Monday, November 30, 2009

Bercuti Dari Menjadi Seorang Isteri...

Nampaknya di musim cuti persekolahan ini, saya bukan hanya bercuti dari mengajar, malahan saya juga telah mendapat cuti dari menjadi seorang isteri, kerana Mr Hubby tercinta telah pun pergi merantau ke Qatar sebagaimana yang telah saya kisahkan semalam. Cuti panjang pulak tu, melebihi dari cuti panjang saya dari mengajar. Memang cuti betullah saya kali nih. 3 bulan merupakan suatu tempoh yang amat panjang bagi yang tidka biasa ditinggalkan, tetapi bagi yang telah biasa ditinggalkan tempoh masa 3 bulan itu akan berlalu dengan cepat. Bagi saya yang telah biasa ditinggalkan, insyaAllah 3 bulan itu akan cepat berlalu.

Bila menyebut tentang 'bercuti dari menjadi seorang isteri' ini, ianya membuka ruang untuk saya memberi lebih banyak waktu untuk diri sendiri. Saya tidak lagi terikat dengan tugas-tugas rutin seorang isteri. Memasak, mengemas dan lain-lain lagi tidaklah menjadi tugasan paling top dalam list 'what to do' saya. Saya boleh berulit dengan anak-anak saya tanpa perlu menyesakkan fikiran dengan segala kerja yang tertunda. Lebih nikmat lagi, percutian ini membuka ruang untuk saya mendekatkan diri dengan Tuhan. Apabila berjauhan begini, saya akan lebih dekat denganNya, memohon perlindungan untuk suami saya, juga perlindungan untuk anak-anak dan diri sendiri. Terima kasih untuk Kak N di atas ingatan itu.

Apapun kehidupan perlu diteruskan. Petang semalam saya telah membawa anak-anak berhibur di Playland JJ Tebrau. RM10 saya laburkan membeli token untuk Aina dan Ainin main sampai puas. Jenuh jugak nak habiskan 10 token itu. Nasib baik ada adik-adik saya yang menemani kami. Lepas bermain di Playland, saya melakukan aktiviti terapi minda yang seterusnya iaitu SHOPPING!!!! Ahahahhaaaa.... macam dah lama aje rasanya tak bershopping. Shopping untuk diri sendiri dan anak-anak. Tapi saya terkilan lah, saya ada mengintai kasut idaman untuk dipakai ke sekolah di School Scholl, tapi tak ada size lah pulak... huhhhh... tak apalah, nanti saya akan cari di kedai School Scholl yang lain.

Esok saya sudah ada perancangan. Saya nak ke pejabat pos, mengepos trial pack yang telah ditempah. Kemudian saya nak ke Shaklee lagi, kerana ada tempahan baru untuk trial pack tetapi trial pack saya sudah kehabisan. Saya rasa bermurah hati nak teruskan pemberian 'gift' lagi kepada pembeli trial pack. Kemudian saya rasa nak ke JJ Permas pula nak cari kasut idaman saya. Harap-harap ada size di sana. Saya ada beli 6 DVD baru, esok saya nak menonton DVD kalau ada masa. Cewahhhh... masa saya yang banyak itu pun macam tak cukupkahhh????
Ya... saya memang perlu menyibukkan diri, kalau tidak memang saya akan meroyan keseorangan.... hahahhaaaa.... Eh, saya sudah subscribe Broadband Weekly dari C*elcom, sebab saya perlu bersiaran secara langsung dari rumah mak saya. Mak saya kan sudah pos dua bekas besar air zam-zam dari Mekah. Dia kata ada saru kotak lagi on the way. Mak saya kata, ada jubah-jubah untuk saya dan adik-adik serta barang-barang perhiasan yang saya tak tau apa dia. Wahhhh...tak sabar nak tunggu nih. Saya juga sedang menanti satu lagi barang yang amat mengujakan untuk saya... tak sabar btolllll.... :P

Oklah.. dah jauh saya merapu pagi-pagi buta nih.... Apasal saya tak tidur ni?? Eh saya bukan tak tidur, saya dah tidur tadi, tapi terbangun balik sebab teringat nak buat entri untuk kalian lah, esok takut tak sempat. Lagipun saya baru berjinak-jinak dengan dunia masakan di Cafe World dah berapa kali dapo saya berlangau akibat saya terlupa.... hahahhaaaa.......... :P


Saturday, November 28, 2009

Dan Akhirnya..




... masanya telah tiba. Untuk si dia meninggalkan saya dan anak-anak. Malam ini insyaAllah flightnya ke Doha, Qatar akan berlepas dari ruang udara KLIA. Saya dan anak-anak tidak akan menghantarnya ke KLIA petang ini. Dia akan pergi bersama-sama kawan-kawannya. Pemergiannya kali ini bolwh dikatakan pecah rekod paling lama setakat ini, 3 bulan. Tarikh penerbangan baliknya seperti yang tercatat dalam e-ticket MAS adalah pada 27 Februari 2010. Hubby kata mungkin boleh jadi lebih awal dari tarikh itu... tapi... janganlah berharap...

Semalam kami sempat balik ke kampung hubby. Si dia sempat memborong stok susu dan pampers Aina untuk 3 bulan. Mak mertua saya pula sempat membuat sambal ikan bilis campur kacang dan serunding daging untuk bekalan hubby. Tidaklah saya rasa terkilan kerana tidak sempat membekalkannya sambal ikan bilis sebagaimana yang saya rancangkan, gara-gara tarikh penerbangan yang diketahui secara mendadak iaitu kelmarin.

bekal untuk Hubby yang saya tolong packingkan...



Saya telah biasa ditinggalkan. Tetapi entah kenapa, perasaan sedih untuk pemergian kali ini bagaikan terbuku di dalam hati. Segalanya bercampur-aduk di dalam pemikiran saya sejak tarikh penerbangan diketahui kelmarin. Saya memikirkan tentang Aina yang tak berapa sihat, batuk-batuk yang agak teruk dan Ainin yang batuk juga. Saya memikirkan tentang pengurusan kehidupan saya tanpa si dia dan pertama kalinya jua tanpa mak dan ayah saya. Saya memikirkan nanti macammana nak handle kenduri menyambut kepulangan mak dan ayah saya dari Mekah. Pemergian si dia kali ini benar-benar mencabar untuk saya. Apapun saya redha, suami saya pergi untuk mencari rezeki. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan dia di sana dan saya di sini. Semoga suami saya berada di bawah lindunganNya dan selamat pergi dan kembali kepada kami. I will missing you dear...

Aidiladha Yang Hambar...

... bagi saya dan adik-adik saya. Manakan tidak, pertama kali dalam sejarah hidup kami berempat menyambut Hari Raya tanpa mak dan ayah di sisi. Memang sedih.. tetapi redha kerana tahu mak dan ayah sedang melakukan ibadah di sana.

Pertama kali jua buat saya menyediakan kesemua juadah Hari Raya bersendirian. Ohhh.. tidaklah bersendirian sangat, dibantu juga oleh adik-adik saya. Biasanya mak yang akan jadi 'kapten' di dapo dan kami hanya jadi 'anak-anak kapal' yang lebih kepada penyibuk sahaja, tetapi nampaknya kali ini, sayalah yang menggantikan tempat emak sebagai kapten gila kuasa. Nasib baik adik-adik saya benar-benar menjadi anak-anak kapal dan tidak lagi menjadi penyibuk... :P Alhamdulillah, malam raya siap juga hidangan kari daging, lodeh dan sambal kacang. Pukul 9 malam baru nak mula masak, pun sempat tengok 'Jangan Tegur Lagi'Semuanya main blasah sambil jeling-jeling buku resepi jugak... ahahhaaaa... Kami tak buat ketupat. Rebus ketupat mini Nona sahaja.

Tapi memang Aidiladha ini hambar bagi saya, kerana... suatu berita yang kalau boleh tidak mahu saya ketahui, akhirnya tiba juga.... sobsobbbbb.... :(


Wednesday, November 25, 2009

Masalah Saya...

... ialah... apabila tak ada novel nak dibaca, saya menggelatat membeli novel baru untuk membeli bahan bacaan walaupun bukan dari penulis kegemaran saya.

Bila favourite writer saya sudah mengeluarkan novel terbaru, maka akan berlari-larilah saya membelinya. Dan akibatnya, ada dua lagi novel yang tersadai. Yang satu, separuh jalan, yang satu lagi langsung tak berbuka pun. Nak mula membaca novel pujaan hatiku...

9 Nyawa by Ramlee Awang Murshid

Saya masih menunggu yang terbaru dari Norhayati Berahim, Ranting Cinta Plato yang khabarnya akan keluar bulan depan.

Eh.. kalau boleh kan saya nak suruh mereka yang berdua nih buat novel tiap-tiap bulan... hahahahhaaaaaaaaaaaa................ Saya memang menggilai karya mereka.

Tidak lupa Lily Haslina Nasir... Mak sukak jugakkkkkkkkkk.....

Sungguh lah, walopun berblog ini sudah menguasai rutin kehidupan saya, namun saya tetap tak mampu mengikis tabiat yang satu ini.. Membaca... Kalau saya naik kereta bersama hubby, saya mesti pastikan ada novel yang nak dibaca, kalau tidak serba tak kena jadinya. Saya merasakan perjalanan itu amatlah membazir jika tak diisi dengan bacaan. Ada orang tak boleh membaca waktu dalam kereta, tapi tidak bagi saya. Siapa yang sekufu dengan saya, sila angkat tangan... ahahahhahaa... :D

Monday, November 23, 2009

Angan-Angan @ Impian 2010???...

Sebab tahun 2009 nih dah nak berakhir, aci tak kalau berangan atau membuat impian untuk tahun 2010??? Kahkahkahhhhh... orang cerita pasal azam tahun baru, tapi saya tak berahi nak sebut pasal azam, lagi bernafsu berangan... Lantakkkkkkk............ :P

Mungkin ini adalah kesan akibat kekerapan membuat lawatan sambil belajar ke SINI. Juling-juling bijik mata saya, kembang-kempis lobang idung bila ke SINI. Memang gerammmmm... Ella, ko punya angkaralah ini, Kahkahkahhhhhh.....

Jadi ini adalah angan-angan @ impian 2010 saya. Sudah lama berminat sebenarnya, cuma tak sampai hati lagi nak rembat. Memperkenalkannnnnnnn.....


.


.




.




.


.

LV Neverfull GM (Large) Damier

picture credit to here


Memang bukanlah latest collection LV, tapi sangat berkenan sebab rasa macam praktikal sangat kalo bawak pi skolah... Sepatah kata KakSue, kalau bawak pi skolah, buat isi buku rekod mengajar mesti budak akan bertambah pandai... wakakakkaaaaaa.... Kak Sue kata niat nak kena betul, barulah impian akan dipermudahkan Tuhan... betul cakap Kak Sue tu... (Pejam mata pasang niat... sahaja aku nak beli NF untuk buat isi buku rekod mengajar supaya anak muridku bertambah pandaiiiii... aminnnn). Memang, dalam apapun perbuatan... niat nak kena betul, saya setuju itu.. sape lagi yang setuju, angkat tangan????


Tetapi itu hanyalah angan-angan saya... Berangan tak payah bayar kannnn.... Entahkan tercapai entahkan tidakkk. Sebab Bonus (boleh panggil bonuskahhh???) tahun ini pun, nak beli purse LV pun tak lepas... wakakakkakaaaa................ Lagipun 2010 ada satu projek MEGA yang sedang dalam perancangan dan mahu direalisasikan. Jadi haruslah didahulukan... kalau tidak merana jiwa... :D

projek MEGA 2010... berangan (berangan lagi???) mahu ke sini... :P



Namun saya akan tetap terus berangan... best lah berangan nihhhh... Ada sesiapa yang nak join saya berangan??? :P


p/s I Love You untuk Kak Sue... akak belilah NF ni kak, barulah sesuai dengan purse LV authentic yang Ading belikan untuk akak tuuuuu... wakakkakaaa


Saturday, November 21, 2009

Melaram...

Ya... hari ini tanpa bertangguh lagi, saya telah melaram Chefel baru saya. Tak sabar rasanya nak menikmati sendiri keenakan AyamDiet. Tetapi sebelum itu, kredit to CikPuanJua di atas resepinya yang telah saya kopipes. Saya tak nak tulis resepi kat sini. Kalo kalian rasa nak kopipes resepi, bolehlah ke sini. Kalian layan gambar aje lahhhh... :D
Ayam Diet yang telah diperap selama 2 jam...

Bersedia untuk melaram Chefel dimasak....

Jemput makan.... Ayam diet siapppp!!!!!


Tapi kan, memang berbaloi-baloilah beli Chefel nih. Mudah sangat kerja masak-memasak. Dan saya suka lah ayam ini.. juicy sangat... eh sedapppppp... Ayamnya masak sempurna di luar dan di dalam. Tak ada lah hangus-hangus bagai. Sambil masak boleh buat kerja lain tanpa risau ayam akan hangus. Lepas tu, nak basuh Chefel pun sangat mudah. Eh kesimpulannya memang serba memudahkan lah Chefel nih... Saya jatuh cinta padanya. Dah mula terbayang nak buat lamb chop, steak dan macam-macam menu western lagi... hahahhahaaaa....

Saya tak masak ini aje hari ni. Saya ada masak lemak pucuk ubi dan ikan tenggiri goreng asam untuk mak mertua saya. Mak mertua saya tak layan western food, sedap bagi tekak saya dan hubby ajer... hahahhahaaa... Hari ni nak hantar mak mertua saya balik kampung. Dia kata guna Chefel ni kalo nak masak ayam percik pun mesti senang. Jadi saya dengan senang hati nak hangkut Chefel balik kampung. Esok mak mertua nak buat ayam percik... wahahahhaaaaa..... :)

Friday, November 20, 2009

Hari Ini Ialah...

... hari terakhir persekolahan bagi sesi 2009... Yeayyyyyyyyyyy!!!! Walaupun minggu depan, saya masih perlu bertugas selama 3 hari, namun hari ni dah dikira hari last sekolah lahhhh. Seronoknya nak bercuti panjang... lalalallaaaaaaa..... :D

... Semalam keputusan UPSR telah diumumkan. Alhamdulillah prestasi di sekolah saya meningkat bagi kesemua matapelajaran. Anak didik saya seramai 33 orang, 13 daripadanya mendapat A bagi subjek Sains manakala yang lainnya semua mendapat B. Satu pencapaian yang baik bagi mereka.. syukur sangat-sangat. Kiranya target saya sudah tercapai. Saya lebih terharu kerana anak didik saya yang memanjang dapat C sepanjang tahun 2009, berjaya mendapat B... sungguh tidak disangka-sangka!!! Gembira dan sebak bercampur-baur bila melihat anak-anak didik mencapai kejayaan setelah bertungkus-lumus berusaha... oh.. oh... mak memang emo... Apapun dah berakhir tanggungjawab besar saya di tahun 2009. Bersiap-sedia pula untuk 2010 yang bakal menjelang. Nampak gayanya saya masih lagi diberi tanggungjawab yang sama untuk mengajar murid tahun 6...

... Hari ini saya juga sangat excited tawwww. Sebab, akhirnya saya pun telah terjebak sama membeli ini.................................................



Yerrrr.... Chefel idaman qalbu yang boleh mentransformasikan saya menjadi the domestic goddess.... kahkahkahhhhhhhhh!!! Thank you darling.. lebiu.. mmuuuaaahhhh
Maka sekarang ini, saya akan mula menerjah blog-blog orang lain untuk mendapatkan resepi yang selama ini buat saya meleleh air liur... maka kepada tuan punya blog seperti cik ML dan cik Jua, ketahuilah.. bahawa saya akan mengkopipes resepi-resepi di blog anda. Terima kasih!!!
Tak sabar nak guna chefel nih. Semalam saya dan hubby berbelanja di Tesco, dan saya telah menyelitkan olive oil, mixed herbs dan macam-macam lagilah untuk merealisasikan masakan ala western nanti... yeayyyyyyyy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Nanti kalau saya dah berjaya melaram Chefel nih, saya akan tempek di sini yer... :P

Wednesday, November 18, 2009

Roti Canai Modified...

Apa yang kalian buat dengan roti canai yang tidak habis? Kadang-kadang saya pun tak tau nak buat apa. Kalo rajin, goreng balik tampal telur. Kalo malas tahap cipan, jadi habuan Mr Tong ajer lah jawabnya. Sungguh membazir.
Pada suatu hari (dah macam cerita hikayat pulakkk...hahahhaaa), saya terbaca di blog penulis kesayangan saya, PuanNorhayatiBerahim apa yang dibuatnya dengan roti canai yang tak habis nih. Jadi minggu lepas, kebetulan kat rumah mak saya ada belen roti canai sarapan yang tak habis. Maka saya dan cik Zura telah kenyit-kenyit mata berpakat nak 'mengerjakan' roti canai itu.
Kat sini saya nak berkongsi resepi tersebut...
Bahan utama : Roti canai lah (potong kecik-kecik sesuka hati)


Sedikit isi ayam...
Sedikit lada kering yang dikisar

Sedikit bawang besar & bawang putih kisar...

Tidak lupa sedikit sos tiram, sos tomato, setengah kiub ayam dan telur ayam ikut suka berapa biji yang lupa nak amik gambo... :P

Cara modified...

- Tumis lada & bawang kisar

- Masukkan segala sos dan kiub ayam

- Masukkan isi ayam, tunggu hingga empuk

- Masukkan telur, kacau rata

- Masukkan pula roti canai yang dah dipotong kecik-kecik

Taraaaaaaaaaaaaa......... inilah dia roti canai modified saya...
Sekali pandang macam kuetiaw goreng...



Kalian... memang malatoppppsssssss nyahhhhh rasanya. Sedapppp... sampai menjilat pinggan hokehhhh.. siap tak cukup, rasa nak p beli roti canai lagi semata-mata nak buat nih..hahahhaaaa
Yang pasti sangat bagus okeh, sebab tidak membazir lagi.

Terima kasih banyak-banyak pada PuanNorhayati kerana berkongsi resepi ini... :D

Impian Yang Perlu Ditunda...

Berita terkini yang saya dengar di sekolah saya adalah, sudah ramai rakan seperjuangan yang sudah memulakan lagi perjuangan baru. Perjuangan baru???? Errrr... dalam ertikata lain, geng-geng mak buyung 2008 sudah mula menempah gelaran mak buyung tersohor lagi pada tahun 2010. Ada yang sudah confirm, ada yang sudah dalam perancangan bajet 2010.
Saya agak, menjelang buka sekolah 2010 nanti ramailah yang akan melapor diri sebagai 'mak buyung' sebab cuti panjang sangat,tak tau nak buat hape lagi.. macam tragedi yang berlaku pada tahun 2008... hahahhahaaa...

Bila melihat kawan-kawan saya sudah mula mengorak langkah, tiba-tiba perut saya pun macam gatal mintak diisi.. apakahhhhhhh?????????? Muahahahahaaaa.......... Terdetik jugak nak rasa pengalaman membawa perut lagi. Kalo saya bawa isu ini kepada pengetahuan pihak berwajib yang satu lagi, haruslah dia tersenyum lebar sampai ke telinga... :P

Tetapi, istighfar... istighfar... sila muhasabah diri, jangan tertawan dengan 'kehebatan' rakan-rakan seperjuangan yang lain, walopun ramai yang memberikan saya sokongan moral supaya 'join the club'... Saya perlu mengingatkan diri sendiri, BF target saya masih ada lagi berbaki 8 bulan sahaja lagi. Sabarrr... sabarrrrr..... :D

Lagipun yang paling utama, harus lah saya menggunakan sepenuhnya jerangkap-samar yang ada ini. Pasang mahal-mahal takkan nak guna sekejap ajer kannn... buang duit aje... kahkahkahhhh............ Jadi tak payah lah nak berangan nak 'join 2010 club' yang baru saja diumumkan penubuhannya di sekolah saya ini... Target saya, 2011... insyaAllah.... :P

Errr... kalian?? Ada yang baru join kelab mak buyung 2010???????? .... :D


Transformasi...

Tahniah untuk CY3.5 yang telah transform kepada CY4.0 setelah melahirkan seorang baby girl pada jam 0350hrs dengan berat baby 3.05 kg. Terima sms dari dia pada jam 5.58am tadi.

Tahniah sekali lagi CY4.0... akhirnya sekuntum bunga telah hadir di antara kumbang-kumbang yang ada... cewahhhhhhhhhhh... ahahhahaaaa....


Tuesday, November 17, 2009

Berangkat Sudah...

... kedua-dua orang tua saya yang tersayang ke Tanah Suci Mekah.. Alhamdulillah. Pemergian mereka saya iringi dengan doa dan harapan semoga mereka selamat pergi dan kembali serta dapat melakukan ibadah Haji dengan sempurna dan mendapat Haji yang mabrur. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 9.30 malam tadi, saya telah mendapat sms dari ayah yang menyatakan mereka telah selamat sampai di Jeddah pada jam 4.30 pm (waktu Arab).

Dari malam semalam saya menahan rasa sebak yang bagai nak pecah di dalam dada. Tak tahulah kenapa. Apakah memang lumrah kesedihan itu, atau saya yang memang emosi. Tadi sewaktu perpisahan (sementara) nak berlaku saat mak dan ayah dah nak masuk balai berlepas, saat saya mencium tangan dan memeluk mereka, oh ohhh.. memang tak dapat nak ditahan lagi. Sungguh banyak pesanan dan harapan yang mak dan ayah titipkan kepada saya.
"Jaga adik-adik, jaga cucu-cucu mak, jaga rumah...." saya sangka, mungkin mak lupa suruh saya jaga diri sendiri... Tapi kata hubby, mak pesan pada dia suruh jaga saya.... ahahahaaa... :P
Saya harap, Allah juga kurniakan saya kekuatan dan kesabaran untuk melaksanakan amanat mak dan ayah. Semoga adik-adik saya juga memberikan kerjasama kepada saya di dalam melaksanakan amanat mak dan ayah itu. Saya harap mak dan ayah mengampunkan dosa-dosa saya dan mendoakan saya di sana. Sebenarnya, saya masih lagi dibendung kesedihan... Walaupun baru beberapa jam berlalu, saya akui saya rindukan mak dan ayah. :(
Saya harap, Allah memberikan mereka kesihatan dan memberikan kami peluang untuk berkumpul semula. Hmmm.. saya tak mampu nak menaip lagi.... huhuhuuuuuu

Wajah-wajah yang saya rindukan.... mak dan ayah...




Saya dan adik-adik perempuan di sisi mak dan ayah...




Monday, November 16, 2009

Setimbun...

... Ikan bilis yang saya paksa adik saya kopek. Adalah dalam satu kilo.
Ini adalah projek saya pada Khamis petang yang lalu...



Ini adalah projek saya pada Khamis petang yang lalu...
Membuat sambal ikan bilis kering untuk bekalan mak dan ayah saya ke Mekah.
Gigih hokeh buat sambal banyak-banyak macam ni.
Errrr... gigih bagi sayalah pasal tak biasa masak banyak-banyak,
orang lain mungkin tak heran....
Tapi sambal ikan bilis saya nasib baik sedapppp... kahkahkahhhh


Habuan untuk pengopek ikan bilis tersohor...
Nasib baik Mr Hubby baik hati nak sponsor Domino's Pizza... :D
Ya...saya tahu gambar blur dan terbalik... harap maaf..


Chicken wings dan chocolate indulgance wajib hadir dalam menu...


Sambal ikan bilis 'surprise' saya ini membuat mak saya sebak... alahaiiii.... Mak saya tak sangka anak-anak dia akan bersusah-payah buat bekal untuk dia... sob..sobbbb...
Mak saya kata,"Dulu-dulu mak yang buat bekal untuk korang..ni skang korang buat untuk mak"
Oh ohhhh... saya tak sangka akan jadi touching pula....

Hari ini mak dan ayah saya berangkat ke Mekah. Saya semestinya menghantar mereka ke Lapangan Terbang Senai. Jadi ini adalah scheduled entri. Doakan mak dan ayah saya selamat pergi dan kembali, serta semoga mereka mendapat Haji yang mabrur.. aminnnnn.....

Friday, November 13, 2009

Berakhirnya Sebuah Kesengsaraan...

Sambungan dari EntriSayaYangLalu...
….13/11/2006 (Isnin) Jam 12.30 a.m… Sesampainya saya di HSA, saya terus dikejarkan ke Labour Room. Sementara Mr Hubby menguruskan pendaftaran. Saya diperiksa oleh seorang doktor C*ina yang agak hampeh. Dr tersebut memeriksa bukaan V saya, baru 4cm ketika itu. Setelah membuat pelbagai pemeriksaan dan meletakkan alatan hapentah namanya yang kat perut tu, untuk mengukur kadar degupan jantung baby (kalo tak silap), akhirnya dia membuat keputusan bahawa saya boleh bersalin NORMAL. Tanpa pengalaman bersalin, semestinya ini menggusarkan hati saya. Tiba-tiba rasa kecut perut tak pasal-pasal. Bila hubby datang saya terus menangis ngadu kat dia yang saya takut nak bersalin normal sebab baby songsang. Pelbagai bayangan datang ketika tu. Rasa nak mati pun ada. Yang Dr tu pun, saya kata hampeh sebab, dia langsung tak menenangkan saya ke hape, sebaliknya lagi menakut-nakutkan saya...
"You boleh bersalin normal, apa pasal mau operation. You tau tak, nanti kalau 1st baby dah operation, next,next baby pun you kena operation... blablablaaaa..." bebel Dr tu.
Oleh kerana bukaan amat lambat, in fact saya memang langsung tak sakit dan air dah makin kering, maka tepat jam 4 a.m, aku mula di'induce'. Maka ketika inilah mulanya saya berperang dengan kesakitan yang MAHA dahsyat. Terasa nyawa di hujung tanduk. Nak putus nafas saya menahan kesakitan. Ya ALLAH... sesungguhnya memang azab saya menahan sakit waktu itu. Hubby tetap setia menemani saya di sisi. Kesian jugak kat dia, tak tidur temankan saya yang kesakitan.

Jam demi jam berlalu, kesakitan semakin kuat. Namun bukaan V amat perlahan. Dr dan misi silih berganti memeriksa bukaan V. Bukan nak cakap apalah.. saya memang terasa bagai bahan eksperimen. Setiap orang yang masuk, nak seluk, asal masuk je mesti nak seluk. Dah lah kita ni kesakitan, asik kena seluk lagik... hadoiiii laaaaaaaaaaaa.....
10 pagi, bukaan V saya masih belum mencecah 8cm. Saya perlu 10cm untuk melahirkan, sebab baby breech. Saya dah separuh mati menahan sakit. Memang saya ingat saya nak mati. Mak ayah saya tak boleh masuk. Saya dapat bercakap melalui telefon, memang dah melalak masa tu.. mintak ampun dari mak, saya rasa saya nak mati masa tu.. huhuhuuuuu... sedih bebbbb... Ada sorang Dr M*elayu perempuan tu baik sangat, dia siap pujuk saya bila saya minta dia operate saja sebab saya dah tak tahan sakit. Alhamdulillah pujukan dia memberi kekuatan untuk saya terus bertarung dengan kesakitan. Saya semakin lemah (ingat, last makan pukul 9pm semalam), hubby pun jadi risau. Saya bersyukur satu je, sebab SIL saya bertugas di situ ketika itu, jadi layanan misi-misi lain adalah baik (kecuali Dr hampeh yang tadi).
Zikir "Lailahaillaantasubhanakainnikuntumminazzalimin.." tak henti-henti saya bisikkan, berselang-seli dengan kalimah Syahadah. Meskipun misi menasihatkan saya tidur dahulu, saya memang tak boleh tidur. Saya takut saya mati tanpa mengucap (Nauzubillahhhh)... Lagipun manalah boleh nak tidur dalam sakit macam tu?

Azab memang azab... 12pm bukaan baru 8cm. Dr Ramesh, doktor pakar HSA yang akan menyambut kelahiran saya menetapkan 10cm baru saya boleh melahirkan. Ketika itu memang saya dah rasa nak meneran, tapi Dr tak bagi lagi.
Dalam pukul 1pm, baru Dr Ramesh bersedia untuk menyambut kelahiran baby saya. U olls tau tak... saya tak tau lah berapa ramai yang menyaksikan proses kelahiran Aina waktu itu. Yang pasti Labour Room itu dipenuhi dengan jururawat pelatih (termasuk my SIL) dan para doktor pelatih yang nak menyaksikan kelahiran breech. Dah macam orang tengok bola beb.

Dr Ramesh telah membuat potongan berbentuk nombor 7 (menurut kata hubby) pada V saya. Saya push dan push diiringi sorakan moral dari para penonton (it's true!!!!)
Sikit lagi dik.. sikit lagi...
Ketika saya sudah lemah nak push, sorang misi usap kepala saya cakap, "Adik kena kuat, ingat baby... sikit je lagi tu".. Syahdu wehhhh....

Setelah mengepush hampir satu jam lamanya, akhirnya bontot baby sudah keluar, Dr Ramesh dengan hebatnya telah mengeluarkan satu persatu kaki baby, dengan perlahan dia menarik baby sambil memastikan tangan baby tidak tersangkut.. oh ... ohhh.. hubby kata Dr Ramesh memang hebat. Cool giler (dah memang keje dia kannn), tapi dia telah membantu kelahiran Aina Suraya dengan jayanya. Tepat jam 2.01pm lebih kurang, Aina Suraya telah completely lahir ke dunia ini (setelah mak bertarung dengan maut). Kelahirannya diiringi dengan tepukan para penonton (whateverrrrrrrrrrrr.......). Dan SUBHANALLAH.. kesakitan yang penuh azab tadi hilang secara tiba-tiba... Kuasa Allah kannn...

Dr Ramesh kemudian mengeluarkan uri dan menjahit saya. Saya tak ingat berapa jahitan, tapi memang banyak gilors, nak dekat sampai asshole rasanya.

Setelah dibersihkan dan hubby mengazankannya, maka dia terus diserahkan kepada saya untuk disusukan. Dan bila dia disuakan dengan B saya, dengan efisyennya dia minum dengan begitu rakus.. bagaikan dahaga sangat. Mengalir airmata saya melihat anak saya, yang saya lahirkan dengan mempertaruhkan nyawa saya, kini dalam pelukan saya dan menyusu dari susu saya..ohhhhh.. indahnya perasaan ini. Bermula dari situlah, saya terus jatuh cinta pada dunia Breastfeeding dan berazam untuk menyusukan anak saya sepenuhnya.

Aina Suraya selepas dilahirkan....


Ibu dalam pantang pun nak enterprem jugak... hahhahaaa...


Aina Suraya kini... genap usia 3 tahun...



Demikianlah kisah kelahiran Aina Suraya yang ingin saya coretkan sebagai kenangan di sini.

Hari ini hari ulangtahun kelahiran Aina Suraya yang ke-3.

Selamat Hari Lahir sayang... ibu sayang Aina sangat-sangat. Ainalah permata hati ibu dan abah. Semoga Aina membesar menjadi anak yang baik, bijak, dimurahkan rezeki dan solehah. Doa ibu dan abah sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu anakku....

- Sekian -

Thursday, November 12, 2009

Penantian Suatu Penyeksaan...

Memanglah benar apa yang kunyatakan dalam tajuk di atas.
Bermula 17 September lalu, tarikh keramat yang memisahkan aku, hubby dan si dia. Kemalangan yang berlaku telah menyebabkan Syawal kami berlalu dengan agak hambar.



Alhamdulillah... akhirnya semalam berakhirlah penantian kami yang amat panjang ini. Setelah hampir dua bulan tersadai, gara-gara urusan claim insuran yang lembab, order barang itu-ini... Akhirnya semalam siap jugak kereta kami.

Aku dan hubby dah tak larat nak menjawab pertanyaan "kereta tak siap lagi??". Hubby pun dah boleh lah bersara dari menjadi pemandu tak rasmi untuk menghantar aku pergi-balik kerja setiap hari. Memang susah beb ada kereta satu je, perjalanan aku ke sana-sini pun asik tergendala.

Taraaa.... Terasa macam dapat kereta baru pulak, sebab siap dipolish dan dalam kereta pun dibersihkan sampai macam ada bau kereta baru... Puas hati... :D


Dan nasib baiklah hubby masih memberi kepercayaan kepada aku untuk memandu sendiri kereta ini... Thanks darling!!!! InsyaAllah.. akan aku lebih berhati-hati dan tidak lalai lagi. Aku pun tak sanggup wehhhhh nak duk bergantung ke sana-sini ngan hubby jer. Namun rasa fobia masih ada sikit-sikit. Aku rasa masa memandu kereta ni pagi tadi, macam orang baru dapat lesen... sooooooooooooooo careful!!!! :P
Apapun aku berdoa, semoga tidak akan terulang lagi kejadian lalu dalam sejarah pemanduanku di masa akan datang... aminnnnnnnnn...........

Bermulalah Suatu Kesengsaraan...

12/11/2006 (Ahad) ...
Masih tiada tanda-tanda untuk melahirkan. Hmmm... kompem lah nih, lewat seminggu agaknya. Agaknya anak ibu nih masih selesa duk dalam perut ibu sambil menikmati juadah Raya... hahahahaaaa.... Okeh bagus jugak. Malam ni balik dari Pontian, hubby ajak beraya ke rumah member dia kat Perling. Oraitttt.. mak sukak jer, perut besar bukan masalah. Mari kita melantak selagi ada peluang. Dalam pantang sok, boleh cium bau jer... :P
Mak saya bising jugak, dia kata dah cukup bulan tu takyah laaa jalan-jalan sangat... kang terberanak tengah jalan kang susah. Tapikan, dasar kaki merayap... manalah leh bertapa kat umah lama-lama? Lagipun mak... ini kan anak sulung, kompem lambat punya nak bersalin... mana leh sakit-sakit trus kluor... kahkahkahhhhhhh... dasar degil kannnnn??? :P

Jadi malam itu, lepas Maghrib kami pun bertolak balik ke JB. Sebaik saja melepasi Mc Donald di Skudai (orang JB kompem tau nihhhh....), saya beralih duduk sikit, sakit pinggang kan duk dalam kete lama-lama, tiba-tiba POPPPPPPP!!!!!! Ada bunyi cam meletup sikit... OPOCOT MAK KO!!!! APSAL AKU KENCING TAK LEH NAK TAHAN NIH???? Yerrrrr.... tiba-tiba serta-merta keluar air suam-suam melimpah-ruah membasahi saya.
"Abang... orang terkencing ke nih... keluar air banyak nihhhhh????" tanya saya cemas.
Alamakkkk... Mr Hubby dah ala-ala cuak jugak...
"Hahhhh??? Ye ke??"
Saya pegang air itu, cium-cium.. eh tak hancing... bukan kencing nihhhh... likat semacam jer.. ayoyoyoyoooo... nak branak ke nihhhh???
"Bukan kencing la bang, air apa nih... tak boleh nak stop-stop.. cemana ni???" cuak mak....
"Sakit tak?" tanya hubby
"Tak...."
"Ok takpe.. kite p hospital ok... rilek..."Cehhh hubby kontrol macho trus tuko arah ke Hospital.
Sambil tu sempat call member dia gtau tak jadi nak datang pasal bini dia nak bersalin.. hahahaaa... Then call kakak ipar saya merangkap nurse yang tengah praktikal bidan kat Hospital Sultanah Aminah.
"Yang, along suh p HSA je..cemana???"
"Taknakkk.. orang nak p HSI (Hosp Sultan Ismail)" bantah saya gara-gara takut nak branak kat HSA sebab kata orang HSA servis hampeh.. misi cam hantu... :P
Okehhhh... hubby ikut ajer. Atas nasihat my SIL, dia suh p makan dulu sebab kalo dah pecah mentoban, lambat lagi beranak. On the way p spital tu, call lah mak-pak saya jugak. Hai.. nasib baiklah beg baju semua memang dah stand-by dalam bonet kereta.

Pukul 9pm, sampai HSI... saya sempat makan nasi goreng ngan milo ais kat parking HSI sebelum register... kahkahkahhhhh..... Bukan makan sangat pun, tapi takut lapo dan takde tenaga nak bersalin, maka sumbat jek lahhhh. Memang langsung tak sakit pun.. in fact takde rasa apa, tapi air masih mengalir tak berenti cuma taklah selaju mula-mula tadi. Tapi memang dah lencun habis sit kete masa tu. Kain batik yang hubby amik buat alas pun dah habis lencun sama. Then lepas makan, we all terus menuju ke wad bersalin. Hubby register, saya masuk bilik saringan. Baring, rilek.. kontrol perasaan yang bergelora sambil tunggu doktor on-duty datang. Doktor perempuan muda, kecik molek je orangnya datang memeriksa saya. Memeriksa??? Eh bukan memeriksa je, terus menyeluk saya...adoiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... Sekali tau apa dia kata???
"Ehhhh... ni bukan kepala nih!! Bontot nih.. Baby awak menyongsang ke???"
HAAAAAAAAAAAAA???????? Ayoyoooo...manalah mak tauuuuuuu, mak p check-up kat klinik kerajaan tu, memang tak pernah kena scan sampai ke sudah. Masa 7 bulan dulu adalah saya p scan kat hospital swasta, tapi ok jer masa tu.
"Awak tak pernah scan ke? check-up kat mana ni?" Doktor tu tanya.
"Kat klinik kerajaan laa Doktor. Kan ada buku tu. Tapi, memang tak pernah pun scan. Saya scan kat spital swasta masa 7 bulan, ok je,"
"Tu lah masalahnya...hishhhh..." potpetpotpettt...doktor tu bebel servis kat klinik kerajaan. Ada aku kisahhhh??? Ni apa citer baby ku nihhh???
Doktor terus scan untuk confirmkan kedudukan baby. Sah!!!! Memang kedudukannya, bontot kat bawah, kepala kat atas atau dalam ertikata lain anak saya menyongsang @ lipat kajang atau istilahnya breech.
"Awak kena ke HSA ni, kat sini tak ada pakar. Awak kena operation ni, tak boleh normal. Nanti saya buat surat, arrangekan ambulan untuk bawak awak ke sana malam ni jugak," putus Doktor.
Ohoooo.. hati saya sudah melayang-layang. Resah, gelisah, takut, segalanya bergolak dalam hati saya. Lagi-lagi bila dengar kena bersalin kat HSA, sesuatu yang memang saya tak nak. Hubby dipanggil berjumpa doktor dan diterangkan kedudukan saya dan bayi. Selesai urusan surat dan ambulan, saya ditolak di atas kerusi roda menuju ke ambulan.

Hari itu merupakan hari ini dalam sejarah... mak naik ambulan u ollssss!!!! Hahahahaa.... Dah hampir tengah malam ketika itu. Sebuah ambulan yang membawa saya ditemani seorang jururawat membelah kepekatan malam menuju ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru........

... To be continued ...


Wednesday, November 11, 2009

Sebelas Sebelas...

11/11/2006 (Sabtu) ... Due date saya. Tapi hari ini, ketika itu... saya tak ada rasa apa-apa. Tiada sebarang tanda-tanda saya akan melahirkan pada hari ini. Mak mertua saya pun kata, perut saya nampak 'tinggi' lagi, mungkin belum sampai masa nak bersalin. Owhhh.. saya suka juga.. saya bajet, mesti lewat seminggu nih. Lagipun sementara Syawal masih bersaki-baki, bolehlah saya beraya lagi dengan perut besar tak hengat ke rumah kawan-kawan.


Lihatlah saya yang gomok dengan perut besar masih sukasuki beraya lagi ketika ini... :P

Sebenarnya saya berdebar-debar menantikan kelahiran sulung saya ini ketika itu. Tetapi entah kenapa saya kondifen betul yang saya akan lewat seminggu lagi melahirkan.

E'ehhhh... saya memang ingat betullah kejadian ini. Terasa berlegar-legar dalam kotak ingatan saya. Kalian apakah masih mengingati saat-saat kelahiran yang pertama, kedua, ketiga dan seterusnya???? :D


Monday, November 9, 2009

Tersiksa Zahir Batinku...

... gara-gara tertinggal botol air Diamond putih ini hari. Manjang minum air manis ajer hari ini. Sampai 3 kotak air Bandung Rose cap D*rinho saya beli.. Haus betul. Telan vitamins pun pakai air kotak tu... haru btolllllllll!!! Tetapi tekak saya tetap tak puas. Lain betul kalo tak dapat minum air putih kan? Lagipun dah beberapa hari ni, tekak saya asik kering je.. haus tak sudah-sudah. Agaknya sebab 'kawan baik' dah nak datang menjelma kot.

... haus... hausssss............. air.... airrrrrr............... Tengok gambo kat bawah ni, makin terseksa zahir-batinku... huhuhuuuuuuu.....................







Masih Segar Dalam Ingatan...

... pada hari ini 09 November bersamaan dengan 18 Syawal,
Saya menunggu tarikh 11 November dengan penuh debaran... Saya sedang menunggu hari. Nasib baik masih sempat melantak juadah Hari Raya....

Saya dan suami di Pagi Syawal yang lalu...


... Sila jangan confused. Sesungguhnya ini adalah kejadian tiga tahun yang lalu, yang mana masih segar dalam ingatan saya.

Tema entri saya pada minggu ini adalah berkisar tentang anakanda tercinta, Aina Suraya.


Friday, November 6, 2009

MemangTak Boleh Tahan...

... apabila menyapu honey & beeswax hand and foot butter dari rangkaian
Spa Wisdom Africa Body Shop ini.....

*picture credit to Google Image..

Baunya yang wangi dan lembut menyerap ke kulit, membuatkan saya terpesona. Kulit tangan saya memang kering dan sangat perlukan krim tangan. Bila saya mencuba yang ini, terasa lain betul. Ianya tak berminyak, meresap dan kekal lembut pada tangan. Owhhhh... memang saya sudah jatuh cinta dengannya. Krim ini telah membuat saya pangkah krim-krim tangan yang lain, yang pernah saya gunakan.

Kelihatannya 'musim kemarau' adalah seperti tak ada maknanya untuk saya. Dalam pada tak nak membeli, tetap juga ada yang masuk dalam list... Ada orang nak nasihatkan saya kah???? :P


Western Vs' Tradisional...

Makan malam kami semalam...
Ala-ala western...
Homemade Fish n' Chips...



Makan malam kami kelmarin...
Tradisional...
Cencaru bakar, bendi celur, tempe goreng & air asam...


Western Vs' Tradisional (Eastern??), yang mana satukah menawan tekak dan perut anda? Kalau saya dan suami, dua-dua pun sama. Kalau masak yang ringkas macam makan malam kelmarin pun, kami makan tetap penuh berselera.

Sebenarnya itu adalah lauk-pauk terakhir yang ada dalam stok. Hujung minggu ini perlu balik Pontian nampaknya untuk borong stok bahan basah.

Sebenarnya saya sedikit frust (berapa banyak sebenarnya daaaa???). Melihat smoked salmon sandwich MN membuatkan saya terliur. Lantas saya pergi mencari smoked salmon di T*esco, tetapi tak ada. Kata orang kat situ, kehabisan stok.. sebab tak berapa laku, jadi T*esco tak order lagi. Owhhh... agaknya orang di sini tak pandai nak makan smoked salmon itu. Kalo derang tengok blog MN, mesti derang pun macam saya jugak... hahahahhaaaa.... Tak jumpa smoked salmon, saya beli bahan-bahan untuk buat fish n' chips. Namun misi pencarian saya tak akan berakhir di sini.. saya akan berusaha mencarinya lagi... Atau susah-susah, heret aje Mr Hubby ke D*eli France carik sandwich yang sedap..... :P