Friday, November 20, 2009

Hari Ini Ialah...

... hari terakhir persekolahan bagi sesi 2009... Yeayyyyyyyyyyy!!!! Walaupun minggu depan, saya masih perlu bertugas selama 3 hari, namun hari ni dah dikira hari last sekolah lahhhh. Seronoknya nak bercuti panjang... lalalallaaaaaaa..... :D

... Semalam keputusan UPSR telah diumumkan. Alhamdulillah prestasi di sekolah saya meningkat bagi kesemua matapelajaran. Anak didik saya seramai 33 orang, 13 daripadanya mendapat A bagi subjek Sains manakala yang lainnya semua mendapat B. Satu pencapaian yang baik bagi mereka.. syukur sangat-sangat. Kiranya target saya sudah tercapai. Saya lebih terharu kerana anak didik saya yang memanjang dapat C sepanjang tahun 2009, berjaya mendapat B... sungguh tidak disangka-sangka!!! Gembira dan sebak bercampur-baur bila melihat anak-anak didik mencapai kejayaan setelah bertungkus-lumus berusaha... oh.. oh... mak memang emo... Apapun dah berakhir tanggungjawab besar saya di tahun 2009. Bersiap-sedia pula untuk 2010 yang bakal menjelang. Nampak gayanya saya masih lagi diberi tanggungjawab yang sama untuk mengajar murid tahun 6...

... Hari ini saya juga sangat excited tawwww. Sebab, akhirnya saya pun telah terjebak sama membeli ini.................................................



Yerrrr.... Chefel idaman qalbu yang boleh mentransformasikan saya menjadi the domestic goddess.... kahkahkahhhhhhhhh!!! Thank you darling.. lebiu.. mmuuuaaahhhh
Maka sekarang ini, saya akan mula menerjah blog-blog orang lain untuk mendapatkan resepi yang selama ini buat saya meleleh air liur... maka kepada tuan punya blog seperti cik ML dan cik Jua, ketahuilah.. bahawa saya akan mengkopipes resepi-resepi di blog anda. Terima kasih!!!
Tak sabar nak guna chefel nih. Semalam saya dan hubby berbelanja di Tesco, dan saya telah menyelitkan olive oil, mixed herbs dan macam-macam lagilah untuk merealisasikan masakan ala western nanti... yeayyyyyyyy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Nanti kalau saya dah berjaya melaram Chefel nih, saya akan tempek di sini yer... :P

6 comments:

Crazee Choc's said...

Oh! Daku sungguh teringin nak cuti lama mcm cikgu juga

Crazee Choc's said...

Oh! Daku sungguh teringin nak cuti lama mcm cikgu juga

IntanSham said...

ahahhaaa...jadi lah cikgu... ;)

e-caR NazRin aka ibuEiymann said...

salam..
ku pun ade Chefel..tp lum rasmi lg..ntah bile nk rasmi pun x taww.. hehe..

Unknown said...

chefel tu nk masak ape2 pun buleh eh?

IntanSham said...

ibu eiyman, blh try buat ayam diet..senang dan sedapppp

laila... blh masa apa saja.. senanggggg