Saturday, November 28, 2009

Aidiladha Yang Hambar...

... bagi saya dan adik-adik saya. Manakan tidak, pertama kali dalam sejarah hidup kami berempat menyambut Hari Raya tanpa mak dan ayah di sisi. Memang sedih.. tetapi redha kerana tahu mak dan ayah sedang melakukan ibadah di sana.

Pertama kali jua buat saya menyediakan kesemua juadah Hari Raya bersendirian. Ohhh.. tidaklah bersendirian sangat, dibantu juga oleh adik-adik saya. Biasanya mak yang akan jadi 'kapten' di dapo dan kami hanya jadi 'anak-anak kapal' yang lebih kepada penyibuk sahaja, tetapi nampaknya kali ini, sayalah yang menggantikan tempat emak sebagai kapten gila kuasa. Nasib baik adik-adik saya benar-benar menjadi anak-anak kapal dan tidak lagi menjadi penyibuk... :P Alhamdulillah, malam raya siap juga hidangan kari daging, lodeh dan sambal kacang. Pukul 9 malam baru nak mula masak, pun sempat tengok 'Jangan Tegur Lagi'Semuanya main blasah sambil jeling-jeling buku resepi jugak... ahahhaaaa... Kami tak buat ketupat. Rebus ketupat mini Nona sahaja.

Tapi memang Aidiladha ini hambar bagi saya, kerana... suatu berita yang kalau boleh tidak mahu saya ketahui, akhirnya tiba juga.... sobsobbbbb.... :(


2 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Ketua kapal lah ko...tapi nyempat lagi layan sms aku tuh..ekekkee..

IntanSham said...

hahahahaaa.. sbb ketua kannn... bg arahan kat anak2 kapal, pastu acara kemuncak, barulah ketua amik port... ;p