankannnn

ella..wahh..nak buat kek yer, best tuuu... ko jgn lupa dtg beraya kat umah aku tawwww

alaaa nanakkk... jgn laa buat permintaan..permintaan ibu2 mengandung nih susah nak tolak tawwwww...iskiskkkk

mimi.. xpe laa nyah,kalo ko x lalu nak buat, ko p jek laaa tunjuk2 kat angsana ke...hahahahaa

nonie said...

ha'ahla your entry ni mengingatkan nonie yg ber oven ni pun sejak kawin cam tak pernah gak buat beskut raya huhuh... dok bakar ayam ke, daging ke, bingka ke pernahla.... tapi kuih raya tak pernah lagi rasanya... ntah bilala nak sampai seru buat kuih raya... bab beli tu pun sama, takde membeli pun utk umah sendiri... strategy kitaorang thn ni, kita beli jer utk mak2... pastu bila balik dari umah derang kita hangkut kuih muih yg ada kat derang tu huahuahua....

Fid said...

mak wat kuih raya lps raya la ya
sbb raya mak kan balik kg hehehehehehehehee

satu habuk aku tak buat lagi!

Fid said...

ya la aku buat kerepek laaaa

IntanSham said...

nonie... alasan je tu x de oven x leh wat kuih..agaknya kalo ada ntah buat ke tak..hahahahaa

fid..ko wat kerepek nyah?? kerepek hape ko buattt???

cysev3n said...

mak pun takde oven.. bila si dia sebut² kuih raya, eksyen je dia kata, "kalau takde oven, skarang pun bley beli.." hmmphh.. senarai kuih raya mak adalah seperti yg tertera di checklist raya kat blog :P

IntanSham said...

CY..skang xde oven, blh laa nk bg alasan tu..sok2 kalo si dia belikan ai oven, hagak2 nak pakai alasan hape pulak kalo malas gak nak buat ekkk...hahahhaaaa