Monday, January 4, 2010

Permulaan 2010...

Hari ni hari pertama kembali ke sekolah mengajar. Dah lama bercuti, hari pertama ni memang penuh dengan semangat baru. Excited nak memulakan sesi P&P 2010. Semoga semangat ini akan berterusan sehingga ke akhir tahun.

Untuk 2010, saya dipertanggungjawabkan mengajar subjek Sains tahun 6 dan 4, juga subjek Bahasa Inggeris tahun 2. Wahahhahaaaa... kembali mengajar BI!!! Dulu masa baru posting tahun 2006, saya memang mengajar subjek ini untuk tahun 1 dan 2. Kemudian tak ajar lagi. Nampaknya 2010, saya sekali lagi diberi kepercayaan mengajar BI. Masa bagi jadual waktu, GPK saya agak risau saya menolak... Tapi saya tak kisah, kalau tahap 1 saya masih ok sajer. Lagipun manalah saya boleh nak menolak, minor subjek masa di maktab dulu memanglah BI. Cikgu opsyen BI kat sekolah saya pun memang kurang, so kenalah terima jugak. Apapun.. sebenarnya saya suka jugak mengajar BI, sebab saya boleh improve my language... :D

Saya juga sangat suka sebab tahun ini masa mengajar saya kurang dari tahun lepas.. Alhamdulillah. Semoga masa free yang ada dapat saya berblogging manage dengan lebih baik lagi. Tersenyum sampai ke telinga saya tengok jadual waktu saya. Hari Jumaat je yang agak banyak kelas, tapi takpe sebab Jumaat balik pukul 12. Dalam kepala saya sekarang, sudah mula nak letak slot mengepam, menanda buku, meng'update' blog data dan macam-macam lagi dalam jadual waktu yang free itu.

Tahun ini juga, sekolah saya mendapat 6 orang guru baru. Ada yang fresh from oven maktab, ada yang baru bertukar dan ada yang naik pangkat. Alhamdulillah. Ramai guru baru, bermakna makin berkuranglah masa mengajar kawan-kawan. Tahun lepas masing-masing stress dengan jadual waktu yang padat. Tahun ini bolehlah bernafas sikit... :D
Bukan itu sahaja, bebanan tugas pun makin berkuranglah juga. Taklah sorang cikgu sampai 2,3 jawatan penting kena handle. Best.. best...
Yang lebih best dapat cikgu opsyen Kemahiran Hidup dan Muzik. Cikgu lelaki pulak tu. Semua orang suka sebab sekolah saya ni memang ketandusan cikgu lelaki. Lepas nih tak laaa cikgu perempuan sibuk tertonggeng-tonggeng terhegeh-hegeh kat dalam bengkel Kemahiran Hidup. Juga tak laaa budak-budak bosan belajar Muzik, sebab dah ada guru opsyen Muzik yang semestinya terer.. :)
Yang pasti awal-awal ini, sibuk sikitlah saya meng'update' data guru-guru baru.
Saya rasa saya nak cuba buat scheduled entri untuk blog, lagi senang. Tengoklah macam mana... :P

Oh... hari ini juga saya nak hantar Aina pergi tadika. Nasib baik lepas rehat sampai balik saya free hari ni. Sesi Aina pukul 11.30, bolehlah saya mintak izin GB keluar sekejap karang. Excited jugak nihhh... hahahhahaaaa....

Saya dapat offer ajar Sains kat satu pusat tusyen. Menarik jugak.. boleh masyukkkk lebih sikit. Mula-mula rasa macam nak ajer. Tapi bila pikir-pikir balik.. owhhhh... saya tak mampu. Sebab, seminggu ada 3-5 kali kelas waktu malam. Maknanya hari-hari saya nak kena keluar malam, tinggalkan anak-anak saya. Nanti bila suami saya dah balik, mesti terkejar-kejar nak dinner lagi, nak ke pusat tusyen lagi, silap-silap tak dapat nak dinner sama-sama. Suami saya pulak tu bukannya jenis yang punctual pukul 6 dah sampai umah. Lagipun, Aina dah start sekolah. Bila masa saya nak mengajar Aina pulak? Bila masa pulak nak tolong tengokkan dia buat homework??? Petang??? Petang dah sibuk nak masak, buat kerja-kerja umah bagai.. Malam je lah waktu yang sesuai untuk belajar bersama Aina. Nanti sibuk nak ajar anak orang, anak sendiri tak terajar. Tu belum kira masa yang saya nak kena spend untuk murid-murid Tahun 6. Jadi memang tak boleh lah saya mengajar tusyen. Duit banyak mana pun tak ada maknanya, kualiti bersama keluarga lebih utama.. betul tak???? Rezeki yang ada pun dah mencukupi. Sebab tulah saya memang tak nak mengajar tusyen walaupun jiran-jiran saya selalu tanya. Bagi saya, kalau saya nak kerja dari pagi sampai ke malam, baik saya kerja kat kilang je... Eh, tu pendapat peribadi saya saje ye, lain orang lain pendapatnya. Mungkin orang lain boleh mengurus masanya dengan lebih baik lagi walopun mengajar tusyen. Saya memang time management selalu terkehel.. hehehehee

Oklah, cukup-cukuplah untuk permulaan 2010 ini. Nampaknya ini entri pertama saya di tahun baru. Kalian ceria-ceria selalu yer. Semoga kita semua berjaya mencapai kualiti dalam kehidupan kita...

Last but not least (dah macam karangan surat kiriman pulak nih), I like this quote... :D


Agree???...

8 comments:

~ As ~ said...

ya betul!

~Umi.Sufira~ said...

Selamat mengajar balik beb.....semoga tahun baru membuka lembaran baru untuk kita semua..:)

Nanak said...

agreed..selamat kembali ke sekolah..semoga tahun baru akn membawa lebih makna dlm hidup kita.

Unknown said...

aku yg beropsyen PJ nih pun dibagi ajar Math dan BM.. memang tak bleh elak.. x cukup cikgu.. harap2 bleh ko tolong aku bg tips

LiAnA said...

selamat bertugas.. semoga segalanya berjln dgn lancar :D

IntanSham said...

AS...terima kasih..;)

mimi.. TQ.. same goes to u babe..

Nanak..TQ...

CapT.. kalo nak aku tolong ape2 gtau lah yer..;)

liana.. TQ.. :)

m-i-o said...

wow, mak bila baca part dpt offer jadi cikgu tuisyen tu - terus meloncat nyah!

tp ya la - faktor masa ni, susah sikit. kena pulak nak fikir mana satu priority kita.

anyway, kalo ko nak extra income apa kata ko buat je kelas tuisyen sendiri? suruhla budak2 tu datang umah. sambil diorang wat latihan, ko bleh jeling2 anak2 dara berdua tu. extra income pun dapat, and at the same time ko takyah kuar umah. tp - ha, ada tapinya - kena ada disiplin la. bukan ko aje yg kena bdisiplin, anak2 dara tu pun sama. takleh kacau time ibu mengajar ya?

IntanSham said...

MIO... tulah... setakat nih aku x terpikir lagik, sbb laki aku kan slalu xde. bila laki aku xde aku lg selalu duk umah mak aku. nanti bila anak2 aku da beso sok laaa baru aku leh pikir nak carik duit lebey nih.. :)