Monday, September 28, 2009

Riang Ria Aidilfitri 2009...

1 Syawal @ Ayer Baloi, Pontian...

Baju Raya kami satu family sponsored by MIL,
kenalah pakai di pagi raya, walopun tak sedondon... :P

Bersama my MIL...



Anak-anak dan sepupunya, cucu lelaki tunggal setakat ini...



2 Syawal @ Pasir Gudang,

Sebelum balik ke Muar...

Bersama keluarga terchenta dan bakal adik ipar(?)

Align Center
Bersama adik bongsu dan adik lelaki ku...


On The Way To Muar...

My angel...


Kami seiraskah???... :D



Ini aktiviti adik setiap kali dalam kereta...

Sleeping beauty.... :P



Cukuplah, muntah pulak karang korang tengok gambo-gambo nihhhh... hehehheeeee.....

Cerita Raya Saya...

Masih belum dapat meng'upload' gambo kerana server yang lembab macam siput. Tapi sebab hati menggeletek nak update juga kisah Hari Raya, maka saya teruskan jua membuat entri.

Ini kali keempat saya menyambut Hari Raya bersama-sama suami. Tradisi yang kami meterai, pada Hari Raya pertama, wajib mengunjungi rumah kedua-dua belah ibu-bapa. Rasionalnya, pada Hari Raya pertama dapat mengucup tangan kedua-dua belah ibu-bapa. Lagipun kampung kami berdekatan sahaja. Jadi tak perlulah nak tunggu Raya kedua atau ketiga untuk memohon kemaafan dari ibu-bapa. Maka tahun ini, jatuh giliran malam raya saya di rumah mertua di Pontian. Kesedihan malam raya tak bersama keluarga sendiri, taklah sehebat kali pertama dulu. Dulu, malam raya tu airmata dah bergenang je. Tapi kali ni dah ok-ok saja. Pagi 1 Syawal, macam biasa bermaaf-maafan bersama hubby dan ahli keluarga yang lain, kemudian yang lelaki Solat Raya dan menziarahi pusara bapa mertuaku. Balik tu, dah ada adik-beradik mak mertua serta sepupu-sepapat hubby beraya. Selepas Zuhur.. kami bergerak ke Pasir Gudang pula. Kat Pasir Gudang memang takde feeling raya sangat pun. Lengang.. ramai yang dah balik kampung, almaklum rumah taman. Tapi yang penting dapat cium tangan mak-ayah dan makan lauk-pauk yang mak masak.

Hari Raya kedua, kami balik ke Muar, menziarahi mak-pak sedara dan sepupu-sepapat belah mak saya. Hari Raya ketiga, beraya di Muar lagi, menghabiskan rumah-rumah yang belum diterjah. Petang, sebelum balik, Mr Hubby sempat tolong mak-ayah saya panjat pokok duku lagik... :D Kemudian lepas Asar baru kami bergerak balik ke Pontian. Mak dan ayah pun ikut sekali nak beraya umah besen besan.

Hari Raya keempat barulah sambung beraya di Pontian. Destinasi perayaan yang kami sempat terjah serata Ayer Baloi, Pontian-Batu Pahat-Yong Peng-Felda Bukit Ramon-Johor Bahru. Beraya umah sedara-mara hubby nih lebih dasat, sebab banyak betul umah sedara dia yang nak kena terjah. Biasanya keluar beraya dari tengahari sampai ke malam. Balik umah terus gedebushhhh tido bersama perut kenyang tak hengat.

Raya kali nih seronok berbanding tahun lepas. Sebab.. Aina dah tahu erti hari raya. Dah nampak macam anak dara btol anakku yang sorang nih.. hahahaaa.... Duit raya pun dah pandai simpan elok-elok dalam 'handbag' dia, tak payah bagi ibu simpan lagi. Kalo orang bagi lebih duit raya suh bagi adik, dia bagi satu kat adik dia. Ainin pun dah tak berapa baby sangat kannnn... dah pandai bersalam-salam dan happy-happy time beraya. Nasib dia tak bad mood. Tapi hambek, segala kuih raya dia nak. Asik tunjuk balang kuih je sambil cakap "Nak, Nak".. :P
Cuma kureng sikit sebab dia lom pandai jalan lagik, masih nak berdukung... heheheee
Saya tak sabar nak tunggu raya tahun depan. Tahun depan, anak-anak makin besar harap-harap yang kecik lom ada lagik, semoga perut mak pun tak membesar lagik tahun depan, kalo nak berisi pun biarlah masih boleh sarung baju kurung, boleh melaram freely... kahkahkahhhhhhh..............

Tapi betullah kannn... Puasa sebulan dapat turun sekilo-dua, tapi satu hari beraya jek, confirm dapat cover sekilo-dua tu balik. Tu baru satu hari, kalo 29 hari beraya???? lu kiralah sendirikkk
Kena tahan napas, kontrol macho nih... Muhasabah diri di hadapan makanan.. hahahahhaaa....
Apapun mood raya masih berlegar-legar dalam diri saya. Hari nih kat skolah pun macam sengal jekkkk... Sibuk cakap kat anak murid, dah jangan ingat nak beraya je... tapi cikgu pun masih semangat beraya.... huahuahuaaaaaa....

Kalian macammana?? Seronok beraya????............

Sunday, September 27, 2009

Raya Nan Sibuk...

Wahwahhhh... Raya bersungguh-sungguh nampaknya aku. Sibuk sungguh menghabiskan cuti raya dengan beraya dan dirayai (apakahhhh???). Memang langsung tak berkesempatan nak bukak blog, terjah cerita-cerita raya kawan-kawan apatah lagi nak buat entri tentang raya tak habis-habis.

Nak buat entri raya haruslah ada gambar kan, barulah syiokkkk sikit.. tapi camera tertinggal kat umah ibunda pulak.. makanya, teruslah aku mandommm nak buat entri pasal raya nih ketika ini. Jadi esok-esok ajelah aku buat entri pasal raya nih macamlah ada orang amik kisah pun pasal raya haku kannnn.

Jadi sekarang ini adalah masa untuk terjah blog kawan-kawan....

- sekian -



Saturday, September 19, 2009

Di Ambang Raya...

Saya masih di rumah, cadangnya nak gerak balik ke Pontian malam tadi lepas berbuka, tetapi projek pasang langsir dalam bilik-bilik tak siap lagi, maka perjalanan kami ditangguhkan hingga ke lepas bersahur pulak. Nampaknya kerana kepenatan servis rumah untuk kali terakhir, saya dan hubby tak sedar-sedar langsung masa sahur. Bukak-bukak mata sudah pukul 7.05 a.m... haru!!! Tak apalah, yang penting rumah sudah siap berkemas. Nanti bila balik dari kampung tak perlulah sibuk-sibuk nak menghias rumah lagi. Memang saya akan memastikan keadaan rumah saya menyenangkan mata memandang sebelum balik ke kampung berhari-raya sebab tak mahu nanti saya yang penat.. dah lah penat balik kampung, penat nak berkemas pulak!!!

Saya terus bangun sebab teringat ada baju yang perlu disidai. Tapi nampaknya ketika saya sedang menaip ini, kesemua chenta hati saya masih lagi lena diulit Intan mimpi. Tak apalah... tunggu diorang bangunlah baru bersiap-siap.

Di kesempatan ini, saya Sayang Ibu @ www.mypreciousever.blogspot.com ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika seandainya sepanjang persahabatan kita di alam maya ini (meski ada yang tidak pernah bersua muka), ada kata-kata mahupun penulisan saya yang menyentuh hati, mengguris perasaan kalian sama ada secara sengaja mahupun tidak.. saya hanyalah manusia biasa yang seringkali melakukan dan mengulangi kesilapan. Juga kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri, semoga Aidilfitri ini membawa cahaya dan kebahagiaan kepada kita semua. Berhati-hati di jalan raya, pandu cermat jiwa selamat.... Semoga kita bertemu lagi di alam maya nanti... saya pasti merindui kalian!!!

p/s... saya tahu ucapan ini adalah terlambat kerana ramai bloggerz-mommies yang sudah terpisah dari alam maya ini... Apapun.. better late than never kannnn... :)



Friday, September 18, 2009

Kekesalan Itu....

Kekesalan saya yang tidak berkesudahan DiSini adalah kerana ini....

.
.
.
.
.
.
.
.








Kemalangan dalam kesesakan jalan semalam akibat kelalaian saya, telah mengakibatkan kereta kami terpaksa tersadai di bengkel sepanjang cuti Raya ini hinggalah entah bila. Menunggu procedure insuran, order spare part dan itu dan ini... entah bilalah saya dapat bertemu dengan si kelabu kesayangan si dia ini. Maka akan patah kakilah saya sehingga ianya siap diperbaiki.

Namun, di sebalik kejadian itu.. mujurlah saya dan anak serta mak dan adik tidak apa-apa. Kata si dia, "apalah sangat kereta itu nak dibandingkan dengan keselamatan you..." and that's cause my tears!!!!! Syukur... memang bersyukur yang saya sodok itu kereta Waja.. kalau lori ke hape... lain pulak ceritanya....

Sudah hati ke hati dengan si dia, dan saya lebih tenang sekarang....

Sekarang fahamkah mengapa saya berperasaan sedemikian? Kalau kalian.. tidakkah merasa perkara yang sama???

Married To An Angel???

Saya telah melakukan sesuatu yang tak terjangkau dek pemikiran dan tidak dijangka-jangka apatah lagi apabila esok lusa sudah Hari Raya. Sesuatu yang pasti boleh menaikkan darah orang kalo tak ia-ia...

Sesuatu yang membuatkan saya menggigil, trauma sehingga ke saat ini. Sesuatu yang merudumkan mood saya menjadi sifar, sesuatu yang saya tidak mahu ingat-ingati namun masih terbayang-bayang di pemikiran saya. Kalaulah masa boleh diputar semula, saya pasti akan mengelakkannya.

Sesuatu yang saya lakukan itu, saya jangkakan akan menimbulkan kemarahan Suami saya. Memang saya menanti saat-saat dimarah untuk julung-julung kalinya....

Namun saya memang tidak menduga bahawa si dia langsung tidak marah... LANGSUNG okehhhhh... Namun ketenangan si dia membuat jiwa saya lebih tak tentu arah. Saya merasakan saya telah merosakkan segala keseronokan kami menyambut Syawal yang mulia ini. Saya merasa terlalu bersalah walaupun saya telah memohon maaf darinya meski Syawal belum menjelma. Namun dia begitu tenang, saya tahu dia ingin marah namun kenapa dia tidak melempiaskannya kepada saya.

Saya sepatutnya bersyukur kerana tidak dimarahi, namun ada sesuatu yang terbuku di dalam hati saya yang saya pun tak tahu entah hape. Namun cukup membuatkan saya tidak tenang, hati libang-libu rasanya. Saya rela dia marah, benar saya rela... namun bila dia tidak marah, saya merasa lebih berdosa. Am I married to an angel???? Tidak pernah saya jumpa insan setenang dia.

Kalaulah dia tahu, di dalam hati saya ingin saya nyatakan.... "Abang, I am sooooooo damn regret for all this... Maafkan saya sayang...."

Pernahkah kalian melalui situasi seperti saya??? Melakukan kesalahan, namun diterima dengan penuh ketenangan? Tidakkah keadaan itu mengocakkan ketenangan hati anda pula????



Wednesday, September 16, 2009

Terlaksana Sudah...


Tadi pagi kan saya bisik-bisik yang saya mahu bikin kek coklat kukus sepertimana yang telah dibuat oleh bakal besan Cik Fid.

Saya kan memang beria nak try buat kek ini tau. Sebab nanti saya nak ajar anak-anak dara saya. Nanti esok-esok mak mertua anak saya tanya,

" Wahai menantuku yang cantik jelita lagi berbudi bahasa, pandai tak buat kek cekelat kukus?"

Tak naklah kan nanti anak saya tersipu-sipu malu sebab tak tahu buat... Hah, sungguh pandang ke depan kan saya? Moral of the story, saya memang ibu yang baik merangkap bakal ibu mertua yang hebat sebab telah melengkapkan segala ilmu kepada anak dara saya... Kahkahkahhhh....
Okeh... Cukup!!! Merapu sudah dari niat asal... Maka, sepulangnya saya dari sekolah tadi, dengan berkobar-kobar saya telah memulakan misi membuat kek. Memang mudah sahaja kek ini sebenarnya. Walaupun baru pertama kali membuatnya, saya dapat melaksanakannya tanpa sebarang masalah.
Dengan itu, marilah menjamu mata... Jamahlah sorang sikit yer.... Sila... Silaaa......

Ehhhh... Kek ini kan, sangat sedapppp tawww... Bukan puji diri sendiri, tapi memang betul sedap. Tak percaya, try lahhhh... Bagi penggemar coklat, kek ini pasti akan menjadi pojaannn hatimu. Rasa coklatnya yang begitu moist melalui anak tekak dengan begitu sempurna sekali. Saya rasa macam kek coklat dari kedai resepi rahsia itu pulakkk... Sangat puas hati. Paling penting, Mr Hubby pun suka. Sebab senang nak buat... memang boleh buat selalu.

Saya tempek juga resepi nya di sini supaya boleh menjadi rujukan saya dan kawan-kawan di masa hadapan...

Bahan-bahan

1 cawan gula perang

1 cawan susu berperisa coklat

1 cawan minyak masak

3/4 cawan serbuk koko

1/2 cawan susu pekat manis

1 1/4 cawan tepung gandum

1 sudu teh bikarbonat soda

1 sudu teh baking powder

3 biji telur

Cara-cara :

- Ayak tepung, bikarbonat soda dan baking powder.

- masukkan serbuk koko, gula perang, susu segar, susu pekat manis dan minyak dalam periuk dan panaskan atas api kecil hingga larut, matikan api.

- pukul telur hingga kembang dan masukkan bancuhan koko tadi.

- masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati.

- tuang dalam loyang yang dilapik dengan kertas minyak dan disapu minyak/butter

- tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukus yang telah dipanaskan.

- Angkat dan sejukkan

Itu sahaja, nampak susah tapi mudah sangat sebenarnya. Oleh kerana kek ini menjadi dan rasanya pun sedap, maka saya akan meneruskan niat untuk membuat lagi 2 buku kek untuk diberi kepada emak-emak saya yang tersayang...

Ketika saya menaip ini, sebuku kek lagi sedang dikukus, menanti untuk masak.... :)

Masa Menghangkut Kuih Raya...

Sejak semalam merupakan hari pembahagian kuih-kuih raya kepada yang meng'order' di sekolah saya. Hari ini, giliran saya mengagih-agihkan blueberry cheese kepada yang telah menempah. Tidak lupa kacang pistachio dan gajus yang disupply oleh kakak ipar saya. Semalam saya telah menghabiskan separuh bungkus kacang gajus... Kata Hubby, kalo ada belen.. kita makan sajalahhhh sampai muntah... hahahhahaaaa....

Hari ini juga saya telah mendapat kek kukus yang sangat sedap yang saya order dari kawan saya. Kerepek-kerepok saya masih belum dapat lagi. Menurut kata GPK HEM merangkap pengedar tunggal kerepek di sini, esok baru akan diagih-agihkan sama rata. Nampaknya Tuan Guru Besar juga tidak ketinggalan mengaut keuntungan berniaga sempena nak raya nih, saya nampak dia sudah mengagih-agihkan kuih kapit tadi.

Ohhhh... suasana sekolah saya sudah macam Pesta Jual Kuih Raya di Angsana.. Hahahhaaaa... Kalau orang JPN datang buat pemantauan, haruslah ada yang kena bambu.... :P Saya harap tiada orang JPN yang membaca blog saya ini... Kalau ada, ampun maaf dipinta, Selamat Hari Raya... :)

Anda yang membuat kuih tunjuk, bagaimana??? Sudah menghangkut kuih rayakah???

Psstttt... Hari ini, saya berangan nak buat kek coklat kukus macam yang Cik Fid buat. Semalam sudah hangkut Mr Hubby p T*esco membeli barang-barang buat kuih. Kalau jadi dan sedap, saya bercadang nak buat untuk mak dan mak mertua saya jugak. Kalau tak jadi dan tak sedap, saya paksa Mr Hubby saja habiskan.. ehehheheeee.... :P
Nanti saya tayang di blog yer. Tapi kalo tak tayang, tak payah tanya.. paham-paham sendirik sudahlahhhhhhh........................ hahahhhaaaa


Tuesday, September 15, 2009

Mood Mengemas Rumah...

... Atau mungkin Mood Menghias Rumah sudah mari??? Rumah saya sudah siap dicat kelmarin. Jadi sekarang tugas menyempurnakan suasana rumah sudah tertunggak di atas batu jemala saya. Sabtu lepas, saya sudah melakukan proses mengemas fasa pertama, di mana segalanya celah-bedah saya terokai. Cuma mengelap tingkap masih belum dapat disempurnakan. Malam tadi Mr Hubby telah menjadi mangsa kerahan tenaga saya, di mana saya telah meminta dia menggantung bling-bling kristal hapekejadah nama dia entah tapi ianya jurai-jurai yang seperti ini....

Tetapi saya punya tidaklah warna-warni seperti juraian itu. Saya punya lebih kepada bentuk kristal dengan gabungan warna hitam-coklat-maroon. Saya minta Mr Hubby gantungkan di antara ruang dapur dan ruang makan, supaya tidaklah nampak kosong sangat. Sudah lama mengidam benda ini di SSF, gara-gara terpengaruh dengan Deko Bersama Eric... Tetapi saya punya SSF tak nak sponsor... huhhhhh..... Tapi tak kisahlah, bila ianya sudah bergantung begitu, saya nampak ruangan itu bercahaya dan cantik.. saya suka sangat, Mr Hubby pun suka walaupun mula-mula macam tak berapa suka sebab dia tak nampak lagi apa faedah menggantung juraian itu. Lepas gantung, dia kata kalau beli sikit lagi, lebih cantik.. nampak banyak sikit. Jadi saya ajak dia ke SSF lagi nanti... Sebenarnya ke SSF bukan nak membeli sangat pun, tetapi kami suka ke sana untuk lihat-lihat idea deko yang ada. Nanti bila ada idea, boleh carik kat tempat lain yang lebih membuatkan poket bernafas lega... :P

Memang bila Raya makin dekat, semangat saya menghias rumah semakin menggebu-gebu. Saya suka bila Hari Raya, ada sentuhan yang berbeza sedikit di rumah saya. Bukan mesti berlangsir baru atau berperabot baru.. tetapi mesti ada yang lain sedikit dari deko hari-hari biasa. Sejak kahwin saya rasa saya pun dah macam mak saya yang beria-ia mengemas rumah. Dulu masa anak dara... bila nak raya, kena ketuk baru lah sibuk tolong-tolong... hahahahhaaaa... Bila dah berumah sendirik, perasaan terujanya lain sedikit. Sesuailah dengan gelaran ibu beranak dua kan.. :P

Kali ini pastilah lebih teruja, sebab Mr Hubby sudah menyempurnakan bahagian warna-warni rumah. Haruslah berterima kasih pada si dia kerana telah memberi saya peluang mempunyai feature wall di rumah saya pun hasil pengaruh Eric Leong. Kalo ikutkan dia nak sama colour sahaja.. sebab tu ai sayang u,sebab u selalu ikut cakap ai yang bernas

Susun-atur saya sudah buat. Tapi masih ada tiga benda yang saya mahu cari untuk menambah deko di rumah saya, iaitu....
1. Tikar buluh
2. Pasu kaca yang tinggi
3. Bilah-bilah buluh berwarna gelap untuk diisi di dalam pasu kaca itu

Nasib baik hari Jumaat sudah diisytiharkan cuti, bolehlah saya touch-up rumah lagi dalam suasana yang tenang sebelum balik ke kampung. Juga nasib baik minggu ini saya sudah beraya, jadi energetic sikit untuk mengemas-ngemas nihhhh.... :)

Eh.. kalian bagaimana? Mood mengemas/menghias rumah sudah mari kah???

Monday, September 14, 2009

Ahli Baru...

Tidak sabar-sabar saya mahu ke sekolah ini hari.



Kerana mahu mengambil ini...




Yang berisikan ini di dalamnya...
13 pcs Germany Dinner Set...





Bolehlah 'ahli baru' ini diisikan di sini....




Memang sudah penuh
Jadi tea set yang ini, sudah bolehlah dikeluarkan
sebagai basahan di Hari Raya...


Oh... sebelum dimasukkan sebagai bahan pameran, malam ini set tersebut akan dirasmikan dahulu. Hidangan yang difikirkan sesuai... Spaghetti Bolognaise mungkin.. matching tak dengan set tersebut??? Hahahahaaa....

Sebenarnya saya join cikgu-cikgu kat sekolah main kutu jalanan dengan Koperasi Tentera. Satu set. RM350, bayar RM35 sebulan... selama 10 bulan. Ok lah kan... saja suka-suki mencukupkan ahli mesyuarat tingkap.

Dulu saya bukanlah fanatik Vantage. Mula-mula dulu main untuk tea set bersama Kak Sue, juga join Koperasi Tentera. Kemudian ayah saya baik hati hadiahkan satu lagi tea set sebab masa tu, company tempat dia kerja bagi hadiah raya tea set vantage dan kebetulan adik lelaki saya pun bekerja di situ, maka sebab ada dua set.. maka ayah saya bermurah hati bagi kat saya satu... :)
Kemudian, bila sudah ada banyak set, nampak cantik laaa pulak... terus macam suka. Tapi saya bukanlah gila sangat ber'vantage' ini sampai rumah saya pun saya mahu berkonsep 'English-Style'. Tidaklah... cuma dapat beli sikit-sikit koleksi Vantage ini pun sudah memadai... :)

Mr Hubby tak minat, dia lagi suka Corell.. tapi tak ada pulak orang buat kutu Corell, kalo tak saya join jugak. Nak beli cash kat sini mahal sangat, tapi kalo ada peluang pergi Langkawi... harus saya kenyit-kenyit mata kat Hubby supaya beli juga seset dua... kahkahkahhhhhh.... :P

Oh ya... minggu ini saya sangat sangap sebab kat sekolah modem rosak... jadi tak leh nak blogging di sekolah lah. Maybe lepas Raya baru okeh balik... hmmmm... ada yang saya amik daily broadband karang... heheheheeee....

Ada sape-sape yang sukak Vantage ini???? Sila kenyit mata.... :P

Sunday, September 13, 2009

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Kenapa hari ni sudah raya? Kenapa bukan minggu depan?

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari... Huhhhhh!!!!!!!


Thursday, September 10, 2009

Kisah Kuih Raya Saya...

Bile membaca pertanyaan Yu.Es di ruangan komen di blognya, berkenaan saya buat kuih raya atau tidak.. saya hanya tersenyum sahaja. Cuba mengimbas-imbas kembali bilakah kali terakhir saya membuat kuih raya... hmmmm... ketika zaman bersekolah kot, atau masa zaman anak dara dulu.

Sejak berkahwin, saya masih belum pernah lagi membuat kuih raya. Sebab utama adalah kerana ketiadaan oven. Maka memang sejak berkahwin, kami suami-isteri hanya membeli sahaja. Samada saya atau suami akan order kuih-muih biasanya yang dijual oleh kawan-kawan kerja.

Namun tahun ini, saya dan suami telah bersekongkol untuk tidak membeli kuih raya sangat. Kenapa??? Sebab... pengalaman masa lampau, kuih raya kami biasanya tak habis pun. Buang duit begitu sahaja. Kenapa tak habis??? Yang pertama kerana tak ramai pun orang yang datang bertandang. Kedua... kalaupun ramai kawan-kawan yang datang, biasanya saya lebih suka memasak untuk mereka, paling tidak pun mee goreng, jadi kuih raya tidak begitu mendapat sambutan. Kerana itulah di akhirnya, kuih raya pasti tidak habis.

Maka tahun ini, saya tidak lagi gila-gila membeli sampai enam,tujuh jenis kuih raya yang belum tentu sedap. Apa yang saya order ialah...

Popia riben sedap
Kerepek pagoda sedap
Kerepek pisang tanduk sedap
Blueberry cheese tart yang super duper sedappppp!!!
Kek buah kukus nyamnyammmm

Itu sahaja. Lebih kepada kerepek-kerepek yang mana kalo tak dimakan oleh tetamu pun, kami suami-isteri boleh perabihkan tanpa ragu. Empat yang di atas merupakan order wajib setiap tahun. Blueberry cheese tart itu memang betul sedapppp. Saya dah banyak rasa, tetapi yang satu ini yang paling sedap, walaupun harganya RM28 untuk 50 biji... namun puas hati!!! Wahhh... bercerita pasal tart ini, buat air liur saya kecur.. Biasanya kuih nih, saya yang banyak makan...kahkahkahhhhhh. Bukak peti ais je, amik sebijik. Mungkin saya patut keluarkan kuih itu dari senarai untuk dihidang, sebab nanti belum sempat orang datang, kuih tu dah selamat dalam perut saya dulu... :P

Jadi kawan-kawan... sesiapa yang berada sekitar johor ni, jemputlah datang beraya di teratak buruk saya yer... Wahhhh.... awalnya saya menjemput orang datang??? Puasa ada sembilan hari lagi.. Tak apalah, saya jemput saja.. nanti jemput lagi.... :)

Kalian pulak... sudah hitung-hitung kah berapa jumlah kuih raya yang diorder atau dibuat???

P/S.. apsal ntah, tulisan yang di bawah merah itu pun bold jugak.. puas saya betulkan, sama jugakkk.. sukati ko lah labuuuuuuuuuu............ :P

Wednesday, September 9, 2009

...Namun Berkat Kegigihan...

Walaupun IniYangBerlakuPetangTadi , namun berkat kegigihanku, terhidang jua ini...


Tomyam udang campak-campak...



Siakap stim yang terpaksa dipotong dua,
sebab pengukus ku yang kecik-comel... :P


Mengenangkan tak kuasa nak mengharap lauk-pauk PaRam memenuhi piawaian, maka haku gigihkan diri memasak jugak petang tadi. Pukul 6.45 tadi baru dapat ke dapur setelah Ainin tidur. Nasib baik semua dah siap potong-potong, tinggal nak campak-campak aje. Bila azan, elok-elok je semua siap, tapi sebab macam penat nak terus makan, kami minum air saja dan makan kurma, mandi, solat dan lepas tu baru makan...

Gendang-gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati... :)

Give Up Haku!!!!

Ikan dah siang. Sayur-sayuran pun dah siap dipotong. Tinggal nak potong bawang-bawang jer dan campak-campak semua dalam periuk. Menu dalam kepala nak buat tomyam udang dan siakap stim.

Tapi si Ainin nih, dari mula haku ke dapo.. dia dah berdrama swasta. Melalak tak hengat.. pegang-pegang kaki haku sampai nak jalan pun susah. Dah laaa aku layankan dia nenen dari balik skolah tadi sampaikan dah pukul 5.30 nih... Tak tido-tido... bila haku gerak, dia pun bukak mata nanges. Apa kes????

Hubby aku coti hari nih, tapi biasaaa laaa dia, coti-coti pun nak ke opis jugak... ye lah, coti-coti pun handphone berdering macam hape boleh meletoppp hagaknya aircond tu kalo laki aku tak de???? Takpe..takpe... Encik Hubby memang busy...

Tapi ini budak sudah mau bikin haku pun tantrum jugak... Kesudahnya...

Give up haku!!!!!

Aku amik handphone.. sms hubby "ibu tak masak lah, ainin nanges cam hape..."
Aku campak pisau, amik Ainin, bawak masuk bilik, update blog dengan sakit hati dan nak layan je dia nih nenen sampai putus B haku.

Wehhhh.. aku pun ala-ala dah tantrum nihhhh... tarik napas... lepasss... tarik napas... lepasssss........................

Nak buka hape arini?? Lantakkkk... minum air masak ngan makan kurma je sudahhhh hubby sendirik pikirlah....mak tak koser

Kasut Raya...

Kasut Raya 3 Dara termasuk sorang MAK dara



Kasut raya Aina tu aku tak minat, tapi dia giler-giler nak yang tu, sebab ada gambo haiwan montel kaler kuning yang pakai baju merah tu. Mula-mula dia nak yang ada gambo haiwan warna purple, tapi tak ada... jadi yang itu pun boleh lah. Aku geram... rasa nak beli yang lain je.

Kasut raya Ainin aku sukaaa... Tapi jenuh nak carik saiz dia. Rupanya kaki anak aku nih kecik sikit. Yang aku beli ni pun besar sket dari kaki dia, tapi takpe..lama sket leh pakai...hahahhaaa... Dah beli kasut ni dik, tapi adik lom boleh jalan lagik nih. Harapan nak tengok Ainin berjalan raya nih macam tinggal harapan jek nihhh. Kakak dulu setahun dua bulan berjalan, apsal adik nak masuk setahun dua bulan, berdiri sendiri pun tak mau nihhh??? Saja suka kena dukung ker... Aku perasan dia boleh berdiri lepas dah, tapi saja malas tak mau. Bila dirikan, kejap je kang cepat-cepat je duduk balik. Cepat laa jalan sayangggg... Boleh laaa ibu melaram lebih-lebih raya nanti... :P

Kasut raya aku... suka pulak kasut ni, sebab takde kasut yang macam ni lagi. Tapi semalam kan, masa teman hubby beli selipar raya kat S*chool ada ternampak satu kasut tu. Selesa ya amatttt.. kembang-kempis idung tahan napsu. Iskkk.. tapi terkenang-kenang jugakkkk.... Semalam hubby tanya nak ke?? APSAL mulut haku mandai-mandai cakap tak yah laa.. dah beli kasut dahhh.. Budusss tulllllllll... agak-agak boleh return balik tak??? Kahkahkahhhhhhh... :P
Eh, kalian dah beli kasut raya diri sendiri atau anak-anak ke???


Tuesday, September 8, 2009

Anakku Pun Mulut Tak Ada Insurans... :P

Sebagaimana anak Mrs Noba, anakku jugak mulut tidak berinsurans. Suka-suka hati nak sound tepet orang. Bezanya.. bukan aku yang jadik mangsa mulut tidak berinsurans nya itu...

Rumah aku kan masih dalam proses mengecat. Orang yang hubby upah ni, orang I*ndon.. kami panggil Wak ajer. Wak ini... memang tak puasa, direct mengaku kat aku... memang dia jarang berpuasa, tak tahan haus kata dia.

Jadi hari ini, Wak ini telah menogok air kat luor umah aku. Sekali dia tak perasan si Aina nampak. Sekali direct si Aina cakap kuat-kuat...

" Ibu... Pak Cik tu tak puasa ke ibu??? "

Aku kat dalam bilik masa tu, buat tak dengo je soalan dia. Tapi paham jek laaa budak, selagi tak berjawab selagi tu dia tanya. Hahhhh.. bila dia ulang lagik soalan yang sama sekuat-kuat hati... aku slow-slow cakap... "Syyy... jangan lah cakap macam tu.. Pakcik tu tak puasa lah,"

"Kenapa Pak Cik tu tak puasa??? Nanti Allah marah dia kan ibu??" pun sekuat-kuat tidak. Ayoyooooo... aku ker sudah terlebey ajar anak aku nihhhh????

"Pakcik tu sakit. Err... jom Aina jom... kita solat jommmmm," cepat-cepat aku ubah topik sebelum dia merapu tanya soalan lain pulak...

"Solat ek ibu.. jom..jom... Aina amik wudhuk kejap ekkkk"

Fuhhhh... lega..... Walopun kat dalam bilik, aku yakin Wak tu dengo soalan tak berinsurans Aina tu. Nak buat cemana kan... budak kecik pun tau kena puasa, yang Wak slamber tak puasa kenapa.... Lu pikirlah sendirik... :P


My Little Helper...

Mama Ealyie ada request nak tengok rupa food-chopper saya. Inilah dia... Mr Morgan, my little helper. Saya beli di T*esco dengan harga RM70++, rasanya paling murah antara yang ada masa tu.


Apa guna Morgan Food Chopper ni??? Dulu, masa Ainin mula makan makanan pejal di usia 6 bulan, saya beri dia bubur yang dimasak sekali dengan lauk-pauknya, kemudian saya kisar. Bila dah mula ada gigi, saya masih beri bubur tetapi tidak dikisar lagi. Tapi, tiba satu peringkat, saya tak ingat berapa bulan, dia mula tidak berapa nak makan. Saya rasa dia jemu dengan bubur yang dimasak terus bersama lauk. Bila anak tak mau makan, sudah pastilah merisaukan betul tak?

Jadi, saya cuba masak nasi lembik sahaja, kemudian buat sup ikan/ayam/daging yang dicampur dengan sayur-sayuran dan kentang. Kemudian lauk-pauk itu saya penyek-penyekkan supaya halus sedikit. Kemudian saya campur dengan nasi tadi dan curahkan kuah sup, tidak lupa ikan bilis sangai yang dikisar. Dan ternyata... Ainin makan tanpa toleh kiri-kanan. Dia memang sangat suka. Bukan sahaja dia, si kakak pun tumpang semangkuk.

Maka saya sudah tahu apa yang anak saya mahukan. Tetapi, bila saya fikir-fikir, agak leceh jika saya nak cincang lauknya secara manual.. maklum ibu yang sibuk kononnya kannn. Kalo nak guna blender halus sangat. Jadi saya pun mula mencari food-chopper yang dapat memudahkan kerja saya. Dan terjadilah pertemuan indah di antara saya dan Morgan ini. Maka kekallah Morgan membantu saya menyediakan makanan untuk anak saya.

Biasanya, saya akan buat stok lauk ni untuk dua-tiga hari. Saya bekukan bersama sup dan lauk yang dan dicincang itu. Jadi setiap hari saya cuma akan masak nasi lembik sahajalah. Bila nak makan, panaskan sahaja lauk frozen itu.. begitulah kisahnya.... :)

Monday, September 7, 2009

Aku Atau Saya???

Tak tau lah ada antara kalian yang perasan atau tidak. Entri-entri di blog saya bercelaru penggunaan kata ganti namanya. Kadang-kadang menggunakan aku, kadang-kadang saya.

Bukan kerana apa-apa. Penggunaan kata ganti nama itu adalah bergantung kepada entri yang saya buat. Kalau entri yang berunsurkan serius seperti perbincangan, pendapat dan sebagainya, saya lebih selesa menggunakan saya. Tetapi untuk entri emosi, seperti maki-hamun lepas-geram dan sebagainya... saya akan menggunakan aku... supaya lebih bebas dan lepas.

Hahahhaaa... ada pahamkah????

Tak paham tak apa... Apapun, aku atau saya tetap orang yang sama.. kankankannnn..... :P



Kisah Si Lele...

Semalam entah kenapa, tekak haku teringin beno nak makan lele @ ikan keli bakar. Jadik, walopun dah siap masak, ku pujuk rayu jugak Mr Hubby mencarik ikan keli bako itu. Jam dah pukul 6, tapi masih gigih kenyit-kenyit mata kat hubby ajak p PaRam dekat Bandar Baru Uda... gilors jauh dari umah haku.... Hubby pun apa lagik, ala-ala Schumacher lah memecut semata nak layan bini... :P

Dapat jumpak ikan keli bako yang ku idamkan. Nampak gebu sangat ikan keli tu.. begitu menyelerakan. Sungguh tak sabo nak menyantapnya. Selepas merembat karipap kentang-ayam-telur, murtabak singapore, fish n' chips, air tahu panas dan air katira... kami pun berdezuppppp balik ke Seri Alam. Habis dalam RM20++ gak, tengok tu sedap, nih sedapp... kata hubby tak pelah.. ini 1st time and maybe last ke PaRam...

Bila azan berkumandang, aku sibuk-sibuk nak makan nasik. Hubby tak mau makan nasik dulu. Tapi aku dengan bersemangatnya, letak ikan keli bako atas pinggan, tuang air asam dia atas ikan.. baekkk punye....

Dengan penuh berselera, aku menyantaplah si ikan keli. Lauk yang aku masak pun aku tak pandang. Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..........................................

Air asam itu sudah masam, mencemari ikan keli haku tuuuuu... sungguh cilako lah.... Punah selera aku nak makan ikan keli bako itu... sobsobbbbb....

Wahai orang yang berjualan di PaRam, ko tak taukah betapa berharapnya orang yang beli jualan ko agar makanannya sedap??? Kalo ko jual mahal, tapi sedap tak apa lah jugak. Soal sedap tu nombor dua.. tapi kenapakah ko nak jual jugak makanan basi???? Apakah ko hingat ko nak bagi makan kucing dengan makanan basi ko tu???? Sungguh sedih hokehhhh... Aku percaya, air asam tu mesti left over ntah biler ntahhh.. Takkanlah air asam buat hari ni boleh basi pulak kannnn... Tolong laaaa, pantau laa sket makanan yang korang jual tu... :(

Memang kompem lahhh haremmmm aku nak jejak PaRam lagi lepas nihhh... Tobatttt dah mak!!!


Kad Raya...

Dah nak dekat raya nih, kalian ada banyak dapat kad raya tak? Saya memang setiap tahun sejak jadik cikgu nih, banyak dapat kad raya... :D Terasa macam artis pulak... :P *sila muntah*

Tahun ini pun sama. Tetapi dalam banyak-banyak kad raya yang saya terima... ada satu yang begitu 'menyentuh hati' dan mengundang kemusykilan. Sila baca...

Assalamualaikum
Cikgu Intan, cikgu apa khabar?
Cikgu maafkan saya jika saya buat salah. Saya mahu ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Cikgu dah beli baju raya? Saya dah warna krim dan Biru.
Cikgu dah kawin belum (apakah motip soklan ini, abih yang ku memboyot sampai dua kali tu hape???... :P )
Takkan cikgu cantik tak de yang minat kot?
Saya pun minat. Saya yang dapat cikgu tentu bertuah. Sebab apa, sebab cikgu pretty, wangi dan perfect (ya... saya semakin perasan.. kalian sila muntah.. ini budak yang cakap bukan saya hokeh...kahkahkahhhhhhhh)
Cikgu jangan lupa balas ye?

Yang ikhlas,
Nurul Rahah (4P)

Saya kompius dan cuak... kenapakah budak perempuan ini minat saya begitu sekali??? Kahkahkahhhhhhh.... Tapi kejap-kejap tak boleh nak gelak, sebab... apakah budak ini memang 'minat' kat orang perempuan??? Owhhhh... sungguh kompius... Apakah saya perlu menganggap ini adalah di atas dorongan seorang murid yang terlampau SUKA sangat kat cikgu dia atau sebaliknya?? Hmmmmmmm.... ????


Soalan Ramalan???

Esok murid-murid tahun 6 akan mula berperang dengan pensel, pemadam dan otak yang sarat.. UPSR bermula esok sampai hari Khamis.

Sejak minggu lepas, asik dapat sms berkenaan soalan ramalan. Menggelatat cikgu-cikgi carik contoh-contoh soalan. Hari ni pun dapat lagi... hadoiiii... carik lagik.. ikut hati malas, tapi kang kalo keluar, menyesal laa pulak.. carik je laaaa..

Dipercayai esok sampai tulat pun mesti ada dapat lagik. Sejauh mana kesahihan soalan-soalan ramalan nih wallahualam. Untuk Sains memang susah nak diduga, sebab kalo stakat dapat tajuk, macam-macam bentuk soalan boleh diberi berdasarkan sesuatu tajuk. Tapi untuk BI dan BM part karangan tu, maybe boleh lah dipercayai.

Entahlah... saya beri sahaja anak-anak murid soalan yang berkaitan tajuk yang diramalkan.

Murid-murid yang nak periksa, cikgu-cikgi yang macam cacing kepanasan.... :P


Sunday, September 6, 2009

Update Di Hujung Minggu...

Hari ini saya tidak ke mana-mana. Tengok orang mengecat rumah saya. Sejak kawen, ini baru pertama kali menukar warna cat rumah. Bukan kerana semata mahu raya, tetapi memang berhajat nak tukar cat ini tahun. Separuh dinding sudah di cat, wahhhh... nampak macam rumah baru lah pulak... hahahhaaaa... :P

Warna pilihan - Orchid White dan Candy Floss, dari ICI Dulux Pearl Glo. Orchid White itu warnanya putih-kemerahan dan Candy Floss warnanya seakan purple lembut - pink. Warna-warna adalah pilihan Mr Hubby..

Semalam adalah hari memanjakan diri.. hahahhaaaa.... Saya ke SPA di Jambangan Rimba SPA. Bulan puasa pergi SPA??? Yer... sebenarnya mahu urut badan sahaja, sebab badan saya entah kenapa seminggu-dua ini lenguh-lenguh sahaja. Tapi akhirnya seperti biasa, saya tertarik juga dengan offer sempena hari raya...
Buat 4 steps; massage-thai stim-coffee scrub-jaccuzi milk bath, dengan harga RM147 plus free lipstik yang cun dari Mary Kay dan 1 treatment percuma (Thai stim/Jaccuzi/Scrub/Facial) selepas raya nanti. Ok lahhhh tu.... Tapi ruginya buat bulan puasa, saya tak tahan duduk lama-lama dalam sauna tu... patut 1/2 jam, saya tahan dalam 20 minit saja.

Sebab dah pergi SPA, konon-kononnya semalam tak boleh memasak dahhh... mengada kannn.. request kat Hubby, pergi makan kat luar aje.. Jadi kami terjah The Bamboo Cafe @ Taman Scientex untuk buffet berbuka. Dewasa RM12, kanak-kanak RM6. Tapi Aina tak dikira pun. Actually Cafe nih milik adik ipar salah sorang mommy bloggerz, Ella. Saya kenal dengan dia dan family nya. Makanan kat sana nyamnyammmm sedappp... Berbaloi lah dengan harganya. Siapa-siapa yang ada di sekitar JB atau Pasir Gudang, bolehlah terjah ke sana juga. Saya suka tengok deco dalam kedainya.. lain dari yang lain.

Hari ini saya masak kari ikan bersama bendi dan sotong goreng celup tepung.

Ok lah... itu sahaja update ini hari... :)

Friday, September 4, 2009

Belimbing buluh

Belimbing buluh...


gambar ihsan Google-image

Sape yang suka makan belimbing buluh? Sape yang suka masak letak belimbing buluh nih??? Masak apa yang sangat sedap kalo letak belimbing buluh???

Bagi saya... masak ini.....

Udang masak lemak-pedas bersama belimbing buluh dan bendi...


Rasa pedas, lemak dan masam bersatu dengan begitu sempurna sekali. Sungguh menawan qalbu. Dan sebagaimana testimoni dan usul dari Mrs Noba, saya telah menggunakan santan Kara ini, terus beli lima kotak dari T*esco sebagai bekalan sempena bulan puasa ini. Di kedai dekat rumah saya, tak ada santan ini. Jadi selepas ini santan Kara ini akan menjadi stok wajib dalam barangan dapur saya. Senang nak masak masakan bersantan. Terima kasih Mrs Noba kerana memperkenalkan santan ini.. :)


Gambar ihsan Google-image juga

Testimoni saya pula, memang sedap!!! Seperti menggunakan santan kelapa parut. Turut diakui oleh Mr Hubby yang memang pakar bab rasa merasa nihhh.

Jadi, selain dari lauk udang di atas, kami juga berbuka dengan ini...

Goreng tempe + Kentang + Ikan bilis


Goreng drumet dan kepak ayam pedas Ayamas...


Selepas makan, tersandar kekenyangan...ish ish ishhhhh....