Thursday, January 7, 2010

Celakalah Engkau Wahai Penipu!!!

Apakah perasaan korang kalo membayar satu perkhidmatan dengan harga RM150, kemudian korang dapat tau bahawa sebenarnya perkhidmatan serupa itu adalah RM40 sahaja. Dan kemudian, dek kerana sakit mata melihat hasil kerja perkhidmatan itu yang macam hampeh, maka korang pun terpaksa pejam mata untuk mencari kedai lain bagi membaiki 'hasil kerja' tersebut dan dikenakan pula cas RM150 lagik. Sedangkan kalo korang terus jer ke kedai yang lain itu, korang takyah laa bayar sampai RM300. Means that kalian dah buta-buta ditipu RM150..

That's what happened to me yesterday. Tak payah tanyalah perkhidmatan apa yang aku buat tu.. Yang aku nak bebelkan di sini ialah, kekesalan aku sebab si penipu yang celaka itu adalah orang Melayu. Konon-konon aku ni malaslah nak p carik kedai Cina, takut kena tipu satu.. lagipun kedai Melayu tu bapak aku kenal owner dia. Rupa-rupanya bangsa sendirik lagi kaki penipu. Memang sumpah tak ingin lagik aku ke kedai tu. Aku berdoa bungkuslah perniagaan engkau wahai penipu, supaya engkau tak boleh menipu orang lain lagik. Kalo tak bungkus pun, semoga Allah membalas perbuatan keji engkau itu. Tak dapat balasan di dunia, di akhirat esok engkau tanggunglah!!! Aku tak akan halalkan satu sen pun duit yang engkau kelepet itu. Inilah masalah bangsa Melayu. Macammanalah berniaga nak maju. Tentu arah kena tipu dengan bangsa lain, kalo dengan bangsa sendiri lagi sakit hati. Istighfar dalam hati, memang bukan rezeki aku 150 tu, tapi aku memang sakit hati beno kena tipu dengan bangsa sendirik yang haku kenal pulak tu. Memang S***

Yer... aku tulis entri pakai 'aku' sebab aku sangat hangat hati sekarang ini... :(



11 comments:

NOR HASMAH said...

Marah btl ni k.Intan..kite ni mmg kdg2 nk tlg org melayu tp tulah org melayu yg jahanamkan org melayu gak..saba ye k.Intan..nk tau gak kedai ape..huhu..

Nanak said...

sabar k.Intan, tp kalau sy, mgkn sy dah dtg kedai dia maki hamun..huhuhu

Fid said...

kedai mana?sms aku kang aku leh war2 kata dia menipu hahahahahahahahaa

ko wat perkhidmatan apa.sms aku!kahkah
kepoci aku ni nyah...kat mana??JB???pasir gudang??kluang???

sila nyatakan hahahahahahha

Ella said...

sabar intan..

jelas sekali kemarahan mu..
takut aku. heheh

Nieza Ishak said...

kepocinya nak tahuuuuuu

barang apo beb????

Ealyie said...

Fid, apa kes keluar Kluang tu..tu..tu.. hahahha..

apa kes beb?

Saudah Salleh said...

adoi..ini mmg odah tak suka, sebab my husband pun berniaga juga..

kita nak tolong bangsa tapi kalau dah kena mcm ini, mmg baran tahap gabansatriasakti..

bagitau kami apa kedainya, kita tolong boikot sama..

izzahazfar said...

sabor ye kak............dugaan...

IntanSham said...

Kawan-kawan tersayang...
thanks for the comments. atas sbb2 tertentu, ku x dapat nak reveal kedai apakah itu walopun melonjak2 hati nak bgtau..tp korang pun bukan ada kat johor nih kan. kedai tu ada kat pasir gudang ni.. apapun really appreciate all your comments... semoga Tuhan membalas kekejian mamat itu...

LiAnA said...

sekrg ni sumer nk carik duit lebih,, tu yg selalu nipu bagai.. jgnkan org luar.. kdg kawan baik sendiri pun kuat menipu..

IntanSham said...

Liana.. setuju sangat tu... pelik btol kannnn...