Friday, January 8, 2010

Ibu Yang Excited...

...Sayalah tu, ibu yang excited melihat perkembangan anak sendiri. Menghantar anak ke sekolah memang sesuatu yang amat mengujakan bagi saya. Apatah lagi bila anak saya menunjukkan tingkah-laku positif sejak dihantar ke sekolah. Ye.. saya tahu memang baru beberapa hari Aina ke sekolah. Masih terlalu awal untuk dinilai. Masih lagi dalam pemantauan saya. Namun melihat dia gembira dan teruja dengan pembelajarannya, turut membangkitkan keterujaan saya juga.. ayat tak bley blah :P
Eksaited wehhh bila anak suka belajar, sape yang tak eksaited kannnn... hehehheheeee...................... :D

Beberapa hari ini, balik aje dari sekolah, inilah kerja Aina........................



.


.


.



.




.




.

Tekun berlatih menulis ABC...
disamping ibu yang tekun berblogging..kahkahkahhh

Kat umah Tok Mak, takde kerusi-meja untuk Aina menulis,
duk bersidai kat katil dengan meja kecik pun jadik... :P


Bila dah nampak ibu amik gambo, mulalah bagi pose muka comel.. ahaksss


Bila dah penat pulak, mulalah melepek macam nih..
Sempat senyum sebab tau ibu sibuk amik gambo... :P


Buku menulis ABC Aina...


Buku menulis ABC itu bukanlah homework sekolah dia. Buku tu dah lama saya beli, sejak Aina sibuk nak main tulis-tulis. Tapi Aina tulis ikut suka hati dia. Tak ikut turutan pun. Kalau dia rasa nak tulis A, dia tulis A. Lepas tu karang tulis K pulak. Mula-mula dulu, susah jugak dia nak mengkoordinasikan tangannya untuk ikut garisan putus-putus tu, tapi lately nih Alhamdulillah dia dah pandai mengikut garisan putus-putus tu dengan lebih sempurna... :)

Nampaknya setakat ni, Aina belum ada homework lagi. Sebenarnya bila Aina balik dari sekolah, saya lebih suka dia berehat, tido sekejap. Tapi nampaknya Aina lagi suka berehat time dia tengok cerita Cucu Betong.. hehehheeee

Tadi saya tanya dekat Cikgu yang mengajar Aina, Aina macammana kat sekolah, nakal ker suka kaco orang ker kepoci ker... heheheee... Tapi cikgu dia kata Aina tak nakal, Aina baik kat skolah.. dan yang lagi best cikgu dia kata Aina cepat tangkap apa yang cikgu ajar, cikgu suka ajar dia.. Alhamdulillah...... bersyukur saya dengar cakap cikgu tu. Semoga Aina berterusan macam tu. Semoga Aina akan jadi lebih bijak hendaknya... :D

Errr... tapi hari ni kan, ayah saya hantar dia. Tiba kat skolah, dia nanges nak shushu... kihkihkihhhhh... Nasib laa kejap je, bila cikgu pujuk dia dah okeh balik. Sebenarnya kan.. saya lagi respek lah kat cikgu tadika. Sebab sekarang nih, kalo budak darjah 1 dah tak ramai yang nanges-nanges kat skolah, tapi kalo budak tadika memang kompem ramai yang nanges. Jadi memang cikgu tadikalah yang lebih penyabar sebenarnya..heheheee.. :)

5 comments:

~ As ~ said...

lagi kan, cikgu tadika bkn setakat pujuk budak nangis, kadang tu kencing berak terpaksa juga urus tau... (luahan bekas cikgu tadika)...hahaha

iena hamdi said...

hehhehe mmg semua ibu2 akan bersikap spt intan.. nak nak anak sulung yang...

m-i-o said...

hah? aina layan cucu betong? wah!

aina, makcik yg dh tua (tetapi maintain cun) ni pun tak berani tengok cite2 hantu gitu taw! :P

~: Nour aka UmmiNor:~ said...

wah excited kan anak dah skolah, turn saya next year :D
jemput singgah kat my blog ya!

IntanSham said...

wahhh as.. ko bekas cikgu tadika?? sungguh lah aku kagum.. :)

kak iena, tu lahhh takut gak kang org kata excited terlebeyy.. muahahahaa

mio..ko x tau asal ptg je ingatkan aku tengok cucu betong.. kdg2 mlm pun mintak nak tengok cucu betong.. kekekeee.. ni sume salah aku sbb asik terbongkang dpn TV je cuti aritu.. dari nenek kebaya sampai ke cucu betong nih haaa non stop layan.. :P

mmg best umminor.. nanti u pun akan rasa.. ok nnt ku singgah ye yanggg