Sunday, May 31, 2009

El Migoes...

Semalam aku jalan-jalan dengan Mr Hubby ke Jusco Tebrau City. Tujuan asal nak tuko baju & seluar yang aku beli untuk Ainin sebab terkecik. Haiyyoooo anak aku nih, 12-24 mth punyer tak muat /omg
Terpaksa hambik 24-30 mth. Tapi masalahnya saiz yang nih, seluarnya labuh pulok.... huhuhuuuu.. aku rasa nak test kat Aina nanti. Kalo Aina muat, rezeki si kakak lahhh ye dik.. nanti ibu carik sluor lain lah.. :P

So lepas menukar baju dan seluar itu, acara selanjutnya pastilah makan-makan. Biasalah kan.. weekend memang keje terjah makan kat luor jek... /nobigdeal
Tak ada terpikir nak makan apa. Nak makan Johnny, semalam aku baru terjah. Nak makan secret recipe.. dah boring... boleh? dah boring??? Nak makan Nando's, bulan nih dah dua kali terjah Nando's. So last-last.. terpandang satu restoren yang agak baru dibuka.. mexican restoren.. The El Migoes.. Okehhhh.. jommmm terjahhhhh....

Menu kat sini memang bervariasi. Macam-macam adaaaaaaaaaaaaaa... Bukan takat Mexican Food jer... sushi, tempura, pizza, pasta, dan yang pastinya segala western food adaaaa.. Memang best. Dan tempat duduk dia pun lain dari yang lain. Ada bahagian ala-ala Japanese style yang privasi. Kitorang pilih tempat nih laaa.. bolehlah Ainin buat aktiviti bebas bergolek-golek kat situ.

Cumanya yang aku nak kisahkan, restoren hebat yang sedap macam nih, sayangnya tak amik kisah soal pekerja dia. Waitress yang layan kitorang sangat SENGALLLL hokehhhhh /no

First skali, dah laaaa minah C*** tu tak pandai cakap Melayu, English pun out bulih??? Jadahnya ko dapat keje kat restoren Mexican nih??? Kat menu tu, ada tulis El-Migoes steak, dengan The Cowboy Steak. Tapi descriptionnya sama.. so apa yang beza? Aku tanya kat amoi tu, apa beza dua steak tu.. Dia bulih menggelatat kat situ.. err..err... last-last cakap TAK TAU. Okeh.. dah kureng 1 point kat situ.
Then dia amik menu salah. Aku order The Cowboy Steak. Tapi yang sampai The Cowboy Chicken Chop.. boleh??? Aku tak pasti laaaa dia tulis salah ker, atau chef tu yang salah masak.. tapi yang pastinya SALAHHHH!!!! Pastu, bile aku komplen.. dia kata bulih tuko tapi kena tunggu. Yang lawaknya bikin panas ati dia tanya aku, aku nak steak tu masak macam mana?
" you mau 1 kah, 2 kah, 3 atau 4???"
Aku saja provoke dia, tanya, "Apa tu 1, 2, 3, 4???"
Lagi skali menggelatat... err..errrr.... pastu kalut panggil waitress Melayu lain, suh terang kat aku. Pastu minah tu kata, 1 = rare, 2 = medium, 3 = medium-rare 4 = well done.
So okeh.. aku pilih 4 lah.. tekak melayu kannnn... :P
Betul tak aku cakap amoi tu SENGAL???
Lupa nak cakap, dah laaaa kat meja tu derang tak serve pun sudu-garpu. Laki aku kena terjah hambik kat meja lain.

And for the worst conclusion.. they charged 10% service tax. 10% service tax untuk segala keSENGALan servis amoi ittew adalah tersangat NOT WORTH IT okehhhhhh????

Sangat sayang restoren yang sedap macam tu tapi bos nya tak amik kisah attitude pekerja. Sepatutnya, untuk restoren yang makanannya sedap dan pastinya mahal macam tu, sila pastikan waiter dan waitress anda tip-top bila ditanya soal menu. Jangan bantai TAK TAU apakejadahnya menu yang ada tu. Sangat not-impressive okeh bile berhadapan dengan pelayan yang macam nih. Boleh potong segala nafsu makan yang ada. Makanan yang sedap kat restoren nih tetap tak dapat point yang banyak dari aku selaku pelanggan yang tak lah fussy sangat sebenarnya, sebab pelayan yang ZERO.... /omg

Friday, May 29, 2009

Try & Error...

Tertarik dengan n3 KNV berkaitan dengan live emoticons, maka aku pun gedix nak try.... /wahaha

Maka ternyata try aku berhasil.. =D>

Mak sangat suka...

KNV... thanks for sharing... Sharing is caring.. caring is sharing... hihi

bye


Hasil Fishing...

Setelah membuat pemantauan secara terperinci. Maka hasil meroyan fishing aku pada hari ini ialah.......................















Baju-baju untuk Aina & Ainin...










Dan.....













Ini... Untuk ibu Aina & Ainin.... ;p



Ok lah kannnnn.... upah untuk diri sendiri....
/sweat Nasib baik kelmarin aku telah 'menyelamatkan' duit aku yang sepatutnya. Kalo tidak... ntahapehape lagik lah yang aku 'royan' kan hari ini....

Hari Jumaat, Hari Meroyan...

Hari Jumaat memang selalunya ditunggu-tunggu oleh aku. Sebab biasanya hari Jumaat ni lah boleh balik awal, pukul 12 dah boleh c.a.b.u.t. Dan bila boleh balik awal, biasanya hari Jumaat jugaklah hari aku p meroyan membuat kajiselidik dan pemantauan pusat-pusat membeli-belah yang ada di sekitar Johor Bahru nih. Kalo tak berteman tapi mesra pun, aku heret Aina jadik geng bas sekolah untuk temankan aku... kahkahkahhhh. Ataupun kalo pun tak p membuat pemantauan, hari Jumaat tetap juga kunantikan sebab hari ini bolehlah cepat-cepat balik umah dan berkuntau dengan anak-anak. Acara yang tidak sihat wajib, pastilah membongkang secara berjemaah... hahahhahaaaa......

Jadi hari ini, seperti yang kurancangkan.. aku nak p meroyan makan steamboat kat the Johnny... yeayyyy!!!! Dan selepas itu, bolehlah memantau JJ Tebrau... Siapa yang bakal menjadi temanku??? Hari ni, kena bawak Ainin sebab.. mak-ayah aku nak balik kampung pulok tengahari ni. Dan derang bawak Aina balik skali.. Jadik si debab aku terpaksalah ikuti aktiviti meroyan aku tengahari ini... ahahahahhhaaa....

Jadik..kesimpulannya.. Hari Jumaat, Hari Meroyan mak...;p



Wednesday, May 27, 2009

Langkah Pertama...

Memang agak payah untuk memulakan langkah pertama untuk mendisiplinkan diri membuat savings bagi seseorang yang B.O.R.O.S seperti aku nih. Yerrr.... aku mengaku lah, aku nih memang agak boros. Asik nak membeli dan belah sahaja. Tiap-tiap bulan, gaji lom kuor lagi, shopping list dah berderet.. aduyaiiiii... Aku memang agak failed bab pengurusan kewangan secara berhemah nih.

Dan pada tahun ini, aku telah menetapkan azam untuk mula berdisiplin soal membuat simpanan.
Thanks to Mr Hubby yang tanpa jemu membebel mengingatkan aku betapa pentingnya membuat simpanan. Memanglah jodoh itu telah ditetapkan olehNya dengan begitu indah dan sempurna sekali. Penyatuan unsur-unsur negatif dan positif pada setiap pasangan itu amat bertepatan. Contohnya aku yang boros nih telah ditemukan jodoh dengan seseorang yang berjimat. Jadi Mr Hubby lah yang telah memahatkan semangat untuk aku mendisiplinkan diri membuat simpanan. Simpanan yang aku maksudkan di sini ialah ASB. Langkah pertama yang Mr Hubby lakukan ialah panggil kawan dia yang keje di Maybank untuk datang rumah, supaya aku boleh sign-up loan ASB-Maybank. Yerrrr... siap panggil datang umah okehhhh setelah aku asik bagi alasan takde masa nak p bank buat loan tu. Teruk btolll aku kannnn??? Ya, walaupun ramai yang mengatakan loan ASB itu adalah tidak menguntungkan, namun aku masih teruskan juga kerana sikap tak berdisiplin aku itulah. Sekurang-kurangnya aku tau, setiap bulan duit aku memang ada potongan untuk simpanan.

Selain dari ASB loan itu, pada tahun ini juga aku telah memaksa meluku-luku diri sendiri untuk menetapkan simpanan tambahan ASB aku sebanyak 20% dari gaji bersih aku setiap bulan. Perggghhhh memang tersangatlah payahnya okehhhhhh.... Kembang-kempis lobang idung mak, nyahhhh biler terpaksa mencatu habit bershopping mak!!! Dan sesak napas jugaklah aku untuk menanam sikap kedekut dalam diri. Beberapa bulan aku berjaya menyisihkan 20% itu dengan segala jerih-perih dan kegigilan serta kegigihan aku. Kadangkala kalo aku gagal menyisihkan 20% itu, aku simpan juga, walopun kurang dari itu.. minima RM200 WAJIB aku simpan. Owhhhhh... sungguh siksanya merubah tabiat lamaku kepada yang lebih positif. Pun begitu, aktiviti shoppingku masih juga aku lakukan...*ngee*....
Cuma kali ini lebih berhemah, di mana aku wajib peruntukkan sebahagian wang untuk bershopping dan tidak lagi sewenang-wenangnya menghabiskan duit untuk ditabur di pusat membeli-belah. Dan juga, sekurang-kurangnya aku tahu aku mempunyai simpanan setiap bulan.. Alhamdulillah...

Sebenarnya kalian... kesimpulan di sini, memang amat payah untuk kita semua membuat langkah pertama ke arah yang positif. Atau mungkin bukan kita semua lah.. tapi sebilangan orang sahaja, yang macam aku nih. Contohnya macam yang aku kisahkan nih, soal nak buat simpanan. Memang kadang-kadang, kita rasa duit gaji setiap bulan memang cukup-cukup makan ajer, macam mana nak simpan??? Mungkin ada yang rasa, oi.. ko boleh laaaa... duit gaji takde banyak 'cawangan'. Walopun gaji kite banyak cawangannya atau tidak, ataupun gaji kita setiap bulan memang cukup-cukup makan ajer.. tapi kite perlu juga buat simpanan. Cubalah... Paling sikit pun RM50 sebulan kita ketepikan sebagai simpanan. RM50 tu tak laaa banyak mana pun nak simpan. Sikit-sikit, lama-lama jadik bukit kannnn??? Mula-mula simpan laaa RM50, pastu bila-bila rasa gagah sikit, up RM100 pulak. Bukan apa... Manalah tau di masa terdesak, ada juga tempat berpaut. Kalo lah simpanan kita memang zero, di saat-saat kita btol-btol memerlukan, di mana kita nak korek??? Takkan selamanya nak zasssss 'duit plastik' sekaligus menambah lagi bilangan kredit yang ada.

Dan baru-baru ini Maybank2U telah membolehkan kita membuat transaksi terus ke ASB. Makin mudahlah aku menjayakan aktiviti menyimpan aku. Tak perlu lagi nak beratur kat bank. Aku rela bayar servis RM1 dari harus memperuntukkan masa emasku ke bank. Jadi selepas ini tak ada alasanlah lagi untuk aku TIDAK menyimpan lagi. Thanks to MamaAdib yang telah berYM dengan aku untuk mengajar aku cemana nak buat transaksi ASB via M2U nih.

Eh eh.. macam panjang berjela pulak entri aku nih. Adapun entri nih sekadar ingatan untuk kita bersama. Juga untuk ingatan diri sendiri ke arah kebaikan. Jadi kamu... dan kamu... bila nak memulakan Langkah Pertama ini????? Bagi yang sudah lama memulakannya.. Tahniah!! Teruskan usaha anda... :)


Aku, Letdown & Ainin...

Aku sangat suka jika pumping sambil BF Ainin. Sebab masa ni lah, letdown akanjadi lebih mabelesss!!! BM akan keluar bagai mencurah-curah. Cepat je penuh satu botol. Begitu mengujakan. Kalau aku buat single mahupun double pumping, letdownnya tidaklah semeriah sewaktu bersama Ainin. Mungkin natural sucking tu lebih memberi kesan kot? Ke tidak??? Tapi aku tak ada masalah pumping pun. BM masih lagi meriah, masih lagi cukup supply aku untuk Ainin. Cuma aku memang lebih suka pumping sambil BF. Dan Ainin tak ada masalah dengan aktiviti pumping aku tu. Walaupun dia suka jugak tarik-tarik tiub pam tu.. hahahaaaaa... tapi most of the time, dia lebih leka meneguk kenikmatan susu ibu yang mencurah-curah ke dalam temboloknya ittew.... ;p Terutama kalo setelah separuh hari tidak bertemu 'air hikmat' itu tanpa botol, ditambah 'bau' ibu yang begitu menenangkan... Owhhhhh... aku memang sangat-sangat suka moment itu... Begitu indah kannnn??? Sapa sokong, angkat tangan... :)

Aku ada lagi 1 bulan, 3 minggu dan 1 hari untuk bergelar graduan bagi sesi ijazah pertama aku dalam BF course bersama Ainin...yeayyy!!! InsyaAllah aku akan terus buat ijazah kedua a.k.a master dan seterusnya PHD dalam course ini.... Semoga aku diberi kekuatan dan rezeki untuk meneruskannya...Amin!!!

Owh yaaaa... pagi ini, aku brekpes muesli & nuts bersama susu sebagai ganti oats+susu. Jemu pulak asik makan oats jer. Tuko-tuko laaaa kan. Tapi memang best laaaa muesli & nuts nih... nyamnyammmmm... Haaa... aku nak citer, hasil makan muesli & nuts nih, nampaknya hasil pumping aku increase 2oz dari selalu. Ada efek laaaa kan... Boleh cuba kalo mau. Ker orang lain dah lamaaaaaaa tau..hehehheheeee... Aku memang tau, cuma tak pernah cuba.


Okeh itu saja yang aku nak story-mori arinih... ;)


Monday, May 25, 2009

Salah Siapa??

Kelas tambahan secara PERCUMA diwajibkan untuk semua murid tahun 6 pada setiap hari Sabtu. Semua guru yang terlibat meluangkan masa tak kira walau Sabtu minggu ke berapa sekalipun untuk datang ke sekolah. Tapi aku pelik... Apabila anak tak menghadiri kelas tambahan, ibu-bapa boleh bersekongkol dengan anak. Sanggup tulis surat kepada guru, beri alasan.. Antara alasan yang popular.. yang boleh ku hafal...
- anak saya sakit (gastrik, pening kepala, muntah-muntah)
- balik kampung melawat atuk/nenek
- tiada transport

Kalau anak sakit, silalah bawa ke klinik dan dapatkan MC. Tapi yang peliknya, tak bawa anak ke klinik pun. Malah bila ditanya, 'tak pergi klinik ke?', murid jawab 'tidak'. Maknanya sakit tak lah teruk mana pun, atau mungkin tak sakit langsung. Jadi alasan sakit dengan hanya surat dari ibu-bapa, aku koyakkan kat depan muka budak itu sendiri. Sorry, sakit.. sila beri saya MC. Surat, walaupun dari ibu-bapa awak, saya tak terima.

Aku sakit hati okeh.. bukan pada murid yang memang malas itu sahaja, malah pada ibu-bapa yang turut 'merestui' kemalasan anak-anak mereka. Kenapa ye?? Kalau anak excellent, superb tak memerlukan bimbingan kelas tambahan percuma ini, tak apalah. Ini, dah tau anak amat lemah, namun tak bertegas. Murid malas, okeh... memanglah murid malas, tapi jadi ibu-bapa.. bolehkah hanya menutup mata melihat kemalasan itu???

Kemudian alasan balik kampung melawat atuk/nenek - kalau sekali alasan tu tak apa, tapi dah selalu sangat. Kalau ibu-bapa asik nak balik kampung saja, baliklah.. tapi anak yang hendak menghadapi peperiksaan itu biarlah datang ke sekolah dan belajar. Anak pun bukanlah kecik sangat sampai tak boleh nak ditinggalkan di rumah. Sudah 12 tahun, dah pandai order makan kat kedai pun, kalau takut anak lapar. Jadi tak perlu nak risau..

Alasan tiada transport. Okeh... sekali dua boleh laaa terima alasan tiada transport tu. Tapi kalau sampai dah berbulan asik takde transport.. apa kes? Tak ada usahakah ibu-bapa untuk mengadakan transport buat anak datang ke sekolah menuntut ilmu?

Dan hari ini, lebih menaikkan temperature cikgu, murid berani.. bagi MC yang di'liquid'kan tarikh, tuko sendiri tarikh. Owhhh.. apakah ko pikir cikgu-cikgu ko nih bodoh??? Ko tak tau ker, segala taktik keji ko tu semua ada di hujung jari jemari cikgu-cikgu ko nih??? Murid-murid anggap cikgu nih jelmaan insan suci yang tak tau langsung taktik kotor lagik keji. Murid-murid tak tau, sebelum jadik cikgu, cikgu nih pun jadik murid jugak. Taktik keji macam tu semua dalam poket cikgu ko okeh... jadik tak payah berangan nak MENIPU macam tu. Memang lagi berdas-das lah ko kena!!!!

Wahai ibu-bapa... silalah buka mata dan pemikiran. Janganlah di'mua'kan anak-anak terlampau sangat. Biar anak-anak berhempas-pulas belajar selagi ada peluang. Tak teringinkah kita melihat anak-anak berjaya?

Jadi... bila difikirkan, anak-anak malas belajar, sebenarnya salah siapa??? Anak-anak sendirikah?? atau ibu-bapa yang tidak bermotivasikah???

Aku harap kita semua tidak tergolong dalam kumpulan 'ibu-bapa' yang sedemikian rupa... insyaAllah.. sama-samalah kita saling ingat-mengingati...


Tiada Tajuk...

Aku ni dari pagi tadi, melompat-lompat blog orang jek kejenya. Aku nak update blog sendirik tapi, dengan kepala yang masih weng-weng, idung yang masih tersumbat, asik tekap tisu kat idung jek, dengan suara yang ala-ala orang baru melalak...uhuhuhuuuuu... yer aku masih tak sihat... jadik kepala hotak pun agak-agak lombap nak pikir nak tulis haper....

Jumaat, Sabtu dan Ahad lepas kemuncak ketidaksihatan aku. Hari Jumaat, balik dari skolah.. masa drive pun aku dah ala-ala blank jer... nak nyampaikan ke rumah pun huhuhu.. dah siksa. Sampai umah, aku bawak Aina & Ainin baring. Siap-siap buatkan Aina susu, dan sumbatkan mulut si Ainin dengan nenen.. dan aku pun 'pengsan'. Pukul 7, hubby balik dah siap tapaukan burger untuk aku sebab tau aku tak larat nak bangun. Dua kali telan ubat selsema, esok pagi rasa kuat sikit dah.

Tengahari Sabtu tu, aku gagahkan diri p Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Stadium Perbadanan Pasir Gudang. Terpaksa gak p sebab nama dah dihantar mewakili sekolah. Kalo tak p, nak kena carik ganti. Last minute mana ada org nak ganti. Jadi dalam keadaan sebu tu, p gak laaaa.

Balik tu, badan seram sejuk balik, kepala pun macam nak pecah. Maka berselimutlah aku lagi. Rancang nak balik kampung hubby pun tak jadik.

Esoknya baru aku ke klinik. Amik ubat skali untuk Aina dan Ainin yang lom baik batuk tu. Balik umah, pengsan lagik lepas makan ubat. Hubby yang gagah siap buatkan bubur yang sedap untuk lunch.. tengkiu darlingggg... Nasib baik hubby sorang yang tak sakit. Kalo dia pun sama sakit... sapa pulak nak masak...

Itulah kisah aku yang tiada tajuk sepanjang tiga hari yang lalu....


Thursday, May 21, 2009

Efisyen???

Yang mana lebih efisyen??

1. sambil BF, anda pumping + blogging

ATAU...

2. sambil BF, anda driving + berbual di handphone (tanpa handsfree)

Hahahhaaaa.... gilors??? Yer... no. (2) memang aku tak pernah try sungguhpun kete aku AUTO. Dan aku tak berkeyakinan untuk mencuba...;p Sungguh aku respek pada seseorang yang mengakui biasa melakukan no (2) dengan alasan, "practise make perfect". Bravo..bravoooo... abang polis... sila saman ini woranggggg!!!!

Tapi no (1) yer... aku selalu buat, in fact.. sedang melakukannya...kahkahkahhhhh.. Efisyen kan? Buat bukan hanya dua tetapi TIGA kerja di satu masa. Sungguh mempergunakan masa sebaik-baiknya kan aku kan kan kannnn....

Kalian pernah cuba??? Atau memang dah biasa melakukannya.... Inikah yang dikatakan SUPERMOMS???? hahhahaaa....;p

Berapa Mau???

Berapa mau??? 1, 2, 3, 4, 5 @ >5 ??? Mau ape??? Heheheeeee.....
Semalam aku flat. Dengan idung tersumbat, kepala pening-pening lalat, badan yang lemah, terasa balik jek sekolah terus terjah katil bersama anak-anak. Di kiriku ada Aina, di kananku ada Ainin. Tiba-tiba kepala yang weng itu boleh lak terpikir... kalo ada 3 anak nanti,sapa yang patut ada di sebelah kiri dan kanan??? Sape pulak yang nak berjauhan dari sisiku???

Aina dan Ainin berjarak usia setahun 8 bulan. Agak rapat. Sejak beranak dua, aku memang rasa letih dan kurang masa berehat-rehat untuk diri sendiri. Semua kerja perlu mengikut aturan schedule. Hanya selepas makan malam, barulah boleh berlunjur kaki berehat. Itu baru dua anak okehhhh. Tapi aku tetap mau beranak lagi. Cuma aku ingin menjarakkan kelahiran seterusnya. Mungkin 3 tahun usia Ainin, baru ku beranak lagik. Sebab aku memang surrender menguruskan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian sekaligus. Jadik, harap-harap aku berjaya dalam usahaku menjarakkan kelahiran nanti.

Berbalik kepada soalan, berapa mau??? Oleh kerana, cuti bersalin yang ditetapkan kepada kakitangan kerajaan sekarang ini adalah 5 kali, maka terasa sayang pula jika tak digunakan kelima-limanya. Jadi... aku mau lima lahhh... Tapi partner aku mau enam??? Arggghhh... bulih enam.. tapi aku mau gajiku dibayar penuh masa cuti bersalin itu...hahahaaaaaa.... Enam itu adalah accident number istilahnya bagi aku....;p

Jadi kalian??? Berapa mau????




Wednesday, May 20, 2009

Terasa...

Eheh...ini bukan entri TERASA hati ke hape yer... ini nak kisahkan kisah aku TERASA kat tekak sejak sehari dua nih... Laki mak boleh sengih-sengih bila aku citer terasa nak makan tu, nak makan nih...Apa..Bajet aku teringin sebab mengidam ke hapeee??? Mintak mahap yer Incik Suami, perkara mengidam-ngidam nih tak ada dalam agenda saya buat masa ini yer.. Lagipun apakah orang yang 'berisi' saja yang bulih terasa nak makan-makan nih?? Apakah orang seperti aku ini tak mempunyai tekak??? ;p

Berbalik kepada TERASA nak makan nih. Aku nih, aritu tengok kat blog MIMIELOLA kes dia masak lempeng, makan aku pun menggebu-gebu nak makan lempeng jugok... Jadik ari Isnin aritu, aku paksa laki beli kelapa. Maka jadik laaa aku dinner lempeng kelapa bercicahkan sambal sardin... hahahahhaaaa.... sedap hingga menjilat pinggan... Aku siap buat air kopi kampung untuk laki aku... sampai dia kata, nih dinner ke brekpes??? kahkahkahhhhh... blasah jek laaa bang..janji kenyang..

Kemudian, semalam menggebu-gebu pulok tekak aku nak makan kue tiaw kungfu. Hasil terjahan di blog CIK FID yang pernah menulis resepi kue tiaw kungfu nih. Jadik, balik dari skolah, aku singgah ke pasor untuk membeli bahan-bahannya. Memang tersandar kekenyangan dibuatnya. Siap ada belen untuk laki aku buat brekpes pagi nih.

Adapun gambo mak tak sempat nak amik nyahhhh... jadik mungkin mengurangkan efek bagi cerita ini lah...hahhahaaaa....

Hari ini??? Hari ini, tekak aku tak terasa nak makan apa-apa pulak. Dan kepala aku mula terasa tumbuh tanduk tak nak masak..apakahhhh????????? Korang masak apa hari ni??? Cuba bagi idea kat aku nih.... ;)


Tuesday, May 19, 2009

Dunia Pembelajaran Aina...

Aina sedang melalui proses pembelajarannya bersama-sama aku sebagai pemudahcara. Aku sama macam semua mommies teruja untuk melihat perkembangan anak-anak masing-masing. Setiap mommies aku percaya punyai cara tersendiri untuk mendidik dan mengajar anak masing-masing.

Aina sudah mengenal ABC.. Alhamdulillah.. ada beberapa huruf yang dia masih kompius, tapi tak pe.. banyak jugak yang dia dah kenal.

Mula-mula, masa nak ajar Aina.. aku terus terjah dengan tunjuk flash cards ABC.. kesudahannya aku yang stress..kahkahkahhhh... sebab banyaknya dia terkebil-kebil susah nak recognize... ;p

Ye aku seorang cikgu.. sudah stress di sekolah dengan kerenah anak murid, kalo bulih kat umah tak mau laaaa stress dengan anak sendirik kannnn... Kesian pulak kalo aku asik nak jerkah si Aina tu. Perlu diingat mak memang GARANG!!! ;p

Lalu aku cuba mencari CD ABC untuk ditonton oleh Aina.. Alhamdulillah cara aku berkesan. Dalam masa dua minggu, Aina dah boleh kenal huruf. Aku test bawa buku ABC dan minta dia recognize huruf satu persatu.. and she did it well!!! Mak suka nyahhhhh.... Jadik aku dah jumpa solution untuk mengajar Aina ABC. CD yang aku sangat suka ialah ini...

Produk Brainy Baby yang aku boleh beli di kedai-kedai buku seperti Popular dan Harris, dengan harga RM16. Bagi aku bagus untuk pembelajaran sebab ia memperkenalkan huruf dengan menyebut satu-persatu dengan jelas dan terang. Plus ada sesi nyanyian yang memang budak-budak suka. Tak macam CD Barney yang banyak bercakap. Barney lebih sesuai untuk budak-budak prasekolah, umo 6 tahun ke atas. Jadi hasil gabungan CD ini dan juga buku ABC.. telah berjaya mempercepatkan pembelajaran Aina.

Aina juga telah mengenal animals. Hasil dari pembelajaran melalui flash cards ini...

Dan sekarang aku dalam usaha hendak memperkenalkan numbers kepada Aina. Cara yang sama aku gunakan seperti pembelajaran ABC nya. Dan aku telah survey CD lain seperti Baby Einstein. Tapi Baby Einstein cuma ada numbers 1-5 sahaja. Tak berbaloi membelinya. Akhirnya kelmarin aku membeli ini..

Dan Aina kini mula belajar mengenal nombor. Aku akan biar dia menonton sehingga dua minggu dan kemudian menggabungkan pembelajaran dengan buku dan flash cards.
Kalian boleh membeli CD Brainy Baby ini di SINI. Promosi percuma untuk web site ini.. heheeehe.. Tapi aku tak beli dari situ, aku beli di kedai buku sahaja.

Itulah kisah dunia pembelajaran Aina. Mungkin berbeza dengan cara yang anda gunakan kepada anak-anak kalian?? Mungkin ada pendapat dan cara yang lebih mudah dan berkesan?? Kongsikanlah yer... Sharing is caring kan?kan?kan??? :)


Cenoneng..

Aku tak sihat, kepala pun rasa cenoneng, tak fokus.. virus flu semacam sudah mula menguasai jasadku... Waarrgghhh aku tak suka flu.. sebab rasa macam 'high' jek. Nasib baik tengah exam week.. tak perlu mengajar.

Yang paling boring..production susu pun drop.. mak tak suka tawwwww!!! Nasib baik last week dapat pam lebih, so boleh laa top up supply esok-esok. Kalo boleh tak nak usik frozen stok lagik, tu untuk super-duper emergency case okehhh...

Mesti aku dapat virus nih dari Ainin yang duk melepek jek ngan aku. Takpe baby.. kalo ibu dah dapat virus nih, mintak-mintak baby sihat semula. Tak sanggup ibu nak dengo baby batuk-batuk...siannnnn sangat. Semalam, lepas menyusu, dia termuntah, takpe laa kuor skali lendir. Ahhhh.. kesian anak aku. Aku tak sampai ati btol bile anak-anak tak sihat.. bior aku jek laaa yang replace. Semoga adik cepat sihat ye yangggg...

Tapi aku tetap tak suka FLU.... :(

Monday, May 18, 2009

Amazing??? Am I??...

Wallllaaaaaaaaaaaa..... sehingga jam 6.48 pm ini, aku dah menerima ini dari 3 orang mommies bloggerz yang superb... Amazing kah blog ku ini??? Thanks a zillion to...
1. UmiSufira
2. CikYan
3. KakNonVogue

Maka haruslah aku menyatakan 5 fakta menarik tentang mereka bertiga ini...
UmiSufira
1. Ummi kepada 2 orang anak dara yang cumil.. Syaura & Sufia
2. Sangat cantik dan manis dipandang...
3. Duk satu negeri ngan aku
4. So00000OOoooOoo friendly sama macam aku
5. Sangat rajin memasak... teruja kalo tengok entri masak-masak dia nihhhh...

CikYan
1. Ibu yang gigih menguruskan 3 orang anak teruna yang ensem
2. Sedang preggie anak ke-4
3. Masih mabuk-mabuk manjer lagik
4. Peramah atau tidak belum dapat dipastikan kerana waktu bertentang mata, lidahku kelu untuk berkata-kata... ah ah ah.... ;)
5. SoooOOOoooOOooo sweetttttttttttt okehhhhh...

KakNonVogue
1. Ahaaa...nama pun ada vogue kat blakang, haruslah vogue kakak ku sorang nih...;)
2. Baru jer berpindah 'umah'.. umah barunya begitu vogue dan marvellous skali..
3. Sering menulis entri yang padat dengan info dan pengajaran... i loike!!!
4. Sedang crash-on-diet???
5. Seorang yang tegas - dari penulisannya...

Ok.. next tasks... Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya :
Aku....
1. Seorang cikgu Sains yang begitu obses dengan kerjayaku.
2. Ibu kepada dua orang anak dara
3. baru menyamakan level umor dengan KNV, CY, Ely... errrr..sapa lagik yang ada dalam kapal #3 ini???
4. sangat sangat sangat teruja dengan BF...
5. baru berjinak-jinak dengan CD'ing my baby...
6. tak boleh say NO to blogging & bloghopping
7. ter'addict' dengan big apple donut baru-baru ini.. argghhh kenapa aku terbayang-bayang kelembutan donut bersalut cekelat itu lagik????
8. merasakan diri sudah mengembang namun masih tak kuasa nak berdiet..huhuhuuuu...
9. GARANG!!!!!!!!!!!!!!! Grrrrrrrr..........
10. Suka shopping dan bercuti-cutian...

Next....Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe ttg mereka

1. Umi sufira
2. Cik Yan
3. KNV

Yer... beri juga kat kalian sebab blog kalian memang AMAZING.. and I LOIKEEEE!!!!

4. Ely - mama kepada si iris kenteng yg kiut. nyahhhh..hambik ko tag dan award lagik!!!
5. Mimielola - mama kepada sofea yang comey.. sangat suka baca blog dia ni..
6. Mrs Noba - isteri mithali yang hubbynya baru sihat kembali... Alhamdulillah!!!
7. Kak Sue - wife ading bespren hubbyku...
8. M-I-O - owhhhh.. aku sangat suka entri2 mu cik M-I-O...
9. Sha - Yang baru sihat kembali dan sedang menghitung hari anniversarynya... congrats beb!!
10. Cik Fid - sering memberi entri berinformasi yang ku sangat sukak...

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah...

Hari ini merupakan sambutan Hari Guru di sekolahku. Acara yang memang best dan paling dinantikan. Sebab masa nih laaa semua cikgu-cikgi singa akan menjadi sporting dan enjoy!! Acara dimulakan dengan perhimpunan rasmi. Kemudian barulah acara sambutan hari guru bermula. Aku... kali ini, kena jadi pengacara majlis lagi. Jadik pengacara majlis secara solo di satu majlis yang besar begini agak boring sedikit sebab aku terikat dengan tugas mengendalikan majlis, jadik tak bulih laaa nak meroyan sesuka hati...;p
Layankan gambo ajerlah...

Di antara cikgu-cikgi yang giler kamera... ahahhaaaa.......
Semasa pertandingan nyanyian berkumpulan, GPK aku pun x ketinggalan meroyan bersama.. kuikuikuiiii...steady lah Encik Tazri!!!!


Cikgu Nasir nih aku tengok dah prasan macam buat konsert kat Jom Heboh dah nihhh...



Gambo aku tak banyak..nyampah tawwww.. aku x sempat nak bergambo.. huhuhuuuu...

Bila Hari Guru, murid-murid memang suka bagi hadiah kat cikgu peberet memasing. Korang tengok hadiah yang aku dapat... Memang meriah. Dah masuk 4 tahun jadik cikgu, hadiah-hadiah yang murid-murid bagi pun dah masuk 4 kotak. Aku bajet, biler pencen nanti, aku bulih bukak kedai 2 Ringgit...hahahhahahaaa............ Tapi seronok lah dapat hadiah, tak kisah lah apa pun hadiah nya. Ingatan dari anak murid tu membuat jiwa jadik kembanggg jek... :)

Si kecik comey aku yang sorang tu tak berapa sihat. Dari Jumaat aritu, hangat jek badan dia. Ari ni, siap batuk-batuk lagik. Hopefully tak berlarutan. Tak sihat, memang asik nak berkepit jek ngan aku lah jawabnya....

Sunday, May 17, 2009

3-0-Meroyan Laki Bini...

Alhamdulillah... hari ini, 17 Mei 2009, genap usia aku 30 tahun. Ya... 30 tahun, beralih ke satu lagi angka.. dari 2 ke 3. Huhuhuuuu...terasa tua pulak aku bila itu nombor 3 sudah menjelma. Rasa tak percaya pun ada. Terasa baru semalam menggediks sebagai si manis 17. Kini aku ibu beranak dua di awal 30-an. Matang??? Matangkah aku??? Kadangkala terasa ada perangai-perangai budusy kebudak-kebudakan masih ada. Pemikiran yang matang??? Tingkah laku yang matang??? Tindakan yang matang??? Berjayakah aku melakukan anjakan paradigma terhadap diri sendiri??? Walllaaaa...terasa begitu berat angka 3 ini. Namun, aku bangga... di usia ini, aku telah memiliki keluarga sendiri... ya... keluarga... punyai suami yang mencintai dan anak-anak comel yang menghiasi kehidupan. Juga masih memiliki ibu-bapa dan adik-adik yang saling kasih-mengasihi. Kalaulah ditanya apa lagi yang aku inginkan? Aku cuma inginkan kehidupan yang penuh dengan cinta. Cinta terhadap Allah... Semoga aku diberi hidayah untuk menjadi hambaNya yang lebih bertakwa, dan cinta terhadap suami dan anak-anak yang tidak berbelah bagi. Tidak lupa cinta kepada ibu-bapa dan adik-adik. Semoga aku dapat menjadi isteri dan ibu yang baik. Semoga dengan usia yang semakin matang ini, aku dapat mengawal emosiku yang kadangkala bercelaru. Juga semoga dimurahkan rezeki. Dan dijauhkan dari dugaan hidup yang kutakuti tak termampu ku tangani. Sesungguhnya aku insan yang lemah. Terlalu banyak keinginan kan?? Heheheheee....

Jadi... apa yang aku buat sepanjang hari ini. Ku kira... inilah hari lahir terindah sepanjang hampir 4 tahun aku bergelar isteri. Sebab... hari ini, aku dan Mr Hubby tersayang telah menghabiskan masa berdua-duaan. Yaaa... diulangi.... berdua-duaan sahaja... Memang sejak Aina lahir, tak pernah lagi kami ber'dating' berdua sahaja. Bila ada Ainin, rasa makin mustahillah nak berdating. Tak mungkin aku tinggalkan anak-anak kat mak yang dah memang asik menjaga diorang... tak adil okehhhh, nak kuor dating..simply letak anak-anak kat mak. Kesian mak aku tu... Dia nak jaga anak-anak aku pun dah cukup Syukur. Jadi kat mana aku tinggalkan anak-anak aku hari ni?? Owhhhh sangat berterima kasih kepada adik-adikku...cik lia dan cik zura di atas kesudiannya menjadi 'baby-sitter' anak-anak aku. Diberi peluang aku dan hubby meroyan sepanjang hari sempena hari lahir aku. Thanks dik... love ya all...pasni boleh laa korang baby-sit anak-anak aku time aku nak p midnite pulok!!!
Jadi dari pagi, aku dan hubby dah kuor.. merancang-rancang nak tengok wayang pastinya. Gilors lama tak tengok wayang beb!!! Jadi, kerana aku minat Tom Hanks, maka kami pun memilih untuk menonton citer Angels and Demons. Siapa yang pernah tengok The Da Vincci Code, boleh lah sambung tengok citer nih pulok. Movie yang agak berat tapi aku sukak. Saspens citernye. Yang pasti, endingnya tak dijangka-jangka. Orang yang jahat rupanya baik dan orang yang baik rupanya jahat..cettt.. sah-sah aku tertipu dek perwatakan derang.

Sebelum menonton...sempat layan ini dulu.................... ahahhahaaa....


Lepas movie, p mamam Nando's pulok. Gambo tak sempat amik, sebab ayam sampai terus ingat nak ngap ajer...kebulur benor duk 2 jam setengah dalam cinema, walopun popcorn abih satu bekas beso...hahahhaaaa...........

Then, hubby ajak carik hadiah birthday aku... Mr Hubby nih memang bukan jenis suprise-person. Jadik mimpi laaa kalo nak tunggu hadiah suprise dari dia nih... hehehheee.... Dia cakap dia nak belikan jam untuk aku... Tapi kalo dia pilih sendirik, kompem designnya ikut taste dia. Aku memang kebetulan nak jam baru, aku teringin jam yang fancy sket memandangkan jam yang aku ada (pilihan hubby jugak masa kawen), plain saja. Jadi merayap laaa kami, dari satu kedai ke satu kedai. Jenuh jugak laa Mr Hubby follow aku carik jam yang berkenan di hati. Layankan jek laaaaa kan... hahahhaaaa..... Sebenarnya memang aku dah lama mengintai dari tirai kamar suka tengok jam nih... Nak terus tunjuk, takut di luor bajet hubby. Tapi kan, orang offer nak bagi, kecik tapak tangan, padang bola mak tadahkan... hahhahaaaa...

Apapun, memang heaven laaa spent time berduaan hari nih. Macam dating zaman muda-mudi pulak... hahhahaaaa... Cumanya, bila dah nak balik tu memang teringatttttttttttttt benor kat budak tecit dua orang tu sebab mak punya B dah rasa engorged macam nak malatopppppp... huhuhuuhuuuu... Padan muko den, ado hati nak dating lagik...hahhahhahahaa.... Sampai umah tak sempat tunggu adik hantor budak-budak tu lagik, aku terus serbu cik Amedaku....

P/s utk Mr Hubby... Dear husband, thanks for the great day and the lovely watch..love you...mmuuuuaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Errrrrrrrr... kalian, sila jangan muntah yer... Bagilah can kat besday girl...GIRL kah???;p

Saturday, May 16, 2009

Hidangan Di Hari Guru...


Tak ada apa yang spesel sangat. Sekadar memasak lauk kegemaran saya, daging masak gulai asam-pedas campur daun limau purut..nyamnyammm...mak sangat sukak... Ada juga sayur petola goreng bercili dan tak ketinggalan tempe goreng peberet mak.. Ahaaaa... nun di atas sana, ada juga sambal belacan yang diperah limau. Inilah hidangan di hari guru..
Aku sekarang sedang menunggu sang arjuna hati balik dari kerja untuk makan tengahari bersama.... :) Ada gaya isteri solehah tak aku??? Hehehheeee...;p


Selamat Hari Guru...

16hb Mei... Tarikh keramat untuk semua pendidik di seluruh negara... Selamat Hari Guru, aku ucapkan kepada semua guru yang dikenali mahupun tidak. Juga untuk diri sendiri, tahun ke-4 bergelar seorang GURU, masih banyak yang perlu ku pelajari. Semoga segala usaha dan pengorbanan kita, para guru mendapat keberkatan dariNya. Dan semoga segala penat-lelah kita dalam usaha mendidik anak bangsa, akan membuahkan hasil. Guru Pembina Negara Bangsa

Kepada semua guru yang pernah mendidik aku dari sekolah rendah, menengah hingga ke peringkat universiti..."SELAMAT HARI GURU" terima kasih di atas ilmu yang kalian curahkan... Untuk Cikgu Sainah, cikgu aku ketika di sekolah rendah, dan kini telah menjadi rakan seperjuanganku... Cikgu is the best!!!! :)

Berikut merupakan lirik lagu tema Hari Guru tahun ini.. Hayati dan fahamilah lirik tersebut...

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar bakti kucurah
Demimu ibu pertiwi
Sumpah kulafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Friday, May 15, 2009

PESANAN!!!!!!!!!!!!!

Perhatian kepada CIK SPIDEY dan CIK ZURA!!!!!!

Ini ada satu pesanan untuk anda berdua. Sila datang ke umah EMAK hari AHAD ini bersamaan 17hb Mei 2009, jam 10 pagi, bantuan anda diperlukan untuk menjaga dua orang budak yang kecik-comey-menawan-qalbu ini.....



Ini kerana kedua ibu-bapa kanak-kanak ini hendak pergi meroyan berdua-duaan. Sila jangan buat tak tau dan dapat menghadirkan diri pada masa yang telah ditetapkan. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan, harap maklum... ;p
Sekian, terima kasih.


Thursday, May 14, 2009

Menu Ini Hari...

Menu ini hari.........

Tudung Ikan bawal masak sweat-sour...


Bendi celur....




Dan................




Dan ini...


Perhatikan di antara dua hidangan ittew....




Nampak??? No???



Ok... Close up sket.... ;p


Itu saja... menu ini hari, owhhh.. nak makan nanti, aku nak goreng tempe... buat tambah-tambah lauk.
Jumpa itu di pasar dekat umah mak aku dengan harga RM5. Seseorang telah memberi testimoni yang begitu menggiurkan hingga aku terliur nak merasanya. Terlanjur jumpa, akupun rembat ajer, walopun malam ni aku pasti menjadi mangsa kutukan Mr Hubby, tadahkan ajer telinga...kwangkwangkwangggg...

Jadi siapakah yang telah menghasut aku??? Sila angkat tangan.... Jangan sengih-sengih ajer depan skrin tu... Cover cover sket tanduk tu... kihkihkihh...;p

Gambo Meroyan...

Aku tengah seronok meng'edit' gambo-gambo sendirik. Sangat best dan cantik... macam photographer lak rasa...kuikuikuiiiiiii
Tengok hasil edit'an aku... macam gambo yang kat belah atas tu....
Ni beberapa hasil tangan gatal aku nih...




Cantik kan??? Mari meroyan bersama-sama... di SINI. Ada orang dah termeroyan bersama aku...hahahahhaaaaa.........

*Kredit to my sis, Lia... sebab menjebakkan aku di website ini...:)

Si Dia Sudah Prasannnn!!!...

Pagi tadi sewaktu bersalaman dengan Mr Hubby sebelum pergi ke sekolah, tiba-tiba dia menegur, "Eh...u dah tak pakai tudung bawal lagi sekarang nih ek?"
Owhhh...aku terkesima...ecehhhh...spontan aku menjawab,
"Errrr...tak...tudung ni senang, takyah gosok"
"Oooooo...tudung ni takyah gosok ke?"
"Emmm...iyeee..." Macam tak betul sangat jek alasan aku. Memang otak aku nih, kalo tiba-tiba diterjah dengan soalan yang tak diduga, macam merapu jek jawapan aku...;p

Yang aku nak nyatakan di sini, nampaknya si dia yang tersayang ittew sudah prasan aku asik pakai tudung Ariani dan Munawwarah sahaja, melupakan tudung-tudung ikan bawalku yang bersusun dalam almari. Dalam kata lain, pasti si dia sudah prasan juga koleksi Ariani aku semakin bertambah mengikut kaler baju-baju yang ada. Mujurlah tadi dia menegur ketika aku dah nak pi sekolah, kalo tak pasti perbualan itu akan melarat-larat seumpama soal-siasat.

Tapi suamiku, tidakkah u suka tengok i cantik-bergaya-uptodate selalu??? Sukakan??? No???? .....;p

Wednesday, May 13, 2009

Cita-Cita Dan Kerjaya...

Hari ni aku bersama beberapa orang cikgu borak-borak sambil gelak-gelak tentang cita-cita anak-anak murid di sekolahku. Cita-cita anak-anak ini ada yang bagus lagi tipikal seperti doktor, jurutera, pilot dan pelbagai nama jawatan yang gempak-gempak. Ada juga yang berminat nak jadik polis, tentera, guru, misi atau ahli bomba. Tapi yang paling tak tahan ada murid tahun 1 yang nak jadik penyanyi AF... apakah???? kuikuikuiiiiiii.....

Kalau diperhatikan, murid-murid memilih cita-cita berdasarkan pemerhatian mereka. Ada yang terdorong dari kerjaya hebat ibu-bapa, ada yang dipengaruhi dengan persekitaran, juga tak lupa peranan televisyen yang mempengaruhi sebagai contoh cerita Gerak Khas, gempak dengan kerjaya kepolisiannya.. atau yang tertarik dengan kerjaya glamour.. penyanyi, pelakon, sebagainya. Dan boleh pula dikenalpasti, kalau murid yang di kelas pandai, cita-citanya hebat-hebat belaka. Tetapi murid di kelas yang kurang pandai, cita-citanya sederhana sahaja, ada juga yang bila ditanya.. "emmm...emmmmm" sahaja yang panjang jawapannya... sebelum dapat memikirkan cita-cita yang sesuai.

Jadi bila disebut soal cita-cita, masa kecil-kecil dahulu... aku memang tak lari dari ingin menjadi doktor, akauntan atau peguam...gempakkkk cita-cita aku kannnn... Dan pernah satu ketika, nak jadik pramugari sewaktu cerita Jepun Chiaki menjadi kegilaan..kuikuikuiiiii.... Tak pernah pula seingat aku nak menjadi guru.

Bila di sekolah menengah, masih sama cita-citaku. Dan yang paling ingin ku jadi bila dewasa.. AKAUNTAN. Namun, bila aku di tingkatan 4, cita-cita itu terpaksa ku padamkan dari senarai kerana waktu itu kelas Prinsip Akaun tidak dibuka di sekolahku, maka aku terpaksa ambil aliran Sains. Namun bila sudah masuk Universiti, barulah cita-citaku nampak pengkhususannya. Nak jadi Ahli Kimia a.k.a Chemist. Yelah kan... cita-cita seiring dengan pengkhususan kursus yang kuambil waktu itu. Doktor, akauntan, peguam mahupun pramugari memang sudah jauh dari ingatan. Sepatutnya, aku perlu berusaha keras mencapai cita-cita aku. Namun waktu itu seolah-olah tak ada semangat untuk memperjuangkan usaha mencapai cita-cita. Cita-cita aku akhirnya dipengaruhi dengan bidang kursus yang kuambil sewaktu di Universiti.

Dan bila pulakah aku bercita-cita menjadi seorang guru??? Owhhhh.... sesudah memiliki kerjaya sebagai seorang ahli kimia, sepatutnya aku sudah tak perlu bercita-cita. Namun, aku tiba-tiba mempunyai cita-cita baru... Aku nak jadik GURU... Kenapa??? Sebab aku letih bekerja sepenuh masa, aku nak satu kerjaya yang membolehkan aku memperuntukkan masa yang lebih untuk keluargaku. Memang tak telus cita-cita aku waktu itu. Namun bila sudah berada di ambang dunia perguruan sewaktu di Maktab... cita-citaku sebagai seorang guru aku murnikan. Dan jadilah aku seorang GURU kini dan selamanya... Tetap dan berpencen... :)

Jadi kawan-kawanku yang budiman, bagaimana dengan cita-cita dan kerjaya anda??? Adakah seiring??? Ada tak sesiapa yang berjaya menggapai cita-citanya? Atau kerjaya anda kini mengikut arus kehidupan anda??? :)


Tuesday, May 12, 2009

Apa Yang Best??

Apa Yang Best bile berblogging??? Apakah yang membuatkan blogging itu sebagai habit yang tak boleh nak ditinggalkan setiap hari? Mengapakah blogging itu bagaikan sambal belacan G-Tra yang jika tidak ada pun tak apa sebenarnya, makan jugak nasi tu, tapi kalo ada, pasti makan nasi jadik lebih sedap dan lebih berseleralah kita makan. Mengapa? Mengapa dan mengapa???

Aku mula menjebakkan diri dalam arena memblogging nih sekitar bulan Ogos tahun lepas, sewaktu dalam berpantang melahirkan Ainin Sofiya. Entri pertama aku ialah INI. Mulanya asik bukak LamanWebIni untuk mencari panduan tentang pam susu yang bersesuaian juga menambah ilmu tentang BF yang menjadi kegilaanku sejak menjadi seorang ibu. Kemudian melihat ramai mommies yang punyai blog sendiri. Lompat-melompat dari satu blog ke blog... waaaa...sudah rasa macam best jek ada blog.

Masih aku ingat, bila pertama kali menyuarakan kepada Mr Hubby, nak buat blog. Mr Hubby kata, "Jangan nanti tak berupdate"
Nahhhhhh.... kerana menurut kata suami, maka aku updatekan blog ini tiap-tiap hari...hahahhahaaaa.....

Apapun, bagi aku.. dunia berblogging meluaskan pandanganku. Membaca pengalaman, cerita-ceriti, berkongsi rasa sedih dan juga gembira, mengisi ruang-ruang hidup aku yang memang dah sedia penuh ini. Berkenal-kenal di alam maya dengan semua bloggerz mommies, membuatkan hidup lebih meriah. Walaupun ada diantaranya yang tak pernah bersua muka langsung, namun terasa rapat di alam maya. Persahabatan di alam maya terasa begitu ikhlas dan telus, tanpa ada rasa iri, menyampah atau bermuka-muka. Owhhhhh... Aku memang sangat teruja dengan dunia memblogging nih. Dan di blog juga kita bebas bersuara. Kalo di alam nyata kadangkala tak semuanya sesuai untuk dinyatakan kan?

Jadik kesimpulannya, itulah yang menjadi perencah yang menambah keenakan berblogging ini. Itulah sebabnya, hidup terasa ada kekurangan kalo tak dapat terjah blog kawan-kawan apatah lagi blog sendiri. Saya sangat suka berblog dan juga sangat suka kawan-kawan blog yang ada. Korang macammana??? Agaknya apakah yang menyebabkan korang addicted kepada dunia blogging ini???? :)

Monday, May 11, 2009

Pink and Red...

Minggu lepas aku sangat suka hati. Yang kunantikan telah tiba. Sesuatu untuk Ainin Sofiya. Kalo korang peratikan, macam selalu sangat aku beli itu ini untuk Aina Suraya. Flash cards lah, buku lah... Jangan salah paham.. bukan diskriminasi menjatuhkan aku pastinya. Semua tu pastilah untuk Ainin juga bila tiba masanya kelak..;p

Jadi minggu lepas, aku telah menerima bingkisan yang ku tunggu-tunggu. Apakah????....
TARAAAAAA....!!!!

Yeayyyy... CD untuk Ainin lagik. Menambah koleksinya yang ada. Berkat hasutan promosi dari seseorang, aku telah menjebakkan diri mencuba CD Crazy Momy yang sedang ada special promotion waktu itu di SINI. Dengan berkongsi pembelian, dapatlah aku 3 keping CD dengan harga RM120.. maknanya RM40/pc. Still murah. Memang aku beli CD yang murah-murah ajer.. yang penting berkualiti. Sangat suka sebab kalernya yang memang ku idamkan. Tak ada lagik kaler pink dan merah menyala dalam koleksi CD Ainin. Jadi sebab aku memang fanatik pink, dua keping aku amik kaler pink, satu merah...ahahhahaaa....
Layan dulu gambo Ainin dengan CD barunya.....



Close-up sikit....



Review aku tentang CD Crazy Momy (CM) nih....

1. Selesa - aku rasa saiznya besar sikit dari CD Coolababy (CB). Atau mungkin sebab dia guna Velcro, jadik nampak begitu selesa di hips don't lie Ainin yang seksis tembam ittew.


Perhatikan CM di sebelah kiri, CB sebelah kanan. CM lebih besar??? No???


2. BEST sebab dia guna Velcro - Lebih mudah nak pakaikan berbanding guna button. dan lebih mudah juga nak di ejas mengikut keselesaan Ainin.

3. Insert - Dapat dua helai juga macam CB. Tapi bagusnya insert dia jugak adjustable mengikut saiz baby. Walopun takde maknanya untuk Ainin, tapi bagi aku sangat bagus laaa kalo untuk newborn baby.


4. Innerlayer - ada dua pilihan, microfleece dan microsuede. Tapi yang pink nih pulak cuma ada jenis microfleece. Kalo CB memang dari jenis microfleece. Errr... Dan aku memang baru tau yang microsuede tu lebih senang nak cuci stain, sebagaimana yang telah seseorang beritahu kepada aku yang tak berapa banyak ilmu hitam pasal CD nih...;p

Yang lain-lain tak banyak beza dengan CB lah. Tapi, memang aku suka dengan CM nih. Setelah aku test-run, ternyata performance dia mantopppp seperti CB jua. Sesuai lah kiranya untuk si comel aku tu. Aku puas hati. Rasa nak beli lagi, kalo ada promosi yang best dan murah lagik..

Errr... cuma satu lah kan... kalo washing-strap (btol ke nama dia nih??? alaa..mende yang lekatkan kat Velcro masa basuh tu...) tu dia siap-siap jahit kat CD lebih bagus lagik, sebab very the malas busy moms macam aku nih memang kalo bulih tak kuasa nak jaet-jaet nih..kuikuikuiiiiii...

Kesimpulannya : I loikeeeee... memang lah aku sangat suka CD yang murah dan mantopppp nih. Mungkin sebab aku nih tak pernah guna CD yang mahal malatopppp tu, jadik aku takleh laaa nak bandingkan dengan CD yang macam tu kan. Mungkin mommies lain yang biasa guna lain-lain brand yang malatoppp tu, boleh comparekan tahap kemantopan CD-CD nih. Ermmmm... kalo nak banding CM dan CB...dua-dua pun aku suka selagi harganya masih dalam bajet aku.. Aku tak ada masalah dengan kemantopan kedua-dua jenis CD.

Jadi... stash Ainin pun dah bertambah nampaknya. Dari 10 sahaja, dah jadik 13..Alhamdulillah. Yang pasti, memang mencukupi untuk kegunaan harian Ainin dan kadang-kadang Aina juga .


Di antara CD Ainin, yang tinggi membukit tu CD CB lah....