Tajuk tak bley blah, pre-holiday lah konon... mungkin lebih klasik baik kalo letak tajuk Sehari Di Temasik... :P
Konon nak update semalam, tapi tak sempat nak letak watermark pada gambo. Weekend lepas, kami sekeluarga menghabiskan masa sehari di Singapore, lebih tepat di Zoo Singapore. Yer...rakyat jelata di Johor adalah sedang berkabung, tetapi saya berseronot-seronot berjalan pulakkk??? Bukan tidak menghormati, tetapi dah lama merancang nak bawak anak-anak ke sana, sejak hubby di Qatar lagi kami dah plan.. maka harus pergi jugak kelmarin. Lagipun hubby akan ke Qatar semula tak lama lagik... huhuhuuuuu... Takut tak sempat pulak kalo bertangguh..
Pukul 6 pagi saya dah bangun. Prepare sandwich dan barang-barang yang nak di bawa. Then pukul 8 lebih kami dah gerak. Singgah ke rumah ella-sham dulu sebab hubby nak pinjam GPS. Memang best laa ada GPS nih, tak sesat langsung. Membuatkan saya telah tolong listkan GPS dalam wishlist Mr Hubby jugak... :P
Dalam pukul 10 kami dah ada kat Cosway. Nak lepas Imegresen Malaysia tak susah sangat, lalu-lintas adalah lancar. Tapi Kat Cosway agak slow moving.
Jammed @ Cosway...
Pukul 11 dah sampai kat Zoo Singapore. Wehhh... tak jauh sangat lah dari Johor. Lepas je Cosway dah sampai. Bukan Aina dan Ainin je yang seronok. Saya pun suka giler.. hahahahaa...
Zoo Singapore adalah sangat BESTTTTT!!!!!!! Two thumbs up!!! Memang cantik sangat, nampak hidup, haiwan-haiwan dia pun memang terpelihara - bersih dan sihat. Kawasan dalam zoo adalah sangat bersih dan indah. Saya tak jumpa langsung sampah bukan dalam zoo jer, kat luor pun sama. Memang Singapura negara yang bersih.. sangat respek hokehhh!!!
Harga masuk, kami ambil package yang sekali dengan tram dan boat ride - Dewasa 23.36SD (RM 55.60) dan kanak-kanak di atas 3 tahun 11.68 SD (RM 27.80). Memang agak mahal lah untuk nak masuk zoo, tapi memang berbaloi sebab sangat puas hati. Ada macam-macam aktiviti kat dalam zoo. Setiap bahagian ada show, kemudian setiap kali feeding time, pengunjung boleh tengok dan ada penerangan.. interesting!!! Kawasan zoo nya memang luas dan setiap inci kawasan zoo dimanfaatkan sebaik-baiknya. Kat sana tak ada seekor haiwan pun yang macam hidup-segan-mati-tak-mahu macam kat satu zoo tu.., boleh katakan semua haiwan adalah sihat dan aktif. Kami naik bot dulu, jalan, kemudian bila penat naik tram, jalan lagik dan naik tram lagi.
Cerita banyak pun tak guna, kalian layanlah gambo yang banyak nih sampai muntahhhh.... :P
At the entrance...
Feeding time!!!...
The Animals...
"Lipennnn..." Kata Ainin... :P
The crocs...
Lawak rambut(?) kuda nih... :P
The lazy kangaroos... :P
The White Tiger...
Harimau ni yang dulu ada kes makan orang tu...
The Giant Tortoise...
Menuju ke bot...
On the boat...
Beatiful sceneries...
Cantik kannn???? :)
During the show..
Susah nak tengok Mat Saleh kena 'buli' macam nih... :P
Our moments... :)
Apapun memang seronok lah kat sana. Anak-anak pun excited. Saya memang kagum. Rasanya zoo-zoo kat Malaysia patut buat macam Zoo di sana. Setakat nih, saya rasa zoo Melaka ok lah jugak. Saya tak tau Zoo Negara macammana? Maybe orang KL bulih bagi review. Hubby kata kami patut memantau melawat Zoo Negara pulak nanti, nak tengok best ke tak.. :P
Lepas dah penat jalan habis pusing satu zoo, dalam pukul 4 lebih gitu.. kami pun bertolak ke Orchard Road untuk sesi cuci mata. Dari satu kompleks ke satu kompleks kami terjah. Kami tidaklah bershopping, tapi survey-survey harga wishlists sahaja. Nanti nak compare harga dengan price kat negara sendiri, kalo lagi murah maka bolehlah membuat 'come back' ke sini... :P
Nite view @ Orchard Road...
Berlatarbelakangkan shopping complex yang ada butik LV
Singapore memang menarik untuk dilawati. Itu baru pi ke zoo dia, kalo dapat jalan ke Pulau Sentosa, haruslah lebih syiokkk lagik.. :)
Cuma... errrr... ada dua perkara, makan adalah mahal gilors... kami makan KFC untuk 2 orang adalah sama dengan harga makan SR kat Malaysia.. huhuhuuuuu... Semalam pertama kali makan aiskrim Cornetto yang giler mahal, nak dekat RM 10 satu... Kata hubby beli masa F1 pun baru lima hinggit... wakakakakaaa... :P
Satu perkara lagi, surau dan masjid adalah sangat susah mau jumpa. Tak macam kat negara sendiri, kat mana-mana pun ada surau/masjid.
Kalau berpeluang, bawaklah anak-anak berjalan ke sana. Syiokkkk u ollsssss... :P
8 comments:
baru cadang ngan hubby nak ke singapore pagi td...hehehe..sejak2 ade pasport mmg hati ni nak jenajalan ajer...
mcm akak senang ler...jiran dgn singapore..biler2 boleh terjah..kalau zah ni kena rancang cuti betul2 la..
kak kalau ke sana leh la jumpa..heheheh
seronok kan Zoo spore..
Adik2 ipar aku semua dh pergi dah..
Aku ni tak pergi lg bawak anak aku.
Selalu plan tp tak jadik2 nk pergi.
Zoo Kl aku dh bawak dah..
Nti cuti sekolah bulan 6 boleylah aku bawak anak aku.
dah ada GPS berani sikit nak jalan2 kt Spore tu. haha..
Dah lamanya tak pergi singapura, ingat dulu selalu pergi masa krismas kat orchard road..happening, tapi kalau ke pulau sentosa baik intan pergi bukit merah lagi..he.he..
zoo negara skrg 'ok' skit dari dulu tp haiwan2 'mafia' masih begitu.. hidup segan mati x mahu. leh tgk review saya kat blog saya laah! ada gmbr sekali...
Wah syoknya...rugi tak join harituh..Itulah masa tak mengizinkan..ko lalu second link yer nyah?
wahhh zah..bile nak pi tu?? jgn lupa kontek akak kalo sampai kat johor nih, mesti jumpa tawww
ella.. mmg best laa... nanti ko pi laa bawak danny & daniel.. ahahhaaa..kuor je cosway dah sampai beb, mmg x jauh
kak yati..owhhh.. btol ke bukit merah lagi best dari pulau sentosa? saya dah pi bukit merah, mmg best punnn... :)
sal.. x jumpa pulak n3 u psl zoo negara tu.. tp suatu masa nanti nak p gak laa sana.. :D
mimi.. tu laa ko x join, kalo x lagi syiokkk nyahhh.. aku x lalu 2nd link, rasa lagi jauh, lagipun ahad x jem sangat, aku ikut cosway jer
akak jom2 kita g sentosa island, sy pon teringin nk g situuu..hehehee
wahwahhh cik chelsea, kalo ajak akak nanti kena tolong jaga budak tecit kanggg... hahahahaa... :P
Post a Comment